Monday, June 18, 2012

Rainbow Chiffon Cake


Assalamualaikum... Salam ceria, salam manis dan selamat pagi buat teman-teman semua yang tetap setia berkunjung ke blog Dapur CT. Walaupun kebelakangan ini CT sedikit sibuk dan tidak dapat singgah blog teman-teman seperti selalunya namun masih ada yang setia dan sudi memberi komen disetiap entri yang CT kongsikan. Walaupun dengan kesibukan yang sebegitu, namun CT akan tetap mencuri masa untuk menyinggah balas blog dapur teman-teman CT dan menyelongkar mana-mana yang patut. Cuma yang sedih tu, kekadang CT tak dapat nak menunggu lama di depan laptop untuk melihat webpage yang CT singgah tu loading sampai habis sebab line internet semput. Maklumlah CT ni masih lagi guna broadband, dan ada masanya line internet kat rumah CT ni terutamanya waktu tengahari hingga ke petang akan slow sesangat. Jadi kadang-kadang tu cuma dapat baca coretan dan layan resipi tanpa melihat gambar, jadinya kecewalah sedikit huhuhu.


Okey kita hentikan bab-bab sedih tu, kita kembalikan suasana ceria pulak ye. Tak elok bersedih-sedih kat dalam dapur kan. Hari ini CT nak tayang Rainbow Chiffon Cake pulak. Resepi ini adalah hasil jalan-jalan cari resipi CT pada minggu lepas dan CT terus mencubanya sebab terpandang kek ini yang cantik gebu dan lembut macam kapas aje bila masuk mulut hehehe. Kalau ada teman-teman yang lain yang pernah mencubanya sebelum ini CT pasti teman-teman pun akan memberi komen yang sama. Untuk kek yang gebu dan lembut macam ni, CT suka makan lambat-lambat sebab nak menikmati rasa sedap kek tu lama-lama sikit dalam mulut. Itu yang jadi lambat sikit nak berhentinya, sebab sedappp! hehehe


Seingat CT, Tun Telani juga pernah buat Rainbow Chiffon Cake ni, sebab CT pernah ternampak di FB tempohari. Dari situlah CT terus tergoda dek pandangan pertama terus jatuh chenta pada kek ni. CT bila dah terpikat pada sesuatu resepi, CT tak tunggu lama-lama, terus aje salin resipinya dan bergerak terus kedapur. Untuk resepi yang CT kongsikan ni, CT mencuba resepi dari blog My Kitchen Snippets yang sumber asalnya adalah dari website NCC Indonesia. Apa pun, terima kasih kepada kedua-dua penyumbang resipi yang sedap ini.


Sayangnya kejadian kek CT ni agak rendah sedikit sebab CT guna loyang chiffon berukuran 23cm, dan dengan sukatan dalam resepi tu, hasil keknya jadi tak begitu tinggi sebab loyangnya agak besar. Dah lama CT dok mencari loyang chiffon 18 atau 20cm tapi masih tak jumpa. Kalau dah jumpa nanti, CT nak cuba buat kek ni lagi. Untuk resipi ini, CT mengunakan telur saiz besar gred A sebanyak 4 biji. CT tak berapa pasti resipi asalnya mengunakan telur gred B atau A. Yang pasti, kek CT menjadi dengan elok, Alhamdulillah. Keunikan lain kek ini adalah kepelbagaian perisa dalam setiap warna adunannya. Ternyata perisa yang pelbagai itu memberi kombinasi rasa yang sedap. Cubalah buat, CT jamin memang tak menghampakan.


Okeylah jika ada yang ingin mencuba atau tercari-cari resipi chiffon kek yang sedap dan menjadi pojaan ramai ni, bolehlah mencuba. Jika mahu, boleh juga merujuk pada resepi di blog Tun atau pun resipi olahan CT seperti di bawah ini.  Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa...


Rainbow Chiffon Cake
Sumber : My Kitchen Snippets
Diolah : Che CT

Bahan-bahan A :
4 biji kuning telur A
50 gm gula kastor
20 gm susu tepung
20 gm tepung jagung
150 gm tepung kek
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
100 ml minyak jagung / masak
100 ml santan

Bahan-bahan B :
4 biji putih telur A
120 gm gula kastor
1 sudu kecil cream tartar / garam

Bahan-bahan C - Untuk corak pelangi

sedikit pewarna hijau - sedikit perisa pandan
sedikit pewarna pink - sedikit perisa strawberry
sedikit pewarna kuning - sedikit perisa lemon
Sedikit pewarna oren - sedikit perisa oren + 1 sudu kecil parutan kulit oren

Cara-cara :
1. Ayak tepung kek, tepung jagung, susu tepung, garam dan baking powder dan ketepikan.
2. Satukan minyak jagung/masak dan santan, kacau rata.
3. Dalam mangkuk pukul kuning telur bersama 50 gm gula hingga sebati dan kembang. Tambahkan santan dan minyak yang telah disatukan tadi dan pukul rata dengan whisk, dan tambahkan adunan kering kedalamnya dan pukul lagi hingga sebati dan lembut.
4. Bahagikan adunan kuning telur tadi kepada 4 bahagian sama rata. Dan letak pewarna dan perisa. Kacau dengan perlahan-lahan dan ketepikan. Panaskan suhu oven 170 C, guna kipas jika ada.
5. Dalam mangkuk yang bersih putar semua bahan-bahan B sehingga kembang dan gebu (soft peak).
6. Bahagikan adunan putih telur tadi kepada 4 bahagian dan campurkan kedalam adunan yang  telah diwarnakan tadi. Kacau perlahan-lahan  hingga rata.
7. Masukkan adunan tadi kedalam loyang chiffon dan bakar selama 50- 60 minit atau hingga masak. Uji dengan lidi jika keluar bersih kek sudah masak.
8. Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan terus terlangkupkan diatas rak dawai. Biarkan kek dalam keadaan terbalik sehingga betul-betul sejuk.
9. Jika masih melekat, jalankan pisau nipis disekeliling loyang dengan gerakkan lurus. Potong kek dengan mengunakan pisau bergerigi.




24 comments:

  1. Salam Ct...nampak ceria chiffon nie kebetulan saya baru beli mould chiffon comel semalam di daiso ,boleh lah saya cuba..mesti sedap pelbagai perisa.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak Ct cayang...
    Mmg nampak lembut n gebu kek yg akak buat nie... Tergoda tgknya... Buat lg pelbagai perisa tu... Aduuh... Sedap.. Lg2 ada perisa lemon... Hehehhe... Fav tu

    ReplyDelete
  3. Lama betul tak singgah dapur Kak CT... Holiday gitu..
    Rainbow & colourful kita pagi ni ya.... berkenan betul dengan colournya...
    suka.. suka.. suka... alll your photo shoots

    ReplyDelete
  4. selamat pagi....suka tgk blog ct,penuh dgn resepi yg mengoda apatah lagi dgn pic yg cantik....kek ni pon warna warni nescaya bila makan hati menjadi ceria....nk cuba resepi ni harap berjaya hehehe terima kasih daun keladi.....

    ReplyDelete
  5. Wah..wah!! sibuk2 pon sempat baking kek yg ceria tu yer... syanteq!!

    ReplyDelete
  6. cantiknya kak... kalau guna loyang biasa tak leh ke kak?

    ReplyDelete
  7. salam kak ct, kek ciffon ni guna tpg jagung ye, cmner agaknya rasa dia kan...

    ReplyDelete
  8. nak juge lah kak Ct..suke makan kek chiffon, sbb lenbut gebuss je n tak banyak minyak..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kak CT,
    meriah kaler kek chiffon akak ni..kegemaran yatie kek chiffon, kalau 1/2 loyang tu mmng yatie punyer sorang je..buruk makan kan..he3..

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Ct..cantik sgt kek chiffon nii..mcm nk cuba jer bt sndiri..hrp2 berjaya lah dgn jayanya hihiii

    ReplyDelete
  11. Salam CT ..nampak gebu sangat cake nie meriah lak dgn pelbagai perasa dan warna..kena cuba nie..:)

    ReplyDelete
  12. Wow, very pretty colors and look so moist! Too long didn't bake chiffon cake, don't know if still can bake it or not:P

    ReplyDelete
  13. rajinnya Ct menyipon kek ada kaler2 lagi memang hebat lah anda yg bernama Ct ni kan,dgn gambar yg sharp mengalahkan tv sharp tu heeee

    ReplyDelete
  14. As'salamualaikum kak CT ku cayanggg.....

    Nina rindu teramat kat kak CT. Terubat lak rindu ngan kek chiffon yg cantik lagi menarik tertarik...!!
    Gebu nyerrrrrr... mesti sedap!!
    Nak sepiring~~ Hehehe

    ReplyDelete
  15. salam ct. Memang nampak sedap lah kek ni. Tergoda bundo dibuatnya..
    Teringin juga bundo nak buat nanti.

    ReplyDelete
  16. asslm Kak CT bucuk2..hihi..aduh kak xtahan QH tgk kek cipon tu..nmpk sedap n lmbt tekturnye tu..rainbow bperisa lg..mcm2 rasa ade tu..nk cuba nti..mnarik resepi ni sbb guna santan..mesti lemak rasanye...tq kak..

    pstttt..kak psl roti aneka rasa tu...minyak xserap byk..macam biase aje n xmuak..

    ReplyDelete
  17. Bilalah nak jadi pakar macam Ct ni... he he hehh sekarang ni Amie sedang berjinak2 dengan dunia ini, belajar pada hari Sabtu & Ahad tapi belum berani tayangkan hasil he he hehh masih berguru!

    ReplyDelete
  18. Kak CT miss you,cantik kak chiffon cake nya, ini fav di rumah nih, jadi mau makan cake, melly lagi baking blue nih.. minta yg ini yah..hehe

    ReplyDelete
  19. Memang sedap kan.. i hv baked it too.. in fact a lot of recipe fm NCC i dah try buat.. memang tak menghampa kan :o)

    ReplyDelete
  20. ohhh dear !!!the cake looks absolutely amazing !!!ur such a great cook !!!these clicks are so good , the slices of cake look amazing in these pics !!!!!

    ReplyDelete
  21. Assalam kak CT cayang, alahai meriahnya tgk kek chiffon akak ni..memang menarik dan gebus.bilala saya nak merajinkan buat ni yer..hehe

    ReplyDelete
  22. wahhh kak ct pun dah buat jugak kek ni...saya ni takut nak buat kek chiffon lagi lepas kes kek kecut hari tu...hehehe..cantik molek je kek akak..:)

    ReplyDelete
  23. Salam Ct cayang..
    lama tak bw kat sini..
    nmpk begitu lembut jer nie mesti sedap berwarna warni & rasa :P

    ReplyDelete
  24. Assalam CT.
    Gebu dan colornya cukup menarik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...