Monday, April 9, 2012

Kuih Lapis 3 Warna


Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria untuk pagi ini. Semoga teman-teman CT dalam keadaan yang sihat dan bahagia selalu hendaknya. Mula-mula tu tak tahu nak letak nama apa kat kuih ni. Sebab semua kuih lapis yang CT buat CT ikut mood aje. Tapi yang ni pulak siap tanya kat anak CT lagi, nak bagi nama apa kat kuih lapis ni. Anak bujang CT tu suka sangat dan minat main bola, jadi CT tanyalah kat dia sebab CT tengok warna yang CT guna ni macam warna jersi bola aje. Bila dah lihat kuih yang Mama dia buat ni terus katanya bagi nama Kuih Lapis 3 warna aje... hihihi. Ni dah kira buntu nak cari idea dan letak nama pada kuih, sampai mintak pendapat anak dah ni. Kes teruk dah kan, sebab semua rata-rata bubuh nama kuih lapis aje. Tapi tak kisahlah, janji sedap dan insan-insan dirumah suka, Alhamdulillah.


Bila dah buat kuih lapis macam ni, Haqim anak CT yang bongsulah yang paling suka sekali. Sebab dia suka makan kuih ni selapis demi selapis, yang lain-lain makan terus aje tak payah nak selak satu-satu lambat katanya.. hehehe. CT pun ikut mood juga kalau makan kuih lapis ni, kalau sambil tengok tv, CT akan bukak selapis demi selapis untuk masuk mulut, dah macam anak-anak juga dah.


Tapi seronok juga sesekali makan macam ni, menikmati makanan yang kita buat secara perlahan dan dapat merasai satu persatu setiap lapisan kuih tu. Selalunya bila buat kuih lapis ni CT akan campur gitu-gitu aje tepung dan letak pewarna, kukus dah siap. Tapi yang ini CT datang rajin letak pewarna dan perisanya sekali. Dapatlah rasa sikit-sikit walaupun bukan ada pisang dalam adunan tu. Insya'Allah kalau nak buat lagi CT akan letak buah pisang yang dilecek pulak dalam tu, baru betul ya tak... hehehe.


Bab kuih-muih ni CT memang rajin sikit untuk membuatnya, sebab memang anak-anak dan suami akan bersarapan pagi dengan kuih sebelum ke sekolah dan pergi kerja. Kecuali datang mood rajin barulah buat sarapan yang berat sedikit macam nasi goreng atau mee goreng untuk sarapan pagi. Tapi kalau nak buat menu berat, kenalah bangun awal dari hari biasa. Hmmm.. bila cakap bab nasi goreng ni memang lama juga CT tak buat, CT alah makan nasi goreng sebabnya mata ni cepat sangat mengantuk kalau makan nasi goreng. Nanti mulalah kerja-kerja dirumah akan terganggu sebab CT bantai tidur sekejap... hehehe. Ini kalau suami CT baca mesti akan kedengaran suara dan cakap-cakap kecil yang CT lama sangat dah tak masak nasi goreng... hehehe.


Kita terus pada resipi Kuih lapis 3 warna ni yang CT ingin kongsikan bersama teman-teman di pagi Isnin ni. Jika ada yang ingin mencuba silakan ya. Salam manis dari CT sampai jumpa lagi. Daaa....

Kuih Lapis 3 Warna
Resipi : Che CT

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
3 1/2 cawan santan - tambah jika perlu
1 camca teh garam
1 sudu kecil pewarna Kuning + 1/ 2 sudu teh perisa pisang
1 susu kecil pewarna Hijau + 1/2 sudu kecil pandan emulco

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukus. Sapukan loyang 7/8 inci dengan sedikit minyak. Dan alas dengan plastik bersih dan lebihkan sedikit keluar loyang agar mudah untuk mengeluarkan kuih lapis nanti. Masuk loyang dalam periuk kukusan.
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan perisa. Kacau dengan whisk hingga gula larut.
3. Tapis adunan dalam mangkuk lain dan bahagikan kepada tiga bahagian sama banyak.
4. Satu bahagian diwarnakan kuning dan perisa pisang, satu lagi warnakan hijau dan perisa pandan satu lagi biarkan plain saja.
5. Mulakan lapisan bawah dengan warna putih. Kukus selama 7 - 8 minit atau hingga masak baru tindih dengan lapisan hijau dan seterusnya warna kuning.
6. Buat berulang-ulang hingga habis adunan tadi. Dan yang akhir sekali balut tutup kukusan dengan kain bersih dan kukus selama 15 minit.
7. Bila dah siap 15 minit, buka tutup kukusan dan biar adunan dalam periuk kukusan 3 minit lagi. Kemudian baru ditutup api dan angkat kuih.
8. Sejukkan betul-betul dahulu kuih barulah dipotong dan hidang.



27 comments:

  1. Pagi kak CT, Melly sehat sehat saja, gimana long weekend nya.. ;)
    disini masih cuti lagi hari ini..anak anak pun masih tidur.

    Di rumah yang suka makan kuih lapis cuma melly sama Audrey,biasa nya kalo ke pasar beli aja.. hehe
    kami pun kalo makan kue lapis biasanya lapis demi lapis , macam nya lebih fun makan nya.. hehe

    ReplyDelete
  2. Salam kak CT! winduuu akak :) comellllll pastu kalerr pun cantek n lembutttt jerrr! kita lama sgt tak melapis tau kak :D itu hari nmpk kak izah melapis, hari ni nmpk akak melapis kali ke 3 nampak sapa2 yg melapis mmg harus g melapis jugak hihihi...

    ReplyDelete
  3. Sweet jek kaler kuih lapis kak ct nih.. tak pernah lagi buat kuih lapis buh perisa pisang..tapi kalau kek tu selalu gak. mesti wangi jer ek kak..
    Eh dah lama tak buat kek lapis... jom tuka ngan kuih kaswi kak!hehe

    ReplyDelete
  4. Aduh duh...tergoda tgk kuih lapis yg cantik tu... sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak CT,
    kalau tngk kuih kukus2 ni mesti buat yatie terliur sangat..tak taulah, mmng pantang tngk kuih2 mcm ni..mesti kecur sangat...cantik je kaler kuih akak tu..kegemaran Hamka ni ada kaler ijau...he3..

    ReplyDelete
  6. akak...
    kuih lapis nie mas ngan anak2 suka...
    cantikkknya tengok kuih lapis akak...
    mengeliurkan......
    rasa nak gigit jerkk.....

    ReplyDelete
  7. simple... cantik.. menarik.. dan memng anak2 la suke makan selapis2 gitu. kadang2 siap pilih lapisan warne yan diorang suke aje. hehe..

    ReplyDelete
  8. sedapnya Ct bagi tertarik lah nak buat kuih lapis ni cantik sangat..

    ReplyDelete
  9. Pagi Kak Ct...cante banget kaler ijo+kuning+putih tu..gue suka..tapi lg suka kalau dapat yang kat pic no.2 dari atas tu...nak angkut skalian ngan bakul dia..

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Smooth je kalerr kuih lapis kak Ct,ada 2 perisa lagi pulak tu..

    ReplyDelete
  11. alahai, sweet nyer laa kaler kuih akak nih.. kemas je nmpk. kalau tun sure dh sememeh..

    ReplyDelete
  12. salam CT! sudu tembaga tu yg mahal tuh! hehe!

    ReplyDelete
  13. Salam isnin CT..amboi nampak sedap je...dah datang semangat nak try nih.Dah lama iza x try
    buat kuih lapis ni.

    ReplyDelete
  14. cantik menarik warnanyer..yang penting rasanyer kompom sedap..

    ReplyDelete
  15. nama 3 warna pun ok lah tu janji sedap hihihih...
    ada lagi tak kuih lapis 3 warna tu? mas nak lahhhhhhh

    ReplyDelete
  16. asslm Kak CT...sgt mnarik la kuih lapis ni...QH nk cuba nti...tp sblm tu nk rasa dulu bleh x...hehehe

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Ct,
    warnanya lembut, kombinasi yang menarik... sudah semestinya rasanya enak banget!

    ReplyDelete
  18. assalam CT Delima...

    lama akak tak melapis kuih ni... betul2 dah lama.. tgk kuih lapis CT ni rasa mcm teringin je nak mkn kuih lapis.. beli kat kedai kdg tu tak kena dgn selera...

    betul kata CT.. kalau nak buat sarapan berat mmg kena bangun lebih awal.. mcm sy anak yg no. 2 tiap2 hari tanya esok ibu masak apa? ikut selera dia hari2 nak nasi/bihun/mee goreng/nasi lemak.. kalau kuih2 manis ni dia kurang sikit.. tak masak kesian.. kdg2 tu kalau dah tak larat nak bangun awal utk masak.. terpaksa beli jelah kat gerai khas utk dia walaupun sebenarnya ada sarapan kuih yg kita dah sediakan.. mcm tu ler kerenah anak2 kan.. hehehh..

    ReplyDelete
  19. x penah jemu menatap hasil keje kak CT..tahniah!

    ReplyDelete
  20. Akakkk..suka la..kuih tu and gambo tu..Cantikkkkk..

    ReplyDelete
  21. salam kenal kak...FnF dah lama follow blog akak senyap2 ^_^

    ReplyDelete
  22. Salam CT..
    aduh cantik sungguh gmbr2 CT
    terggoda lah I hehehe
    kuih lapis begini mama suka bila time mkn kopek satu2 hehehe pragai bdk2 kan.. lama x mkn nie :P

    ReplyDelete
  23. Salam k.CT..

    Tergoda kita tgk kuih lapis tue kak..jarang melapis...nnti nak kn try jugak...cuba bagi rasa seketul dulu..hehe

    ReplyDelete
  24. waduh... kelassss gitu... sesuai pulak 3 kaler tu Kak CT...

    ReplyDelete
  25. memang cantik sgt warna kuih lapis kak CT ni...nampak kemas jer lapisan kuih ni.memang berseni betul la tgn akak ni:)

    ReplyDelete
  26. salam kak ct, kalau depan mata ni lama mau masuk perut... kena belek2 dulu sebab comel...lagi2 pinggan mangkuk itew lagi menambah godaannya he..he...

    ReplyDelete
  27. Assalammualaikum ct,...
    Liez tengah cuba wat kuih lapis resepi ct nie,harab2 mnjadi...slalunya resepi dr ct mmg mnjadi belaka..i like,:-) ....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...