
Assalamualaikum... Salam Hari Jumaat untuk semua. Apa khabar teman-teman
CT semua. CT harap semoga kita semua berada di dalam keadaan sihat
sejahtera selalu hendaknya. Bila kita sihat, minda juga akan menjadi
cerdas dan semua kerja yang di buat akan menjadi lancar dan sempurna.
Jadi kita mestilah sentiasa menjaga kesihatan tanpa mengira usia sebab
zaman sekarang ni penyakit tidak lagi mengenal usia. Muda-muda lagi pun
boleh kena macam-macam penyakit kalau kita tidak menjaga kesihatan kita
dengan baik.

Hari ni, CT kongsikan kuih evergreen masyarakat melayu iaitu kuih lapis
yang CT namakannya Kuih Lapis Seri Malaysia. Kebelakangan ni CT tengok
kat blog masak-masak tengah favourite sana sini membuat Muffin 1
Malaysia. Oleh kerana CT tak berapa done nak membuat muffin, jadi CT
buatlah kuih yang ada kena mengena dengan 1 Malaysia. Dan lebih sesuai
lagi bila warna yang digunakan adalah warna bendera Malaysia. Tapi kuih
lapis CT ni tak ada bulan sabit dan bintang diatasnya ye hehehe. Dan
supaya tak dikelirukan dengan Muffin 1 Malaysia tu, kuih lapis ni CT
namakan sebagai Kuih Lapis Seri Malaysia.

Resipi kuih lapis ni sama macam kuih lapis yang terdapat dalam senarai
masakan CT tu, cuma kali ini CT tambahkan sedikit minyak masak dalam
adunannya. Tujuannya supaya lapisannya mudah untuk dikopek selai-selai
nanti. Kerenah CT bila makan kuih lapis ni ialah CT suka makan kuih tu
dengan dikopek selapis demi selapis. Tapi bukan CT aje, anak-anak CT pun
ikut macam tu. Ada ke teman-teman yang makan kuih lapis ni macam CT?
hehehe.

Okeylah, oleh kerana resepi ni ringkas jadi CT pun nak ringkaskan juga
celoteh CT hari ni. Tak nak cerita panjang-panjang sangat, nanti bosan
pulak teman-teman membacanya. Jika ada yang berminat dan masih belum
mencuba sendiri resepi kuih melayu yang simple, mudah dan cepat nak
menyediakannya ni, silakanlah mencuba ye. Sampai kita berjumpa lagi
minggu depan, salam manisss dari CT. Daaa.....

Kuih Lapis Seri Malaysia
Resepi Olahan Che CT
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir (boleh tambah jika suka lebih manis)
3 cawan santan (tambah jika perlu)
1 camca teh garam
Pewarna masakan
1sudu besar minyak masak
Cara-cara:
1.
Panaskan kukusan. Sapukan loyang (8 inci/20 cm) dengan sedikit minyak
dan balut dengan plastik bersih agar mudah untuk dikeluarkan kuih nanti.
Masuk loyang dalam kukusan dan biarkan 5 minit
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dalam mangkuk besar dan kacau dengan whisk hingga gula larut.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 5 bahagian.
4. Dua bahagian dibiarkan warna plain saja. Dan yang 3 lagi adunan diwarnakan kuning, merah dan biru.
5. Mulakan lapisan bawah dengan warna putih. Kukus adunan lapisan pertama selama 6 min-7 min atau hingga masak baru tindih dengan lapisan seterusnya atau ikut kreativiti masing-masing.
6. Adunan yang akhir tutup loyang dengan aliminium foil agar air tidak menitis atas kuih nanti. Dan kukus selama 15 minit. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong dengan pisau plastik (untuk potongan yang kemas).
2. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dalam mangkuk besar dan kacau dengan whisk hingga gula larut.
3. Tapis adunan dan bahagikan kepada 5 bahagian.
4. Dua bahagian dibiarkan warna plain saja. Dan yang 3 lagi adunan diwarnakan kuning, merah dan biru.
5. Mulakan lapisan bawah dengan warna putih. Kukus adunan lapisan pertama selama 6 min-7 min atau hingga masak baru tindih dengan lapisan seterusnya atau ikut kreativiti masing-masing.
6. Adunan yang akhir tutup loyang dengan aliminium foil agar air tidak menitis atas kuih nanti. Dan kukus selama 15 minit. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong dengan pisau plastik (untuk potongan yang kemas).


Asslmkum kak ct.
ReplyDeleteMemang sesuai dgn namanya. . Berseri2 dah ha. Kak! Samalah, sue pun suka leraikan lapisan2nya. Mkn selapis lapis. Semenjak kawin x pnh lg bwt dah kuih lapis ni. Sesekali kn try ni. . :D
wa'salam Sue cyg.. terima kasih datang lagi dan menambah seri diblog k.ct ni ya Sue hehehe. hiss..berapa lama tu tak melapis kuih Shu, buatlah 1/2 adunan ni cukup tuk 2 mulut aje hihi
DeleteSalam CT,
ReplyDeletesuka tgk CT bijak dalam menggabungkan warna. Kuih jadi cantik dan menarik dan tentu sedapppp jugak.....
http://my-mintroom.blogspot.com/
wa'salam Marsita.. saya memang suka kuih2 macam ni. sesekali makan terasa sedapnya juga hihi
Deletetadi ct dah masuk blog dan tinggalkan komen tapi tak lepaslahhh.. :(
slm Kak CT cyggg...nk tmpg bekpes dgn kuih lapis seri malaysia tu...nk mkn slapis2 slapis jugak lambat sikitkn habisnye..hihi...cntik kak...tentu sedap
ReplyDeleteWa'salam Qasey.. kalau nak dtg kena awal pagi sikit, sebab bila dah dipotong jangan harap nak ada balance kuih ni QH hehehe
DeleteAssalamualaikum Kak Ct comel heee ceria yee pepagini... suka makan kuih lapis..lama x jamah hemm teruja gan kuih lapis akk ni, M'sia boleh...cun mcm orgnya...lapisan pun cantik..kuih npk lembut...akk bancuh berapa adunan ni? sbb npk tebal...kempunan pulak sy heee
ReplyDeleteWa'salam Sheila.. alahai puji2 ni mesti nak mintak kuih yang dicucuk2 tu kan hehehe. k.ct buat 1 adunan aja. guna loaf pan yang sedang jadi nampaklah tebal. kalau nak buat nampak nipis guna loyang pesegi 7inci ya Sheila.
Deletesalam perkenalan kak Ct...amboooi canteknya kuih lapis tu...colourful , mesti sedapkan.. ..i like.,,hehe
ReplyDeletewa'salam Sha.. terima kasih singgah blog DDCT dan salam kenal juga. Alhamdulillah kalau kuih2 lama macam ni anak2 suka makannya. kecuali yang moden2 ni bergantung jugalah kadang2 suka kadang2 kurang gemarnya.
DeletePerfect !!! dan cantik sungguh kueh lapis tu, nak makan pun berkira²...saya suke kueh lapis ni bila makan selapis²...syokkk layan gitu...
ReplyDeleteSalam Lily.. terima kasih jika suka, suka part mana tu..kuih atau lidinya hahaha. dah reply nanti baca ya kat fb tu :)
Deletecantikkkk lapis K CT.kaler bendewa mesia...kreatif gitu...sy memang suka kuih lapis...asal kuih dolu dolu..talam..lapis..semua suka...
ReplyDeleteSalam CA... terima kasih puji k.ct cantik ya hehehe. oppss..kuih yang cantik eh hehehe. samalah kuih dulu2 ni memang sedap dan tak lapuk dizaman kan CA :)
Deletesalam kak ct
ReplyDeletenak puji gambar lawa pun, gambar tak keluar, tapi tina pasti mesti kejadiannya sangat cantik kan
tina pun mcm kak ct, rasa adventure je kalau dpt makan selapis demi selapis =)
Wa'salam Tina... ni mesti kek tenet dah nazak macam k.ct kannnn..hihi. tak apalah Tina bila dah laju nanti singgah lagi blog k.ct eh hehehe.
Deleteselalunya jika dinikmati hidangan yang kita suka memang asyik kan, macam nak kopek satu2 letak dalam piring baru makan hehehe.
Nak belajar dengan Cik Ct bagaimana nak ambik gambar makanan yang baik.
ReplyDeleteSalam Leah... boleh apa salahnya, didalam blog ni pun k.ct dah kongsikan macamana nak amik gambar dan cara2 nya. nanti klik kat Tipsfotografi di atas tu ya :)
DeleteGabungan warna yang sangat menarik.Thumbs up.
ReplyDeleteSalam Norzie... terima kasih ya :)
DeleteKak Ct, kita pun suka makan selai-selai, hehe
ReplyDeleteSalam Sari.. kita boleh join satu meja kalau makan nanti ya :)
Deletemengancam!!
ReplyDeleteSalam Gee.. komen yang sangat best! hehehe
Deletekak ctttttt.....comelnya...anggun betul kuih ni..maklomle tuannya pun anggun ayu kan..siyes cantik..nk mkn..nk mkn...
ReplyDeletetpg mcm2 ni bnyk lg blh buat I.Allah.tq share rsp..
Salam Anna... hehehe suka buat k.ct gelak2 kecil ya, ni mesti ada apa2 ni hehehe. kalau banyak tepung tu dermalah sekampit dua pada k.ct..boleh! hehehe
Deletesalam ct...kalau anak2 akk...derang mesti korek yg merah tu dulu..lepas tu kopek lapis demi lapis, asingkan siap2..barulah makan..budak2 nih mcm2 kerenahnya...
ReplyDeleteantara lapisan biru dan kuning tu dah wujud kaler lain...HIJAU...chantik nyeeer!
wa'asalam Kak Nik Ja..oh gitu pulak, anak minat yang merah atau tak suka yang merah hehehe. anak2 ct makan aje kak kecuali yang bongsu tu kalau kuih2 yang ada kacang dia kan buang kacang nya aje :)
DeleteLama tak buat kuih kukus...Geram jek tgk kuih kak ct ni...
ReplyDeleteSalam Fazian... kalau lama tak mengukus kuih, apa kata hujung minggu ni buat, mesti suka family tu :)
DeleteSelamat petang Kak Ct...
ReplyDeleteErm..petang baru sampai..kuih pun dah abis kan...Rahel tngok gambar je la...senang2 boleh cuba resepi kuih ni.
Salam Rahel... ya dah petang baru sempat reply komen, memang dah habis pun hehehe
DeleteRahel..kek tu cunlahhh..kaler pink lagi suka3x hihi