Assalamualaikum... Salam ceria dan salam manis buat teman-teman CT semua. Macamana cuaca ditempat teman-teman ya, kat rumah CT ni masih lagi panas membahang. Setiap saat berharap agar air dari langit akan turun membasahi bumi Kuala Lumpur yang kering dan tandus ini. Dalam cuaca panas yang macam sekarang ni, rasa kasihan bila melihat anak-anak yang balik dari sekolah dengan berjalan kaki. Untuk anak-anak CT, setiap hari CT berpesan suruh pakai losyen untuk melembabkan sedikit kulit juga supaya tidak naik ruam dimuka mahu pun dibadan. Sebab anak CT yang bongsu tu memang alah kalau cuaca terlalu panas, mulalah naik ruam kat muka dan badannya, kemudian mula menggaru sebab gatal kemudian pedih sana pedih sini. Rasa kesian kat dia.
Hari ini, CT kongsikan menu yang sesuai dan sedap untuk dinikmati dalam suasana seperti sekarang ini... terima kasih pada Mat Gebu diatas perkongsian resipi Agar-Agar Cendol Gula Merah ni. Maaflah ya Dapur CT asik keluar menu dessert aje dalam minggu ni hehehe. Untuk menu yang seperti ini, kalau buat banyak-banyak sekaligus kemudian distok penuh dalam peti sejuk pun CT tak kisah sebab memang gerenti habis punyalah. Asik ulang-ulang ajelah pintu peti sejuk tu dibuka dan tutup hehehe.
Agar-agar cendol ni bertambah sesuai rasanya kalau kita curahkan air gula merah bila nak disantap, pasti sangat asyikkkk rasanya. Lebih-lebih lagi bila dinikmati sewaktu baru dikeluarkan dari peti sejuk. Adunan yang CT buat ni, CT kurangkan sukatan gula pasirnya jadi sesuailah dihidangkan bersama air gula merah bila hendak dinikmati. Tapi itu ikut selera masing-masinglah ye samada hendak dinikmati bersama air gula merah macam yang CT buat ni. Resipi dibawah ni CT kongsikan mengikut sukatan asal CMG dan CT tak sertakan resipi air gula merah tu sebab rasanya teman-teman pun pandai buat sendiri kalau nak buat macam CT.
CT ni memang pengemar cendol. Dan untuk teman-teman yang juga menggemari cendol, agar-agar ni memang patut dicuba kerana kita dapat menikmati rasa sedap cendol dalam bentuk yang berlainan. Rasa lemak dari lapisan santannya yang bercampur cendol dan lapisan gula merahnya yang sedang-sedang manisnya menjadikan agar-agar ini sangat unik dan sedap rasanya. Bila senang-senang nanti, CT nak ulang buat lagi sebab my laling CM suka pada agar-agar ni. Tapi kenalah beli cendolnya dulu, baru boleh buat sebab bahan utama untuk membuatnya dah habis. Biasalah bila dah tengah-tengah bulan macam ni. Bukan stok untuk membuat agar-agar cendol ni aje dah habis. Stok-stok lain untuk membaking pun dah hampir habis. Kenalah melawat kedai bakeri hujung minggu nanti.
Okeylah CT tak nak cakap panjang-panjang dah, kita terus pada resipi yang telah dikongsikan dibawah ni ya. Kalau ada yang nak mencuba silakan, kita panjang-panjangkan lagi resipi ni ya. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....
Agar-Agar Cendol Gula Merah
Resipi : Mat Gebu
Di Olah: Che CT
Bahan A :
5 gram agar-agar serbuk - Jenama NONA
60 gram gula merah
3 camca besar gula
1 helai daun pandan - disimpul
650 ml air
Sedikit pewarna coklat
2 sudu besar gula pasir - Jika perlu
Bahan B :
5 gram agar-agar serbuk
300 ml pati santan
400 ml air
1 camca besar gula
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 sudu kecil garam halus - bagi rasa lemak sahaja
Cendol secukupnya.
Cara-cara :
1. Agar-agar gula merah : Satukan gula merah, gula pasir, daun pandan dan 200 ml air , masak hingga gula larut, tapis dan ketepikan. Satukan baki air dengan serbuk agar-agar. Kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar-agar larut. Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat. Biar mendidih perlahan dan jika kurang manis, tambah gula lagi, ikut manis mana yang anda suka. Tuang ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci atau acuan pilihan. Ketepikan sebentar.
2. Agar-agar santan B: Satukan serbuk agar-agar, air, daun pandan dan gula, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah santan, dan kacau rata. Masukkan sedikit garam biar rasa lemak-lemak, kacau rata dan biar suam.
3. Agar-agar cendol : Bila agar-agar gula merah hampir keras, cakar-cakar permukaannya dengan garfu, kemudian tabur cendol secukupnya diatas agar-agar gula melaka tadi. Ratakan. Tuang pula agar-agar santan perlahan-lahan atasnya hingga habis. Biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar-agar keras. Potong dan hidangkan sejuk.
Assalammualaikum kak ct..kat ipoh ni pun panas je...dah lama tak hujan...huhuhu
ReplyDeletesedapnya tengok puding akak ni...tergoda betul...saya tak tau la bila dtg rajin nak buat puding ni..hehehhe...cuci mata dulu je la jawabnya...hehehhe
Selamat pagi jumaat Ct..
ReplyDeletecantiknya puding tu menawan kalbu akak ni walaupun hitam plus kaler putih tu tapi nampak manissss sangat maca tuan yg buat jugak,nak minta sepotong heeeee
musim panas mcm ni mmng sedap layan puding mcm ni, kena puding kak CT yg cun melecun ni...mmng beshhhhh...
ReplyDeletesalam kak ct
ReplyDeletemusim2 panas ni kan, sedap tu, alhamdulilah lah tina kerja, duduk ofis tak terasa lah suasana panas tu
kesian jugak ye anak kak ct alah panas, kena minum air byk2 takut dehydrate nanti hehe
Assalamualaikm..tuan rumah,ni nak intai puding CT yg menggoda iman,nampak sedap...apatah lagi kalau dapat merasanya,nyamannya tekak...
ReplyDeletesalam.. selamat pagi..
ReplyDeletesedap jer nengok.. mkn pulak time panas2 gini... perghhh...
Salam, Kak CT, sy boleh bayangkan nikmatnya agar2 cendol ni.. maklumlah, saya peminat cendol NO 1!!
ReplyDeletewaaaaa....sedapppppp!!! err dengar citer ada byk stok dlam esbok tu yer? baik saya hadirkan diri sebelum anak2 kak CT balik sekolah...nnti diorang ngappp semua.. pekat memikat warnanya...dusss!!
ReplyDeleteSalam kak CT...
ReplyDeletesedapnya!!!
salam kk CT...wow...asyik tengok menu puding yg sedap2 kat cni...suka3x
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteleka tengok puding cendol tu tak sedar meleleh dah ayaq liuq ni.. alahai..
nak menerai lah balik ni..
sedapnya..lagi2 kalau sejuk2 tu..alahai...
salam kak ct
ReplyDeletewah .... kiut arr agar2 kak ct tu
rasa2nya kalau buat cara ni la cendul tu tak turun bawa./ boleh cuba nanti ni
wah ct..rajinnye die wat dessert lagi lagi dan lagi..tp kalu kita dok depan peties tu mau sekejapan jek abih segala puding ngan agar2 lam tuh..hehe!!
ReplyDeletesedap lah mkn puding camni time cuaca panas ni kan..tpi harini angin malas dh menyerang pulak..hehhehe
ReplyDeleteanak sury pun dh ruam satu badan,sian dia..mlm2 nk tdo pun x selesa..siap bubuh bedak ankku lagi.cr bedak yg ada cornstarch nk bg ruam/gatal tu reda sikit..kalau buh losyen nnti makin gatal n merah..
waaah...dessert-nya terlihat sedap sekali, sangat kreatif. foto²nya juga cantik, secantik yg membuatnya :)
ReplyDeleteAs'Kum Kak CT cayanggg sha lewat sampai.. macam mana lewat mesti singgah sini... waduhh memang cantik gambar dan rupa agar tu.. yang melihat ni dari atas sehingga ke bawah langsung tak berkelip pun!
ReplyDeleteMemang samalah kak CT sini pun musim panas sangat... takut nak keluar rumah luar biasa panasnya.. anak sha pun ruam jugak... panas sangat... kan..:)
asslm Kak CT cygg...dh kemalaman bru dpt singgah ke sni...sedap nmpknye agar2 cendol tu..kejadiannya pon cantik n comeii...
ReplyDeleteyour blog is wonderful!!!
ReplyDeletekisses by Claudia Annie www.lericettedellamorevero.com
Wah akak ct ....sejuk jer rasa anak tekak nie tgk Agar2 tu... Comel lg tu bentuknya... Cantik sgt...
ReplyDelete