Friday, June 1, 2012

ETERNITY June 2012 - Sempena Hari Bapa


Assalamualaikum w..b.t. Selamat pagi dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah, hari ini dah hari Jumaat dan juga hari yang pertama untuk bulan Jun. Kalau dalam bulan Mei kita menyambut hari ibu, untuk bulan Jun pulak, kita menyambut hari bapa. Dan sempena hari bapa juga, Dapur CT telah diberikan penghargaan oleh pihak Media Glam Sdn Bhd untuk menampilkan 4 buah resepi daripada Blog Dapur CT untuk dipaparkan dalam majalah online ETERNITY edisi June 2012.

Bila pihak Media Glam meminta 4 buah resepi dari CT untuk diterbitkan sempena hari bapa, CT terus tanya kat suami CT, dalam banyak-banyak masakan yang pernah CT buat dan resepinya CT kongsikan dalam blog dapur CT ni, yang mana empat daripadanya yang betul-betul menambat hati dia. Suami CT jawab "emmm... lecehlah nak tengok satu-satu nak pilih, sebab tak ingat. Rasanya semua sedap kot. Jadi apakata mintak pihak majalah tu tengok dan lepas tu pilih sendiri". Itu yang suami CT jawab. Hahahaha.. sabor ajelah my laling oi. Itu mesti kes malas nak membelek-belek entri Dapur CT yang lepas-lepas. Maklumlah, orang lelaki kan. Bila di suruh pilih resepi yang kita mintak, ada aje alasanya nak mengelak. Cuba kalau kita suruh dia tolong pilihkan kamera mana yang dia minat untuk kita belikan, hmmm rasanya pasti laju aje dia surf untuk memilih. Ye tak? hehehehe.

Okeylah, sebelum CT menutup bicara, CT ingin mengucapkan ribuan terima-kasih kepada pihak Media Glam Sdn Bhd terutamanya kepada Cik Tina yang mewakili majalah ETERNITY kerana memberi peluang kepada Dapur CT untuk menampilkan 4 buah resepi sempena hari bapa. Dan semestinya juga penghargaan yang tidak terhingga bersekali ucapan Selamat Hari Bapa khas untuk suami CT yang tersayang yang sentiasa menyokong minat CT dalam arena food blogging ini. Juga tidak terkecuali untuk semua teman-teman dan penyumbang asal resepi yang mana ada antara resepinya telah CT cuba dan akhirnya diketengahkan untuk dikongsikan kepada umum dan pastinya juga kepada semua pengunjung setia Dapur CT, terima-kasih tidak terhingga dan salam sayang untuk semua. Sampai berjumpa lagi minggu depan, salam manis dari CT.. daaa..




25 comments:

  1. salam kak ct

    tahniah2 keluar magazine lg resepi ye

    rasa baru semalam keluar kat blog kan ayam lemon tu hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum CT cayangggg....waaahhh tahniaaahh setinggi2nya kerana disunting untuk column dlm Eternity pulak...waaah mmg glam gituuu...akak tumpang gembira sgt2.. Cuma akak tgh sedih skrg ni x dpt nak view dah gambar2 food cantik2 CT kat blog ni dari skrin di ofis (*sesekali sambil kerja sambil cuci mata..hehe), apa yg x kena pun xtau...kat rumah x try la pulak sbb jrg dah on9 jgk kat rumah...hehe. Apapun tahniaaahh ya cayanggg...teruskan kerajinan, muaaahhh!

    ReplyDelete
  3. tahniah kak... akak mmg layak! gambo cantik2 kedebommmmmm

    ReplyDelete
  4. Wah! Seronoknya & tumpang bangga & gembira sekali... teruskan masaka2 Ct, buat lagi yang terbaik, tercanti9k & terenak... he he hehh

    ReplyDelete
  5. Wah...hebat CT, seronok membaca entry ni

    ReplyDelete
  6. As'KUM kak CT cayangg muahh muahh.. tahniah! kak! Tahniah!!! nanti sha cari majalah ni di kedai buku yaa...:))

    ReplyDelete
  7. congrat sis......wahh harus ada lam simpanan niiii.....

    ReplyDelete
  8. Tahniah CT. gambarpun cantik moga terus rajin berkongsi resepi di blog...

    ReplyDelete
  9. Selamat pagi Kak Ct cayang..
    amboii...menawan kalbu semua hidangan di atas tu...semuanya lazat dan nyaman bah..
    Tahniah ye Kak Ct..selamat berjaya..

    ReplyDelete
  10. Salam sis...
    Tahniah...keluar lagi dlm magazine. Memang menawan kalbu resepi² sis...
    Muga terus sukses...♥

    ReplyDelete
  11. asslm kak CT...TAHNIAH...wah tmpg bangga giteww...lps sorg sorg blogger masak2 kena sambar ni...kesemua menu2 tu sedap2 belaka...

    cover mjlh tu pon QH minat jugak...ade gak follow blog dia...

    ReplyDelete
  12. Salam CT..TahNiaH...TahnIaH....TahniAh....yg boleh Iza ucapkan.

    ReplyDelete
  13. hehe dah keluar ya.. tahniah2... lps ni sapa lak ek .. hhee

    ReplyDelete
  14. tahniah CT...
    gambar2 CT mmg cun...
    kalau tak masuk majalah pun kdg2 rasa mcm belek majalah bila tengok semua gambor2 CT tau... ralit dibuatnya... tahniah...

    ReplyDelete
  15. wahh kak ct tahniah yer dr zila..semua resepi tu best2..zila suka yg ada buah peach tue..:)

    ReplyDelete
  16. Selamat ya Kak CT, semoga tambah sukses terus di masa mendatang...

    ReplyDelete
  17. Amboi...makin ramai geng2 blogger masuk majalah, tahniah.....mesti ct bangga sgt sb dihargai.

    ReplyDelete
  18. Salam CT cayang. Tahniah!!! Wah, cantik2 gambo nya, mcm pro. Harap maju jaya selalu.

    ReplyDelete
  19. Tahniah akak ct...
    moga akan lebih maju jaya lagi d masa yg akan dtg.. :)

    ReplyDelete
  20. As'salam Kak CT cayanggg .....

    Tahniah setinggi tahniah dari Nina. Beruntung rasa diri Nina nie dapat berkenalan dengan blogger hebat macam kak CT yg amat low profile...

    Teruskan berkarya....
    Nina kagum dengan sentuhan kak CT dan akan sentiasa menyokong usaha murni kak CT.

    LUV,
    Nina Mirza

    ReplyDelete
  21. salam kak CT, sy bru belek blog akak.. since sy dh benti buat column kt majalah eternity ni, sy nk ucpkn trm ksh sbb akak beri kerjasama.. n tahniah ye kak.. oh ye, sy dh xhandle column ni n berhenti sbg freelance writer ni kak.. last adalah isu bulan julai.. trm ksh sekali lagi kak.. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...