Monday, September 24, 2012

Blueberry Muffin


Assalamualaikum... Salam manis dan salam sayang buat teman-teman dan semua pengunjung setia DDCT. Sebagai pembuka bicara, CT ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terus setia bertamu di Dapur CT dengan komen dan kata-kata semangat dan sokongan yang tidak putus-putus buat CT. Tiada kata-kata terbaik yang dapat CT zahirkan kecuali doa dan harapan agar kita semua diberikan kehidupan yang terbaik dan bahagia selamanya. Insya'Allah... Aminnn.


Untuk resepi pembukaan minggu ini, CT ingin kongsikan resipi Muffin Blueberry yang diinspirasikan dari sebuah laman web barat dan CT adaptasikannya mengikut citarasa CT. Ada stok buah blueberry dalam peti sejuk yang dah lama CT beli tak sempat nak buat apa-apa dengannya lagi. Mulanya CT cadang nak buat cheesecake dan taburkan buah blueberry tu atasnya. Tapi tak terbuat-buat juga disebabkan mood membaking tak datang. Tup-tup masa dok melayan internet, ternampak pulak resipi Raspberry Muffin dan terus datang mood untuk membaking dan resepi Raspberry Muffin tu CT olahnya menjadi Blueberry Muffin sebelum buah Blueberry simpanan CT tu menjadi kecut hehe.


CT letakkan jem blueberry didalam muffin tu manakala buah blueberry tu pula CT taburkan kat atasnya. Tapi CT tak tabur banyak sangat, sebab tak mahu anak bongsu CT bazirkannya. Anak CT yang bungsu tu kalau makan kek atau muffin yang ada taburan buah-buah macam tu, dia akan kutip buah-buah tu dan letak kat tepi piring dia. Tu yang CT letak taburan tu sekadar buat syarat je. Untuk adunan yang CT buat ni, dapatnya ngam-ngam 12 biji. Tapi CT tak jaminlah kalau teman-teman buat nanti boleh dapat 12 biji macam CT sebab bergantung juga kepada besar atau keciknya cawan kertas muffin yang teman-teman gunakan nanti ye tak, hehe.


Muffin macam ni memang sedap kalau dimakan ketika masih hangat, tambah pulak bila dihidang bersama secawan teh atau kopi untuk minum petang. Lepas tu layan pulak memakannya di balkoni ketika angin membuai kuat, memang best. Tapi bila angin dah tak bertiup lagi dan bahang panas mula datang, terpaksalah masuk semula dan terpaksa makan sambil tengok TV ajelah jawabnya hehehe.


Sekarang ni CT tidak kerap membuat muffin atau kek sebab tekak ni masih lagi jemu dengan muffin dan kek kecualilah jika tekak ni betul-betul terasa nak makan ataupun teringin nak mencuba resepi baru seperti resepi yang CT buat ni. Disebabkan tu, adunan yang CT akan buat adalah dalam jumlah yang kecil. Sekadar cukup-cukup sekali hadap untuk sarapan atau minum petang je. Jadi kalau teman-teman terasa adunan yang CT kongsikan kat bawah tu terlalu sikit, teman-teman gandakan ajelah untuk mendapat jumlah yang diinginkan ye.


Okeylah, CT berhenti di sini dulu. Pada yang beminat, bolehlah mencuba resipi muffin yang mudah disediakan ni ya. Sehingga bertemu lagi, selamat mencuba dan salam manisss dari CT. Daaa....


Blueberry Muffin
Resepi olahan Che CT

Bahan-bahan:
150 gm buah blueberry
150 gm tepung gandum
80 gm  serbuk badam
2 sudu teh baking powder
100 gm gula kaster
1 biji telur A
250 gm buttermilk / plain yogurt
1 sudu besar mentega cair

Jem blueberry - secukupnya

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175°C dan susun kertas muffin kedalam dulang muffin dan ketepikan.
2. Ayak tepung gandum dan baking powder. Campurkan bersama serbuk badam dan ketepikan.
3. Putar telur dan buttermilk/plain yogurt. Tambah gula dan pukul lagi hingga sebati. Tambah mentega cair dan putar selama kira-kira satu minit. Adunan harus mempunyai tekstur berkrim.
4. Masukkan campuran tepung, kaup balik rata sehingga sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar adunan sebati saja.
5. Letak anggaran 1 sudu besar adunan dalam cawan muffin. Kemudian letak satu sudu teh jem blueberry ditengahnya dan masukkan adunan lagi hingga 2/3 penuh. 
6. Taburkan buah blueberry diatas adunan tersebut.
6. Masukkan adunan dalam oven dan bakar selama 25 - 30 minit atau hingga masak.
7. Biar muffin sejuk dalam loyang muffin selama 10 minit. Kemudian keluarkan muffin dan biarkan sejuk diatas rak dawai sepenuhnya. Hidang muffin dengan diayak gula aising jika suka.

41 comments:

  1. Hasil seni yang cantik dan mengiorkan. Foto pun kemas dan menawan. Bokeh gitu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, terima kasih Dr Sam sudi singgah DDCT :)

    ReplyDelete
  3. Asslmkum Kak CT
    Rajin sungguh kakak ku ni. Sue tak pernah lg try buat muffin untuk bfast or minum petang. Ok juga kan, makan muffin sambil minum tea..sambil2 menghirup udara segar waktu petang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Sue.. k.ct ni kira bila datang mood rajin aje baru buat muffin , kalau tidak makan yang simple2 aje untuk sarapan tu hihi

      Delete
  4. Salam Kak CT..

    Bak kata DrSam..memang mengancam..bahan2 nak buat pun senang je...thanks for sharing the recipe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam CA, terima kasih ya. kalau sudi silakan mencuba ya :)

      Delete
  5. Salam sayang CT... wah! sedap nmpaknya muffin blueberry CT tu... dah lama gee tak makan muffin... rasa nak membaking pulak tgk... TQ for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'Salam Gee.. mffin ni elok juga tak berat dan tak padat sangat sesuai buat minum petang juga. kalau ada balance laksa tu hantarlah semangkuk tingkat ya hehehe

      Delete
  6. pagiii kak cttt.. saya memang suke muffin guna yogurt/buttermilk sangat gebu dan lemak, tak yah gula banyak2.. memang sodap.. comel muffin nyaaaaa.. ai likeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Izah..ya sangat comel muffin tu macam puan nya juga hehehe. k.ct pun suka muffin atau kek yang mengunakan yogurt ni memang sedap dan kemanisanya pun sedang2 aje Jah.

      Delete
  7. Selamat Pagi Kak Ct..

    pagi Pagi dah layan muffin... terliur betul.... mesti cuba nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lina.. sesekali makan muffin memang sedap, tapi jangan selalu jemu pulak nanti. terima kasih ya jika sudi ingin mencuba :)

      Delete
  8. As salam dan Selamat pagi kak CT..selalu tertunggu2 resepi dari akak..nampak sedap..pasti nak2 suka nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shu.. Alhamdulillah Shu masih setia untuk singgah DDCT dan menantikan resipi terbaru dari k.ct. Insya'Allah k.ct akan cuba buat yang terbaik lagi ya :)

      Delete
  9. Morning kak Ct...
    mmg mengancam jiwa pic muffinnya...dpt plak berganding dgn en.blue tue...thanks kak :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asmah.. terma kasih sebab suka, k.ct pun suka dengan si biru tu. cuma jarang beli jer hehehe

      Delete
  10. aslmkm kak ct yg comell...
    nk angkut buah bery je boleh..nk bt mapin..hihi..
    lama gak x memapin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anna... boleh apa salahnya ada sekotak lagi dalam peti sejuk tu, nanti k.ct anto ya :)

      Delete
  11. As'salam Kak CT & Good morning!!!

    Menarik!! FAV nina muffin nie~~~ :)

    ReplyDelete
  12. Memang suke blueberry muffin ni sis...kalau makan berketul². Dah lama x memapin ni, pemangkin semangat ni.Mengoda selera aii tau..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lily...k.ct cuma larat makan 2-3 ketul jer, yang lain anak2 tukang makan hehehe. bubur kacang hijau ada lagi tak?? :p

      Delete
  13. Replies
    1. As'salam.. terima kasih sudi singgah DDCT dan meninggalkan komen juga. CT hargai sangat2.

      p/s: apa I nak panggil you ya :)

      Delete
  14. Replies
    1. Salam Izan... lembut dan sedap muffin ni, kena cuba tuuu..hihi

      Delete
  15. Salam k ct..sedap sgt mapin ni tengoknyerr..blueberry nmgla sodapp kn..nyumnyum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sha.. bagi pengemar muffin blueberry boleh cuba resipi ni termasuk Sha ya hehehe

      Delete
  16. lawaaaa bekas mapin tu kak..
    mapin pun cantikkk jerk menjadi..
    meh la sepoloh ketoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mas.. lawa eh muffin cup tu, k.ct pun suka sebab kaler MERAH hehehe. lama dah beli baru ni guna. dah habislah Mas seketul pun dah tak tinggal :)

      Delete
  17. Replies
    1. Salam Yuni..terima kasih singggah dan meninggalkan komen juga :)

      Delete
  18. kak Ct..sedap muffin nya di minum dengan teh hangat memang cocok tapi melly tak punya balkoni lah,terpaksa makan depan tv aja..hehe
    senang liat nya akak sudah sehat.take care yah kak Ct sayang.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Melly ...rindu banget sama kamu, makasih singgah dapur maya k.ct ya. kalau enggak ada balkoni mari datang sini boleh duduk2 ambil angin petang sambil minum kopi ya hehehe

      Delete
  19. Salam Kak Ct cayang....
    Rajinnya akak buat mufin bluebri...kita dah lama tak buat mufin...nak ambik yg akak buat tu...senang dan sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Rahel... wahh sejak lepas raya ni senyap sedikit dari membaking ya, sibuk ya Rahel. semoga Rahel terus suksess selalu ya :)

      Delete
  20. salam kak ct

    alahai bestnya muffin, ingat lg zaman sekolah dulu ada belajar Kemahiran Hidup bahagian masak2 ni kan, ada belajar buat muffin tapi tulah jelah buatnya, tak penah buat dah lepas tu

    nanti nak try lah, dulu2 penah gak beli blueberry penyudahnya kecut je dlm fridge hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Tina... a'ah dulu2 k.ct ada belajar SRT @ sains rumah tangga. ada juga belajar buat kek dan biskut. Tapi bila kenang2kan dulu selalu main2 aje masa belajar rasa menyesal sangat2.

      Tina... k.ct pun pernah buat kesilapan macam tu gak. beli blueberri sekotak akhirnya kecut macam tu aje dalam peti sejuk hehehe

      Delete
  21. hmmm...so cute muffin nya....nak try lah ....harap2nya menjadi....

    ReplyDelete
  22. Saya pun nak try buat jgk lah k.siti

    ReplyDelete
  23. Saya pun nak try buat jgk lah k.siti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...