Assalamualaikum... Salam penuh keceriaan dan salam manis semanis madu dari CT buat teman-teman semua. Tapi bukan madu 3 ya, yang tu memang kena elak jauh-lauh. lagi jauh lagi baik rasanya hehehe. Kalau madu yang betul tu, kalau jumpa janganlah pulak dielak. Pandang keliling tak ada orang nampak, ambik cepat-cepat kemudian jalanlah terus laju-laju hehehe. Tapi kalau terjumpa madu yang masih kat atas pokok tu, janganlah pulak dijolok suka-suka ya. Nanti sang lebah mengamuk kena sengat dengan lebah CT tak dapat nak tolong tau, pandai pandailah lari cari sungai dan terjunnn hehehe. Amboiii... Berseloroh pulak Che CT di pagi hari, alahhh saja nak menceriakan suasana hehehe.
Apa khabar teman-teman CT pagi ni ye, CT harap sihat sentiasalah ya. Kena banyakkan minum air sebab cuaca sekarang ni panas sesangat kan. Cuaca yang panas membahang macam sekarang ni kalau dihidang dengan dessert yang sejuk pasti sedap aje rasanya. Memang sesuailah pun kalau buat dessert dalam keadaan cuaca yang panas. Untuk itu, CT sharekan resepi desert yang bersesuaian dengan cuaca panas membahang sekarang ni iaitu Milky Peach Pudding.
Sebenarnya resepi ni CT pernah buat tahun lepas dan ini kali kedua CT membuatnya lagi dan CT ulang membuatnya kali ini kerana permintaan seseorang. Jadi, jangan mintak tau sebab puding ni dah licin dah habis... hehehe. Resipi asal desert ni ialah dari Cek De Sam iaitu Strawberry Milky Pudding. Tapi masa CT nak buat dulu strawberry tak ada, jadi CT gantilah dengan buah peach dan jadilah resepi Milky Peach Pudding ni. Tak sangka pulak ada yang berkenan kat resepi ni.
Resipi ni sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Lagipun nak buat dessert macam ni memang cepat aje siapnya. Desert penyejuk tekak macam ni memang menjadi kegemaran seisi keluarga CT. Bukan keluarga CT aje, rasanya semua orang suka dengan dessert yang dingin sejuk macam ni kan. Hasil kejadian dessert tu pelbagai rupa tapi tujuannya sama aje iaitu bila lalu kat tekak, sejuk dingin dan sedap aje ye tak. Ada tu yang CT tengok aje gambarnya boleh tergoda iman, macam nak buat tang tu juga. Tapi bila tengok bahan-bahan dalam resipi ada yang tak cukup, malas pulak nak keluar membelinya. Jadi buat mengikut apa bahan yang sedia ada ajelah dulu, jadi tak payah nak redah panas terik diluar tu. CT pun bukan tahan sangat nak redah panas terik sangat. Walaupun pun berpayung tapi bila cuaca panasnya melampau macam sekarang ni, boleh berdenyut-denyut sakit kepala jadinya. Kalau buat hujung minggu bolehlah suami tolong hantarkan untuk membeli bahannya tapi kalau waktu suami kerja ni, memang bercintalah kalau CT nak kekedai tu berjalan kaki. Nak bawak kereta, CT tak ada lesen memandu, nak jalan kaki pulak malas. Hai sabar ajelah kan. hehehe.
Seperti biasa jika ada yang berminat nak mencuba bolehlah terus pada resepi dibawah ni ye. Dan kalau nak lihat resipi asalnya dari Cek De sam, klik kat link di bawah tu iaitu resepi CT sebelum ni yang CT letakkan resepi asalnya. Kalau nak ganti buah peach tu dengan buah-buahan yang lain pun boleh juga. Ikutlah kesesuaian dan kegemaran masing-masing nak letak apa kat pudding tu. Okeylah CT pun ada kerja nak buat selepas ni, bila senang dah ada waktu terluang CT akan kunjung balas blog teman-teman semua, Insya'Allah. Sampai jumpa lagi, salam manis dari CT. Daaa.....
Milky Peach Pudding (Puding Pic Bersusu)
Sumber : FP Cek De Sam
Di Olah : Che CT
Bahan-bahan :
1 pek agar-agar serbuk - 13 gm
500 ml air
500 ml susu sejat
3/4 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air - kacau rata
Beberapa titik pewarna kuning (optional)
Buah peach dalam tin
Cara-cara :
1. Basahkan acuan atau loyang dan susun buah peach didalamnya. Ketepikan.
2. Didihkan air, gula pasir dan serbuk agar-agar dalam periuk dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Bila sudah mendidih masukkan susu cair, esen vanila dan sedikit pewarna kuning. Didihkan lagi sambil dikacau perlahan. Masukkan tepung jagung dan kacau sebentar hingga agak mendidih sedikit, tutup api dan angkat.
4. Tuang adunan agar-agar kedalam acuan atau loyang dengan perlahan-lahan diatas buah peach.
5. Bila wap panas sudah hilang bolehlah disejukkan agar-agar tadi ke dalam peti sejuk.
Salam kak ct,
ReplyDeletesedapnya pudding ni, dulu penah try, ambik resepi kat sini lah, nyaman je makan bila dah sejuk hehe
Pepagi akak dah terlior tengok puding ct. Skrg ni lega tengok blog ct, tulisan besar sikit dan ada perenggan. Maaf la ye, dulu2 akak rasa tulisannya kecil...akak baca selalu skip. Skrg ok dah.
ReplyDeleteAslmkum. Pg Kak Ct.
ReplyDeleteLamanyaaaaa x jalan2 selongkar dapo akk ni.
Puding akk tu nampak sedap sgt. Lagi2 tang yg ada buah peach tu
salam pagi rabu ct...
ReplyDeletepagi2 dan nampak puding yang menyelerakan ni. sedapnya...
Assalamualaikum CT
ReplyDeleteWaaa... ada puding la..
Sedapnya kalau dapat makan puding.. lebih-lebih lagi cuaca yang sedang hangat membara ni kan CT
Tekak pun perit aje ni..
Ita pun baru nak baik demam ni.. cuaca sekarang kan tak menentu.. demam, selsema, batuk, sakit tekak dan kepala berdenyut biasa akan di alami kalau cuaca cam ni..
kalau dapat puding ni rasanya terus lega sakit kepala ita ni..
nak cikit.. ^_*
Salam kak CT...tengok je pun dah menyelerakan,tu belum rasa lagi....aduhss sedapnyee....
ReplyDeleteAs salam CT. Kalau melawat blog CT pasti buat jiwa jadi kacau sebab tengok gambar gambar yang sangat cantik, jemputlah kita gi rumah masa CT nak buat photo shoot tu, plssss
ReplyDeleteRegard
Azie Kitchen
asslm kak CT cayanggg...wah kak pepagi lg dh tayang puding n air oren tu...tliur mlihatnya...myelerakan...mesti sedap ni kalau dpt makan jugak...sejuk trasa kt tekak ni...hihi
ReplyDeleteaku kan..
ReplyDeletemmg la lemah tgk akak punya gambo tiap kali buat pudding ni...
aigoo..
laponya..
Salam CT...
ReplyDeletewah harus cuba nie sbb kat rumah nie mmg sukakan buah peach nie...
sejuk jer kat tekak bila lalu nie hehehe
dah hujan yer
salam Ct, amboiii mengiurkan lah tengok puding tu cantik menarik dengan deco nya yang sangat sedap pastinya kan...mesti kena try jugak ni dah terasa sejuk kat tekak akak ni..l
ReplyDeleteAssalamualaikum Ct,
ReplyDeletememang cuaca sekarang tak berapa menentulah, di tempat Amie adakalanya panas yang melampau, sesekali hujan pula... Amie pun pernah sekali sakit kepala, sakit tekak tapi alhamdulillah sekarang ok,
cantik kejadian puding tu Ct, buatnya pun agak mudah... nanti Amie nak cuba buat sebab bahannya pun taklah susah nak cari.
Mak aiii!!! telan air lior pepagi ni tgk hidangan CT... nyam2x...
ReplyDeleteSedap nampaknya puding peach kak CT ni..
ReplyDeletesalam kak ct..
ReplyDeletesedap makan dessert ni kan tengah2 cuaca panas terik ni:)
As'salam Kak CT ....
ReplyDeleteAduyai ~~~~ pepagi kak CT dah bikin Nina kacau jiwa laaaa...
sedap nyer nengok puding kak CT
nak minta sikit dah habis laa plak
huhuhu . . . .
as salam ct..aduhai terliur tenguk..nanti nak buatlah
ReplyDeletesalam CT. Semalam baru selongkar pantry jumpa satu tin buah peach. kena buat ni. Thnx for the recipe. CT pakai serbuk agar2 brand apa?
ReplyDeletesalam k.ct..
ReplyDeletebila tengok puding ni rasa kt tekak mcm ada aircond jah...
kalau rajin cari bahan petang ni jugak ucu siapkan...:)
Salam kak ct.. sedap! tun suka buah pic =) cantik pulak tu.
ReplyDeleteAs salam CT..any resepi yg ada peach ni memang my feberat..sedapnya:))cantik photo
ReplyDeleteassalam CT..
ReplyDeletewahwahwahh... walaupun cuaca kat luar tu hujan panas gitu.. tp tetaplah terliur tgkkan puding ni... mmg sedap bebenorla kalau dpt semangkuk tu CT.. lama juga tak memuding utk dessert ni.. almaklum.. kalau hari kerja ni mmg takdelah nak cuci2 mulut sebab berada kat ofis.. hehe..
Assalamualaikum Kak CT,
ReplyDeleteadoyaiiiii...betul2 buat yatie terliur je tngk peach tertenggek kat atas puding tu..geram je tngk..nak je cekau2 kasi tanggal..he3..mcm budak kecik je yatie ni kan..ni pun gara2 terikut2 Hamka lah ni, pantang nampak buah2 mcm ni..diam2 mesti di koreknya...btw mmng terasa2 nyaman je lalu kat tekak puding mcm ni..nak wat gaklah..
Salam Kak CT,
ReplyDeleteglekh...serasa kering tenggorokan ingin makan puding Kak CT ni...segarnya dimakan dalam cuaca panas begini!
Waaaaa....nyaman bah...
ReplyDeleteAs'KUM Kak CT cayangg.. cantiknya.... nampak memang mengecurkan pulak cuaca panas berbahang di sini.. mesti lega dapat sepotong... erkk dua potong lagi okey sangat hehehe
ReplyDeleteAssalam Kak CT, terasa sejuk jer tekak ni sedapnya puding tu...saya suka semua jenis puding kalau yg ada buah gini lagila suka:)
ReplyDelete