Wednesday, June 6, 2012

Ice Cream Yam Pudding


Assalamualaikum... Salam manis, salam ceria untuk semua pengunjung setia Dapur CT. Semoga kita semua terus diberi kesihatan yang baik hendaknya. Hari ni CT nak tayang menu kesukaan seisi keluarga, iaitu pudinggg! Haa... Maaf nak cakap dulu, pudding ni dah habis ya. Sebab buat masa cuti sekolah ni jangan haraplah nak ada baki-baki dalam peti sejuk tu, lebih-lebih lagi bila cuaca panas macam sekarang ni. dah memang gerenti cepat aje habisnya. Resepi ni adalah hasil dari misi menyelongkar lemari seorang geng masak masak yang CT kagumi akan resipi yang dikongsikan diblog beliau. Kalau masuk je blog beliau, memang lambatlah nak ketempat lain sebab sibuk menyelongkar buku resepinya hehehe. Banyak juga resipi yang telah CT cuba, baik dari kek, lauk pauk sehinggalah ke dessert juga. Kalau nak mencari idea tu memang tak rugi singgah ke blog beliau. Yang CT maksudkan ialah Kak Ida 1001 resepi. Resepi hari ni, Ice Cream Yam Pudding ni CT cuba resepi dari blog beliau lah ni.


Resipi Ice Cream Yam Pudding ni memang lain sedikit dari mana-mana puding yang pernah CT buat sebelum-sebelum ni. Ini adalah yang pertama kali CT buat puding yang dimakan bersama ais krim. Banyak syok makan dengan ais krim. Lebih-lebih lagi kalau digandingkan dengan ais krim kegemaran kita. Ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang panas macam ni sekarang ni kan. Anak-anak CT pun suap kemulut tu dok laju ajeee... ais krim nya cair pun ikut lajuuu juga hehehe. Kalau diperhatikan dari gambar tu, ais krim tu dok mencair cepat betul, maklumlah masa amik gambar ni cuaca diluar memang panas. Jadi kena cepat-cepatlah klik-klik tu. Lagi lambat, lagi cepat cairnya macam larva gunung berapi je turun cairnya tu hahahaha. Tulah lain kali kalau nak buat photoshoot untuk menu macam ni, kena shoot kat dalam dan bukak air-cond kuat-kuat sikit supaya taklah mencair cepat sangat. Tapi kalau nak shoot dalam rumah, kenalah cari spot yang sesuai dengan cahaya yang cukup ya.


Puding ni CT tambahkan dengan buah-buahan campuran dan buah peach didalamnya. Ada sedikit berbaki buah peach dalam peti sejuk, jadi sebelum rosak baik CT campurkan dalam puding tu. Untuk bahan ais krim nya pula, terpulanglah pada selera masing-masing ye. Oleh kerana puding ni Puding Yam, seeloknya gunalah ais krim berperisa Yam. Tapi kalau nak letak ais krim perisa apapun tak kisahlah. Janji sedap kat tekak kita dan anak-anak kita. Tapi kalau guna perisa lain, kenalah ubah nama puding tu ikut perisa ais krim yang kita guna hehe.


Resipi asal puding ni menggunakan agar-agar bertali tapi CT gantikan dengan agar-agar serbuk. Selain tu disarankan untuk letak gula jika perlu. CT cuma letak 1/2 cawan aje, dan lupa pulak nak merasa masa tu sebab CT ingatkan dah cukup manisnya sebab ada ais krim dalam tu. Tapi bila dah siap dan makan, rasa tawar sedikit puding ni. Maknanya kalau nak buat lagi lain kali, kena rasa kemanisannya dulu dan letak gula secukupnya. Tapi nasib baiklah ada penyelamatnya sebab CT hidangkan puding ni bersama dengan ais krim, jadi sedap juga rasanya.


Buat Kak Ida terima kasih banyak-banyak diatas perkongsian resipi yang sedap ini, izinkan CT panjangkan resepi ni dalam senarai Dapur CT untuk rujukan teman-teman dan CT juga. Kalau ada yang berminat untuk mencuba, silakan rujuk terus pada resipi dibawah ya. Dan kalau nak lihat resipi asal, boleh singgah ke blog Kak Ida juga. Salam manis dari CT, sampai jumpa lagi. Daaa....


Ice Cream Yam Pudding
Resipi : kak Ida 1001 resepi
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
1 pek agar-agar serbuk plain - jenama NONA
800 ml / 1 liter air
800 ml ais krim - perisa Yam (boleh juga diganti perisa lain)
1 cawan gula pasir
1/2 cawan buah-buahan campuran (jika perlu)

Cara-cara :
1. Basahkan acuan pilihan dahulu kemudian ketepikan. Supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
2. Masukan air, gula pasir dan agar-agar dalam periuk dan masak hingga mendidih dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan.
3. Angkat dari api dan tuangkan ais krim kedalam agar-agar dan kacau pelahan hingga ais krim mencair sepenuhnya.
4. Letak buah-buahan campuran sama banyak kedalam acuan dan tuangkan agar-agar perlahan-lahan.
5. Biarkan hingga hilang wap panas dan sejukkan dalam peti sejuk sepenuhnya. Selamat mencuba.

26 comments:

  1. Assalammualaikum CT, panas ye cuaca sana? kat Sabah hujan beberapa hari ni, ais dlm peti pun tak luak...hehe.

    Akak suka semua jenis keladi tak kira puding, apam....rajinnya CT mencuba, untunglah org dlm rumah tu.

    ReplyDelete
  2. salam ct. Wow cantiknya kejadian. Tengah tengah panas macam semalam sedapnya makan puding sejuk2 macam ni.
    Kat tempat bundo hujan pagi ni ct. Sejuk sikit..

    ReplyDelete
  3. aslmkum Ct.. akk suke yam tak tak suke kaler purple.. hihihi.. tgh musim panas mmg rasa sejuk jer tekak bila dpt mgadap puding camni..

    ReplyDelete
  4. asslm Kak CT...wah pepagi dh mngecurkan org dh ni...mnayang puding bsama icekrim...sedapnye...sejuk terasa di tekak ni...mould puding tu pon cantik la...bkenan sgt...

    ReplyDelete
  5. pernah juga buat puding aiskrim keladi,sedap...slurrrp2 je rasanya..

    ReplyDelete
  6. Salam CT..mesti sedapkan,ada askrim lagi mesti cuba ni...terbaikkk..

    ReplyDelete
  7. As'salam Kak CT ....

    Aduyai~~~ Pepagi dah bikin Nina terliur. Sedapppppp nyer nampak!
    Terasa sejuk ajer tekak masa tengok picture kak CT. Memang mantap!
    Nina masuk list yea resepi nie, nanti nak cuba ;)

    ReplyDelete
  8. Salam, Kak CT, ngelatlah pagi2 tayang puding aiskrim yg dah habis.. hehehe..

    Cantik & sedap tentunya satu kombinasi yang sempurna, tak hairanlah kalau laku kat rumah tukan, nak2 cuaca panas berdenting macam ni, harus buat banyak2 baru puas makan... nom nom nom!

    :-))))))

    ReplyDelete
  9. W'salam Kak CT cayangg waduhh telus aje rupa puding tu, kecur aje ni... memang tengah musim panas sekarang ni dapat slurpppp sambil menyudu eskerem tu waduhhh terbaik!

    ReplyDelete
  10. Selamat pagi Kak Ct...
    amboiii..pagi2 dah buat gue ngences dengan yam puding.siap ada es krim lagi tu..tolong la..

    ReplyDelete
  11. Assalam CT cayangggg....waaah bestnya ada puding yam...akak mmg suka apa2 perisa keladi gini taaauu...simpan tuk akak seketuii eh... ^__^ cantik shape puding tuh...lg sayang nak makan...hehe

    ReplyDelete
  12. geram betui la nengok gambo2 akak... tingat satu tika dulu akak tanya kita guna sofware mana utk edit gamba.. skrg nih kita nak tanya akak balik camne la akak boleh amik gambo gler gojes cantik sebegini dan segitu??!! hehehehehe

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum CT..best tengok gambar gambar yg CT ambik..cantik..ditambah gan puding Yam nie..i like..:))))

    ReplyDelete
  14. salam kak ct..terliurnyeee kite tgk...kite bab kaler purple mmg kite suke2...nak2 bau yam ni hehe

    ReplyDelete
  15. salam kak ct,lama x singgah sini.rindduuuu...

    wah sedapnya puding..tambah pulak perisa keladi.mmg favourite.

    nyummmm... :)

    ReplyDelete
  16. Salam kak CT.. kt sini panas nihhhh... apa kata akak hulur 2-3 bj puding tuu.. mcm best je campur aiskrim.

    ReplyDelete
  17. Hi CT, I really like your blog with so many nice recipes and your photos are so sharp and nice! This ice cream pudding is no exception! Just beautiful!

    ReplyDelete
  18. Salam..saya review post pink velvet cuppy akak..nak tanya : mcm mane nak jadikan kaler pink ?? letak sikit kaler merah je ker ??? Gmbr dlm blog akak sgt cantik..tk

    ReplyDelete
  19. alahai wat terliur jek tngk puding perisa keladi ni, suka kaler pepel dan rasa keladi...nampaknya kenalah wat sendiri kalau nak merasa..huhuhu..

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. salam kak CT sukanya dengan puding.. lama tak memuding ni .. tapi jepun semakin panas sikit lagi boleh start memuding plak.. makan untuk akak je la dulu .. hihihih

    ReplyDelete
  22. CT, puding fav kaler gee tu... i luv purple...ohhh yummy!!

    ReplyDelete
  23. Puding cantik ni mesti sedap kan CT... bilalah nak buat nih? Mama suka makan puding tapi selalu tak rajin nak buat. Entah kenapa tah! Hish.. nak kena lawankan juga ketidakrajinan ku ini... :P

    ReplyDelete
  24. salam kak CT...huhu...terliur tengok puding ni siap ada icecream...dah singgah semalam tp tak sempat nk komen... hari ni masuk sini sekali lagi...ngeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...