Monday, June 11, 2012

Soft Banana Cupcake


Assalamualaikum... Salam ceria dan salam manis dihari Isnin dari CT buat teman-teman semua. Alhamdulillah hari ini anak-anak semuanya dah kembali bersekolah seperti biasa. Pastinya sibuk dan sedikit kelam-kabut mungkin bagi ibu-bapa yang menghantar sendiri anak-anak pergi balik sekolah. Maklumlah setelah 2 minggu bercuti, anak-anak bercuti, ibubapa juga turut bercuti sama. Bila minggu persekolahan bermula semula, suasana kesibukan juga kembali seperti biasa. Begitu juga dengan CT dan juga ibu-ibu yang lain, pastinya sibuk semula menyediakan sarapan untuk anak-anak ke sekolah seperti biasa.


Hari ini CT ingin kongsikan satu menu yang telah CT ambil dari blog Anncoo. Minggu lepas CT buat kek epal. Hari ini CT cuba satu lagi resepi beliau iaitu Cupcake Pisang Lembut atau Soft Banana Cupcake. Memang lembutttt kek ni. Apa saja resipi kek atau cupcake yang mengunakan pisang ni, kejadiannya selalunya memang lembut dan sedap. Ini adalah kali kedua CT mencuba resipi dari blog Ann. Ada beberapa lagi resepi beliau yang telah CT bookmark dalam simpanan CT. Insya'Allah jika berkesempatan akan dicuba dan akan CT kongsikan bersama teman-teman ya.


Berbalik pada resipi Soft Banana Cupcake yang lembut ni, menu ini pun sesuai juga dibuat menu sarapan untuk anak-anak ke sekolah. Dalam resipi ni CT mengunakan pisang berangan dan CT tambahkan sedikit esen pisang untuk menaikkan aromanya. Memang CT suka mengunakan pisang berangan berbanding pisang lain, sebab CT rasakan pisang berangan lebih manis dan sedap. Lagipun bila CT ke pasar tani yang senang di cari pun adalah pisang berangan, pisang nipah dan pisang tanduk. Pisang yang lain-lain tu jarang-jarang ada. Tapi tak kisahlah nak guna pisang apa pun asalkan sesuai untuk dibuat kuih dan yang penting sedappp hehehe. Untuk susunya pula, CT gunakan susu segar sebab stok susu cair tak cukup. Jadinya apa yang tinggal dan ada itulah yang akan CT pakai.


Okeylah cukup sampai di sini dulu CT berceloteh, jika ada masa terluang CT akan cuba singgah blog teman-teman nanti, Insya'Allah. Buat penyumbang resipi ini, Anncoo terima kasih banyak-banyak kerana berkongsi resepi yang sedap ini. Kalau teringin nak rasa atau nak tahu betapa sedapnya resepi ni, kenalah cuba sendiri resipi dari Anncoo ni ya. Okeylah, Jom semak resepi di bawah. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....


Soft Banana Cupcake
Resipi : Anncoo
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
90 gm minyak jagung / minyak masak
50 gm gula kastor
1 biji telur  A - pukul pelahan
125 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
4 biji pisang berangan masak - dilecek halus (160gm)
25 gm susu segar / susu cair
1/2 sudu kecil esen pisang

Cara-cara :
1. Pukul telur dan gula sehingga ringan dan berkrim, anggaran 2-3 minit.
2. Tambahkan susu segar, pisang lecek halus, minyak jagung dan esen pisang dan putar sekejap.
3. Dalam mangkuk lain ayak tepung, baking powder dan baking soda, gaul rata.
4. Masukkan tepung kedalam bahan basah dan kaup balik rata hingga tiada ketulan tepung kelihatan. Jangan digaul terlalu lama, cukup sekadar semua bahan bercampur saja.
5. Sudukan adunan kedalam acuan muffin atau paper cup dan bakar pada suhu 180C  selama 20-25 minit atau hingga masak.
6. Setelah masak, sejukkan atas rak dawai sepenuhnya.



16 comments:

  1. SElamat bertugas kembali CT, sibuk gosok baju, masak, hantar anak sekolah dll. Tak sekolah pun sibuk juga kita ni kan?
    CT..apa jenis pisang pun, tak pernah mengecewakan peminatnya. Bnyk jasa pisang dgn kita...hehe..
    Nmpk gebu je cupcake tu, tak baik buat akak telan air lior je pepagi ni.

    ReplyDelete
  2. salam kak ct

    sedapnya, hehe masing2 dah start bzlah kan, anak dah start sekolah

    ReplyDelete
  3. salam n morning kak ct ku....pagi2 terjah sini...nk mapin 2 ketol...hihi..banananana.......

    ReplyDelete
  4. CT... semalam gee buat apam pisang resipi aunty Yochana... hr ni tgk kek pisang pulak... adusssss tak tahan

    ReplyDelete
  5. salam Ct, teruja tengok apam ni cantik coz ada pisang baru betuii berpisang kan lagi best kalau dpt makan dua tiga ketoiii kan..

    ReplyDelete
  6. Selamat pagi Kak Ct..
    kecik sangat kek ni..hehehe..skali ngap je kalau saiz yang macam ni..

    ReplyDelete
  7. Salam CT. Walaaa... mmg nampak gebu cc pisang ni. Masuk list dulu sampai ada pisang nanti.

    ReplyDelete
  8. Siang kak CT, lempar sini cup cake nya kak, melly lapar nih.. slurrp

    ReplyDelete
  9. salam kak ct...saya suka apa juga makanan berasaskan pisang...sedapnye...

    ReplyDelete
  10. alahai....tadi tengok resepi durian kat blog Kak Yatie..sekarang resepi pisang plak kat blog Kak Ct... semua buat cikwan meleleh ni ;))

    ReplyDelete
  11. kat sini belum habis cuti lagi.. still got 2 more weeks to go.. masih boleh rehat kan badan.. tak yah kalam kabut in the morning :o)

    Cake yg ade pisang ni memang kejadian dia lembut.. i likeee!

    ReplyDelete
  12. Salam kak CT, nampak sedap & moist sangat, i like : )

    ReplyDelete
  13. As'kum Kak Ct wahh best kek ni.. pernah tengok tapi tak pernah cuba.. pisang banyak kat bakul tu hehhee

    ReplyDelete
  14. hi..sis, lama x jengah sini...nak kata bz tidak jugak...tenet slow sgt so x dpt nak bw sangat...

    ReplyDelete
  15. ohhh wow....I'm simply drooling here !!!!the banana cupcakes look amazingly delicious.....loved all ur clicks n beautiful presentation !!!!!

    ReplyDelete
  16. yakin sedap ni kak, insyaAllah boleh dicuba nati..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...