Assalamualaikum... Salam mesra dan salam ceria buat semua teman-teman Che CT. Alhamdulillah, terlebih dahulu CT nak ucapkan ribuan terima kasih diatas ucapan tahniah yang tidak putus-putus datang untuk CT baik di FB mahupun di blog. Syukur kerana kegembiraan yang CT kongsikan mendapat penghargaan dari teman-teman semua. Semua ucapan dan kata-kata penghargaan tersebut akan CT galas sebagai pembakar semangat untuk CT terus bertahan dan memberikan yang terbaik kepada semua. Doa dari teman-teman tidak terbalas dengan kata-kata, semoga Allah saja yang dapat membalas setiap doa yang diberikan dengan balasan kebaikan yang berlipat kali ganda kepada teman-teman semua... Aminnn
Tiga empat hari yang lepas cuaca panas membahang kan. Nasib baiklah semalam cuaca nampak dah redup sikit, tapi udara pulak seakan berjerebu, Agaknya redup tu disebabkan matahari terlindung dengan debu jerebu tak. Bila cuaca redup macam ni barulah kurang sikit cabarannya. Bila cuaca panas melampau seperti tiga empat hari yang lepas, terasa suatu cabaran yang besar dalam menjalani ibadah berpuasa ni. Rasa gersang kat tekak ni seakan padang pasir tandus yang dahagakan limpahan air hujan. Itu yang nampak air paip mengalir dari kepala pili pun dah macam nampak air oren dituang dari botol aje rasanya hahaha. Apa pun inilah yang dikatakan dugaan. Jadi bila diberi ujian yang macam tu kenalah banyak-banyak bersabar kan.
Okeylah kita lupakan pasal cuaca, kita cerita pasal resepi pulak. Untuk resepi hari ini, CT kongsikan menu mee hailam yang CT ubah suai bahan asasnya. Selalunya mee hailam ni menggunakan mee kuning atau pun mee hoon sebagai bahan asasnya. Masa CT nak buat ni, tekak CT terasa dah agak lama tak makan mee hailam. Itu yang tergerak nak buat. Tapi bila tengok stok kat dapur, dua-dua mee tak ada dalam stok. Oleh kerana tekak dah teringin sangat, jadi CT bantai gantikan dengan spaghetti. Bak kata pepatah ' Tiada rotan, akar pun berguna juga'. Itu yang Mee Hailam bertukar nama kepada Spaghetti Hailam.
Sebelum ni, CT dah seringkali juga buat mee hailam tapi seingat CT, rasanya CT belum pernah lagi kongsikan di sini. Terlanjur CT dah derhakakan bahan asasnya dengan menggunakan spaghetti, itu yang CT terasa nak kongsikan di sini. Alhamdulillah, nampak anak-anak dan suami berselera juga menikmatinya. Pastinya bila sesuatu hidangan itu dimasak dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, hidangan yang simple pun boleh nampak sedap dan rasanya menyelerakan. Tapi itu pada tekak CT lah hehehe. Satu lagi kelebihan menggunakan spaghetti berbanding mee kuning ialah, walaupun di biar lama berendam kuahnya, spaghetti tetap tak kembang, tidak seperti bila menggunakan mee kuning. Rasanya juga sedikit berbeza.
Kepada sesiapa yang terasa nak mencuba mee hailam versi spaghetti macam CT ni, bolehlah nanti mencuba sesekali dengan mengantikan mee kuningnya kepada spagheti ye. Tak salah kita mencuba benda yang baru jika cubaan baru tu sedapppp! hehehe. Tapi jangan lupa pulak. Rebus dulu spaghetti tu, nanti keras pulak spaghettinya hehehe. Takkanlah teman-teman tak tahukan. Gurau aje.
Okeylah, sampai di sini dulu CT berbicara kali ini. Dan sebelum menutup bicara, sekali lagi CT ingin mengucapkan ribuan terima kasih untuk teman-teman diluar sana yang resepinya telah CT cuba dan CT kongsikan pula di sini. Andai ada resepi-resepi tersebut yang CT cuba dan CT terlepas pandang untuk menyertakan link nya pada resepi tersebut, CT pohon seribu kemaafan ya. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....
Spaghetti Hailam
Resipi : Che CT
Bahan-bahan :
1 bungkus spaghetti
3 keping dada ayam - potong dadu
300 gm daging - dipotong nipis
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
5 batang cili api - diketuk
2 biji tomato - belah 6
1 bungkus baby corn - dibelah dua
sedikit kobis bunga
Sedikit kobis panjang
1 batang karot - dipotong nipis atau memanjang
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
Tepung jagung - dicampur sebati dengan sedikit air
Sedikit lada hitam serbuk
Daun sup - hiris halus
minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Rebus spagheti hingga lembut dalam 10 minit. Letak sedkit garam dan sedikit minyak dalam air rebusan agar tidak melekat. Angkat dan toskan.
2. Rebus ayam hingga empuk asingkan airnya. Dan rebus daging hingga lembut dan asingkan airnya.
3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga garing.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan air rebusan ayam dan daging secukupnya. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5. Bila dah mendidih masukkan cili padi, karot, kubis bunga, kobis panjang, buah tomato, ayam, daging dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
6. Akhir sekali masukkan air tepung jagung, sedikit garam jika perlu. Jika kuah dah sedikit pekat boleh matikan api.
7. Letak spahgeti dalam mangkuk dan tuangkan kuah diatasnya. Sedia dihidang panas dan taburkan daun sup jika perlu.
2. Rebus ayam hingga empuk asingkan airnya. Dan rebus daging hingga lembut dan asingkan airnya.
3. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga garing.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap pekat dan air rebusan ayam dan daging secukupnya. Kacau rata dan biarkan mendidih.
5. Bila dah mendidih masukkan cili padi, karot, kubis bunga, kobis panjang, buah tomato, ayam, daging dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
6. Akhir sekali masukkan air tepung jagung, sedikit garam jika perlu. Jika kuah dah sedikit pekat boleh matikan api.
7. Letak spahgeti dalam mangkuk dan tuangkan kuah diatasnya. Sedia dihidang panas dan taburkan daun sup jika perlu.
Assalamualaikum Ct,
ReplyDeletewah! kreatifnya... kombinasi timur & barat....
As salam K.Ct,
ReplyDeleteaduhhh lama x makan mee hailam, akak nie buat teringin je nie....:)
As'salam kak CT cayangg....
ReplyDeleteSalam ceria juga untuk kak CT. Meriah sungguh spaghetti Hailam kak CT. Kalau lah Nina yg makan, tentu dah bertambah-tambah mangkuk dibuatya..
hehee ....
Nina juga biasa gantikan mee kuning dengan spaghetti sebab hubby Nina tak berapa suka makan mee kuning.
Selamat berpuasa kak..
ahad ritu buat mee goreng..tapi kecewa coz terasa sgt ubat ke air kapur kat mee tu..padahal dah rendam lama.Pastu terpikir..lepas ni kalau buat nk guna spaggeti la gerenti sedap.Baru terpikir nk buat hailam coz tak penah buat.Tq kakct kongsi resepi ni.
ReplyDeleteAsslmkum kak ct.
ReplyDeleteU are the best kak!. Betul tu kak, x da rotan akar berguna jg. :).
Duduk dapur ni kdg2 kita kn kreatif sikit. Tu yg kdg2 terderhaka resepi tu. Heeeee
Salam Ct...rasanya menu iftar hrni nk try mee hailam laa... menyelerakan
ReplyDeletememang kreatif tau Kak CT ni... mesti sedap, sy memang suka pasta ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum CT
ReplyDeleteKak Lin copy resepi Raya nnt bolehlah Kak Lin cuba resepi ni...nampak sedap dan menarik...Tq CT sayang!
interesting... mm mmg suka pkai spaghetti tu buat mee goreng. mee hailam pulak mmg fav pun.. boleh la try pas nieh guna spaghetti.. mesti sedap. Tp nak guna resepi kak ct pulak lah
ReplyDeletesalam k.ct..
ReplyDeletenpk sedap lah kak boleh cuba ni
aiyokkkk...berbunyikkkk perut tengokkkk gambar ni...=.=
ReplyDeleteAs Salam..sy sk bc blog k ct..gbar2 yg sngt menarik
ReplyDelete