Assalamualaikum... Salam manis dan salam sayang buat semua pengunjung setia Dapur CT. Apa khabar semua teman-teman CT? Semoga semua kita sihat sejahtera sentiasa ye. Alhamdulillah, CT juga sihat walafiat, walaupun sejak kebelakangan ni cuaca panas sangat. Dalam keadaan cuaca yang panas membahang macam ni, nak masuk ke dapur memasak pun rasa mencabar kan. Tapi alhamdulillah, nampaknya CT masih diberi kerajinan untuk ke dapur. Dan untuk kerajinan tu, maka terhasillah resepi yang CT upload untuk hari ini iaitu Kuih Talam Keladi. Jarang sekali CT nak buat kuih-kuih talam macam ni kalau bukan ada yang membuat permintaan. Ini dah kira datang mood rajin untuk memenuhi permintaan lah ni, jadinya dapatlah CT membuat Kuih Talam Keladi ni.
Sebenarnya dah lama CT nak buat kuih Talam Keladi ni atas permintaan suami CT. Tapi bila mencari keladi yang kecik-kecik tu jarang nak jumpa. Kalau ada pun yang besar macam tulang gear box tu... hisss bila nak habis macam tu kan. Rezeki CT masa pergi kepasar tani Taman Melawati hari Sabtu yang lalu, terjumpa juga keladi kecik-kecik yang CT nak cari tu. Itu pun CT beli dalam 4 ketul aje, bimbang tak habis diguna.
Ini kali pertama CT buat kuih talam keladi ni. Sebelum ni CT tak pernah buat sendiri. Kalau nak makan, CT beli aje sikit. Tapi bila suami CT bagitau dia nak makan kuih talam keladi hasil masakan CT sendiri, itu yang CT mula mencari resepi talam keladi dan cuba buat sendiri. Dan hasil kesabaran dapat jugalah CT membuatnya dan memanjangkan resepinya disini. Resepi untuk Kuih Talam Keladi yang CT buat ni adalah perkongsian resipi dari Yatie Memories. Terima kasih Yatie, kuih ni memang sedap dan lembut aje. sebab tulah kalau makan payah nak berhenti sebab sedap sangat hehehe.
Asal resipi Kuih Talam Keladi ni ialah dari Chef Asma, tapi untuk dikongsikan disini CT ambil dari blog Yatie. Bila kuih tu dah siap aje, tak sabar rasanya nak makan. Belum sempat betul-betul sejuk, CT dah potong sikit sebab nak merasa hehehe. Tapi resipi ni CT buat 1/2 adunan saja. Alhamdulillah... cukup-cukuplah untuk kami makan anak beranak. Kalau ada yang nak buat 1 adunan pun boleh juga. Ikut masing-masinglah ya.
Terima kasih pada Chef Asma dan juga Yatie atas perkongsian resipi kuih talam keladi yang sedap ini. CT mohon pada penyumbang resipi ni untuk dipanjangkan lagi dalam senarai Dapur CT juga. Semoga perkongsian resipi ini mendapat imbalan yang terbaik buat mereka berdua, Insya'Allah. Jika ada yang nak mencuba buat Kuih Talam Keladi ni silakan lihat resipi dibawah ya. Salam manis dari CT, sampai jumpa lagi. Daaa....
Kuih Talam Keladi
Sumber : Yatie Memories
Di Olah : Che CT
Bahan Lapisan Bawah :
2 Cawan tepung beras
3 Sudu besar tepung ubi
1 1/2 Sudu kecil garam
6 Sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air
300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).
Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit
Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam
Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.
Salam kak CT! kita pun dah beli keladi minggu lepas tp sampai skrg tak buat lagi talam keladi nii :D tgk akaknyer talam ni terasa nak buat skrg jugak! tp byk kerja lerrr huhu... sedapnyerr!
ReplyDeleteSalam Ct...cantiknya awak potong kuih talam tu nampak kemas. Saya jarang buat kuih talam camnie sebab ahli dalam rumah kurang nak makan saya sorang nak kena habis tapi saya teringin pulak sebab nampak kuih Ct sangat menawan hati.
ReplyDeletesalam kak ct,
ReplyDeletecntiknya kuih talamnya tu......menyelerakan nmpk !
Sy pun klau nak buat yg kuih muih tradisi cam bingka ke talam ke......mmg suka rujuk kat blogg kak yatie....dia mmg pndai buat yg mcm2 tu.....sedap pulak tu....mmg x rugi la.....
Salam CT..
ReplyDeletemenggoda pepagi tgk talam keladi u yg cantik molek :P
as always gmbr2 CT cantik2 lah
Assalamualaikum.....
ReplyDeleteCantik kuih talam ni, tergoda apalagi ngan gmbr yg menawan buat makbuyung ni terliur hehehe. Nak buat org dalam rumah xmkn, klu beli kdg2 tu xsedap. Mmmm nengok je la....tak pon balik kg suruh mak buat hehehe.
Salam, Kak CT..
ReplyDeleteHalusnya permukaan kuih talam tu.. potongannya pun kemas jer, harus saya menuntut ilmu dgn Kak CT ni...
As'salam Kak CT .....
ReplyDeleteWahhh ....!!! Pagi nie Nina breakfast Kueh Talam Kak CT laaa... hehee . . .
Tergoda Nina tengok kueh Talam kak CT. Cantik dan kemas sekali~~
Tang gambar sudah semestinya terbaekk !!
Memang cun laa kuih talam kak ct nih.. ni kalo jual berebut org nak beli. Bak sepotong 2 kak,nak rasa dulu,kalo sedap baru beli(taktik nak mkn free)
ReplyDeleteAssalamualaikum Cik CT... nak tumpang sarapan talam keladi boleh... cantek banget rupanya... geram ai...
ReplyDeletesalam kak CT ^^ kemasnya potongan talam ni. suka tun tengok.. tun suka makan keladi, tp x pandai pilih... last time beli keladi, balik rumah, bila rebus jadi keras. keladi tu dh lama n masuk angin rupanya.
ReplyDeleteAs salam kak CT..
ReplyDeleteErmmm nampak sedap, sama mcm Mak Lin suka makan kuih talam ni..klu buat seloyang besar habis sekali jamu anak2 makan...
Pandai anak2 kak CT makan keladi ye..huhuhu
selamat pagi kak ct... warna purple nya cantik sangat.. kita pun suka buat kuih talam keladi..tuupun kalau sempat beli keladi kat pasar chow kit
ReplyDeleteSalam KCT
ReplyDeleteAlkisahnye sebelum ke bali rima beli keladi nak buat kuih ni.. Dah lah benda ni not that cheap kat sini.. Boleh ku tak terbuat kuih ni n in the end keladi masuk cik tong.. Melihat kuih mu membuat ku teringin nak buat kuih ni lagi huhu
Salam Kak CT,
ReplyDeleteWaaaaa, hampir pula saya bikin kue talam ini Kak CT. Tapi tidak jadi karena ubi ungunya sudah habis...haha
Rapi sekali potongan kue Kak CT. Enak rasanya dan indah kejadiannya...
Terima kasih untuk inspirasinya ya akak, saya banyak belajar resep dan foto dari akak. Semoga ilmunya barokah...
Wah talam keladi eh? x blh mkn bnyk2 nnti gatal mulut hehehe
ReplyDeleteahkak!!! eeee sayapun menalam keladi semalam..semalam tk sempat nk snap gambar, ada lagi dua ketoi tu, kalu rajin posing la diorang tu jap lagi..hehehe..tp kak CT punya talam mak ai, gojes sungguh...versi saya ada seleh beleh sikit...tp rasanya...wuhhh memang osem...resepi kak yatie gak...
ReplyDeletesalam k.CT,
ReplyDeletenak datang rumah la klu macam ni, nk sambar talam keladi yg anggun tu..suka makan talam ni, kalau saya berdua ngan cik abg mengadap memang susah nk berenti..
kak CT, saya tertinggal pasal entry mag aroma tu..tahniah kak, tumpang bangga ai...pat belas resepi kak??? ni dah jadi buku resepi dah ni..suker2! tahniah sekali lagi kak....
ReplyDeletesalam CT cantiknya talam ni dengan warna kepurplelan nya teruja akak tengok, keladi ada ni tunggu mood rajin dtg hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak CT,
ReplyDeletealahai berserinya kuih talam keladi akak ni, suka tngk..rasa tenang je kaler pepel mcm ni...yatie mmng suka kuih2 mcm ni, kalau bergoreng tu kurang sikit coz berminyak...ikut selera masing2lah ya...btw mmng cun abes kuih akak ni..mmng sedapkan...
Assalam Ct,
ReplyDeleteCantik!!! suka juga dengan recipe ni..
Assalamualaikum Kak Ct..cantiknye talam tu..potongan nye kemas..kalau kena bagi markah. confirm cikwan bagi full marks.. =)
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Ct....
ReplyDeletecantikknya talam tu..
mengeliurkannnn...
aduhh cantik betulll tlam akak ni. mmg kalau talam2 ni sinonim betul ngan kak yatie tu kan. hehe..
ReplyDeleteakk mmg pnas terikkan tapi alhamdulillah dh 2 petang bumi dicurahkan hujan.. :-)
Aduh...duh..duh..duh...cantiknya talam tu. Sungguh sweet dan pasti mengamit selera...apapun...mmg cantik lah....
ReplyDeletesalam kak ct, sedap & kemas je kuih talam tu
ReplyDeletetak silap, rumah kakak pun ada tea set mcm kak ct tu, abg beli time belajar kat us, lama dah kan
salam kak ct
ReplyDeletealahhaaaiii chumil2 talam tue..x tau nk cakap apa..he hee sbb semuanya ok..pic lawo..kuih lawo..orgnya pun lawo..suka tgok hasil kerja akk..:)
Selamat petang Kak Ct..
ReplyDeleteterlewat lagi gue sampai...maaf la..byk sebok..sedapnya talam keladi ni kak..Rahel suka makan ni..tapawkan Rahel sikit yer..
Assalamualaikum Kak CT comel.. wah cantiknya kejadian talam keladi tu.. sedap plak tu..
ReplyDeleteassalamualaikum kak ct...dah lama nani tak meninggalkan jejak di dapur kak ct..punyalah nani semangat beli majalah mingguan wanita baru2 ni. adoi....bestnye kak ct asik kuar majalah aje. tahniah buat kak ct.
ReplyDeletenani macam jarang sikit buat kuih talam. tak tahulah kenapa. pasni nak kene perbanyakkan latihan buat kuih tradisional ni.kang kalo encik suami minta nak makan, kita boleh buat sendiri kan? heheh
alahai ct.. sedapnya. Bundo memang suka talam keladi ni tapi selalunya bundo oder je. Kali ni nak cubalah resepi ct ni. Nampak senang..
ReplyDeleteSalam kak Ct....aduihhhh sedap sgt nampak...mmg kemas jer potongannya...
ReplyDeletesedapnya tgk talam keladi kak CT ni...memang cun melecun kejadiannya.lama dah saya tak menalam ni..tunggu angin rajin datang dulula...:)
ReplyDeleteSAlam Kak Ct.. wahhh cantik dan kemas aje kejadian talam keladi tu.. sha kalau teringin pakai beli aje...
ReplyDeleteTapi yang Kak CT punya ni wahh mabeles! i loike...:))
kak ct dengan talamnya.... suka betul tengok kuih2 traditional kak ct, lebih2 lagi dengan fotografi tekniknya...
ReplyDeleteAkak ni macam tahu-tahu je orang teringin nak makan kuih macam ni. Tumpang salin resepi ye kak :)
ReplyDeleteBila boleh rasa masakan akak eh? Hehehe
Hello.
ReplyDeleteYou have a lovely blog.
Will be happy if you can give me this recipe in English.
minu1066@gmail.com
cantik menawan sungguh talam keladi kak ct.tekstur yg cukup halus.teringin nak cuba buat tp ntah bila
ReplyDeleteSalam CT...cantik je keJADIan kuih Ct tu...terliur...potongan yg cukup kemas...kalau 1/2 adunan Ct guna loyang berapa inci?
ReplyDeletesaya nak tnya ada ke perisa keladi atau pun yg untuk buat air 2
ReplyDeletewarna cantik..
ReplyDeleteCantik mata memandang,mesti sedap ni...boleh tak akak salin resepi ni...
ReplyDeleteIts so tempting to see your kuih talam.
ReplyDeletetahun lepas duk tengok je resepi n pic yg cantik lg mnyelerakn ni...
ReplyDeletebru arini nak cuba buat..
tggu erk k.ct., sy pun nk cuba gak.
ReplyDeleteassalamuialakum kak CT
saya dah buat kuih talam keladi tu memang menjadilah
THANKS KAK CT
Salam cik CT, saya nak tanye sikit kenapa apabila saya buat je kuih talam selalu lapisan bawah (part kita nak tuang lapisan atas tu slu je cair dia tak nak keras) jadi bila saya tuang lapisan atas dia akan bercampur dg lapisan bawah. Please advise me..tq
ReplyDeleteKeladi jenis apa ya sesuai untuk talam ni
ReplyDelete