Assalamualaikum... Salam mesra, salam manis dan bersua kembali dipagi Jumaat ni, bersama menu Nasi Lemak Tumis Kuning yang dah habis pun kami sekeluarga santap. Memang sedap, lembut dan CT sesuaikan dengan ayam masak sambal bersama telur rebus aje. Nak buat yang lain-lain tu tak sempat dah, apa yang termampu ajelah CT sediakan. Alhamdulillah, anak-anak dan My laling CM pun suka ditambah lagi dengan aroma daun pandan tu serta bau biji halba lagilah membangkitkan aroma nasi lemak tumis ni. Haqim pun sampai kurang dan makan bertambah-tambah lagi nasi lemak tumis ni... hehehe. Resipi asalnya dari JUN MyResipi, terima kasih ya JUN. Ramai juga teman-teman yang dah mencubanya, rata-rata mengatakan memang sedap. Maaflah ya tak dapat CT nak letak link semua teman satu persatu disini.
Nasi lemak ni dah berbagai-bagai versi ubah suai, ada yang hijau, kuning dan sikit hari nanti adalah warna yang lain pulak nanti... hehehe. Selalunya nasi lemak ni sedap kalau digandingkan dengan lauk-pauk seperti rendang ayam, daging, paru goreng sambal, sotong sambal atau udang masak sambal... kecurlah pulak bila dah taip macam ni kan... hehehe. Lama juga CT tak masak rendang kat rumah, kalau rajin nak juga masak ayam rendang untuk hidangan tengahari nanti, ada yang nak tumpang makan tak...? Hehehe.
Okeylah... masih banyak kerja yang sedang menanti CT didapur tu, jika ada kesempatan dan ada kelapangan, Insya'Allah CT akan singgah blog teman-teman semua. Untuk itu, kalau ada yang belum mencuba menu Nasi Lemak Tumis Kuning ni, bolehlah mencubanya. Sampai jumpa lagi. Daaa....
Nasi Lemak Tumis Kuning
Resipi : JUN MyResipi
Di Olah : Che CT
Bahan-bahan : (untuk 5-6 orang)
4 1/2 cawan beras wangi
2 1/2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba - ditumbuk sedikit
2 helai daun pandan - disimpul
1 cm halia - dihiris halus
1 batang serai - dititik
2 biji bawang merah - dihiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak masak + 1 sudu minyak sapi
1 sudu kecil kunyit serbuk
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk rice cooker di atas dapur. Tumis bawang dan halia hingga garing.
2. Kemudian masukkan air, santan dan kunyit serbuk, kacau rata sehingga pecah minyak.
3. Bila sudah mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan sedikit garam.
4. Matikan api, angkat periuk rice cooker dan masak nasi lemak seperti kita masak nasi biasa dalam rice cooker.
5. Hidangkan bersama lauk sambal kegemaran berserta timun, telur rebus atau telur dadar dan ikan bilis goreng.
Met Pagi Kak CT.. wah ada nasi lemak kuning di dapur kak CT, sedap nih kak untuk makan pagi, kalo di jakarta kita panggil nya nasi kuning di makan nya pake sambal tempe, ayam ,timun dan krupuk.. hmm sedap
ReplyDeleteHappy weekend yah kak.. ;)
Assalamualaikum akak ctcayang...
ReplyDeleteSelamat pagi... Wah sedapnya kalau pepagi nie makan nasi lemak.... Ada lg x tu? Diana nak ckit nie... Dah terliur tgk nie... Hehehe
asslm kak CT...
ReplyDeletewah pepagi dah nsi lemak yek...
mintak sikit la utk sarapan ni...tliur dh tgk ni...
QH nk yg dlm kuali tu yekkk...hehehe
salam rindu Ct, lama gee tak singgah sini... sedapnya nasi lemak kuning tu... menggoda betol... adoyaii...donut kat bawah tu lagi la mengancamnya... minggu ni gee tak dpt update blog sbb anak masuk wad opret tonsil... dok di wad aje laaa smbil cuci mata tgk hidangan kwn2...huuuuu
ReplyDeletesalam c.ct.....
ReplyDeletelama dah tak dok ngadap depan ni.
ada nasi lemak la pula umah ct ni.sedap sarapan ni..
teringin la pula.
assalamualaikum kak ct... selamat pagiii.. ada lagi ke nasi lemak. nak terbang ke sana. terbaik ni. saya sukee sangat nasi lemak ni
ReplyDeletesalam dan selamat pagi kak...
ReplyDeletetumpang breakfast sini kak!!!
Salam Kak CT...mmg sedap nasi lemak nie saya suka sgt..yg dlm kuali tu utk saya ke? he3
ReplyDeleteNice Pic Kak..sukee..
Gd morning K.CT
ReplyDeleteTak pernah try this nasi lemak.. Wkend ni can try.. Macam sedap gitu
Salam kak CT,
ReplyDeleteMana la akak dapat guni tu. hehehehe... cantik.
kak ct...
ReplyDeletememang best sangat nasi lemak tumis ni kan....
like banyak kali.....
Salam K CT
ReplyDeleteLove looking at your gorgeous photos kak! all the food looks fantastic!
happy weekend kak!
wah sedapnya kak ct, lama tak masak nasi lemak
ReplyDeletetersangatlah menarik dan tertarik dengan nasi lemak tumis kuning kak ct ni :)
ReplyDeleteSalam CT, tidak pernah lagi Ratna lihat dan tahu nasi lemak boleh dikuning kan warnanya... zaman sekarang cara memasak sudah "sophisticated"! Terpegun lagi teruja serasanya dengan peragaan photos ramuan-bahan yang CT hiasi begitu artistik sekali!
ReplyDeleteNasi lemak ber-ayam sambal... mungkin nanti Ratna sediakan... ya ampun! gimana ya, potongan badan sudah melampau montel...
Salam ceria ber-week end buat CT seisi keluarga, salam manis manis madu.
uihhhh special ni coz serve in kuali..gambar cantik sangat CT!
ReplyDeleteperhhh...kak ct ni memang pic yg mengoda dan msk terus dlm hati.. tak singgah mana2... dlm hati lak berkata... kena buat ni....huhuhuuu..anyway zue like sgt pic kak ct..
ReplyDeletewahh mantopla pic akak siap dgn kuali ni..menarikla suka tgk pic yg akak snap...nampak mkn tu sgt menyelerakan.ramai dah yg buat nasi lemak tumis ni tapi saya belum ada kesempatan nk cuba. resepi dah lama juga peram..hehe
ReplyDeleteSalam Kak Ct...
ReplyDeleteAdoii...lewat sampaai la...sayang pulak beras yang tumpah dari guni tu...hihihi...mesti sedap nasi lemak tumis ni..jemput makan..