Assalamualaikum... Salam manis dan salam mesra untuk semua pengunjung setia blog Dari Dapur CT. Untuk hari terakhir persekolahan untuk minggu ini, CT sajikan kuih apam untuk sarapan anak-anak sebelum ke sekolah. CT ni rajin buat kuih muih bila anak-anak bersekolah aje. Bila hari cuti atau hujung minggu tu CT tak buat kuih untuk sarapan pun. Sebab dihari Sabtu dan Ahad, CT akan ke pasar tani membeli bahan memasak untuk seminggu, jadi biasanya CT akan beli sedikit kuih-muih atau nasi lemak dari sana untuk sarapan pagi anak-anak. Kalau tak beli dari situ, CT akan bungkuskan roti prata selepas CT singgah minum pagi kat restoran mamak berdekatan situ. Biasalah orang Malaysia ni kalau tak pekena roti prata bersama teh tarik sekali-sekala, tak sah rasanya kan, termasuklah diri CT sendiri. Tapi CT cecah roti prata dengan kuah dalca aje, sebab tekak CT memang tak boleh masuk kari hehehe.
Berbalik pada resipi CT hari ini, hidangan Apam hijau kuning ni CT ambil dari Fotopages RinnChan. Sudah agak lama Rinn menyepi dari dunia masak-masak. Mungkin sibuk atau ada urusan lain yang perlu diutamakan kot. Sebab itulah lama dah Rinn tak update fotopagesnya tu. Tapi CT tetap berkunjung ke Fotopages RinnChan sekali-sekala untuk mencari resipi yang ingin dicuba. Berbalik pada resipi Apam mudah ni, memang lembut dan sedap aje bila dimakan kuih apam ni. CT bab-bab apam ni memang suka sangat-sangat. Kiranya makan tak ada rasa jemulah senang cakap. Nak buatnya pun mudah dan cepat, cuma yang ni CT letak aje 2 pewarna iaitu Kuning dan Hijau. Resepi asal Rinn pula letak pewarna PINK, kaler kesukaan CT tu hehehe.
Untuk adunan ni, banyak jugalah dapatnya sebab CT letak dalam acuan kecil-kecil, mudah tak perlu nak dipotong-potong bila dah siap. Kalau nak letak dalam loyang pun boleh juga, senang sekali tuang aje adunannya. Ikut masing-masinglah ya, mana yang mudah pada kita, itulah yang kita akan buat ya tak. Tapi kalau nak letak dalam acuan kecil-kecil macam CT ni, sapu sedikit minyak masak nipis-nipis pada acuan tu dulu supaya senang nak dikeluarkan selepas apam keluar dari kukusan. Dan kebiasaannya, CT akan terus keluarkan apam dari acuan dan tak tunggu hingga apam ni sejuk sebab apam lebih senang dikeluarkan semasa masih panas. Bila mengunakan acuan kecil-kecil ni, macam itulah akan CT lakukan. Panas sekejap aje tahanlah sekejap ya hehehe.
Untuk yang ingin mencuba resipi apam ni bolehlah cuba ya. Tapi kalau ingin melihat step-by-step nya, bolehlah lihat di fotopages RinnChan. Okeylah sila jengah resipi dibawah jika ada yang sudi ingin mencuba. Sampai jumpa lagi teman-teman, salam manis dari CT. Daaa....
Apam Kuning Hijau
Resipi : Naz RinnChan Fotopages
Di Olah : Che CT
Di Olah : Che CT
Bahan-bahan :
1/2 cawan air suam
1 1/2 sudu makan yis segera mauripan
1 camca teh gula pasir
2 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum
5 sudu makan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
Sedikit pewarna kuning dan hijau
Cara-cara :
1. Bancuh air suam, yis dan gula pasir hingga larut . Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.
2. Sementara itu, masukkan semua tepung, air, gula pasir dan ke dalam pengisar. Kisar hingga semua larut.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam satu bekas besar. Masukkan juga bancuhan yis yang telah kembang. Gaul rata.
4. Tutup bekas dengan plastik atau kitchen towel yang bersih. Perap selama 1 jam atau sehingga kembang.
5. Panaskan kukusan. Lengser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak atau guna acuan kecil yang disapu sedikit minyak masak. Boleh alas dasar loyang dengan plastik supaya mudah menanggalkan apam bila sudah siap dikukus nanti.
6. Bahagi adunan kepada dua bahagian sama banyak dan letak pewarna yang digemari. Atau boleh saja dituang adunan ke dalam loyang dan kukus apam selama 40 minit. Untuk acuan kecil-kecil kukus selama 10-15 minit dengan mengunakan api sederhana.7. Biarkan apam sejuk dahulu sebelum dipotong.
8. Boleh dihidang dengan kelapa parut. Agar kelapa parut tahan lebih lama, kukus selama lima minit. Gaulkan dengan sedikit garam.
NOTA : Kalau nak potong apam pastikan pisau betul-betul tajam. Potong seperti menyorong gergaji, jangan ditekan pisau supaya apam tidak mempat pada tempat potongannya.
gud moning kak ct
ReplyDeletecamne nak mintak nie..cuma dua jer..he hehe..cantik kak..apam nie mmg x pernah jemu dimakan..kita sekali adap beberapa biji pun leh abis..:)
salam Ct, ni apam dari Kedah ni kot kuning hijau tapi cantik lah tak cukup tu kalau sikit2 makan kalau kak noor lah hehee
ReplyDeleteAslmkum, Pagi Kak CT cayang.
ReplyDeleteWah!..rajin..pg2 dah ada apam siap dua colour lg. :)
Salam Ct...wah pagi nie ada apam...sedap tu di minum dengan secawan kopi panas.
ReplyDeleteasslm Kak CT...nak kuih apam tu yer...sedapnya tgk...kaler pon cantik merah kuning...ceria nmpknya tu
ReplyDeleteSalam Kak CT...cantik warna kuih apam tu..sweet jer..resepi kuih apam kak rin nie mmg selalu saya guna..dah x pandang resepi lain dah.
ReplyDeleteAssalam CT cayang...waaah ada apam pagi ni, i liiikkkeee, mintak sini 5 ketuiii...kaler maler pulak tu, rajin dia...dpt makan dgn kelapa camni mmg syiiiookk habisss...kaann
ReplyDeleteAs salam K.Ct,
ReplyDeleteapam peberet sy sekuarga....:)
mmg x pernah jemu makannya....lembut gebu je kan....
CT, nak apam 2 ketoi...
ReplyDeleteAs salam Ct..wah i like apam ni di tambah dengan warna nya tu Hijau Kuning...warna negeri Kedah tu...
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak CT,
ReplyDeletewaduhhhh tak tahan tngk kuih apam mcm ni, kuih kegemaranku..yatie mmng peminat setia kuih2 mcm ni..kalau buat mesti tak ingat nak makan nasi, dok ngulang2 je makan apam...mmng peminat setialah...kalau Hamka nmpk ni, mesti dia nak yg ijau...he3..
Salam Jumaat kak CT. mengancam betul apam akak..kalau kaler2 mesti budak2 suka kan..anak2 sdara cikwan mujur sangat kalau diorang suke kuih tradisional mcm ni.. =)
ReplyDeleteni org kedah sure hepi tgk apam ni.. blh jd menu bekfes rasmi kedah nii.. hihi.. tun suka mkn dgn kelapa yg byk ^^
ReplyDeletesuka apam..
ReplyDeletesedapnya tengok kak..
warnanya pun cantikkkkk.......
As'salam kak CT ...
ReplyDeleteNak tumpang minum petang kat sini ....
2 ketul pun 2 ketul laaaaa..
hehehe
wah sedapnya apam kak ct
ReplyDeletekalau rajin mehlah singgah blog akak
KAk CT,
ReplyDeleteapam tepung gandum ni, memang faveret ogyep... hijau kuning lagi... kedah mari ka...
assalam kak CT,sedapnya tgk apam akak ni..warna pun cantik. lama tak buat apam teringin la pula:)
ReplyDelete