Thursday, August 30, 2012

Cocktail Custard Pudding


Assalamualaikum... Selamat Hari Raya! Apa khabar teman-teman CT semua. CT doakan semoga semuanya sentiasa didalam keadaan yang sihat walfiat hendaknya. Maklumlah sekarang baru 12 Syawal dan suasana Hari Raya masih meriah. Di sana sini buat open house. Jadi sambil kita menjamu selera di rumah-rumah terbuka tu, kenalah juga beringat ye. Kena sentiasa jaga kesihatan dan jangan makan banyak sangat, nanti bermacam-macam penyakit datang hehe. 


Rasanya ini entry CT yang pertama semenjak 1 Syawal. Patutnya cuti blog dah habis tapi nak start enjin semula bila dah bercuti lama ni memang terasa berat sangat. Biasalah bila dah bercuti lama ni, memang ini lah penyakitnya. Nak bermula semula memang terasa payah sekali. Rasanya bukan CT aje kot, teman-teman lain pun macam tu juga agaknya. Tapi tak apalah ek. Pelan-pelan nanti pasti mood tu datang semula dan bolehlah nanti update blog seperti sedia-kala. Jangan biar bersawang macam CT ni hehehe.


Entri CT hari ni ialah Cocktail Custard Pudding yang CT buat tengahari semalam. Sebenarnya suami CT yang buat permintaan nak makan puding ni. Katanya macam dah lama sangat tekak tu tak merasa puding custard ni. Dan bila CT ingat-ingat semula, memang betullah tu. Kali terakhir CT buat rasanya dah lebih setengah tahun yang lepas kot. Kadang-kadang tu kita lama tak buat bukan kerana malas tapi tak teringat nak membuatnya sehinggalah ada permintaan. Lepas ni apalah permintaan dari laling CT tu agaknya ek.. hehehe.



Okeylah CT tak berceloteh panjang ye. Lagi pun CT terkejar-kejar dengan masa sikit. Lepas je update entri ni, CT dah nak berkemas untuk balik kampung petang nanti. Maklumlah mood beraya masih hangat, jadi CT nak sambung lagi beraya kat sana sepanjang cuti hujung minggu ni. Dan yang pasti salah satu dari destinasi CT ialah ke rumah Che Mat Gebu di Sedenak tu. Sampai kita berjumpa lagi minggu depan, salam sayang dari CT. Selamat Hari Raya! Daaaa....


Cocktail Custard Pudding
Resipi : Che CT

Bahan Puding:
1 cawan tepung kastard
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula pasir

Cara membuat puding:
1. Larutkan gula pasir bersama air, susu cair dalam periuk dan kemudian masukkan tepung kastard. Kacau rata dengan senduk kayu hingga tidak berketul.
2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau selalu sehingga menjadi pekat dan berkilat.
3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti.
4. Biarkan hingga puding sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.

Bahan Kuah Cocktail:
1 tin susu cair
1 tin mix fruits cocktail
1 1/2 tin air masak
4 sudu besar gula pasir

Cara membuat kuahnya:
1. Campurkan semua bahan kedalam periuk.
2. Kacau sebentar dengan api yang kecil untuk melarutkan gula - tak perlu hingga mendidih.
3. Tutup api dan tuang dalam bekas bersih. Setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
4. Hidang puding bersama kuah cocktail dalam keadaan sejuk.




11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya CT..kitapun suka simpan puding dalam petisejuk time gini.mana tau tiba2 ada saudara mara beraya..tinggal hidang jer...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Che Ct,
    sambung cuti lagi yea... besnya dia! Apa pun balik Shah Alam nanti mood masak2 makin bertambah ye CT.

    ReplyDelete
  4. mesti sejuk dan nyaman je rasanya masuk ke tekak..

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan pada CT Selamat hari raya buat CT dan keluarga :)

    ReplyDelete
  6. seronoknya sambung cuti beraya lagi ye... mmg ramai yg blk kg lagi minggu ni kan sbb cuti 3 hari...

    hati2 ye di jalan raya.. moga selamat ke destinasi...

    ReplyDelete
  7. salam lebaran kak..
    2 hari yg lepas pun sy buat juga kak,sbb tekak ni teringin semacam dengan dessert2 mcm ni...maybe sbb dalam mood raya kot:)

    ReplyDelete
  8. kat mata mas x nampak pun cacatnye kak...cantik, mulus dan gebu je mas tgk kejadiaannye tu... :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum CT :D

    Cantiknya! Mesti sedap ni! terliur Kak Lin bila melihatnya...

    ReplyDelete
  10. salam dinda siti, boleh tak kak copy paste resipi dan share foto. ada watermark dah tu. thank you.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...