Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah dah sampai kita dipenghujung minggu yang terakhir untuk bulan April. Hari Selasa minggu depan dah pun masuk bulan Mei. Sekejap sungguh masa berlalu kan.
Hari ni CT tak update entri masakan ye. Dan izinkan CT menyelinapkan entri tentang paparan seseorang berbaju merah hitam dan memegang sudip seperti hendak mengetuk seseorang yang dipaparkan dalam Mingguan Wanita keluaran 27 April - 3 Mei 2012. Siapa lagi yang pakai baju merah pegang sudip macam tu kalau bukan Che CT hehehe.
Sebenarnya CT telah ditemu-ramah oleh wakil Majalah Mingguan Wanita pada hari Ahad dua minggu yang lepas. Dalam temu-ramah tersebut CT diajukan beberapa soalan yang meminta pendapat CT tentang perkembangan dunia blogging secara keseluruhannya dan juga serba-sedikit kisah penglibatan CT dalam blogging masakan secara khususnya. Kemudian penemuramah tu tanya kat CT mana dia boleh dapatkan gambar CT, jadi CT jawablah mungkin dia boleh ambik dari blog ni.
Mulanya CT ingat penemuramah tu cuma sekadar membuat kaji selidik dan CT tak terlintas langsung pun yang dia sebenarnya betul-betul nak terbitkan dalam Majalah Mingguan Wanita, hinggalah Hari Selasa yang lepas bila salah seorang teman rapat bagitau dia ternampak gambar CT kat dalam tu. Apalagi, terus tepon my laling mintak dia belikan kat tempat kerja dia. Dan bila suami CT balik keje dan CT mula membelek majalah tu nak tengok halaman yang ada muka CT tu, rasa nak tergelak pulak bila tengok gambar CT pegang sudip tu yang dimuatkan dalam majalah tu hehehe. Tapi tak apalah sebab memang itupun trademark CT. Tapi yang buat CT betul-betul nak tergelak bila CT dipetik sebagai berkata "Selain melayari blog masakan, saya juga tidak ketinggalan membaca blog hiburan dan politik". Tang politik tu yang CT tak tahan tu hehehehehe. Rasanya CT tak sebut pun pasal politik. Ini mesti kes kata-kata CT telah disalah tafsir hehehe. Tapi tak apalah, tak ada hal pun.
Apa pun, CT nak ucapkan terima-kasih buat Majalah Mingguan Wanita kerana sudi memuatkan sedikit kisah blogging masakan CT dalam majalah tersebut. Okeylah, setakat ini dulu CT berceloteh. Sampai kita berjumpa lagi nanti ye, salam sayang dari CT.. daaaaa..
salam kak ct
ReplyDeletetahniah yer..tumpang bangga kak,smoga blog kak ct lbh deboommm dimasa akan dtg..aminn...
Salam pagi Jumaat CT,
ReplyDeletewaa tumpang gembira,makin kedebaadeboom Ct sekarang..seronok.rasa nyer blogger masakan lebih terserlah laa sekarangkan..TAHNIAH!!!
Salam kakak comel, tahniahhhhh!!! masuk majalah lah dia, ;-) nanti nak mintak otograp tauuuu!
ReplyDeletezila 4ever ~
ReplyDeleteWa'salam Zila, tr kasih insya'Allah, doa2kan untuk k.ct dan begitu juga dengan Zila :)
Assalamualaikum kak ct...
ReplyDeletetahniahhh kak..
cantikkk gambar tu kak...
seronok mas tengok..
makin glemerrr akak sorang nie...
KakAsma ~
ReplyDeleteWa'salam KakAsma, alhamdulillah .. semoga blogger masakan semakin kehadapan berbanding dulu ya Kak, terima kasih banyak2 :)
ijayuji ~
ReplyDeleteWa'salam Ika cayanggg...tr kasih. alahh k.ct insan biasa tak perlu sain2 buku dah, bukan retis pun yangg ...hehehe
Mas ~
ReplyDeleteTerima kasih Mas, Alhamdulillah moga kawan2 blogger yang lain akan sampai ketahap ini juga. k.ct tumpang gembira juga pada kawan2 yang lain, Insya'Allah tunggu Mas dan kawan2 yang lain2...Aminnn
Salam, Kak Ct, dalam banyak2 gambar, gambar tulah yang paling comel, heheh
ReplyDeletewow makin glamor mama cute kita ni...tahniah ct ;)
ReplyDeletediam ubi,diam berisi...i like!
tahniah berkali-kali beb hehe ;)
Tahniah. I pun suka sangat tengok gambar tu. Kena CT ni utk ambil gambar saya dengan posing macam tu. Boleh pinjam sudip tu sekali.
ReplyDeleteTAHNIAH...TAHNIAH kak CT...semoga lepas ni akan lebih sukses dan lagi meletoppp...suka tgk...nti QH nk baca majalah tu...wah kemain ramping lagi body akak tu...jeles tgk...ape rahsianya yer...hehehe
ReplyDeletesalam CT wah tahniah lah dari akak ya caya lah tang pegang sudip tu adengan yg menariksss
ReplyDeletecik ct dah glamor tu....tahniah dari kak ros ya.
ReplyDeletesalam kak..tahniah dari kami ;)
ReplyDeleteTAHNIAH kak ct..dpt ditemuramah majalah femes tuu..hehe.nanti kite cari,dah lama gak tak beli MW..dulu2 selalu lak.cam x bkesempatan lak kblkgn ni..huhu..
ReplyDeleteApa2pun gamba kak ct pegang sudip tu mmg mahal..pasni leh framekan sudip tu kak wat kngn.hihi...gurau je kak..jgn marah ye..kang ilang awet mude :D
wahh hebat ct sekarang.. tahniah ya! :)
ReplyDeletewaaaaa....hebat la CT
ReplyDeletetahniah3...akak mmg the best..lagi satu yg ucu kagum tu tang badan yg solid molid tu..walaupun akak masak yg sodap2 badan mentain cantikkkk...
ReplyDeletetahniah kak ct..terima kasih kerana berkongsi respi2 yang sedap2..
ReplyDeleteteruskan usaha mencapai apa yang dihajati...
Salam CT....Tahniah ct..berbaju merah dan cik sudip.Terima Kasih kerna berkongsi resepi yg sedap2.
ReplyDeletetahniah kak ct
ReplyDeleteakak ayu ada tgk dalam m.wanita semalam..hihi..mmg dh lama ikuti akak pernh cuba resepi akk mmg mnjdi..sedap!!mohon share ya..nak promote kat blog..hehe
ReplyDeleteTahniah kak ct
ReplyDeleteSalam CT.. Tahniah yaa... datang membalas kunjungan.. terima kasih sudi add.. dah follo Ct tau.. tq so muchhh... wahhhh cantiknya! suka blogs ni... ada gaya! muahhh cayang from Sha...:)))
ReplyDeletesalam kak CT...TAHNIAH yer kak, glamer gitu...hihihihih
ReplyDeleteSalam CT
ReplyDeleteTahniah CT
semoga CT semakin bersemangat untuk berblog dan ianya dapat menjadi pemangkin untuk menghasilkan karya yang terbaik!
Salam CT.Tahniah...gambar pegang sudip tu yg kelas!moga terus ceria berkongsi resepi.
ReplyDeletekalau di Msia mmg tak miss majalah MM ni...
tahniah CT.. tumpang gembira.. n awet muda .. hihihi
ReplyDeleteAs'salam Kak CT ....
ReplyDeleteTahniah kak !!!
(Muahh muahhhh + BIG hugs) hehe . . .
Moga kak CT terus berkarya dan terus memberi sumber inspirasi buat Nina.
salam kak ct..tahniahh..tp klaka plak tang tokok tambah tuh heheheh..smg terus sukses yaa
ReplyDeleteAssalam ct,
ReplyDeletewah tahniah sekali lagi kerana masuk dalam majalah wanita pula ya...memang hebatlah ct ni..
Congratulation buat ct dan family kerana tanpa sokongan mereka, tak mungkin boleh layan blogging2 nikan..sebab it takes up time ..ct boleh check inbox kat fb tak..thanks.
Malam Ct,
ReplyDeletealamak ... kelmarin petang ada Amie ke kedai buku, belek-belek majalah dan beli beberapa naskhah majalah kegemaran, nampak Majalah Mingguan Wanita tapi tak pula sempat nak rembat sebab anak dah merengek nak pulang... agaknya kalau Amie beli, dapat jugalah tengok wajah Ct yang pegang sudip tu, dan juga baca tentang diri Ct dalam majalah tu.
Apa pun, tahniah diucapkan, terus maju ke depan, dan semoga berjaya dalam dunia masakan yang Ct dan kita semua cintai!
Assalam Kak Ct, tahniah kak semoga akak terus bersemangat lagi utk berkongsi cerita masakx2 dan resepi yang mantop lagi di alam maya ni. saya dulu memang suka beli mingguna wanita ni sejak dok sini tak pernah beli dah la.
ReplyDeletetahniah kak ct, tumpang bangga =)
ReplyDeleteTahniah kak ct.. masuk majalah lg.. makin berkembang la blog akak nnti ye..
ReplyDeleteAssalam Akak, lama dah tak jenguk akak sejak blog personal akak dah kurang aktif. Rupa-rupanya dia sibuk masak-masak eh? Hehehe... Akak ingat saya lagik tak? :)
ReplyDeleteTahniah keluar magazine gitu :)
Seperti kukenal Si baju merah hitam bersenduk tu.. Tapi di mana ya.....
ReplyDeleteWah... Tahniah.. Bravo Kak CT.. Kenalah kenduri ni..
Tahnia Kak CT...
ReplyDeletetu la pasal, org rumah duk ckp mcm kenal dalam majalah tu...comfirm....tahniah akak...
ReplyDeleteCT, akak baru jenguk blog ni haa...3 4 hari yg sibuk sangat, x sempat beronline lantaran outstation ke Tioman..Tahniaaaahhhh CT, moga terus maju dan maju okeehhhh...lebiiuuu ^__^
ReplyDeletewah banyak sgt cerita menarik yg diana dah ketinggalan akhir2 nie...
ReplyDeletetahniah sekali lagi dr diana .. moga akak akan terus maju jaya... ;)
congrates dear!
ReplyDelete