
Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung Dapur CT yang di kasihi. Alhamdulillah bertemu kita kembali untuk entri yang terakhir yang dapat CT publish sebelum Dapur CT bercuti untuk Hari Raya Aidilfitri. Paling tidak pun mungkin Dapur CT akan bercuti selama 2 minggu sebelum CT dapat bersiaran seperti biasa. Tapi itupun kalau seru untuk kembali mengupdate blog datang cepat. Kalau seru lambat datang, harus blog bercuti lebih lama agaknya. Maklumlah bila bercuti lama-lama ni selalunya memang itulah penyakitnya hehehe.

Untuk entri yang terakhir ini juga, CT kongsikan resepi biskut yang terakhir CT buat iaitu biskut yang sinonim dengan sambutan Aidil Fitri iaitu Tart Nenas. Kalau biskut-biskut yang lain tak ada atas meja tu ketika hari raya tak apa lagi tapi kalau tart nenas tak ada, seperti tidak sempurna meja tu. Dari dulu-dulu lagi hinggalah sekarang, tart nenas sudah menjadi seperti biskut yang wajib untuk Aidil Fitri. Dan sesuai dengan kewujudannya melalui peredaran zaman, tart nenas juga telah melalui pelbagai evolusi dengan rupa dan penampilannya yang telah dipelbagaikan. Untuk Aidilfiri tahun ini, CT juga tidak terkecuali menyuntik sedikit variasi kepada tart nenas yang CT buat dengan membuatnya kepada 2 jenis bentuk yang berlainan iaitu Tart Gulung 3 Tona dan juga Tart Kelopak Bunga. Bahan dan adunannya adalah sama cuma bentuk dan warnanya saja yang berbeza. Jika ada yang berminat untuk mencuba sama bolehlah merujuk kembali entri ini untuk Aidil Adha pula nanti ye.


Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang sehari saja lagi, CT ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua teman-teman, rakan taulan, pengunjung dan pembaca setia blog Dapur CT tidak kira walau dimana jua berada. Dan tidak lupa juga untuk CT memohon ampun maaf, zahir dan batin. Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa kepada insan-insan lain disekeliling kita tanpa sedar atau dengan sengaja, samada dengan perbuatan, kiasan, gurauan atau kata-kata. Dengan itu CT harap kita semua dapat saling memaafkan dan melupakan segala rasa kecil hati, marah dan sengketa dari lubuk sanubari kita. Semoga Syawal ini membuka pintu kemaafan dan lembaran baru yang lebih baik untuk kita semua. InsyaAllah.

Akhir kata sebelum mengundur diri, sekali lagi dengan rasa rendah diri
CT ingin merafakkan sembah salam lebaran untuk semua, pohon maaf, zahir
dan batin. Semoga kita dipanjangkan umur dan bertemu kembali selepas
lebaran nanti, InsyaAllah. Assalamualaikum w.b.t.

Tart Nenas
Resepi asal : Kak Wan (Citarasawan)
Di olah : Che CTBahan A :
125gm mentega
80gm gula kaster
1 biji kuning telur
1/2tsp esen vanilla
Bahan B (di ayak) :
200gm tepung gandum
20gm tepung jagung
Inti: Jem nenas secukupnya.
Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim, Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
2. Canai dan terap dengan acuan bunga pecah lima/enam dan masukkan ke dalam papercup.
3. Tekan sedikit di tengahnya membentuk lubang kecil dan isikan dengan jem nenas.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140c selama 30 minit.
5. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang kedap udara.

salam Ct
ReplyDeleteselamat menyambut hariraya jugak dari kak noor maaf zahir dan batin ya kalau ada salah dan silap akak semasa di alam maya ni, wah dah lawa tu macam dah boleh pegi beraya tu dengan kuih semua nampak sedap je sama lah kit aCt kalau dah stop mmg susah nak mula tapi kadang2 duk teringat je nak buat N3 haha
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. Cantiknya sedondon... dah siap nak beraya Ct sekeluarga, semoga Ct gembira di hari raya nanti. Cantik sungguh tart nenas yang Ct buat tu sayang pulak nak makan.
ReplyDeletesalam dek ct..wah cantiknya naka beranak..mak dgn anak mcm kwn2 jer hehe...terutama semua sekut2 ct amat cantik sekali...salam lebaran maafkan kesilapan kakakmu ini dek spjg kita kenal..
ReplyDeleteSlmt Hr Raya CT... semoga bergumbira di hari lebaran....
ReplyDeleteselamat hari raya kak CT.. =)
ReplyDeletetersangatlah menawannya tat nenas yg CT modenkan ni.... hee...
ReplyDeletesamalah dgn saya juga mohon ampun & maaf jika ada terkasar bahasa... salam aidilfitri buat CT juga..
Selamat hari raya Ct... masih lagi mengukis ye Ct... Amie mohon ampun dan maaf andainya ada tersilap bicara dan terkasar bahasa sepanjang persahabatan maya kita.
ReplyDeletemaaf zahir batin wt akk n family..:) suka tart tue..sedapp:)
ReplyDeleteBlack is beautiful!
ReplyDeletecantiknya tat gulung tu.. sayang nak makan!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin buat akak & family tercinta :)
SELAMAT HARI RAYA KAK CT...
ReplyDeleteMAAF ZAHIR BATIN YE.
selamat hari raya kak ct. mula2 hanim tgk gambar family kct hanim tersilap. ingatkan kct yg pakai tudung coklat. seiras la anak kct.
ReplyDeletecantiknya tart nenas bunga tu
siap ada daun lagi
rajin kak ct
Selamat Hari Raya buat CT dan keluarga. Cantik nyer kuih tart berwarna warni ni.
ReplyDeletewonderful cookies and photo, Siti! Kisses :)
ReplyDeleteSelamat hari raya Ct.
ReplyDeleteSalam lebaran buat kak CT
ReplyDeleteMaaf zahir batin...
besshh kukis akak...
Wah sedondong CT..akak datang nak beraya ni...jawab soalah CT..tak leh nak jawab kat FB , Fb akak kena gam...akak JB dekat tarom..memang asal johor..tapi kampung akak di Muar..JB umah kakak akak. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin ya.
ReplyDeleteSelamat hari raya buat Ct sekeluarga.
ReplyDeleteCantik sungguh gambar Ct sekeluarga.
Assalamualaikum :D
ReplyDeleteSelamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.
Terima kasih.
Sayang Anda Semua
Muaaahhh...Muaaahhh...
Eid mubarak to u and ur family KC.T.. maaf zahir batin andaikata ade gurau senda yg takover.. hope u hv a good one yah..
ReplyDelete