Assalamualaikum... Salam manis dan salam ceria buat semua. Pejam celik tak sedar dah lepas setengah bulan kita berpuasa. Kalau mula-mula berpuasa tu terasa juga lapar dan dahaganya. Tapi bila dah nak hampir hari raya ni hilang dah perasaan tu semua berganti debaran menanti lebaran pulak. Anak-anak CT juga dah menghitung hari aje sebab dah tak sabar nak balik beraya dikampung. Sebenarnya CT juga tak sabar nak balik beraya, maklumlah semua adik beradik CT ada di JB, cuma CT dan adik yang bongsu aje yang tercampak jauh di KL ni. Jadi suasana beraya di kampung tulah yang CT tunggu-tunggu setiap tahun. Dapat berkumpul beramai-ramai seronok rasanya kan.
Kali ini CT nak kongsikan bersama resipi Biskut Badam Madu. Sebenarnya tak banyak lagi koleksi biskut raya yang CT dah buat. Baru dapat beberapa jenis aje . Tapi tak apalah kan, banyak hari lagi jadi rasanya CT tak perlu terburu-buru. Tapi CT nampak teman-teman yang lain dah bederet-deret dah biskut yang ditayang di FB tu. CT pandang pun tak berkelip-kelip mata sebab semuanya cantik dan geram aje menengoknya, macam nak terkam masuk mulut aje hehehe. Ehh.. puasalah, jadi kenalah sabar tunggu lepas berbuka baru boleh merasa biskut yang kita buat tu ya hehehe.
Resipi Biskut Badam Madu ni CT ambil dari salah satu pamphlet Bagus yang CT dapat masa membeli bahan-bahan bakeri lama dulu. CT tengok nampak macam sedap je biskut tu jadi CT terus aje salin resepinya dalam buku resepi CT. Itu yang bila CT mula mencari resepi biskut apa untuk dibuat tahun ni, resepi ni adalah salah satu resepi yang CT dah bookmark untuk di buat.
Kalau kita membakar biskut waktu siang hari ni banyak juga dugaannya, lebih-lebih kalau jenis biskut yang perlu dipaipkan topping coklat atau gula icing. Ada waktunya, ketika dipaipkan coklat atau gula icing tu, adalah yang terkena kat jari-jari tu. Kadang-kadang tu nyaris juga nak terjilat masuk dalam mulut hehehe. Nasib baik tersedar, kalau tidak tau-tau dah 3-4 biji biskut tu masuk perut kan hehehe. Di kawasan rumah CT ni bila waktu pagi aje mulalah harum bau biskut dibakar merebak kehidung. Mulalah CT mencari dari mana datangnya bau biskut yang wangi tu dibawa angin hehehe. Nampaknya di sana sini dah mula terasa kesibukan membuat persiapan termasuklah diri CT juga yang sudah mula sibuk menyiapkan hidangan kukis raya. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik supaya lancar persiapan yang dirancang, Insya'Allah.
Akhirkata, Selamat menjalani ibadah puasa disamping menjalani kewajipan yang lain setiap masa. Dan juga jangan dilupa pada yang telah tiada. Sentiasalah berdoa semoga insan tersayang yang telah tiada sentiasa dirahmati dan dihimpunkan bersama golongan yang beriman... Aminnn. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....
Biskut Badam Madu
Bahan-bahan :
125 gm butter - suhu bilik
2 sudu besar madu
50 gm gula icing - ayak
180 gm tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
75 gm serbuk badam
1/2 sudu teh baking powder
1 biji kuning telur - sapu atas biskut
Hiasan :
kepingan badam secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar 170 C selama 10 minit. Bakar adunan biskut rak paling bawah dan guna api bawah sahaja.
2. Masukan butter dan gula icing dalam mangkuk adunan dan pukul hingga kembang dan putih. Tambahkan madu dan pukul sebati.
3. Masukan tepung gandum , baking powder, susu tepung yang diayak kedalam mangkuk adunan dan badam. Gaul rata. Jika adunan lembik boleh ditambah sedikit tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
4. Gelek adunan atas meja yang ditabur sedikit tepung setebal 1/4 inci dan terap dengan acuan pilihan. Jarakkan adunan dalam 1 1/2 inci.
5. Sapu kuning telur atas biskut dan letak badan hiris dan tekan sedikit.
6. Bakar biskut selama 15 minit hingga tepi biskut perang keemasan. Sejukan atas loyang 2 minit dan sejukan sepenuhnya atas rak dawai dan simpan dalam bekas kedap udara.
1. Panaskan ketuhar 170 C selama 10 minit. Bakar adunan biskut rak paling bawah dan guna api bawah sahaja.
2. Masukan butter dan gula icing dalam mangkuk adunan dan pukul hingga kembang dan putih. Tambahkan madu dan pukul sebati.
3. Masukan tepung gandum , baking powder, susu tepung yang diayak kedalam mangkuk adunan dan badam. Gaul rata. Jika adunan lembik boleh ditambah sedikit tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
4. Gelek adunan atas meja yang ditabur sedikit tepung setebal 1/4 inci dan terap dengan acuan pilihan. Jarakkan adunan dalam 1 1/2 inci.
5. Sapu kuning telur atas biskut dan letak badan hiris dan tekan sedikit.
6. Bakar biskut selama 15 minit hingga tepi biskut perang keemasan. Sejukan atas loyang 2 minit dan sejukan sepenuhnya atas rak dawai dan simpan dalam bekas kedap udara.
Assalam kak ct,wah mmg dah terasa bahang nk raya dah kan,sana sini tayang sekut rya dah..biskut akak nmpk sdp,ngan pic yg mmg mntop,lagilah watkan nmpk sdp sgt tuh..
ReplyDeleteAsslmkum kak CT.
ReplyDeleteEkekekee..bab yg kena jari nak masuk mulut tu sue setuju sangat. Dah terbiasa la kan..kikikiii.
Kak!..sue pun hitung hari juga..tak sabo nak cuti ni...Heeee
mcm senang je buat biskut ni.Bahan pun simple je,terasa mcm nak buat pulak.Tq kakct kongsi resepi ni.Gambar2 akak amik semua cantik2.
ReplyDeleteadoh, jeleznya.. kita nak nguli sebijik pun belum, apalagi sebalang, hehehe.. M besar juga ada!
ReplyDeletewahh... cantiknya .... btul la.... tengok ni teringin nak buat kuih sendiri pulak
ReplyDeletecantik nye sekut badam madu akk tu, kemas je bentuknya, kalo dpt kunyah mesti terasa rangup lemak2 dari seruk badam tu...alahai dpt mas bayangkan hihihihi.....
ReplyDeletekak ct...kt mn mas boleh dptkan buku istimewa pencuci mulut tu ye? semalam cari kat popular tp xde :(
biskut ni memang klasik dan menjadi kegemaran saya di musim Lebaran. Nak komen pasal resepi tak pandai, cuma pandai makan aje :)
ReplyDeleteKak CT.. rajin nya buat biskuit raya.. buat yg banyak yah kak..hehe
ReplyDeletemantap nih :) Nice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...