Assalamualaikum... Salam ceria dan salam rindu buat semua teman-teman CT. Harap maaf sebab untuk 2-3 hari ni CT tak dapat nak update entri masakan. Penat balik kampung masih tak hilang lagi, jadi nampaknya tak dapatlah dapur CT nak berasap. CT balik kampung ke JB pada pagi hari Sabtu lepas dan pulang semula ke KL semalam. Cuma 3 hari 2 malam aje. Dah macam pakej menginap di hotel pulak kan hehe. Untuk 2 - 3 hari ni CT nak rehatkan badan sambil menyelesaikan kerja mendobi. Itu baru 3 hari 2 malam tu. Kalau lagi lama, lagi menimbunlah kerja mendobi kan. Lagi pun sekarang ni kan cuti sekolah, jadi CT pun nak ambik kesempatan bercuti jugaklah. Alah, tak lama pun, 2-3 hari aje hehehe
Berbalik pada entri CT hari ini.. se petang bersama Azlita Aziz, pemilik blog masakan Masam Manis. Tak payah di perkenalkan lagi, pasti ramai yang dah kenal Ita kan. Mungkin ada yang tertanya-tanya di mana agaknya pertemuan antara 2 blogger masakan ni erk...? Hehehe... inilah pertemuan tanpa dirancang. CT balik kampung tu memang tak ada tujuan lain. Sebab utamanya kerana nak ziarah suami kakak CT yang terlantar di ICU selepas kemalangan jalan-raya. Dan selain dari itu, sebab dah lama jugak tak balik bertemu dengan adik-beradik, ibu mertua dan anak-anak saudara semuanya. Rasa rindu lama sangat tak jumpa.
Sehari sebelum balik semula ke KL, CT ke pasar SMART membeli barang. dan masa nak balik tu, suami CT bukak mulut "Nak jumpa Ita tak?" Apa lagi CT angguk aje lah. Dah orang nak tolong hantar, kita mesti lah suka hehe. Apalagi, terus aje CT call kot-kot ada jodoh CT nak bertemu dengan Ita. Dan akhirnya terdengar suara serak-serak basah dihujung talian sebelah sana. Setelah menetapkan tempat berjanji-temu, akhirnya ketemu juga dengan rakan sealiran food bloggie yang selama ini ikatan persahabatan cuma sekadar di alam cyber saja. Dan yang lebih mengujakan lagi setelah kami berbual panjang, rupanya kami berdua ini bersaudara dan sejauh yang CT dapat ingat, kami juga berkongsi memori sebagai teman sepermainan semasa zaman kanak-kanak dulu. Itulah yang dikatakan jodoh pertemuan. Walaupun masa dan jarak memisahkan dan memudarkan kenangan silam, tapi disebabkan hobi dan minat yang sama, akhirnya kami dipertemukan oleh Food Blogging. Siapa sangkakan.. Subhanallah.
Selepas pertemuan ini pastinya ada rentetan yang lebih panjang lagi. Namun yang pasti, CT dan My laling CM amat berbesar hati sebab Ita dan family sudi meluangkan masa untuk pertemuan tersebut. Dan tak lupa juga CT nak ucapkan terima-kasih untuk Kek pemberian dari Ita tu yang CT bawak balik ke KL. Nasib agak baik juga sebab sepanjang perjalanan balik tu cuaca hujan dan sejuk jadi terselamatlah kek tu dari mencair... hehehe. Tapi CT agak terkilan sikit sebab tak sempat sediakan apa-apa untuk Ita. Maklumlah, pertemuan terkejut tidak dirancang.
Di kesempatan ini CT nak mohon maaf pada Ita, suami dan anak-anak sekiranya disepanjang pertemuan tu, ada gurauan CT yang menyentuh hati atau CT terkasar atau tersilap kata. Maklumlah bila dah jumpa excited macam tu, mulut kita ni jadi riuh sikit dan kurang terkawal, sampai hubby tegur suruh slowkan berbual dulu sebab makanan yang terhidang tu dah nak sejuk... hehehe. Apapun, CT sangat terharu di atas pertemuan tersebut kerana daripada hanya pertemuan biasa yang tidak dirancang pada mulanya, ia jadi seperti pertemuan jejak kasih pulak. Hanya CT dan Ita aje lah yang tahu hehe.
CT abadikan kek pemberian dari air tangan Ita tu dalam Dapur CT untuk kenangan dalam blog dapur CT ni... Alhamdulillah sedap sangat-sangat. Akhir kata, Terima kasih sekali lagi dan serangkap pantun untuk Ita :)
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur ku panjang
Pasti kita berjumpa lagi
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur ku panjang
Pasti kita berjumpa lagi
Wahhh...bestnyer dapat bertemu di alam reality.....opkos teruja dapat btemu sifu berdua ni...
ReplyDeleteSalam Ct...Seronok nya dapat bertemu dgn kengkawan blog masak walaupun tidak di rancang .Semuga persahabatan kekal abadi hendaknya.
ReplyDeletewahhh seronoknya kak ct dpt jumpa kak ita...dpt kek lagik...hehehe
ReplyDeleteIni yang jeles ni..huaaaa
ReplyDeleteWahh..best tu Kak Ct.Dapat jumpa2.
ReplyDeleteKek Kak Ita cantik...
salam ita. Semuga sihat dan baik2 hendaknya. Pertemuan dua bloger masakan otai.. seronoknya..
ReplyDeleteSeronoknya! Tumpang gembira dengan pertemuan itu CT!
ReplyDeleteSalam Kak CT, rindu sama resep resep baru akak...
ReplyDeleteSubhanallah, seru banget bisa ketemuan dengan Kak ITa. Itulah namanya 'what a small world'. Sejauh apapun jarak diantara akak berdua tapi kalaulah jodoh bertemu jua...kapan ya kita berdua juga bisa ketemuan, hihi
Salam perkenalan buat Ct.
ReplyDeleteSlalunya skodeng diam2 je, tp bila tgk n3 arini, tergerak ati plak nak komen. Hehehehe..
Patut lah smlm, kedua dua blog kegemaran mak ni tak update n3. CT pi berlaga pipi dengan kak Ita MM rupanya yea!
wah kak CT bestnya..dpt jmpa dgn teman blogger Kak Ita MM tu...
ReplyDeleteKak CT org johor jugak ker??? kt mne...QH pon org jhr jugak...Kluang...
Salam kak CT..wah..pertemuan 2 blogger tersohor!..gandingan yg mantappp!
ReplyDeleteSalam CT..
ReplyDeletehihi... akhirnya jumpa jugak kan.. aiii.. tak sangka lah CT kita sedara.. tapi ita punya firasat mmg rasa2 ita ni ada pertalian dgn CT sejak CT kata CT dok kat istana.. rupanya ramalan ita benar belaka.. ita dah tanya mak ita dan dia kata mmg kenal sangat dgn mak CT.. alahaiii... kecilnya dunia ni.. entah2 masa kecik2 dulu kita pernah main pondok2 sama2 tak?? haha
Seronok pulak bila dapat jumpa CT.. nanti kita jumpa lagi eh! bila CT turun JB call lah ita.. Boleh plan awal2 hihi ni rasa tak puas pulak berborak..
Bila tgk pic ni baru perasan.. alamakkkkk!!! ita dah makin tembam laaa.... uwaaaaaa.... nak nangisss...
Owwww.... jejak kasih lah ni yer... seronoknya dpt jumpa rakan alam maya yg rupanya sedara mara yer... bila pulak kita nk jumpa yer CT... ehemmm
ReplyDeleteAssalam Kak Ct bestnya dari alam maya dapat jumpa di alam nyata
ReplyDeleteDua2 sifu hasil keje yang sangat cantik :)
ReplyDeletealala bestnya dapat gader2, dua2 pun sangat cantik, sempat pulak tu kak azlita buat kek kan
ReplyDeleteSeronok nyer dpt bertemu ...aah dua2 nmpk anggun hehehe
ReplyDeleteWaw...hebatnya pertemuan Kak Ita dg Kak Ct,tambah2 lagi dengan Kek yg menggoda itew...gue jeles ni..oh ya Kak Ct,yg tu kek apa? kek keju k?
ReplyDeletesalam ct..x sangka p'tmuan jd jejak kasih ye...mesti terharu sgt..akak blh bayangkan camne..
ReplyDeletewahh..seronoknya dapat bertemu blogger sifu ..best
ReplyDeletewaaaa kak ct syoknyeee dpt jmp sifu....kak ita bg ciskek mak aiii seliur kite...
ReplyDeletewhoaaa...deting2 behnya...mmg tingin nk jumpa bersua mata GMM ni kan..sebab dok ngutuk2 mesera di alam maya jer, nak juga kutuk2 manja di alam reality pulok..hihihi...
ReplyDeletehuhuhu sempat lagi tayang kek..tu yang best tu!bagi sini ckit kak..(^-^)
ReplyDeletebest nye dpt jumpa kak ita! tp kak ita dh tembam la...huhuhu!
ReplyDeletebest nya bisa ketemu , kalo Melly pergi KL nanti jumpa kak CT juga yah.. hehe
ReplyDeletemet istirahat kak.. ;)
Assalam CT, waaaaaaaaaaaaaaahhh dah jumpa dgn Ita yea...tup tup bersaudara pulak..elok sangatlah tu kan..kecilnya dunia...akhirnya bertemu dan kenangan lama terungkai jugak dgn citer di zaman kanak2...alhamdulillah..semoga ukhwah ini berpanjangan... muaaahh tuk korang berdua.. ^__^ tumpang seronok, nak2 dpt kek tu ya CT..bestnyaaa..
ReplyDeleteamboiiiii seronoknyaaaa... pertemuan dua insan yang berseni.. punya bakat yang sama.. minat yg sama.. akhirnya ditakdirkan bertemu & lebih bermakna lagi rupanya bersaudara! kalau tidak kerana dunia blogger masakan... tentu rahsia ini belum terungkaii.... syukurrr.. semoga silaturrahim semakin erat buat kalian berdua...
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak CT,
ReplyDeleteuwaaaaa seronoknya bila dpt bertemu dngn Ita mcm ni...Yatie dok Johor tapi tak berkesempatan je nak jumpa dngn Ita sejak balik Msia ni..padahal dulu dok berjiran...lebih seronok lagi bila orng yg kita kagumi tu saudara terdekat sendiri..lagilah syok bila bertemu dan tak cukup masa rasanya nak borak2..kan..
Assalam Kak CT,blk kg yer kak...bestnyer..yg best lagi bila dpt jumpa kak Ita.alhamdulillah seronok bila kenal dialam maya bersambung ke alam realiti pula kan.hmm...sedap lak tgk kek itew:)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak ct...seronoknya bertemu rakan blogger kan kak..setakat ni baru jumpa 2 org je blogger masak2 secara live..hehe.
ReplyDeleteSalam..semoga jadi satu pertemuan, ukhuwah hasanah antara kak CT dan K.Ita..
ReplyDeletesedapnya kek tu
ReplyDelete