Wednesday, May 23, 2012

Puding Peach Nata De Coco


Assalamualaikum... Salam manis dan salam mesra buat teman-teman CT semuanya dan senyum-senyumlah selalu ye sebab senyuman yang manis boleh mengubat penyakit tau. Tapi jangan lah pulak senyum tak kena masa dan tak kena orang, nanti jadi kes naya pulak hehehe. Teman-teman semua apa khabar hari ni? CT harap semoga semuanya didalam keadaan yang sihat dan gembira disamping keluarga tersayang. Senang dan tenang rasa hati bila semua ahli keluarga kita sihat setiap masa. Kalau ada salah seorang yang kurang sihat, pasti hati kita tak tenang kan. Kalau ada yang tak sihat tu cepat-cepatlah jumpa doktor agar tidak melarat sakit tu kan. CT ni paling tak suka jumpa doktor. Kalau sakit yang CT rasa cuma sakit biasa-biasa tu, CT bantai makan ubat sendiri sebab malas nak jumpa doktor. Kalau dah rasa teruk sangat barulah gigihkan juga untuk pergi klinik. Bukan takut makan ubat atau apa, tapi memang macam tu, tak tahulah kenapa. Ada masa tu bila CT demam agak teruk juga dan suami ajak pegi klinik, CT akan cuba mengelak dan buat perbagai alasan hehehe. Tapi kalau suami dan anak-anak sakit aje, CT lah orang pertama yang paksa suruh jumpa doktor dan ambil ubat. Jadi jangan ikut macam CT tau hehehe.


Berbalik pada menu CT untuk hari ini Puding Peach Nata De Coco. Sesuai dengan keadaan cuaca sekarang ni yang memang susah nak diramal. Dari awal 8 pagi aje suhu dah mencecah 30c, memang panaslah tu kan. Kadang-kadang dah sampai malam pun suhu menjejak hingga 34c huhuhu. CT dok cari tempat sejuk ajelah. Nak duduk kat dapur tu pun rasa macam kena pasang kipas aje rasanya. Apa tak nya, bila kita masak memang bertambahlah lagi panasnya kan. Peluh tu jangan cakaplah. Bila cuaca panas macam ni, memang tak boleh tidur malam kalau tak pasang aircond. Setakat pasang kipas aje memang tak berkesan punya. Itu baru dugaan didunia, kat SANA nanti, macam manalah agaknya ye... Allah saja yang tahu.


Berbalik pada resipi Puding Peach Nata de Coco ni, CT ambil resepinya dari satu blog minah saleh yang CT ubah dan ditambah sana situ sikit. Lepas CT tambah sana tambah sini akhirnya adunan dia yang sikit tu jadi banyak pulak tambahannya hehehe. CT translatekan resepi tu kepada bahasa melayu supaya mudah untuk difahami oleh anak-anak dan cucu-cucu CT dikemudian hari. Ehh... bukan ke anak-anak zaman akan datang lagi pandai berbahasa inggeris dari nenek dia ni hahaha.


Resipi asal puding ni menggunakan buah-buahan segar strawberry, mangga dan kiwi. Tapi CT cuma ada stok buah peach dalam tin dan buah-buahan dalam tin, jadinya CT ubahlah mengikut apa yang ada di ceruk Dapur CT tu aje kan. Dan akhirnya terjadilah resipi dari CT ni, Puding Peach Nata De Coco olahan CT ni yang emm... sedap juga rasanya. Lupa pulak CT nak buatkan sos kastardnya, sebab dah tak tahan duk lelama kat dapur tu panassss. Tapi tak buat sos pun, habis jugalah dimakan insan-insan tersayang dirumah. Sesuai sangat-sangat dihidang dalam keadaan cuaca yang panas dan tak berapa panas juga hehehe. Kalau ada yang nak letak sos kastard pun boleh juga, ikut sesuai rasa dan pemintaan insan-insan tersayang jugalah ya.


Jika nak sedap lagi resipi ni, bolehlah ditukarkan buah-buahan dalam tin seperti yang CT guna ni kepada buah-buahan segar ye. Pasti lebih sedap dan fresh rasanya kan. Insya'Allah nanti CT akan cuba lagi, dan menu ini amat sesuai kalau dibuat untuk menyambut tetamu juga. Sebab mudah dan cepat untuk disediakan. Jika ada yang sudi untuk mencuba, silakan lihat resipi dibawah ya. CT kongsikan bersama untuk teman-teman tersayang. Sampai jumpa nanti, salam manis dari CT. Daaa....


Puding Peach Nata De Coco
Resepi olahan : Che CT

Bahan-bahan :
8 gm agar-agar serbuk plain
800 ml susu cair
100 gm gula pasir
5 sudu besar susu pekat manis
100 gm yogurt perasa peach - boleh ganti perasa buah-buahan campuran
150 gm buah peach dalam tin - tapis jusnya dan blender halus
5 sudu besar Nata de coco
Sedikit potongan buah peach - potong dadu

Cara-cara :
1. Basahkan dahulu acuan pilihan dan susun dalam dulang dan ketepikan.
2. Campurkan semua bahan diatas kedalam periuk kecuali Nata de coco dan potongan buah peach. Kacau rata.
3. Masak diatas api sederhana kecil sambil dikacau hingga mendidih dan matikan api. angkat dan ketepikan sebentar.
4. Susun Nata de coco dan potongan buah peach dalam acuan dan tuangkan adunan puding tadi perlahan-lahan. Bila dah hilang wap panas bolehlah dimasukan kedalam peti sejuk.
5. Hidang puding semasa sejuk dan boleh juga dihidang bersama sos kastard jika mahu.


27 comments:

  1. moning kak ct cyg..
    wahhh sedapnya masuk tekak klu mcm nie..laju jew..:)

    ReplyDelete
  2. ct cayang.. pepagi lagi dah tayang menu penyedap tekak ni.
    Sekarang ni pun dah berbahang ct.. Dapt makan puding ni sedapnya..

    ReplyDelete
  3. Salam CT.
    Sedapnya nampak puding ni...terima kasih berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  4. Kelihatan segar sekali puding kak CT,
    sedang membayangkan menikmati puding ini ^^

    ReplyDelete
  5. boleh tahan senang juga resepinya, cantik pula kejadiannya, harus kita mencubanya.. dah rasa2 kat tekak ni, Kak Ct ;-))

    ReplyDelete
  6. Touching nampak paduan kalerrr pinky puding, air n backround post ka ct..hehe..terasa sejuk sulur tekak mengadap pic puding pepagi ni kat dapur akak..

    ReplyDelete
  7. SAlam, Morning Kak CT.. waduuhh masuk aje dapur sini awal pagi dah ada Puding Peach... menarik, cantik dan nampak sungguh mengecurkan.. wahhhh.. cantik sangat tu kejadiannya... sure lembut aje tu.... slurppp...

    ReplyDelete
  8. Salam CT

    Pagi-pagi dah tergoda dengan puding mu itu..
    sesuai utk menu mereka yang berpuasa dlm bulan Rejab ni kan..

    sejuk dan dingin bila melintas di anak tekak, terasa enak lagi bila terasa masam manis buah-buaah campuran di tambah liut-liut nata di coco.. waaalllaaa.. tak dapat di gambarkan kesedapannya tu.. bertambah2 dengan cuaca yang panas terik sekarang ni..

    mudah dan ringkas mesti semua dah tak sabar untuk mencuba!

    ReplyDelete
  9. Assalam Ct..aduss menariknya ..suka warna background..kain satin tu..cantik lembut selembut puding nata de coco tu..terbaikkkk ;))

    ReplyDelete
  10. Assalam CT cayang ooiii...olololoooo...tayang puding pepagi nih...mesti utk berbuka smlm eh...apasai x hantar kat akak 2 mgkuk, wat berbuka dgn cik abg akak tu...x sempat nak memuding la CT... ^___^ Cantik dan menyelerakan...nak2 cuaca panas skrg ni...alahaai bestnya melorot ke tekak..

    ReplyDelete
  11. mcm senang nak buat ni.rasanya nak buat la balik kedah umah mertua nnt sempena cuti sekolah nnt.kebetulan jumaat 1 hb tu nak buat kenduri arwah bole la buat puding ni.

    ReplyDelete
  12. Salam CT...cantik n mestiah sedapkan.Terasa lembut je,bila masuk ke mulutkan.leleh dah air liur ni....

    ReplyDelete
  13. Wah sedapnya kak CT, nampak sungguh menyelerakan....

    ReplyDelete
  14. sedapnya jika di makan bila cuaca panas

    ReplyDelete
  15. As salam Che Ct cayang!!!
    amboi2x pepagi dah tayang puding nata de coco.. lagi ada peach mmg fav kdg2 bukak jer tin buah peach mkn g2 saja hehehe

    as usual gmbr cun melecun seh!!!

    ReplyDelete
  16. Salam Kak CT comeyyy harap sihat di sana.. terkeliur tgk puding tu.. mesti heaven sgt bila lalu kak tekak ni haaa... yummy.. dan gambar nya superb cantikk !! well done!!

    ReplyDelete
  17. Mesti sedap... nanti bila angin rajin dah sampai, boleh cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  18. apasal cantik sgt niii... geram tun nengok..

    ReplyDelete
  19. sedapnye npk puding nih
    msti nyaman je dlm mulut..

    ReplyDelete
  20. kak ct terliur giler222222222222222 kite tgk.......

    ReplyDelete
  21. Nampak sedap gitu... sejuk tekak memandang.. kalau dapat nap lagi sejuk hehehe

    ReplyDelete
  22. Salam kenal..1st time jenguk dah nampak puding yg sangat menyelerakan..dah lama tak buat puding..boleh la try nanti..

    ReplyDelete
  23. asslm Kak CT...1st gambo2 tu semua cantik...QH suka...ade pink2 tu...puding tu pon nmpk sedap sgt...nk cuba juga nti...

    ReplyDelete
  24. Salam Ct...gee baru nk minum petang wif cekodok pisang...tgk puding Ct tu terus terlior... cuaca yg panas ni mmg cocok makan puding yg sejuk2 kan...nyam2x...

    ReplyDelete
  25. Assalam kak CT, sedapnya tgk puding ni kak...memang menyelerakan..kat sini pun dah start nak panas ni memang sesuai la mkn pding gini:)

    ReplyDelete
  26. amboi.. cantekkkknya... very d pinky gitu... suka nata de coco... dah terasa2 kat anak tekak ni..

    ReplyDelete
  27. Akak .... Cantiiknya puding tu akak... Nie makan semasa ianya dah sejuk... Mmg sedap... Lagi2 mmg fav kita tu nata de coco...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...