Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Sebelum CT berbicara lebih lanjut, terlebih dahulu CT ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan ucapan Syukur Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kerana CT sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilimpahi dengan nikmat kebahagiaan. Dan dengan nikmat kesihatan yang baik dan berterusan ini, CT dapat terus untuk berbakti kepada keluarga selain daripada melakukan perkara baik yang lain yang dapat memberi manfaat bukan saja kepada diri CT tetapi juga kepada insan yang lain seperti berkongsi minat memasak ini yang dapat CT kongsikan kepada semua melalui penulisan blog masakan ini.
Masuk hari ini, genap 3 tahun, 4 bulan, 18 hari usia blog Dari Dapur CT ini. Dan sepanjang tempoh itu jugalah, blog ini telah melalui pelbagai perkara dan rentetan dalam mencapai usia kematangannya. Tarikh 12/11/2008 adalah tarikh mula-mula CT menulis dalam blog ini. Untuk beberapa entri yang mula-mula tu, CT hanya berkongsikan gambar masakan CT sahaja dan tiada resepi yang dikongsikan. Maklumlah CT masih jahil lagi tentang berblog dan masih tidak cukup keyakinan untuk berkongsi sesuatu yang mungkin akan dicuba oleh orang lain sedangkan CT masih lagi dalam proses mencuba-cuba.
Resepi yang pertama sekali CT kongsikan adalah pada 24/2/2009 iaitu selepas 3 bulan CT membuka blog ini. Bila CT tengok semula entri tersebut, CT tersenyum simpul sendiri. Rupanya telah jauh juga perjalanan yang telah CT tempuh dalam blogging masakan ini. Dalam awal-awal pembabitan dulu, CT ambik gambar pun main tangkap muat aje. Kamera yang CT guna pada masa tu pun dah rosak dah sekarang ni. Tapi CT masih simpan lagi dengan baik dan letakkan pada tripod mini dan display atas cabinet sebelah TV walaupun dah rosak sebab itulah kamera yang telah banyak berjasa kepada CT untuk blog ini. Kadang-kadang tu memang perlu untuk kita melihat kembali kebelakang apabila kita sudah jauh berada dihadapan. Mengimbau sesuatu seperti itu akan memberi kita ruang untuk bermusabahah dan juga melihat dengan lebih jelas perkara-perkara yang kurang baik yang boleh kita perelokkan lagi dan memperbaiki lagi segala kekurangan yang ada. InsyaAllah.
CT tak dapat berkata apa lagi, sekadar CT ingin merakamkan rasa penghargaan kepada pihak AROMA yang telah memberi ruang terbitan mereka sekali lagi kepada CT. Dan sudah tentunya rasa perhargaan itu juga ingin CT kongsikan kepada semua pemilik asal resepi yang resepinya telah CT cuba sendiri dan kongsikan untuk tatapan semua dalam blog Dari Dapur CT ini. Kesemua resepi-resepi CT yang terpapar dalam Majalah AROMA keluaran bulan Mei tersebut adalah sebanyak 7 mukasurat iaitu dari halaman 58 hingga halaman 64. Jika berminat untuk melihat dan ingin menatap dengan lebih jelas, kenalah dapatkan senaskah majalah tersebut ye.
Akhirkata, terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menyokong CT untuk terus mengemudikan blog ini dan semoga kita semua akan terus mendapat manfaat dan berjaya bersama-sama. Sekian, salam sayang dari CT. Daaaa...
Resepi yang pertama sekali CT kongsikan adalah pada 24/2/2009 iaitu selepas 3 bulan CT membuka blog ini. Bila CT tengok semula entri tersebut, CT tersenyum simpul sendiri. Rupanya telah jauh juga perjalanan yang telah CT tempuh dalam blogging masakan ini. Dalam awal-awal pembabitan dulu, CT ambik gambar pun main tangkap muat aje. Kamera yang CT guna pada masa tu pun dah rosak dah sekarang ni. Tapi CT masih simpan lagi dengan baik dan letakkan pada tripod mini dan display atas cabinet sebelah TV walaupun dah rosak sebab itulah kamera yang telah banyak berjasa kepada CT untuk blog ini. Kadang-kadang tu memang perlu untuk kita melihat kembali kebelakang apabila kita sudah jauh berada dihadapan. Mengimbau sesuatu seperti itu akan memberi kita ruang untuk bermusabahah dan juga melihat dengan lebih jelas perkara-perkara yang kurang baik yang boleh kita perelokkan lagi dan memperbaiki lagi segala kekurangan yang ada. InsyaAllah.
Nampaknya CT dah jauh menyimpang dari tajuk post CT hari ni. Yang sebenarnya CT sekadar ingin berkongsi kegembiraan dihati tapi terlebih taip pulak. Maafkan CT ye.. hehe. Mood ceria CT ni disebabkan oleh 14 dari resepi yang pernah CT kongsikan dalam blog ini telah diterbitkan lagi oleh Majalah AROMA keluaran bulan Mei 2012. Pada mulanya, pihak AROMA cuma meminta 10 entri lauk-pauk. Bila CT selak-selak entri yang lepas-lepas, CT mula sedar yang entri lauk-pauk yang CT buat tak banyak sangat jadi bila nak memilih tu CT jadi kurang pasti nak memilih yang mana satu. Disebabkan itu, CT hantar aje 14 buah resepi supaya pihak AROMA dapat memilih 10 darinya seperti yang diminta. Tapi selepas CT tengok majalah tu semalam, rupanya kesemua 14 resepi yang CT hantar telah diterbitkan sekaligus.
CT tak dapat berkata apa lagi, sekadar CT ingin merakamkan rasa penghargaan kepada pihak AROMA yang telah memberi ruang terbitan mereka sekali lagi kepada CT. Dan sudah tentunya rasa perhargaan itu juga ingin CT kongsikan kepada semua pemilik asal resepi yang resepinya telah CT cuba sendiri dan kongsikan untuk tatapan semua dalam blog Dari Dapur CT ini. Kesemua resepi-resepi CT yang terpapar dalam Majalah AROMA keluaran bulan Mei tersebut adalah sebanyak 7 mukasurat iaitu dari halaman 58 hingga halaman 64. Jika berminat untuk melihat dan ingin menatap dengan lebih jelas, kenalah dapatkan senaskah majalah tersebut ye.
Akhirkata, terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menyokong CT untuk terus mengemudikan blog ini dan semoga kita semua akan terus mendapat manfaat dan berjaya bersama-sama. Sekian, salam sayang dari CT. Daaaa...
Tahniah CT. Saya peminat DDCT
ReplyDeleteSalam ct....sekalung tahniah pada ct..DDCT adalah sumber rujukan ku....
ReplyDeleteAslmkum..
ReplyDeleteMorning Kak CT. Tahniah Kak...Kak CT tetap menjadi pujaan hatiku juga..Heeee...Teruskan berblog kak. Sebab u all lah menjadi sumber rujukan bg kami2 yg ala2 kureng pandai memamasak ni.
Salam kak CT! tahniaHHHH!!!! nanti poskan satu buku yg ada sign khas dr kak CT tauu! hihihi...
ReplyDeleteAzie ~
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih Azie diatas sokongan murni dari Azie buat DDCT :)
Ilhamkreatif ~
ReplyDeleteWa'salam Iza... Alhamdulillah terima kasih Iza sangat2 terharu rasanya diatas kata2 dari Iza :)
ibh_sue ~
ReplyDeleteWa'salam Sue, terima kasih Sue tiada sokongan dari kawan2 tak akan samapi k.ct sejauh ni, Alhamdulillah USe pun teruskan juga ya, k.ct tetap akan menyokong dari belakang juga :)
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'aslam Ika, terima kasih yanggg..Insya'Allah k.ct akan pos buat Ika nanti bagi alamat eh..hihi
Salam CT...
ReplyDeletealhamdullilah amin!!!
mama pun tumpang gumbira diatas kejayaan CT... semoga CT tak jemu2 berkongsi resipi disini :)
aah lah mama pun nk yg ada signature CT buat kenangan2 hehehe
Mama Hawa/Mama Nani ~
ReplyDeleteWa'salam Mama Hawa..hehehe alah Ma segan pulalah. ct ni bukan retis Ma sekadar suri rumah diceruk dapur jer, setakat berkongsi resipi biasa2 tu okeylah Ma..hehehe.
Okey Ma Insya'Allah jika Mama Hawa sudi menerima apa salahnya kan..hehehe
Tahniah k ct..mmg akak layak sgt2... moga lebih. maju lg..suke tgk pic kt mag tu sumenya cantik2....makin glemer akak kt nie...;-)
ReplyDeleteTahniah CT..semoga lebih membakar semangat untuk berkarya..terimakasih kerana berkongsi resepi yang memang terbaikkkkkk
ReplyDeletenOOrsha ~
ReplyDeleteTerima kasih Noorsha, Alhamdulillah rezeki buat DDCT, Sha terima kasih banyak beri sokongan selama ni baik di blog juga di FB hehehe
norhanim md zain ~
ReplyDeleteTerima kasih Hanim, sokong dari kawan2 yang banyak membantu ct hingga ketahap ini,alhamdulillah syukur..
TAHNIAHHHHH kat CT DELIMA..
ReplyDeleteSemoga dapur kak CT semakin meriah lagi dgn masakan2 yg mantap lepas ni yer.. tumpang berbangga dgn akak! Kali ni diorg tak tepek ke gmbr kak ct pegang senduk?hihi..
Assalamualaikum CT
ReplyDeleteSekalung tahniah daripada Ita. Seronok bila melihatkan perkembangan yang berlaku di blog masakan. Semoga setiap apa yang berlaku dan dilalui dijadikan sebagai satu pemangkin kepada bloger2 lain untuk melakukan perubahan, sentiasa berfikiran positif, lakukan dengan ikhlas dan yang paling penting sentiasa tampil dengan idea terkini.
Semoga CT terus berkarya dengan semangat baru dan idea-idea yang lebih baik dan terkini..
Tahniah sekali lagi CT ^-^
Alhamdulilah...
ReplyDeleteLin tumpang gembira diatas kegembiraan kak CT..tak sangka kannnnnn.... :)
Tahniah kak CT!!!!.. Gud Luck & All The Best!
Salam Ct...tahniah semuga berjaya kehadapan. amin
ReplyDeletesalam kak ct..mggu lepas masuk majalah mingguan wanita kan pasal blog...tahniah, teruskan usaha..dan bg sy yg baru berumahtangga ni, di blog2 msakan mcm ni la sy menimba ilmu pastu try n error kat umah utk suami dan anak2...hehe..
ReplyDeleteSalam CT lama...tak jalan2 sini. akak kalau masuk sini jadi tension....anxious sangat hendak tenguk gambar2 CT tapi tak pernah dapat..nape ye...anyway tahniah dari akak ya semoga terus maju
ReplyDeleteTahniah...tahniah...tahniah dan Selamat Hari Ibu CT...!! muaahhhs....
ReplyDeletetahniah kak CT.. insyaAllah akn dtg majalah ETERNITY pulak.. =)
ReplyDeletetaniah kak ct..:)
ReplyDeleteTahniah Kak CT
ReplyDeletetahniah kak ct ^^
ReplyDeleteALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH buat CT,i like your pos cute............
ReplyDeletetahniah buat CT....semoga terus2 berkongsi ilmu yg ada....i followwwww
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak CT,
ReplyDeletesyukur alhamdulillah, Tahniah kak,Yatie tumpang gembira dan berbangga dngn pencapaian akak ni..sememangnya akak mmng layak..moga terus berkongsi idea2 yg menarik dan resepi2 yg mantop...
Assalam CT cayang...maaf akak baru beronline...dari jumaat hari tu pergi ke Tioman, balik hari Sabtu...hari Ahad semalam ke Shah Alam pulak hantar Najiha, tghmlam td baru sampai rumah. Sekalung tahniaaaahhh buat CT kerana gambar2 menarik resepi2 telah disunting oleh Aroma pula...semoga CT terus rajin mengupdate dan berkongsi ilmu...Akak bangga dengan perkembangan terkini Dari Dapur CT....muaaahhhh!
ReplyDeleteTahniah Kak CT..harus beli majalah ni bt koleksi ^_^
ReplyDeletesalam CT,wah saling bertukar majalah ni baru je kat MW minggu lepas, ni kat Aroma pulak,sebenarnya akak dah beli Aroma tp tak perasan pulak yg Ct punya kena belek lagi sekali lah ni apa2 pun tahniah akak ucapkan ya
ReplyDeletealhamdulilah...
ReplyDeletemakin maju setakuk lagi ye kak..
Tahniah!!
Assalamualaikum akak ct..
ReplyDeletetahniah dr diana..
Assalamualaikum kak CT.12/11 akak mulai menulis d blog..sama mcm tarikh lahir miss cuma beza tahun je:)Tahniah sis:)
ReplyDeletesalam ukhwah
salam kak ct
ReplyDeletetahniah jgk dari zila..dan terima kasih jgk sbb x jemu2 berkongsi resepi dengan kami bloger2 baru..tumpang gembira kak..:)
Sore kak Ct sayang, lama melly ngga online,last weekend pergi kampung bawa anak anak bermalam dengan nenek nya,biasa lah di kampung ngga ada wifi..hiiks jadi ngga mampir ke blog fav melly ini. anyway..congrat yah kak, happy for you,di tunggu karya nya yang lain yg tentu lebih bagus dari sekarang.All the best my dear sister.. *hugs
ReplyDeletetahniah! mmmmmmuah.. utk ct.. tak ada rasa jeles sekelumitpun utk sama2 GMM nih.. sebaliknya rasa bangga dgn kejayaan ct dan tumpang seronok pun ada gak.. nampak cam ayam bumbu bali dan ayam mentega rangup yg pernah nor cuba gak dulu tu.. ermm ayam ros pandan pun pernah nor cuba.. sticky caramel chic wing pun.. mmg semua resipi tu sedap2 kan :)
ReplyDeletekita tunggu bulan depan lak ya... hehehe
Assalam ct,
ReplyDeleteTahniah sekali lagi kita ucapkan..memang sedap2 recipe yang ct ketengah kan tu..semuga more to come ya ct..Insyaallah..
salam kak ct..nk kena cari majalah ni ..best tgok pic2 akak tu.dh 3 thn kan kak ct...sury punya blog pun x ingat bila birthday dia.semoga kak ct delima terus suksess bersama Dari Dapur CT. :))
ReplyDeleteTahniah yer Kak Ct,semoga makin bertambah dan meriah lagi resepinya...tumpang gumbira dengan kak Ct.
ReplyDeleteOh ya,jangan lupa singgah dapur Rahel ambik kalender bulan May tau..
Tahniah CT...semoga terus maju. Post masakan yang cantik dan semestinya sedap. Sampai suami akak dah cam gambar CT yang tengah pegang senduk tu, sebab dia tahu setiap hari kakros mesti jengah DDCT selain dapur CMG dan MasamManis. Semoga segala usaha CT berkongsi resepi dapat di manafaatkan oleh semua. Tahniah sekali lagi :)
ReplyDeleteAssalam Kak CT cayang, tahniah sekali lagi kak. tumpang gembira tgk gambar masakan akak semua tu.tq sharing kat blog ni kak sebab nak beli majalah tu mcm jauh sgt jer.Kalau dok Msia memang saya cari dah.
ReplyDeleteMaaf K.ct, post komen guna iphone je. Tp nk post jugak... Tahniah dari FnF... Resepi2 akak mmg terbaik. Teringin nk baca magazine tu tp FnF jauh sgt ni... congrats again o(^▽^)o
ReplyDeleteFnF simple life
Tahniah!!! Ani tumpang bangga.. Semoga Kak CT serta keluarga tersayang sihat dan di dalam keberkatan ALLAH sentiasa.. Aminn
ReplyDeletetahniah kak..
ReplyDeleteSalam Kak CT,
ReplyDeleteSelamat ya akak atas dimuatnya resipi akak di Majalah Aroma. Saya ikut happy buat Kak CT. Semoga sukses terus mengiringi langkah Kak CT di masa yang akan datang...
SAlam Kak Ct,,, tahniah yaa.. semoga semakin kaya dan kreatif dengan pelbagai idea.. tahniah!
ReplyDeleteSaya tumpang bangga dengan pencapaian akak...
ReplyDeleteSemoga sukses selalu :)
Kali pertama terjumpa dan berkunjung ke blog puan saya sudah jatuh cinta. Tahniah. Semoga kami semua mendapat lebih banyak lagi menfaat dari nukilan puan.
ReplyDeletesy ingin cadangkan agar di belikan http://bit.ly/hadiah_ibu iaitu pen quran digital :) yang baca dan dengar dapat pahala, yang memberi turut dapat pahala kan.
ReplyDeleteAssalam kak
ReplyDeleteselalunya sy silent reader je kt sini, memandangkn resepi akk tersiar dlm Aroma Mei, boleh x akk share page yg ada resepi dr www.enjoycooking.fathaz.com..
segan sebenarnya bila mjlh ni sudi tempek resepi saya cz saya ni bukanlh sehebat akk dn blogger masakan tersohor lain huu..
saya susah nak jumpa majalah ni ..baru2 ni jumpa dah edisi jun..
dan dorg nk buat photoshoot di rumah saya, alahai segan bertambah2..rumah sy skg ni kecil n sy pon xde pinggan mangkuk hebat2..cmne ye kak?saya baca blog akk, akk pon x buat photoshoot di rumah lg kan? sy ni masak pon biasa2 je huu
salam kenal