Friday, March 9, 2012

Prata Bungkus Berinti Daging



Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria di pagi Jumaat yang mulia. Alhamdulillah... Dapat juga CT update resipi dalam Dapur CT cukup untuk seminggu ni. Walaupun terkejar-kejar dengan masa kerana dalam masa yang sama terpaksa menyiapkan kerja-kerja rumah seharian, tapi dah kerana minat CT pada memasak, jadi dapatlah juga CT menyisipkan sedikit masa untuk update blog dapur CT ni. Bagi CT, Blog Dapur CT ini ajelah tempat yang dapat CT kongsikan segala cerita dan berita tentang resepi dan kisah seharian yang lainnya. Ini semuanya untuk dibuat kenangan bila CT dah bersara dari food blogging ni nanti. Bila ketikanya dah sampai nanti, sesekali bolehlah juga CT baca kembali semua komen-komen dari semua teman-teman dan pengunjung yang telah banyak memberi inspirasi dan teman-teman food blogging lainnya yang telah berkongsi resipi yang telah CT cuba setiap satunya. Itulah gunanya berkawan walaupun cuma di alam maya, namun terasa seolah persahabatan ini sangat dekat dihati.



Berbalik pada menu CT pagi ni Prata Kentang berintikan daging, kentang dan keledek semuanya ada... hehehe. Tapi oleh sebab panjang sangat namanya kalau nak letak semua bahan yang digunakan, CT letak ajelah namanya Prata Bungkus Berinti Daging. Mula-mula tak tahu apa nak buat dengan prata yang tinggal sebungkus dalam peti ais tu. Hasil pencarian resipi terjumpa pulak resepi dalam blog Ros Jintanmanis yang boleh diguna-pakai. Tapi Ros letak inti tuna, CT pulak buat inti sendiri aje kentang dan daging lagi sedap... hehehe. Sebab anak CT ada sorang yang alah pada ikan sardin ni. Nanti kalau buat kesian pulak dia seorang aje yang tak makan. Jadinya buat inti macam ini semua boleh makan dan puas hati betul tak. Kalau nak lihat macamana nak melipat kulit prata tu boleh lihat kat blog Ros lah ya.



Buat inti daging ni sengaja CT buat lebih-lebih sebab inti macam ni boleh dibuat macam-macam kan. Kalau rajin nanti adalah projek lagi... hehehe. Rasanya buat sebungkus ni macam tak cukup ajelah, sebab kecik-kecik masuk mulut 2 kali ngappp! aje dah habis... hehehe. Anak-anak dan My laling CM pun suka makan. Ditambah pulak letak inti tu lebih sikit nampaklah gebu isinya. Tapi lain kali CT nak cuba buat guna kulit puff pulak, tentu lebih rapuh dan sedap. Itu untuk resepi akan datang pulaklah ye.



Oh ya sebelum CT terlupa, hari ini anak-anak dah last exam jadinya minggu depan dah bermula cuti persekolahan. Di kesempatan ini CT ingin memohon maaf kerana Dapur CT terpaksalah berehat sekejap dan tak dapat menyinggah blog teman-teman seperti biasa kerana CT sekeluarga akan balik ke kampung CT dan suami di Johor Bahru selama 3-4 hari. Bila CT balik semula nanti sudah semestinya banyak kerja-kerja rumah yang sedia menanti, mendobi, mengemas rumah dan macam-macam lagi. Jadi walaupun dah balik dari kampung nanti pun pastinya masih sibuk, jadi kalau CT tidak berkesempatan untuk menjawab mesej dan menjengah blog teman-teman, CT mintak maaf dulu lah ye.



Bagi yang ingin sama balik kampung tu hati-hati semasa memandu dan jadikan diri kita pemandu yang berhemah bila di jalan raya, semoga perjalanan kita akan di permudahkan. Sampai berjumpa lagi bila CT dah kembali semula dari kampung nanti. Jika ada kesempatan dan terasa ingin mencuba resipi dibawah tu, silakan lah mencuba ya. Salam manis dan salam rindu untuk semua teman-teman CT, jumpa lagi. Daaa....


Prata Bungkus Berinti Daging
Resipi : Che CT

Bahan-bahan :
1 paket roti prata segera
1 biji kuning telur - pukul sekejap dengan garfu + sedikit pewarna kuning

Bahan untuk Inti :
300 gm daging cincang
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sehiris halia *
3 sudu besar rempah kari daging – larutkan dengan sedikit air
2 sudu besar cili kisar
4 biji kentang – potong kiub
2 biji keledek sederhana - potong kiub
1 biji bawang besar – potong kiub
Daun sup - hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara membuat inti :
1. Blend bahan yang bertanda *.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bahan yang diblend dan goreng hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan rempah kari. Masak dengan api kecil hingga agak garing.
4. Masukkan daging cincang, goreng sebentar. Kemudian masukkan keledek dan kentang, gaul rata. Masukkan air separas bahan-bahan tadi. Masak hingga keledek dan kentang empuk.
5. Bila dah hampir pekat masukkan garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan pula bawang cincang dan masak hingga pekat.
6. Akhir sekali, masukkan daun sup. Gaul rata, angkat dan sejukkan.



Cara-cara membuat dan melipat prata :
1. Ambil sekeping roti prata segera dan potong 4 bahagian - ikut saiz yang dikehendaki.
2. Letakkan satu sudu besar inti di tengah-tengah roti prata dan lipat kemas, seakan bentuk puff segi tiga, kemudian susun di atas dulang pembakar yang dialas kertas minyak. Pastikan bahagian yang di lipat diletakkan di bahagian bawah dan gunting sedikit kulit prata, gliss kan di bahagian atas dengan sedikit telur. Ulang langkah tadi sehingga roti prata dan inti habis digunakan. (boleh lihat cara-cara melipat kulit puff dalam blog ROS-Jintanmanis)
3. Akhir sekali bakar prata yang siap dibungkus tadi di dalam oven pada suhu 180 darjah, selama 25 hingga 30 minit ataupun sehingga perang keemasan. Sedap dimakan panas-panas. Selamat Mencuba.


24 comments:

  1. Salam CT,
    lapo pepagi ni nampak prata bungkus yg sedap.... bahan ada tp nak buat nya sangat le malas!

    ReplyDelete
  2. Assalam CT...wah pagi2 dah tersaji Prata Bungkus pulaq....Bilalah nk msk mulut ni??? Terliur meleleh2 dah ni...Selamat Pagi Jumaat...

    ReplyDelete
  3. kak ct..
    meh 4 ketoi prata tu...
    wat sarapan best ni....

    ReplyDelete
  4. asslm kak CT...slmt pagi kak...
    wah kak pepegai lg dh mnayang prata ni...utk bfast pg ni ker...mintak sketul bleh....hihihi
    lapo lak tgk prata bungkus tu...nmpk sedap sgt...

    ReplyDelete
  5. CT...CT..akak datang ni untuk sarapan...dapur akak cuti seminggu anak2 exam...makan-makan yang ringan aje....sedap menu CT pagi ni...bak cikit

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...sis
    pagi² datang sini memang buatkan tahap kelaparan diluar jangkaan...tapi tahap kemalasan 2-3 hari ni mmg dalam jangkaan...heehee... nampak sedap sangat...kena dgn teh O...layan

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak CT,
    adoyaiiii pepagi tngk prata bungkus ni sedapnya...wat terliur je..arini yatie bf roti cicah air je..sejuk pepagi, malas nak wat bf..ekekekeke..tapi arini kena mask cepat coz ari jumaat...

    ReplyDelete
  8. Salam KCT
    Hv a safe journey.. Tengok Prata bungkus teringat Puff pastry kawan brand ku yg sedans bertapa kat freezer.. Harus lah kan this weekend hehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kak CT,

    Menggoda betul penampakan pratanya...sudah lama tak buat snack asin, tapi di sini tak ada roti prata siap pakai...mau bikin sendiri, berpikir 10 kali dulu, hahahaaa...

    ReplyDelete
  10. Selamat pagi Kak Ct.
    Roti yang dua ketul tu untuk Rahel kan..hehe..mcm nak naik belon je k sana..huhuhu..

    ReplyDelete
  11. AS-SALAM KAK CT
    Good Job. Look nice and delicious!!!

    ReplyDelete
  12. Wah enak ini CT... nanti aku coba ini buat lunch box anak-anak ke sekolah

    ReplyDelete
  13. Salam Ct...

    ahaaaaa... hari ni takde menu pisang dah yer? heheheeh.. jangan marah ye gurau semata...

    kalau kuih2 gini husband & anak2 ratna mmg suka sgt! wife dia pun suka.. tp selalu bercinta nak membuatnya.. tak cukup masa kalau hari kerja ni.. hmmm.. kecek yg CT jelah 2 ketul boleh?

    CT.. kita pun insyaAllah nk blk kg juga this weekend.. ada kenduri kawin sepupu husband di kgnya.. so sama2lah kita blk kg dgn berhati2 ye..

    ReplyDelete
  14. Wah!! sangat menggoda la prata CT tu...macam karipap kan... well done!!

    ReplyDelete
  15. Selamat tengahari Ct,
    terlewat datang ni... mesti dah habis punya roti prata inti daging yang sedap tu.... nampak cantik berkilat!

    ReplyDelete
  16. As salam Kak Ct..

    Nampak sedapnyaaaa...
    Kalau rumah Lin ni beli prata segera tu x sempat nak bt apa, licin dibedal mkn dgn susu..huhuhu

    Nanti nk beli kasi nyorok pastu nk try bt la... :)

    *Selamat pergi dn balik ye kak Ct..Moga abg ipar kak Ct cepat sembuh dan Allah beri petunjuk kepadanya..kirim salam anak2 dan suami ye...

    ReplyDelete
  17. Salam Kak Ct,
    Sedap nye kalau dapat seketul ni... saya suka lah kalau gemuk2 inti banyak cam ni.hehehe.. baru puas hati :D

    ReplyDelete
  18. salam ct..
    wah dah lama kakna tak bersiaran.bila buka terus datang sini.tapi dah terlewat dah pun.tentu dah habis dah prata tu..

    ReplyDelete
  19. wah kreatif betul kakak ku sorang ni. bungkus2 pulak kan. bungkus 3 keping kak. hehe... skali ngan lepat kat bawah tu ye. feberet suami sya tu..kuih2 lama sesuai le ngan selera dia..;-)

    ReplyDelete
  20. As Salam CT..
    spt biasa gambar tak blh angzzzz mama salute lah kat CT..

    ptg2 gini lapor blk dtg tgk prata berintikan daging mcm nak ngap jer hehehe

    ReplyDelete
  21. Salam Kak Ct..bila tgk prata kak Ct ni terasa lama plak tak main bungkus2 ni...tapi sebelum ni saya selalu guna puff pastry...len kali nak cuba prata lah plak sebagai kulitnya...

    ReplyDelete
  22. Owh no baru je makan paratha bungkus kentang masala...mau buat. Hehe.

    Cantik akak bungkus..good morning dear! ;)

    ReplyDelete
  23. Amazing pictures! Haha sori speaking. Walaupun secara realisitk tak semua resipi akak akan saya buat, tapi memang enjoy tengok gambar dekat sini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...