Monday, October 29, 2012

Chocolate & Banana Sliced Sandwich


Assalamualaikum. Salam ceria pagi Isnin dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah kita telah selamat merayakan sambutan Aidil Adha dan dapat berjumpa kembali di pagi Isnin ini. CT harap sepanjang CT tidak bersiaran sepanjang minggu yang lepas, teman-teman semua berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera sentiasa hendaknya ye.


Sebenarnya, CT sengaja bercuti dari berblog sepanjang minggu yang lepas untuk bermalas-malas dan merehatkan badan sepenuhnya. Jumaat minggu sebelumnya adalah ulangtahun kelahiran suami CT. Kemudian Jumaat minggu lepas pula adalah hari ulangtahun perkahwinan kami, jadi CT ambil keputusan untuk merehatkan diri seminggu terus hehe. CT harap tak ada yang marah sebab CT ambik cuti tanpa memberi notis. Maklumlah, kalau bagi notis terlebih dulu, nanti ada pulak yang tak benarkan CT ambik cuti, jadinya CT ambik cuti dulu dan bagitahu kemudian hehehe.


Okeylah, kita bercakap tentang resepi yang CT kongsikan hari ini iaitu Chocolate & Banana Sliced Sandwich. Resepi ini adalah resepi yang CT kongsikan di Open Kitchen Magazine Italy keluaran bulan Ogos 2012. Untuk keluaran majalah pada bulan tersebut, pihak penerbit meminta CT membuat suatu resepi untuk dibawa ke piknik dan resepi tersebut mestilah mudah disediakan dan jika boleh tidak perlu langsung menyediakannya di dapur. Jika perlu juga disediakan di dapur, caranya mestilah yang paling mudah dan ringkas. Pening juga kepala CT dibuatnya nak buat resepi yang bagaimana untuk tema macam tu dan tidak perlu ke dapur jika boleh. Fikir punya fikir, akhirnya CT dapat idea nak kongsikan resepi seperti yang CT paparkan ni.


Jika ada teman-teman yang berminat untuk mencuba resepi ni dipersilakan lah ye. Bukan saja resepi ini sesuai untuk menu berpiknik tapi pada pendapat CT, resepi ni juga sangat sesuai untuk menu sarapan pagi yang agak berat dan berkhasiat. Untuk resepi yang seterusnya nanti CT kongsikan resepi kepada majalah tersebut untuk keluaran bulan Oktober pula ye. Sampai berjumpa lagi, salam sayang dari CT... daaaaaaa...


Chocolate & Banana Sliced Sandwich

Ingredients:
Whole Grain Bread or any type of slice bread
Few slices of ripe bananas - slice thin
Any chocolate spreads (e.g. Nutella)
Butter - to toast the bread

Method:
1. Spread the chocolate spreads onto the bread.
2. Place the banana slice in between the layered bread.
3. Heat non-stick pan with little butter.
4. Place the bread and press lightly while toasting the bread. Approximately 10 seconds, turn the other side. Toast for another 10 seconds. Cut into half and it's ready to be served.


11 comments:

  1. Asslmkum Kak CT sayang..
    Sue blum bfast lg ni. Lapo tgk menu tu..:D

    ReplyDelete
  2. salam kak..
    ringkas, tapi berkhasiat..

    ReplyDelete
  3. Morning sis...
    Memang best sandwich ni, saya selalu gak buat sejak pertama kali cuba dulu....

    ReplyDelete
  4. Salam kak Siti,
    Memang mudah dan marbeles la..nanti nak cuba sebab anak2 mesti suka..ibu lebih suka sebab senang nak sediakan

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa...nutella + banana...memang kesukaan gue..

    ReplyDelete
  6. salam kak ct

    nampak sangat menarik, simple je kan tapi yg penting perut kenyang hihi

    ReplyDelete
  7. As'salamualaikum kak CT cayangg ...

    Wahh...!! Best menu nie, tambahan anak2 Nina memang penggemar tegar chocolate & PISANG!
    thanks kak
    nak tanya nie :::: "erkkkk.... seronok ehh coti2 santai-santai kat rumah???? Hehhee ..."

    ReplyDelete
  8. salam ct...sedap! npk....zila66 :)

    ReplyDelete
  9. sedapnya Ct walaupun nmpak simple kalau panas2 lagi besttt tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...