Monday, July 16, 2012

Baulu Kukus Pulut Hitam


Assalamualaikum... Salam manis dan salam penuh kemesraan dari CT untuk semua tak kira walau dimana berada. Tak lupa untuk CT ucapkan ribuan terima-kasih untuk semua pembaca setia dan teman-teman yang tetap setia berkunjung ke Dapur CT. Walaupun mungkin sibuk dengan urusan seharian tetapi tetap menitipkan sedikit masa membaca dan meninggalkan komen yang membina untuk CT. Terima kasih tak terhingga CT ucapkan.


Resepi yang CT kongsikan pada hari ini, CT teringin untuk mencubanya setelah ternampak resepi ini yang ditayang oleh Ayin manismanis di FB nya. Selepas menyalin resepinya, dari sehari ke sehari tapi masih lagi tak datang seru untuk membuatnya sehinggalah bila ternampak Mat Gebu pula mencuba dan menayangnya di FB beliau. Selepas pada tu, teruslah berombak hati ni nak membuatnya juga. Tak tunggu lama terus CT ke kedai beli tepung pulut hitam 2 bungkus. Saja beli lebih buat stok manalah tahu nanti ada resepi lain yang nak dicuba yang juga menggunakan bahan yang sama, jadi tak perlulah berulang ke kedai semula.


Untuk resepi yang CT publish ini, CT gunakan resipi dari perkongsian Mat Gebu. CT juga tambahkan ovallate dalam bahannya macam Mat Gebu juga. Cuma CT tak gunakan santan sebab stok dah habis, jadinya CT tukarkan kepada susu cair 8O ml dan gantikan gula castor. Hasilnya memang lembut dan tidak terlalu manis, sedang-sedang aje manisnya. Untuk yang tidak suka rasa yang terlalu manis macam CTmemang sesuailah. Tapi dalam tak berapa suka terlalu manis tu, CT ayakkan gula aising sedikit ke atas baulu tu masa nak makan, saje aje nak bagi cantik kat mata sikit hehe.


Sebenarnya dah lama juga CT nak mencuba resepi kuih yang dikukus seperti ini yang dipanggil "Boulu Kukus Ketan Hitam" oleh orang Indonesia. Untuk orang kita, namanya dipanggil "Baulu Kukus Pulut Hitam". Bila CT singgah diblog teman-teman di seberang, pasti ada resipi boulu ketan hitam ni. Resepi kuih yang hitam ni, walau pun ia HITAM, tapi bukan sebarang hitam ni. Bila dah masuk mulut sedap tau rasanya. Tapi kalau nak tahu sendiri, kenalah cuba ye hehehe.


Terima kasih pada kedua teman CT,  Ayin dan juga Mat Gebu yang baik hati yang telah berkongsi resepi yang sedap ini yang dapat pula CT mencubanya untuk hidangan keluarga CT. Izinkan CT panjangkan lagi resepi ini didalam senarai Dapur CT juga untuk manfaat teman-teman lain yang ingin mencubanya pula. Mungkin juga CT akan buat lagi dan divariasikan bahannya pula nanti, siapa tahu kan.


Okeylah, jika ada yang berminat, jangan tunggu lama-lama ya. Salin resipi tu dan pergi cari bahannya, lepas tu buat. Baulu ni kalau dimakan semasa hangat lagi sedap. CT buat 2 adunan sekali gus dan CT gunakan acuan silicone tu dapat 12 biji. Lepas tu CT makan sekali 2 ketul gitu hehehe.  Okeylah, sampai jumpa lagi ye, salam manisss dari CT. Daaa.....


Baulu Kukus Pulut Hitam
Sumber : Ayin-manismanis
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan :
2 biji telur gred A
70 gram gula kastar
1 camca teh ovallate
1/2 camca teh baking powder
120 gram tepung pulut hitam
50 ml minyak jagung
80 ml susu cair
Secubit garam
3/4 camca teh esen vanilla

Cara-cara :
1. Panaskan kukusan, lenser acuan-acuan kecil dengan mentega, tabur sedikit tepung dalam acuan tadi dan ketuk keluar lebihan tepung. Boleh juga guna acuan silicone jika ada. Ketepikan.
2. Ayak tepung pulut hitam dalam mangkuk sederhana dan ketepikan.
3. Putar gula dengan ovallate pada kelajuan sederhana hingga rata dalam 1 minit. Masukkan baking powder, garam dan telur, putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat dalam 3 minit.
4. Masukkan tepung pulut hitam ke dalam adunan telur dan gaul dengan kaedah kaup balik dengan spatula hingga rata. Masukkan esen vanilla, santan dan minyak jagung, gaul hingga rata dan sebati.
5. Isi dalam acuan anggaran 3/4 penuh, kemudian kukus dengan api sederhana selama 10 - 12 minit. Keluarkan baulu dari kukusan dan biarkan suam dan boleh keluarkan dari acuan. Ayakkkan gula aising ke atas baulu sebelum dihidangkan jika suka.


16 comments:

  1. salam kakct

    hitam itu menawan hee, gayanya mcm kuih puteri ayu kan bahannya

    masuk list bulan puasa nanti

    ReplyDelete
  2. salam Ct,comey dan cute nya baulu tu tapi sayang tak dpt nak rasa,disini cuma ada pulut hitam Ct tkde tepung nya boleh ke kisar pulut hitam sbb teringin jugak akak nak buat heee nk minta Ct punya jauh snagt lah..

    ReplyDelete
  3. Selamat pagi Kak Ct..
    wah..pagi2 buka lappy terus nampak bolu ketan hitam..sedap ni..bole mkn byk2..

    ReplyDelete
  4. Salam Ct...comel comel belaka. Tapi susah gak nak cari tepung pulut hitam kat pasaraya...Ct buat sendri ke tepung nie atau beli.

    ReplyDelete
  5. tak penah lg saya makan baulu kukus pulut itam ni.Tentu sedap rasanya.

    ReplyDelete
  6. As salam CT. Comey nyer kuih kuih tu, bekas yg berwarna tembaga pun cantik sangat

    ReplyDelete
  7. Salam, Kak CT. Wahhhhhhh!! sedap tu kek pulut hitam, sy biasa makan yg dibeli di Batam, memang sedap & ada kelainan rasanya dari kek lain. Betul tak?

    ReplyDelete
  8. Pheewww...dah sampai ke dapur CT pulak...aah akak pun masa tgk CMG tayang, konon2 nak buat xdan2..pastu lupaa...hahahhaha, ni tgk CT buat akak xnak buat, nak kecek barang seketul dua je laahh...malasss la akak skrg ni CT...hahaha..

    ReplyDelete
  9. hitam itu menawan.........
    Nampak sedap boulu ni...gerenti akan cuba...tapi dalam list menu bulan puasa, puasa belum menu dah ader ye...mmg gitu lily ni..kuikuikui..

    ReplyDelete
  10. Salam kak.Ct,
    cantik comel ! hitam manis yg berseri.....nak copy resepi eh...masuk file dulu....:)

    ReplyDelete
  11. As'salam Kak CT cayanggg...

    Menarik nyerr nampak. Cantik lah mould LOVE tuu.. Gebus bahulu tuuu, tak pernah makan part kukus. Nak 2 ketul tuk breakfast pagi nie..
    hehehe . . . .

    ReplyDelete
  12. Salam CT

    baru nampak kat dapur Mat, sekarang kat rumah CT pula ia terhidang..

    macam nak buat aje.. tapi nak kena cari tepung pulut hitam dulu ^_^

    ReplyDelete
  13. tpg pulut hitam ada berbaki sikit lagi.. kalau rajin bln puasa nnt boleh cuba... akak suka gak cuba resepi berasaskan tpg pulut hitam ni sbbnya kuih yg terhasil unik warnanya.. hehe..

    tp actually akak lebih terliurkan kek pisang kat bwh tulah CT... ada lg tak?

    ReplyDelete
  14. cantik n comel bahulu tu! mesti sedap!

    ReplyDelete
  15. Cekcinyaaa baulu kukus pulut hitam akakk.....serius..i likee..

    ReplyDelete
  16. seyes cun betul baulu pulut hitam ni kak ct...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...