Tuesday, March 6, 2012

Kuih Lepat Pisang



Assalamualaikum... Bersua kembali di hari Selasa, semoga semuanya ceria dan senyum-senyumlah selalu ye. Hari ni CT ingin berkongsi resepi kuih tradisional yang dah semakin kurang popular dan semakin kurang diminati anak-anak zaman Informasi dan Teknologi ni. Jangan kata orang lain, anak-anak CT pun tak kenal kuih ni kalau bukan mama dia bagitau yang nama kuih ni Kuih Lepat Pisang.



Masa CT masih anak-anak, Kuih Lepat Pisang ni antara kuih kegemaran CT. Kuih ni kalau dimakan hangat masa baru lepas masak bersama secawan kopi O kaw-kaw lagilah sedap. Sebelum kuih tradisional lama seperti ni lapuk ditelan zaman, lebih baiklah jika kita generasi yang lama ni dapat menolong mempopularkannya kembali dan usaha itu mestilah bermula dari rumah kita sendiri betul tak. Lagipun nak membuatnya tak sesusah mana pun. tinggal mahu dengan tidak saja sebenarnya.



Bercakap pasal membuat kuih ni, CT tergerak nak membuatnya sebab My laling CM membuat permintaan, biasalah CT ni bila ada saja mulut yang menyuarakan suruh buat, barulah CT buat... biasanya cuma beli aje hehehe. Walaupun kuih ni tak glamer, anak-anak CT tak menolak untuk mencuba kuih ni, cuma Haqim yang bongsu tu aje yang agak cerewet sedikit tentang kuih-kuih tradisional ni lebih-lebih lagi yang dia tak pernah tengok dan tak pernah makan. Susah sikitlah kalau memang tak pernah merasa kuih-kuih macam ni kan. CT paksa suruh rasa sikit pun dia tak mahu. Memang tekak moden sungguh..! Macam nak paksa-paksa aje sumbat dalam mulut dia tu... hehehe.



Kuih ni senang aje nak membuatnya dan mungkin ramai juga yang dah tahu resepinya. Tapi bagi yang tidak tahu dan ingin mencuba, bolehlah cuba resepi kat bawah tu ye. Ikut sesuai rasa dan banyak mana nak membuatnya. Kalau lihat pada resipi yang CT letak dibawah ni macam sedikit, bolehlah digandakan adunannya. Tapi bagi CT dah cukup lah ni, sebab buat banyak-banyak nanti tak habis pulak. Biar buat berulang dari terbuang tentu sayang kan. Kalau nak guna pisang lain pun boleh juga, sebab CT ada beli pisang tanduk terlebih tu yang guna pisang tanduk aje. Kita terus pada resipi di bawah ya. Salam manis dari CT. Daaa...


Kuih Lepat Pisang
Resipi : Che CT

bahan-bahan:
2 batang pisang tanduk masak - lecek halus
5 sudu besar gula pasir
1/3 cawan tepung gandum
1/4 cawan kelapa parut putih
Secubit garam

Daun pisang secukupnya - dilayurkan dahulu

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan digaul adunan hingga rata.
2. Sudukan anggaran 3-4 sudu besar adunan diatas daun pisang yang sudah dilayur. Lipat dengan kemas dan susun dalam periuk kukus.
3. Kukus kuih anggaran 15 minit. Selamat mencuba.





19 comments:

  1. huhu.. tak dapat nak tengok gambar lepat ct ni.. nape ntah..
    lama tak jengah kedapur ct ni..
    bila ada masa jengah gambar tak boleh nak tengok pulak..

    ReplyDelete
  2. kak ct....
    lamanya mas tak buat lepat pisang...
    sedappnya tengokkkk....

    ReplyDelete
  3. Salam Ct...
    Rugi jika tak makan kuih lepat pisang nie...sedap tambahab lagi ada kelapa parut dalam adunan memang best...saya suka sangat...tapi nak buat tu yang liat sikit....kena cari daun pisang dulu..haha

    ReplyDelete
  4. asslm kak CT...
    alahai pepagi ni ade lepat pisang la pulak yer...
    sedapnya nmpk lepat tu...
    QH suka juga mkn...tp nk buat lum nk mahir lagi la...
    ape kta akak bg sekping dua ker..heheeh

    ReplyDelete
  5. Salam CT, dah lama gee tak makan lepat pisang... kenyangnya dpt jamu mata...hisy...tak boleh jd ni, kena buat jugak petang nanti...

    ReplyDelete
  6. CT...CT..akak datang bawa banana yogurt bread.....wah pesta pisang la kita ya...ada lebih sikit pisang boleh lah buat nanti

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, slmt pg kak ct....
    Sedapnya kuih lepat pisang, teringat plak ms dolu2 arwah nenek rajin buatkn lpt pisang n lepat ubi. Sgt sedap mkn time pns2 tp zaman jarang ada kuih tu.adik2 sy sendiri pun tak gemar kak :-)

    ReplyDelete
  8. hohoho..kak ct..saya memang teringin nak makan lepat...tengok akak buat ni lagi la terasa nak makan..huhuhu

    ReplyDelete
  9. Pagi Kak CT sayang, Melly belum pernah makan ini, tapi agak nya hubby suka karena berasaskan pisang..hehe

    sama kak, anak ank di rumah pun susah kalo di suruh makan yg berbau traditional, kalo kek,pizza cepet mereka mau makan, makanya melly jarang buat kuih traditional abis ngga ada yang makan nya.. hehe

    ReplyDelete
  10. Kak Ct..mintak sikit lepat pisang tu..tak tahan nengok..

    ReplyDelete
  11. kak ct...terliurrrrrrr nk buat jgk laaa

    ReplyDelete
  12. ni peberet zue lah kak ct.. memang HARUS kena cuba.. selama ni duk beli jer..huhuuu

    ReplyDelete
  13. kuih peberet, naknya klu kelapa putih tu lebih, rasa lemak2 masin kan, lg lah sedap

    ReplyDelete
  14. sedapnya CT.. nk kene cari daun pisang jugak ni..

    ReplyDelete
  15. Dah lama saya tak melepat pisang kak CT sbb susah nak dapatkan daun pisang.Baru sebulan menanam anak pokok pisang, harap2 dapat menikmati hasilnya nanti..

    ReplyDelete
  16. Along Maklong ~

    Salam ceria maklong..terima kasih masih ingat lagi dengan Dapur CT ni. Maklong lama tak masak ker atau ct jer asik terlepas dari menjengah..hehehe.

    kenapa tak boleh lodding eh, dah slow lah tu tenet maklong..hehehe

    ReplyDelete
  17. Mas ~

    Salam ceria Mas, alahhh.. kesiannya. gilah beli pisang dengan daun pisang Mas. buatlah sikit cukup untuk merasa aje jangan kempunan baby tu nanti :)

    ReplyDelete
  18. CitarasaKu ~

    Salam ceria Noor, anak2 ni biasalah semua payah nak makan kalau yang tak pernah dia tengok dan rasa Noor. ct pun buat taklah banyak mana pun, cukup sekadar nak merasa2 jer ni.

    ReplyDelete
  19. Qasey Honey ~

    Wa'salam dan salam ceria QH, kan senang jer buat lepat ni. makanan yang mudah aje ni umpama ABC jer QH..hehehe

    cubalah buat mesti suka bila makan nanti :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...