Assalamualaikum... Salam manis dan salam penuh keceriaan dari CT buat semua teman-teman. Setelah 2 minggu menyepi (ke, tiga minggu? hehe) Alhamdulillah hari ini baru dapat mengupdate blog kesayangan CT ni. Almaklumlah masih raya kan, jadinya mood beraya tu masih menebal lagi hehehe. Agak-agaknya kat rumah teman-teman ada lagi tak biskut raya kat balang tu, ker dah tinggal habuk jer hehehe. Kat rumah CT tahun ni buat tak banyak jadi yang tinggal pun sikit-sikit aje lagi. Kalau datang 1 group lagi kawan sekolah anak-anak nanti habislah tu. hehehe.
Menyentuh cerita bab raya ni, CT nak mintak maaflah pada seorang teman ni sebab masa balik raya ke JB dah merancang nak beraya ke rumahnya, tapi oleh kerana jadual pada hari yang dirancang tersebut dari pagi sampai malam terlalu ketat, akhirnya tak berkesempatan nak berhari raya ke rumahnya. Si dia yang CT maksudkan ialah Azlita. Insya'Allah jika dipanjangkan umur tak payah tunggu raya, tak raya pun pasti sampai CT kerumah Ita tu nanti hehehe. Kesian pulak dah janji tapi tak kesampaian, tulah kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya.
Berbalik pada resipi CT hari ini iaitu Kek Velvet Kukus Pelangi ini, CT ambil dari blog Dayang Jack. Terima kasih kepada Dayang di atas perkongsian resepi yang sedap ini. Tak berapa pasti resipi asalnya dari siapa tapi harap dihalalkan apa yang telah CT ambil dan cuba ya. Kek ni adalah percubaan CT kali yang kedua sebenarnya, yang pertama tu CT buat semasa di JB hari tu dan jadinya agak nipis sebab rumah kakak tak ada loyang kecik, semuanya besar-besar jadi kejadiannya agak nipis tak tebal macam yang ni dan sangat kurang manis. Mungkin CT tersalah sukat gula agaknya hehehe. Apa pun keknya tetap sedap dan lembut walaupun rasanya kurang manis. Tapi, kurang manis tak apa jangan terlebih manis, nanti penyakit lain lak yang hinggap betul tak.
Kalau teman-teman perasan, kejadian kek ni ada kecacatan sedikit. Semasa CT kukus adunan yang berwarna tu, wap air menitis atas kek, tu yang nampak cacat sikit dan nampak macam tak rata pulak adunan vanila tu. Kalau CT ulang buat lain kali, part yang tu kena beri perhatian sikit supaya hasil kejadiannya lebih sempurna. Seperkara lagi, agak-agaknya kalau adunan kek ni dibakar, bukan dikukus, boleh tak ye Dayang ?? Kalau kejadiannya lembut macam yang dikukus ni, nanti CT nak cubalah. Tak cuba tak akan tahu hasilnya betul tak hehehe.
Okeylah CT mohon undur diri sampai di sini dulu ye. Tugasan di dapur tu masih bersusun menunggu untuk disiapkan. Lagipun masih musim raya kan. Kot-kot nanti ada tetamu yang datang mengejut, kita masih belum siap mengemas dan memasak pulak hehehe. Jika ada yang teringin mencuba kek yang sedap ini bolehlah merujuk resepi dibawah ni ye. Sampai jumpa lagi, salam manis dari CT. Daaaa.....
Kek Velvet Kukus Pelangi
Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang
Resepi : Che CT
Bahan-bahan :
5 biji telur A - dari peti ais
250 g tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (diayak sebanyak 3 kali)
150 ml susu cair
180g gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1/4 sudu kecil garam
125 ml minyak jagung
Perisa dan Pewarna :
Kuning / 1 sudu kecil jus lemon
pes pandan / pandan emulco
pewarna ungu / pes yam
pewarna pink / strawberry emulco
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Loyang 9" x 4.5" x 4.5" digriskan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (boleh juga alaskan dengan kertas serap minyak).
2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk kayu atau spatula.
3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya. 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan kacau rata.
4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit dan gunakan api perlahan sahaja
5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan akhir sekali tuang lapisan vanilla.
6. Yang akhir loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek. Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya - lebih kurang 1/2 jam
7. Bila sudah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong.2. Putarkan semua bahan di atas kecuali minyak dan perisa/pewarna hingga kembang dan gebu. Kemudian barulah dimasukkan minyak jagung sedikit demi sedikit dan dikacau sebati dengan senduk kayu atau spatula.
3. Kemudian bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang disukat sama rata dengan cawan/bekas yang sama saiznya. 2 cawan dibiarkan kosong dan diberi sedikit esen vanilla. Selebihnya diwarnakan dan kacau rata.
4. Kukus lapisan vanilla terlebih dahulu selama 7-10 minit dan gunakan api perlahan sahaja
5. Kemudian tuangkan perlahan-lahan adunan berwarna secara berselang seli dan kukus lagi selama lebih kurang 15-20 minit atau hingga dah tak cair. Dan akhir sekali tuang lapisan vanilla.
6. Yang akhir loyang ditutup dengan kertas foil supaya air wap tak menitik ke dalam kek. Kukuslah hingga betul-betul masak keseluruhannya - lebih kurang 1/2 jam
Selamat pagi kak ct...
ReplyDeleteCantik sangat dah kejadiannya kek velvet kukus itu..tak nampak pun di mana cacatnya...
as salam..
ReplyDeletethaaaannnkks for sharing resipi kek kukus ni.. sementelaah oven saya baru merajuk & meroyan..!!!
cantiknya kek kukus kak ct... sy suka sgt mkn kek kukus... nak sket kak...hehehe
ReplyDeleteSubhanallah....cantik betul cake ini. Begitu juga picnya.
ReplyDeletekak ct
ReplyDeletecantiknya kejadian kek ni, tak nampak pun cacatnya, terasa2 je kat mulut tina ni walaupun tak penah makan
mesti lembut je kan, tgk pun tau
pssst, tea set kak ct cantik lah
cantiknya kek velvet kukus pelangi akak tu...
ReplyDeleteAssalam CT cayang....waaah cantik bangat...nampak sedap! Akak pun smlm duk letak status kat FB asalnya nak buat kek ni laaa....last2 x jadi sebab hati mcm berbelah bagi malas dgn rajin...hahaha. Kata org, kalau hati camtu...baik jgn buat, takut x puashati kejadiannya nnt...hahaa..last2 iron baju...hehe. Xpa, nnt akak buat lah! Nak mintak yg CT ni x tau la dpt ke x...hehe
ReplyDeletecantik seperti yang buat...
ReplyDeleteni puji2...kot2 dapat merasa sepotong....
rinduuu kat kak ct...
tengok pic kat atas tu...kak ct pegang kamera DSLR tuu...wuihhh... terpesona... bila lah mimie pya kamera macam tu....
cantik pic kak ct..slalu suka... ^^
kak CT..kalau buat versi bakar ok tak? cw punya kukusan kecik... ;(
ReplyDeleteSalam CT
ReplyDeleteIta baru berangan nak buat kek ni.. hihi
Tak pe CT lain kali kalau turun JB boleh singgah
Good luck juga utk anak CT ye.. ^_^
Asslmkum Kak CT
ReplyDeleteSuka betul tengok hasil kek akak tu tau... Nak datang raya rumah akak lah..Heee
Salam Kak CT,
ReplyDeleteLama tak jumpa, akak muncul dengan kek yang sangat cantik penampakannya. Andai aku bisa bikin kek macam tu kak...
salam syg kak ct
ReplyDeletemmg cantik kek akk tue..jadi kecur pulak zila tgk nie:)
menariknya rupa kek ni. mesti sedap!
ReplyDeleteSalam....cantik kek tu.nak tny la camnernak buat corak menegak tu..biasanya jika kite tuang adunan tu mesti mendatar coraknya dlm gambar tu menegak...
ReplyDeleteCT nak tanya...kek nie x guna butter ke?
ReplyDeleteNice...msti sdapk tgk pd colournye tue
ReplyDelete