Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria buat pengunjung setia Dapur CT. Moga dihari ini semua teman-teman CT didalam keadaan sihat walafiat dan ceria disamping tugasan seharian dan keluarga terchenta... Aminnn. Jika dilihat pada cuaca dua tiga hari ni macam tak menentu kan. Kekadang tu panas dipagi hari tiba-tiba hujan turun selebat-lebatnya. Tapi syukurlah kan ada panas dan ada hujan berselang-seli macam tu, tapi kalau ada 4 musim lagiiiiilah seronok kan. Bestnya kalau Malaysia ada salji seronoknyaaa. Dalam mimpi ajelah.. hehehe
Berbalik pada menu yang CT kongsikan pada hari ini iaitu Biskut Peanut Butter. Tapi maaflah sebab awal-awal pagi dah menayang biskut RAYA ni sedangkan anak bulan pun belum menampakkan diri lagi hehehe. Sebenarnya ini adalah salah satu resepi untuk projek yang telah CT buat tempoh hari. Entri tertungak ni jadi jangan ditanya masih ada atau dah habis. Dah tentu jawapannya habissss! sebab CT buat sikit aje tu, cukup-cukup untuk ambil gambar aje, lepas aje ambik gambar, terus ngap masuk mulut hehehe. Ya lah kalau nak buat banyak, masih terlalu awal, kalau disimpan sehingga raya terus biskut tu lemau dan tengit. Ini kira macam nak buat kudap-kudap depan tv aje lah ni.
CT tak ingat dari mana CT ambil resipi ni sebab dah lama CT simpan resepi ni, tapi kalau tak silap CT dari salah satu website yang CT explore lama dulu, tak berapa pasti. Apa pun CT ucapkan terima kasih banyak-banyak pada tuan punya resepi ni ya. Jika dia perasan yang resipi ni kepunyaan beliau, harap dia halalkan segalanya. CT tak sempat nak salin nama laman web penyumbang resipi ni sebab lepas salin resipi tu tertutup pulak website tu, lepas tu terus terlupa. Sukatan yang CT buat untuk resepi ni CT buat cuma separuh dari sukatan resepi asal. Jadi jika nak buat banyak, bolehlah gandakan aje dari sukatan yang CT buat tu ye.
Biskut Peanut Butter ni memang sedap. Masa CT bakar tu, harummm sangat bau kacang menusuk ke hidung. Nasib baik bukan bulan puasa, kalau tidak emm... berkurang dah pahala CT sebab dok cium-cium aje biskut tu hehehe. Anak bujang CT yang sulong Azree, dia suka benar dengan biskut ni, tak berhenti asik bukak tutup bukak tutup balang tu aje, sedap katanya. Dah peminat tegar peanut butter mestilah dia suka hehehe. Rasanya pada raya tahun lepas pun CT ada juga buat biskut mengunakan peanut butter. Dan seingat CT memang cepat aje habisnya. Nampaknya macam ada permintaan yang tinggi pada biskut ni, Insya'Allah CT akan buat untuk anak-anak sebagai salah satu hidangan biskut penghias meja pada Aidilfitri nanti.
Okeylah tak mahu cakap lebih panjang lebar lagi walau pun dah penuh satu kertas kajang online dah ni kan hehehe. Nanti CT akan cuba cari balik siapa yang empunya resipi ni, dan bila CT dah jumpa CT akan linkkan alamat laman webnya di sini ya. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....
Biskut Peanut Butter
Sumber : Che CT
Bahan-bahan :
125 gm butter - suhu bilik
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur A - pukul sebentar
1/2 cawan mentega kacang
2 cawan tepung gandum - tambah jika perlu
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus
1 biji kuning telur - sapu atas biskut
Hiasan :
kacang bergaram - secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan oven suhu 180 C. Guna api bawah sahaja
2. Putar butter, gula kastor, gula perang dan esen vanila hingga berkrim.
3. Tambahkan telur dan pukul lagi. Masukkan mentega kacang putar rata.
4. Masukkan tepung, baking soda dan garam yang diayak kedalam adunan butter tadi. Gaul sebati hingga jadi doh yang lembut.
5. Ambil doh dan bentukkan ikut pilihan. Susun dalam loyang yang dialas kertas minyak dan jarakkan antara satu 1 1/2 inci.
6. Sapu kuning telur atasnya dan letak sebelah saja kacang bergaram. Sapu lagi kuning telur diatasnya. Buat hingga habis.
7. Bakar selama 12-15 minit hingga perang kemasan. Ikut oven masing-masing. Sejukan 2 minit atas loyang dan sejukkan sepenuhnya atas rak dawai. Simpan dalam bekas kedap udara.
Salam Ct...selamat pagi rabu hehe..ternampak biskut terus lapar ...lama tak makan biskut nie hehe nanti raya banyak lah biskut keluar. Saya suka biskut yang nampak polos tapi sedap kan terutamanya jenis begini masuk dalam mulut tak terasa...sedar sedar balang kosong kan.
ReplyDeleteSalam, Kak CT.
ReplyDeleteNi kalau makan sehari sebiji, sedar2 dah raya ni.. hehe. Wah! Suka sangat tengok kejadian biskut tu, lagilah cara Kak CT persembahkan.. eiii.. memang sukalah, tak kelip2 mata saya ni.. kena banyak belajar dengan Kak CT, saya ni selalu malas nak buat presentation cantik2.. i salute!
salam CT...
ReplyDeletebila dengar nama biskut peanut butter ni kan... akak teringat biskut zaman akak sekolah2 dulu.. biasanya mak atau jiran2 rumah akak kat kg dulu buat guna acuan bentuk separa bulat yg jenis tekan2 mcm acuan putu tu.. tp acuan jenis tin lah.. before masuk adunan kena letak sebiji kismis hitam kat tengah2 acuan tu pastu baru letak doh dlm acuan tu & tekan2 rata then boleh dibakar terus... nostalgia betul biskut tu... dah lama tak nampak org hidang masa raya.. hehe.... mungkin resepi CT share ni boleh gak kot buat style gitu... mengimbas nostalgia lampau..hehe... thanks ye CT share resepi...
As'salam Kak CT cayanggg...
ReplyDeleteAmboi ..!!! Selamat Hari Raya..
Ooppssss.. Selamat Menyambut Ramadhan kak. Moga dapat menjalani ibadah ini dengan penuh keberkatan.
Nanti kita tukar2 balang biskut raya ehh~~~
hehee . . .
Salam Ct n slmt pagi..
ReplyDeleteDah terasa bahang bln puasa dah nie..hehehe
teringat jgk dulu2 time zaman remaja mmg suka menerai biskut2 dari majalah supaya raya nnt meja tak kosong... Nie jgk menjadi salah satu drp biskut2 spt sempret, dahlia, kacang tanah...
Hisshhh nostaligia betul bila teringat!!
terima kaseh CT kerana mentengahkan biskut lama2 begini.
sedapnye kak biskut ni. masa saya kecik dulu, mak saya slalu buatkan. mmg ni biskut feveret saya.
ReplyDeletePagi kak ct sayang,hmmm tercium lah sampai sini wangi nya, di rumah juga suka makan biskuit,hmm lain kali coba resipe ini..thanks for sharing akak sayang
ReplyDeleteSelamat Berpuasa CT... nk oder biskut peanut butter 1 balang yer untuk hari raya nanti... hehehe
ReplyDeletesalam k.ct
ReplyDeletek.ct dah start buat biskut raya ke nih? ke saje2 warm up utk mkn2
cantik biskut akak buat rasanye msti sedap jugak
Wahhhh dah terasa Raya is here! Cantik kukis akak :)
ReplyDeleteSelamat hari raya KCT hehehe.. Tadi I also buat cookies.. Buat cemilan.. Simpan sikit for sat.. Kanak kanak ramai nanti cos first day puasa.. Kita buka kat rumah mak..
ReplyDeletewajib buat raya nanti ni kak, saya memang anti biskut yang berkacang2 ni...
ReplyDeletesalam kakct
ReplyDeletesedapnya. peberet ni, masuk list untuk raya hehe
Aslm
ReplyDeleteHi CT..sedap tu.......
Ada resipe kuih tart...?share bole?
Assalamualaikum CT
ReplyDeleteDah buat biskut raya ke? awalnya...semua cantik2 biskut raya ni...