Assalamualaikum dan salam ceria buat semua teman-teman dan pengunjung Dapur CT yang tersayang. Sekejap saja dah 10 hari rupanya kita berpuasa ye. Tinggal 19 atau 20 hari saja lagi Syawal bakal menjelma. Sejak tiga empat hari kebelakangan ni, bahang cuaca panas di siang hari sangat mencabar. Tak tahulah di tempat teman-teman tapi di Kuala Lumpur ni bahang panasnya memang menduga kesabaran terutamanya kepada kita umat Islam yang berpuasa. Semalam dan kelmarin, CT berjalan-jalan mencuci mata sambil mengambil kesempatan untuk membeli apa yang berkenan di mata di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India. Sememangnya Jalan Tuanku Abdul Rahman sangat sinonim dengan sambutan hari raya. Bagi CT pulak, terasa tak lengkap musim hari raya kalau tak berkunjung ke bazar jualan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tapi, dengan bahang panas matahari yang tegak di atas kepala beserta kesesakan manusia yang berasak-asak mencari keperluan hari-raya, nak meredah lautan manusia tu CT terasa macam nak pitam aje. Tapi disebabkan kedegilan hati yang hendak juga melangkah kaki membawa badan ke sana, jadi bertahan dan sabar ajelah. Astaghfirullah. Dugaan. Sabar.
Berbalik kepada tajuk entri CT hari ni, gambar yang paling atas sekali tu ialah gambar kulit hadapan majalah MIDI keluaran 1 Ogos 2012 di mana 5 buah resepi CT telah di
siarkan. Selain daripada CT, tiga orang teman blogger yang lain iaitu Ros Jintanmanis, Ibundo dan Aziejaya telah juga terpilih untuk
menyerikan ruangan resepi air tangan blogger tersebut. Apapun, CT ingin
mengucapkan ribuan terima-kasih kepada Siti Mariam Elias, wartawan dari
majalah MIDI yang telah menghubungi CT dan memberikan ruang kepada resepi dari Dapur CT untuk
muncul dalam majalah MIDI. Terima kasih sekali lagi CT ucapkan.
Sebelum CT menutup bicara, CT ingin mengkhabarkan sesuatu
kepada teman-teman dan pembaca-pembaca setia blog Dapur CT di bumi
Singapura. CT telah menerima banyak email dan mesej FB dari
teman-teman di seberang tambak yang bertanyakan tentang bagaimana untuk
mendapatkan buku resepi CT "Istimewa Pemanis Mulut" dan samada buku tersebut ada dipasarkan di
bumi Singapura. Wallahu a'lam CT pun tak tahu samada buku tersebut ada
dipasarkan disana atau tidak. Apa pun, CT nak bagitahu yang CT akan balik bercuti
ke Johor Bahru pada cuti Hari Raya nanti dan mungkin akan berada di sana
sekitar 7-8 hari bermula dari 16 Ogos nanti. Oleh yang demikian CT
telah mengasingkan sekitar 20 buah buku untuk CT bawa balik untuk diberikan kepada
teman-teman diseberang tambak bila CT balik ke JB nanti. Tapi,
bersyarat. Syaratnya ialah, kene menyeberang tambak dan ambil dari
tangan CT sendiri. Sanggup tak? Kalau sanggup, nanti kita rancangkan
bagaimana untuk kita berjumpa di suatu tempat ye. Untuk lebih memudahkan urusan,
mungkin teman dari seberang tambak mahu mengaturkan seorang wakil saja untuk
mengambil bagi pihak semua. Macam tu pun CT okey aje. Bagaimana? OK tak? Kalau OK nanti bagitau
CT ye, jadi kita boleh rancangkan apa yang patut.
Okeylah, rasanya CT berhenti setakat di sini dahulu. InsyaAllah, kita berjumpa lagi nanti ye. Salam sayang dari CT. Daaaa.
Tahniah kak...semakin berkembang dgn jayanya usaha akk tu....berbaloi baloi sampai ke seberang hah.. Tahniah kak... Psttt mas cari buku akk kt popular tp xde so kt mn mas nk dptkan buku akk tu ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum Ct
ReplyDeleteSekali lagi tahniah dari ita..
Semoga CT terus berjaya.. dan terus mewarnai dunia masakan..
Tahniah juga kepada bloger-bloger lain yang juga terlibat..
Semoga semakin ceria dunia bloger masakan.. ^_^
Assalamualaikum kak CT.
ReplyDeleteTahniah sekali lagi kak. Dah makin popular kakak ku ni...(^_^)
Tahniah kak ct...
ReplyDeletemakin pemesss akak sorang nie..
As salam..
ReplyDeleteTahniah buat semua blogger...
Nnti saya mau autograf! hehehehe
As salam kak,
ReplyDeletemakin berkembang nie pencapaian akak...tahniah...!
semoga terus maju......:)
tahniah cik CT.
ReplyDeletetahniah kak ct.... betul la semakin popular gitu...
ReplyDeleteMak ai... berganda2 rezeki CT di bulan Ramadan ini yer...syukur... gee tumpang berbangga...
ReplyDeleteSalam Kak CT.Tahniah dari atie...bestnyaaa
ReplyDeleteWaaaaaaaaaa....mantops gitu...tahniaaahh CT cayang...semoga semakin rajin mengenengahkan resepi2 terbaru dan gambar2 cuuunn belaka taaauu... Akak nak beli jugak laaa...tp buku resepi air tangan tu pun akak x dan nak sambar lgk la CT, x keluar ke mana pun wiken...adeeii.. Tahniah dan bangga dgn perkembangan CT skrg...nnt akak dtg KL tlg simpan buku yg ada signature CT taauu...muaahhh!
ReplyDeleteSalam Kak CT,
ReplyDeleteCongrats ya kak...kereeeeeen semuanya!
Tahniah KakCT..bangga dengan kejayaan para blogger kita...
ReplyDeleteTahniah dari mama. CT memang hebat. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAssalamualaikum CT
ReplyDeleteTahniah! semoga terus berjaya! amin..
tahniah kak Ct...tumpang gembira dgn kejayaan akak.semoga akak terus berjaya dan berkongsi resepi lagi nanti:)
ReplyDeletesemalam try masuk tak lepas, line ofis slow sangat hehe
ReplyDeleteapapun tahniah ye kakct
tahniah ct..
ReplyDeletenak free tau..siap ada tandatangan yer
Salam CikSiti,
ReplyDeleteLately sejak terjumpa blog cikCt ni asyik dok melepak kat sini jer.. sambil berangan nak mencuba resipi cikCt. Smlm dpt la cuba resipi muffin pisang dgn oven baru.. hehehe..
ni saya nak mintak izin utk share resipi2 yg ada disini kat blog sy.. bukan untuk tujuan komersil, sekadar untuk hidangan keluarga..
insya-allah sy akan linkback mana2 resipi yg sy copy paste tu yer.. yg mana ada nota atau tips tu sy copy jugak, sbg panduan..
tkasih...
tahniah sekali lagi.. Alhamdulillah kalau rezeki kak ct mcm nieh.. moga lebih lagi dimasa depan. mm tengok pengat kacang durian tu rasa teringinlah sangat kak.. mesti sedap...
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak CT,
ReplyDeleteSekalung tahniah dari Yatie, moga akak terus sukses dan berkongsi resepi2 yg lebih menarik lagi..sememangnya akak mmng layak..sayang Kak Ct comel....he3..
Salam CT. Terima kasih kerana promosikan MIDI di sini. Seronok rasanya. :-) Terima kasih juga kerana sudi bekerjsama dengan MIDI ya.
ReplyDelete