Wednesday, June 13, 2012

Puding Bunga Kasih Bertaut


Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria untuk semua. CT harap semuanya sihat hendaknya. CT alhamdulillah sihat-sihat juga. Walaupun cuaca panas terik setiap hari namun tetap jua dapat melakukan tugasan seharian seperti biasa. Dan bila dah rasa membahang sangat, duduk depan kipas ajelah untuk meredakan sikit panas yang membahang sekarang ni. Kalau diturunkan hujan walau sekejap aje pun pasti sejuk sedikit rasanya. Tapi walau hujan tak turun, redha ajelah dengan apa yang sudah di beri. Nak mengeluh pun tak elok rasanya, jadi redha dan terimalah saja. Ini semua hanyalah ujian dunia. Yang penting, berdoa dan bersyukur.


Berkisah kepada resepi yang CT kongsikan hari ini, rasanya sudah ramai dan merata-rata dah teman-teman food blogger yang lain yang sudah membuatnya. Cuma CT ajelah yang duk memeram resipi ni terlalu lama sampai sekarang baru nak membuatnya hehehe. Biasalah CT ni, bila dah terasa dan teringin sangat nak mencuba, barulah CT buat. Kalau tak, resipi yang dah disalin tu akan turun naik aje dalam senarai hehehe.


Ini adalah kali yang kedua CT mencuba resipi ini. Kali yang pertama tu, CT gunakan resipi dari blog Mat Gebu. Yang kedua ni pula, CT ambil dari blog Naz's Cute Oven. Untuk yang mula-mula tu, CT buat sebagai buah tangan untuk dibawa kerumah kawan semasa dia buat gathering makan-makan dirumahnya. Dan yang kali ini, untuk CT makan anak beranak pulak. Maklumlah dalam cuaca panas-panas macam sekarang ni, memang sesuai sangat untuk membuatnya. Sebenarnya, CT suka melihat kejadian puding ni, nampak cantik di pandangan mata, pandai Naz menciptanya. Terima kasih kepada Naz untuk perkongsian resipi yang cantik dan sedap ni, izinkan Kak CT panjangkan dalam senarai Dapur CT juga.


Oleh kerana CT menggunakan acuan berbentuk bunga jadi CT namakan resepi yang CT olah ni Puding Bunga Kasih Bertaut. Untuk adunan luarnya, CT kurangkan sukatan gula melakanya sebab CT tak mahu warnanya jadi terlalu gelap supaya adunan bunga di dalamnya lebih terserlah kelihatan. Rasa puding ni yang tidak terlalu manis dan keenakannya bila dihidang sejuk dalam cuaca yang panas macam sekarang ni, memang laju ajelah puding ni habis hehehe. Lain kali bila nak buat lagi, CT nak buat dalam acuan yang besar sedikit dan kandungan puding bunga-bunga tu kena tambah lebih banyak lagi supaya nampak padat dan mewah kandungan dalamnya tu. Yang ini CT buat tak banyak sangat, jadi nampak macam sedikit kosong.


Okeylah tak nak cakap panjang-panjang, nanti bosan pulak teman-teman CT membaca celoteh CT yang berjela. Lagipun kerja-kerja rumah pun sedang bersusun menunggu CT untuk diselesaikan. Terima kasih kepada Naz untuk perkongsian resipi ini yang CT copy dari blog Naz. Untuk teman-teman yang belum mencuba resepi ni, bolehlah merujuk resepi di bawah ni jika berminat nak mencubanya ye. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....


Puding Bunga Kasih Bertaut
Resepi asal : Naz's CUTE OVEN
Sumber olahan: Che CT

Bahan A :
1/2 paket @ 2 sudu kecil serbuk agar agar (*Paket serbuk agar-agar 10 gm)
300 ml air
200 ml santan
1/2 cawan gula
1 biji telur A
2 atau 3 jenis pewarna (dan juga perisa jika suka)

Cara-cara :
1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
2. Pecahkan telur ke dalam santan dan pukul sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih diatas api perlahan saja. Setelah mendidih, tutup api.
3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan tambahkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam acuan kecil yang digemari. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari acuan atau kalau guna bekas yang besar sebagai acuan tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar. Ketepikan.

Bahan B :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula Melaka atau nise - (untuk resepi ni, CT guna 70 gm)
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih dengan api sederhana. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B perlahan-lahan ke dalam bekas yang berisi agar-agar A / kiub-kiub agar-agar tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.


26 comments:

  1. alahai Ct nampak snagat manis dan menarik dgn bunga yg berkembangan pepagi ni akak pun sama selalu ketinggalan dlm membuat resepi kenkawan lagi2 puding amat jarang buat sbb kalau buat alamat sendiri yg makan lah anak2 sukanya yg goreng2 entahlah bila dia orang nak suka,tpi suatu hari mesti nak cuba jugak ikut tekak sendiri hehe

    ReplyDelete
  2. salam kak ct

    cantiknya, tina tak penah lg try, rasa mcm susah je hehe padahal pemalas

    skrg musim panas, dpt makan ni sejuk je tekak kan

    ReplyDelete
  3. Salam Kak CT,

    Cantiiiiik sekali pudingnya kak. Suka sama bunga bunga warna warni di dalamnya ^^

    ReplyDelete
  4. salam kak.. puding ni memang sedap kak.. suka sangat .. tambahan cantik macam ni lagi sayang nak makan

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Ct..cantik kejadiannya.. suka tgk bunga2 yg bertaut didalamnyaa..tp yg penting puding ni mmg sedap ^_^

    ReplyDelete
  6. Assalam CT cayang...muaahh, muaaahh...waah akhirnya buat jugak la yea...mmg simple tp sesedap rasa puding resepi Nadz ni kan...dah lama buat, rasa nak lagi la CT, meh kat akak seketuii dlm piring tu ha... ^__^

    ReplyDelete
  7. Salam CT..wahhh bertaut-taut bunga kat puding CT,cantik...sayang nak makan..

    ReplyDelete
  8. salam kenal kak CT......ros dah lama follow akak cuma segan nak tegur maklum le akak glamer sgt.hehe, harini tegur sebab nampak byk sgt rose tu. mcm best je jelly rose ni. colorful

    ReplyDelete
  9. salam kak ct... cantik sgt...suka tgk puding cantik2...dari mata turun ke hati gitu...eceh...cuma famili sy lebih suka kek berbanding puding...hmmm... alkisah... nnt nk cari silicon mould bentuk bunga ros tu... insyaAllah boleh buat bulan puasa...impian mesti ada kan kak ct...;)

    ReplyDelete
  10. Memang kreatif la k. CT ni.... Cantik menarik tertarik gitu...

    ReplyDelete
  11. salam kak CT..boleh saya tau guna oven jenama apa ye..tgh survey nk beli oven ni, ada org ckp yg ada kipas x elok..

    ReplyDelete
  12. Salam kerinduan kak Ct..
    Nampak ayu jer puding akak tu haa..duduk elok jer bersimpuh menanti saat untuk disantap.hehe.

    ReplyDelete
  13. Assalam Ct.
    Ya Allah comeynya puding ni.berkenan dan tergoda tgk bunga warna warni tu...menarik sgt2.Ct mmg kreatif.

    ReplyDelete
  14. salam rindu ct cayang..waduh cun sehh pudingnye..rasa cam sayang nk mamam bunger die tu ek..hehe!

    ReplyDelete
  15. Alahai... nama puding buat gee rasa makin sayang kat CT... cer kriim semangkuk puding bunga tu ke sini... boleh buat cuci mulut petang ni...hehehe

    ReplyDelete
  16. Selamat tengah hari Kak Ct...
    kat tawau hujan2 so tak sesuai makan puding..nanti sejuk..hehe..tapi kalau kena hidang akan dihabiskan jugak..

    ReplyDelete
  17. salam kak CT.. cantik! tun pernah buat sekali, mmg sedap puding ni, skrg ni tgh panas.. kalau dpt puding sejuk2 mmg sedap nih.

    ReplyDelete
  18. Salam Ct.cantik sungguh puding bunga kasih ni.....puding bunga tu nampak menyerlah warnanya...terang cantik...

    ReplyDelete
  19. As'salam Kak CT cayanggg ....

    Alahai cantik nyerrr kejadian puding tuuu..... Bak mai sepiring~~
    sure Nina tak sampai hati nak makan & dok tenung lelama jerrrr ....
    hehee . . .

    ReplyDelete
  20. Waahhhhh cantik dan gojes dessert akak! Alangkah bagusnya kalau dapat capai a plate..hehe :)

    ReplyDelete
  21. Teringat waktu buat time raya tahun lepas.. also bunga bunga.. sungguh laku puding ni di hari raya pertama.. akan ku ulang lagi raya tahun ini hehe

    ReplyDelete
  22. Salam kak CT, cutenya puding tu, so coluourful : )

    ReplyDelete
  23. bagai bunga dalam taman puding akak ni...cantekkk!!!..kalaulah saya dapat, alahai sejuknye tekakku...zlssss

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. As salam CT. Nak tanya acuan apa yang CT guna untuk yang 4 persegi tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...