Wednesday, July 11, 2012

Bingka Roti Jagung Pandan


Assalamualaikum... Salam manis dan salam penuh keceriaan dari CT buat teman-teman diluar sana. Seiring dengan kesibukan menyiapkan tugasan seharian, CT tetap juga sibuk memikirkan tentang idea dan resepi-resepi yang baru untuk dicuba dan dihidangkan kepada insan-insan tersayang dirumah. Kadang-kadang tu sampai buntu juga fikiran sebab idea tak kunjung datang. Bila jadi macam tu, blog teman-teman food bloggerlah jadi penyelamatnya. Terima kasih buat teman-teman semua untuk segala perkongsian resipi selama ini ya. CT sayang kamu semua.


Antara destinasi resepi yang CT suka selongkar ialah FP RinnChan. CT memang gemar masuk FP RinnChan ni, dari dulu sampailah sekarang. Banyak juga resipi yang CT kongsikan di dapur CT ni yang di inspirasikan dari FP RinnChan. CT suka resepi yang dikongsikan Rinn sebab lengkap dengan step-by-step nya, memang mudah untuk di ikut bila kita membuatnya pula. Maklumlah masa awal-awal pembabitan CT dalam food blogging ni, CT tak pandai sangat memasak hidangan dari resepi yang rumit jadi bila resepi tu lengkap dengan cara membuatnya mudahlah kita nak mengikutnya. Itulah sebab utama CT suka masuk FP RinnChan dulu. Tapi kemudian-kemudian tu, CT mula menjelajah blog teman-teman yang lain yang banyak juga yang telah CT mencubanya juga. Dan yang pasti semuanya memang membuka selera dan sedap-sedap belaka, Alhamdulillah. Jika tidak kerana perkongsian resipi dari semua teman-teman food blogger ni, tidaklah CT sampai sejauh ini kan. Dengan sokongan dari teman-teman semualah CT masih teguh berdiri untuk mengendalikan blog Dapur CT ini. 


Untuk resipi Bingka Roti Jagung Pandan yang CT kongsikan hari ini, CT ambil resepinya dari Fotopages RinnChan lagi. Sumber resipinya adalah dari Chef Azimah Mansor. Terima kasih daun keladi kepada kedua-duanya, semoga apa yang dikongsi mendapat balasan yang baik. Jika di ikut sukatan asal dalam resipi tu, memang banyak jugalah kuantitinya jadi CT kurangkan sedikit sukatannya untuk resepi yang CT kongsikan di bawah. Kalau nak melihat resipi asalnya bolehlah lihat di FP RinnChan. CT gunakan loyang chiffon saiz 23cm. Bila dibakar, memang naik tinggi juga adunan tu. Nasib baiklah CT dah kurangkan sukatannya. Kalau tidak, mahu membuak penuh sampai keatas lah jawabnya hehehe.


CT tak sempat untuk tangkap gambar bingka yang belum dipotong. Maklumlah masa CT membuat bingka ni dah agak senja. Bila dah siap masak, dah hampir malam. Jadi nak sibukkan diri untuk gambar tu dah tak sempat dah. Jadi CT ambil yang dah siap potong ajelah. Dalam adunan ni CT buatnya berlapis, kalau dilihat betul-betul boleh nampak lapisan pandan tu. Saja aje nak ubah sikit, jadi bila adunannya tu dah siap dibancuh, CT bahagikannya kepada dua bahagian. Lapisan yang pertama, CT bakar dalam 30 minit. Kemudian CT keluarkan dan tuang perlahan-lahan adunan kedua yang berperisa pandan dan bakar lagi selama 40 minit. Kalau nak kerakya jadi lebih tebal, bolehlah dibakar lebih lama lagi ya.


Anak-anak CT macam biasa, memang suka dengan bingka. Tambah lagi kerana CT mebakarnya agak lama juga jadi keraknya tu jadi agak garing. Emm... memanglah CT suka bab-bab kerak macam tu, lagi banyak kerak lagi lajulah CT ngappp! Masa ambil gambar tu pun, sambil menekan shutter button, sambil juga tangan ni menyuap masuk dalam mulut hehehe. Anak CT yang bongsu Haqim  je yang bila makan bingka jagung ni, jagungnya tu dikuis keluar dan disusun tepi piring. Pelik pulak CT menengoknya sebab kalau jagung rebus tu gemar pulak dia memakannya. Macam-macam hal aje anak-anak ni kan. Tapi tak kisahlah, asalkan bingka yang dimakan tu habis licin hehehe.


Resipi yang CT kongsikan dibawah ni telah CT kurangkan sukatannya daripada resepi yang asal. Jika ada yang ingin merujuk kepada resipi asal, bolehlah klik link Fotopages RinnChan di bawah tu ye. Selamat mencuba dan sampai jumpa lagi. Salam manisss dari CT. Daaa....


Bingka Roti Jagung Pandan
Sumber : Chef Azimah Mansor / RinnChan
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan:
2 biji telur B
100 gm gula kaster
100 gm mentega - dicairkan
250 ml susu cair + 250 ml santan
1 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil pandan emulco
1/2 sudu kecil garam halus
150 gm tepung gandum
200 gm roti putih
100 gm jagung krim dalam tin

Cara-cara:
1. Pukul sebati telur dan gula. Masukkan mentega cair, diikuti santan dan susu cair, pewarna hijau, pandan emulco, tepung gandum dan garam halus yang diayak bersama. Kacau rata. 
2. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam adunan tadi dan gaul rata. Rendam selama 15-20 minit. 
3. Masukkan jagung krim dan kacau sebati.
4. Sapukan mentega pada loyang bingka 23 cm dan boleh juga guna loyang biasa berukuran 9 inci alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
5. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 50 minit atau satu jam.

19 comments:

  1. Assalamualaikum Ct
    wah pagi2 dah tengok bingka ni terasa lapar lah sbb belum bekfes ni,akak pun suka kerak jugak kalau bingka ni,kadang2 potong yg kerak saja yg lembut tu kasi cik abe makan hee pencinta kerak tegar ni heee..

    ReplyDelete
  2. slm rindu n cygggg Kak CT...lamanye xsinggah ke sni...

    hai lapo kak pagi2 tgk bingka roti tu...sedap betul nmpknye tu...ade lg x...meh pas sikit kt QH...hihi...gmbo jgn ckp l...cun melecun...

    ReplyDelete
  3. Alahai ct, sedapnya...
    dan seperti biasa, gambar tetap memukau. Tak jemu memandang.

    ReplyDelete
  4. As'salamualaikum kak CT cayangg...

    aduh aduhhh ... terliur + berkeroncong Nina pepagi nie tengok gambar kak Ct yg memukau mata yang memandang. Serius !!!
    Nina nak sepotong buat breakfast pagi nie kak...??? hehehe . . .
    (air tuu pun nak gak ehhh..))

    ReplyDelete
  5. Salam, Kak CT..

    Kita pun sukaaaaaa sangat masuk FP Rin Chan.. seronok tengok gambar, hehe.

    Dan di sini juga, di dapur Kak CT ni selalu saya cuci mata & copy paste resepi dalam laptop terus.. hehe. Thanx, Kak CT, mwahhhhhh!

    ReplyDelete
  6. sedapnye kak CT..em em em....payah betul kalo de entri terbaru kat blog ni, tangan mesti cepat2 nak klik..ggrrr..hahaha

    ReplyDelete
  7. salam singgah...memang teruja tengok masakan di sini. Boleh saya belajar nanti. terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Wah..sedap hingga pinggan pun licin..hehe..

    ReplyDelete
  9. salam kak ct

    sedap nya bingka tu, tina pun suka tang kerak2 dia, kalau bahagian lain mmg kurang =)

    ReplyDelete
  10. Assalam CT cayang...waaah suka sangat bingka2 roti lembut camni...nnt leh la try resepi Chef ni, pasti sedap ek CT...lawoo tul posing bingka ni...semua cantik2... ^__^ lg terliur akak tgk..

    ReplyDelete
  11. salam ct cayaang..rindu banget!! amboi dh settle dh semua projek ct tu ker?? pepun yg penting menu kt dapur ct maintain meletopss uu!! muaah!!

    ReplyDelete
  12. Salam kak ct, wah buat bingka roti jagung pandan pulak, sedapnya, i like, lama x makan...

    ReplyDelete
  13. canteknya bingka tu. mesti sedap ni. KC kan, suka tang kerak .. yg garing2 tu. sedaps.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak CT..terliur sgt2 tengok bingka roti jagung tu, mmg puas dpt bingka kerak tebal camni. dlm kesibukan kak CT tu sempat lagi msk mcm2 & sedap2 pulak tu..tabik sgt2!! :))

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Kak CT,
    sedapnya tngk bingka roti pandan ni, ada rasa pandan lagilah buat kuih ni enak bangetttt..harum je kan masa bakar kuih ni...pasni bolehlah cuba resepi ni plk..tq..

    ReplyDelete
  16. salam CT..
    akak pun sama suka rujuk resepi dari FP Kak Rinchan... bukan saja resepinya lengkap.. suka jugak sbb gambar2nya jelas & besar2.. puas dipandang mata.. hihi..

    bingka jagung ni pun dah kerap dicuba sbb sedap! tp belum pernah cuba versi yg CT olah ni... cuma dulu akak pernah olah bingka roti ni dcampur dgn hirisan nangka & abaikan jagungnya... pun sedap.. wangi berbau nangka.. hehehe...

    ReplyDelete
  17. wahaaa kak, puding macam ni lah yang saya sukee sangat, mmg best ni..marilah puding..eheeee..

    ReplyDelete
  18. Salam Ct.cun bingka roti diwarnakan hijau gini....tang kerak atas tu yg sedap. sypun suka tengok resepi di Fp k.Rinn sbb jelas gambar dan penerangannya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...