Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria buat semua teman-teman CT
yang jauh dan dekat. Alhamdulillah, CT panjatkan rasa syukur
kerana hari ini CT dapat bersiaran dan mengupdate resepi seperti biasa dalam
Dapur CT ini. Sememangnya kalau tak menjengah satu hari blog kesayangan CT ni
macam tak lengkap aje rasanya hari-hari CT tauuuu hehehe. Terima kasih juga buat
teman-teman CT yang tak pernah jemu singgah Dapur CT ni juga, sayang
kamu ketat-ketat hehehe.
Untuk resepi hari ni, CT kongsikan resepi kuih tradisional yang CT ubah-suaikan sedikit mengikut peredaran zaman iaitu Kuih Seri Muka Pelangi. Kadang-kadang tu kita perlu menginovasikan sedikit resepi kuih-kuih lama ni untuk menarik perhatian anak-anak kita untuk menyukai kuih-kuih melayu seperti ini. Tidaklah nanti diaorang asyik dihadapkan dengan muffin, kek dan kuih barat lainnya tapi tak meminati kuih-kuih melayu tradisi lama kita. Kalau tidak kita yang mempromosikannya siapa lagi betul tak. Lagipun, proses pembelajaran untuk apa pun tajuknya adalah bermula dari rumah. hehehe... dah macam cikgu pulak Che CT ni.
Okeylah, berbalik pada menu CT hari ini, Kuih Seri Muka Pelangi, agak-agaknya semalam ada hujan tak...? hehehe. Takde angin takde hujan, tup-tup pagi ni pelangi keluar pulak kat Dapur CT ni kan hehehe. Sebenarnya CT nak buat kuih Seri Muka Pelangi ni kepada 4 lapisan jadi CT bahagikan adunan tu kepada 4 bahagian. Tapi entah macamana terlebih tuang 3 lapisan yang sebelumnya atau loyang tu yang rendah sangat agaknya, jadinya adunan ke 4 tu tak dapat CT nak tuang, adusss... kecewa jugalah sebab dah plan baik aje nak buat 4 lapis. Jadinya, hanya 3 lapisan ajelah yang dapat dilapis kuih ni. Lain kali kalau nak buat lagi kena guna loyang yang tinggi sedikit. Jadi eloklah nanti kejadiannya, sambil makan sambil tenung dan renung kaler yang cantik macam pelangi tu kan hehehe. Untuk lapisan pulut tu CT memang buat nipis sedikit sebab CT alah kalau makan pulut banyak sangat, nanti mulalah berangin satu badan. Untuk teman-teman yang ingin mencuba pulak, ikutlah selera masing-masing ye, nak tebal ke atau nipis ke pulut tu ya.
Pada yang meminati kuih-kuih lama tapi dibaharukan ini bolehlah mencuba
jika teringin nak merasa atau dah lama tak buat. CT buat adunan pelangi
tu dari resipi kuih lapis 1 Malaysia yang CT tambah sedikit adunan nya.
CT suka buat berlapis sebab anak bungsu CT suka kopek kuih tu selapis
demi selapis, serupa macam Mama dia hehehe. Okeylah kita terus pada
resipi dibawah ya. Sampai jumpa lagi, Insya'Allah. Salam manis dari CT.
Daaa....
Kuih Sri Muka Pelangi
Resipi : Che CT
Bahan lapisan bawah:
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
1 sudu teh garam
Bahan lapisan pelangi:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah lagi jika suka lebih manis)
3 1/2 cawan santan (boleh tambah lagi jika perlu)
1 camca teh garam
Pewarna Merah, Oren dan kuning.
Cara-cara :
1. Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2. Satukan bahan lapisan bawah dan masukkan semua dalam loyang dan kukuskan.
Resipi : Che CT
Bahan lapisan bawah:
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan beras pulut - cuci dan rendamkan 3 jam
1 sudu teh garam
Bahan lapisan pelangi:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah lagi jika suka lebih manis)
3 1/2 cawan santan (boleh tambah lagi jika perlu)
1 camca teh garam
Pewarna Merah, Oren dan kuning.
Cara-cara :
1. Panaskan periuk kukus hingga air mendidih.
2. Satukan bahan lapisan bawah dan masukkan semua dalam loyang dan kukuskan.
3. Apabila pulut telah masak tekankan dalam loyang sehingga mampat - boleh juga alas loyang dengan plastik, agar senang nak keluarkan kuih nanti.
4. Satukan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna, blender halus dan tapiskan.
5. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 bahagian sama banyak.
6. Masukkan setiap bahagian dengan satu warna kacau rata.
7. Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
8. Tuangkan lapisan dengan warna merah dan kukus selama 8 minit. Buat lapisan kedua kukus lagi dan seterusnya hingga habis.
9. Apabila telah habis semua lapisan, kukus semula selama 20-25 minit dan tutup dengan tuala bersih pada tutup kukusan agar tiada air menitis atas kuih nanti. Sejukkan betul-betul baru dipotong kuih dengan pisau plastik.
10. Sesuai untuk minum pagi atau petang.
5. Bahagikan adunan lapisan pelangi kepada 3 bahagian sama banyak.
6. Masukkan setiap bahagian dengan satu warna kacau rata.
7. Kukus semula pulut yang telah dimampatkan.
8. Tuangkan lapisan dengan warna merah dan kukus selama 8 minit. Buat lapisan kedua kukus lagi dan seterusnya hingga habis.
9. Apabila telah habis semua lapisan, kukus semula selama 20-25 minit dan tutup dengan tuala bersih pada tutup kukusan agar tiada air menitis atas kuih nanti. Sejukkan betul-betul baru dipotong kuih dengan pisau plastik.
10. Sesuai untuk minum pagi atau petang.
Selamat pagi Kak Ct..
ReplyDeletekuih pelangi tu masi ada k?...hehe..berseri-seri tentunya makan kuih ni kan...tapi jangan lupa tapaw 2 potong buat Rahel..
Salam Kak CT,
ReplyDeleteSaya pun sangat suka kue tradisional kak. Apalagi yang penampilannya cantik seperti kue seri muka KAk CT...love the gradation!
Terbaiik lah. Gambar yang cantik cantik. I likeee
ReplyDeleteAs'salam Kak CT sayang ...
ReplyDeletenampak cantik dan sedapp nyer kueh kak CT !!
Nina tumpang minum pagi kat sini yea~~
Nak ambik extra tuk anak sulung Nina yea sbb dia hantu pulut. Hehhee . . .
Amboiiii...berseri2nya kuih dia.... terpesona dibuatnya...
ReplyDeletemorning kak CT.. sedapnyer seri muka.. kaler pun cantik. dh lama tun x makan.
ReplyDeletesalam CT,biasa akak tengok serimuka hijau kali ni lain lah pulak pandai dan kreatif lah CT..
ReplyDeletecantik seri muka kak ct tu.sesuai ngan nama.. =))
ReplyDeleteasslm Kak CT cygggg...bestnye tgk seri muka tu...sgt bkenan...nmpk pon sgt mnarik kalernya....tliur...kuih fav ni...nk 1/2 loyang bleh...hehehe
ReplyDeleteDah berapa hari teringin nak makan kuih.. macam nak buat kuih today but badan rasa lain macam ajer :o(
ReplyDeleteVery pretty looking kuih u got there KC.T
Salam Ct...wah..siap ada pelangi lagi,terbaikkkk.
ReplyDeleteas salam kak CT..heee selapis lagi tu kalernya apa kak? takpe kak, tu dah kira berwarna warni dh tu n teksturnya sangat smooth... tk berpelangipun ttp mantopp kak!
ReplyDeleteSalam Kak Ct..waaahh mmg berseri kuih seri muka pelangi nii..cantik..suka tgk ^^
ReplyDeleteSalam KakCt...
ReplyDeleteWarna ceria betul..seceria di pagi Isnin..menarik sungguh pelangi
Salam Kak CT cayang... hadoii cantinyaaaaaa!!!!
ReplyDeleteJatuh hati terus ni...:)))
Sedap dan cantik... nak mencuba tak de geng pulak yang nak makan ni.. camno? jiran tak de bercuti.. tak pe masuk dalam list.. tq kak Ct
Assalam kak CT, baru hari ni dapat terjah dapur akak...lately ni bz jer. sedapnya tgk kuih seri muka akak yg memukau mata memandang ni..lama dah tak buat kuih seri muka gini.
ReplyDeleteAs salam Ct.
ReplyDeleteTergoda dan teruja tgk kuih seri muka pelangi Ct ni.Sedapnya buat sarapan pagi ni.
Hello Kak CT, betul yah kak kalo ngga nge blog sehari macam ada yang kurang, melly pula uda seminggu ngga nge blog.. huhuhu
ReplyDeletesibuk sekali ngga ada waktu.. kangen sama dapur nya akak, mau lihat photo nya yg cantik dan menarik.. wuihh doyan makan serimuka tapi anak anak tak suka jadinya malas mau buat nya, minta punya kak CT aja deh.. hehe
so tempting as usual... potongan sangat cantik...sedapnye kak
ReplyDelete