Friday, October 5, 2012

Chocolate Bottom Banana Squares


Assalamualaikum... Salam manisss dan salam ceria untuk semua teman-teman. Apa khabar, semoga sentiasa didalam rahmat Allah dan sihat-sihat selalu hendaknya. Che CT sihat juga cuma sekarang ni CT betul-betul jaga badan. Tak nak penat atau stress sangat. Kena ikut cakap Doktor kena lebihkan rehat dan makan ubat mengikut waktu. Bukan apa, beberapa minggu lepas CT ada jumpa Doktor lepas diperiksa rupanya tekanan darah dah naik sedikit. Jadi kenalah berpantang sedikit nampaknya. Apa pun, rasa pening-pening sebelum ni dah hilang, cuma kena maintain jaga permakanan dan rehat yang secukupnya. Dah berusia ni berbagai penyakit nak singgah tu yang semuanya kena jaga betul tak...


Resipi yang akan CT kongsikan bersama Chocolate Bottom Banana Squares. Haa... panjang juga namanya, tapi sukatan tu tak lah banyak mana pun. Bila dah siap bakar kena tunggu sejuk baru boleh potong, dannn... bila CT rasa memang sedapp! lembut dan terasa-rasa coklat dan pisang dalam adunan ni. CT ada tambah coklat masakan yang diparut atas adunan koko tu, lagilah terasa kecoklatannya. Tak sedar nak 3-4 potong juga masuk dalam mulut hehehe.


Terima kasih buat penyumbang resipi asalnya Tammy's Recipes. CT olah sikit-sikit aje, pisang tu biasalah CT lebih gemar menggunakan pisang berangan dari pisang lain. Kalau nak guna pisang lain pun okey. Adunan CT buat ni CT guna dalam 6 biji pisang berangan aje sebab comel sikit pisang berangan yang CT beli kali ni. Tekstur kek ni agak lembut dan sedap dan seeloknya dibiarkan semalaman baru elok dipotong jika tidak potongannya sedikit berderai. Kandungan gula dari adunan asal juga dah CT kurangkan kepada 3/4 cawan, resepi asalnya mengunakan 1 cawan gula. Pisang berangan yang CT guna tu dah masak jadi pastilah manis ditambah pula dengan adanya coklat chip lagi, sebab tu lah CT kurangkan sukatan gulanya.


Kalau nak bakar dalam acuan muffin pun boleh juga. Tapi waktu pembakarannya kenalah dikurangkan juga. Filling dalam adunan tu bergantung pada selera kita nak letak apa. Untuk CT pulak memang suka kuih atau kek yang berunsurkan pisang.  Teringat dulu-dulu masa CT masih duduk kat Johor, kalau ada saudara dari Kuala Lumpur datang je pasti tak sabar menunggu dorang sampai, sebab dorang mesti akan bawak kek pisang yang sedap dan lembut yang dibeli dari Perhentian Bas Pudu Raya sebagai buah tangan. Maklumlah dulu mana pernah buat kek dan tak pandai masak pun hehehe. Tapi sekarang dah lain, rajin dengan tidak aje nak membuatnya. Semuanya hanya dihujung jari, hanya klik aje terus resipi muncul kat depan mata, betul tak.

Okeylah, CT berundur diri dulu ye. Jika ada yang ingin mencuba, silakan semak resepi di bawah ni dan panjang-panjangkan resipi ini ye. Sampai jumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa.....

Chocolate Bottom Banana Squares
Resipi Olahan : Che CT

Bahan-bahan:
113 gm mentega - dilembutkan
3/4 cawan gula kaster
1 biji telur A - dipukul ringan
1 camca teh esen pisang
1 1/2 cawan pisang masak - dilecek halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
3 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan cip coklat

50 gm coklat masakan

Cara-cara:
1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga berkrim. Tambah telur, esen vanila, pisang lecek dan pukul sebati.
2. Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder, dan garam yang tekah diayak kedalam adunan pisang tadi. Dan gaul rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata dan 1 adunan ditambah serbuk koko dan gaul rata. Tuang adunan koko kedalam loyang  9 x 13 inci persegi. Ratakan adunan dengan sudu atau spatula getah. Parutkan coklat masakan diatasnya.
4. Tuang baki adunan plain di atas dan dengan perlahan-lahan ratakan adunan dan taburkan dengan cip coklat atasnya.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga lidi sate keluar bersih kek dah masak. Sejukkan sepenuhnya atas rak dawai dan dipotong 4 persegi.


31 comments:

  1. memang, sungguh sedap kue ini Kak CT, hmmm...wangi pisangnya sungguh menggoda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rina, kalau gemar pada pisang mesti harus cuba ni :)

      Delete
  2. wsalm kak ct,
    nampak lembut kek pisang tue,zial ada pisang tnduk jew kt umh nie..h ehhehe klu nk cuba tkut plk x sedap kan..tggu beli pisang berangan la:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zila, kalau pisang tanduk dah masak ranum boleh juga, mungkin serat pisang tu berlainan sedikitlah kan :)

      Delete
  3. Replies
    1. Salam Uda, silakan selamat mencuba juga :)

      Delete
  4. Salam kak CT...bau kek pisang ni dah sampai kesiniiii,wangi jer.Semoga kak CT semakin sihat ya.Aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Azie, Alhamdulillah sihat sedikit. Oh ya kalau dah sampai kesana tu ada gaya kena buat kek pisang juga Azie hehehe

      Delete
  5. nampak menarik dan sedapnya sis Ct...pepagi dah mengoda erkk...
    Mmmg best makan di petang hari bersama secawan teh...errmmm...terbang diet ke angkasa lepas...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lily, memang sedap lembut keknya, dah k.ct goda2 ni apalagi tunggu gi beli pisang ya hehehe

      Delete
  6. Assalammualaikum Kak Ct Cayangg... get well soon semoga sentiasa sihat can ceria.. wow! breakfast dapat choc bottom Banana tu sedapnya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shah, Alhamdulillah terima kasih :)

      sesekali bf macam ni tak apa Shsh jangan selalu, montel nanti hahaha

      Delete
  7. kak ct...
    aduhhh tergoda daku..
    ikut resepi kat dapur semua ada.. cuma pisang xada..
    kn cari nie

    kak.. moga cepat sembuh ya. jgn skip mkn ubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam CR, memang k.ct nak goda2lah ni pada yang suka makan kek pisang hehehe
      apa pun terma kasih Ayu mendoakan k.ct ya :)

      Delete
  8. As'salamualaikum kak CT cayanggg...

    Gebus nyer! Nina simpan dalam list~~
    Nanti free2 bila ada stok pisang kat rumah nak try ;)
    Take care kak CT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nina, kalau nak lagi gebu masukkan dalam loyang yang kecik sedikit dan tinggi lagilah gebu dik :)

      gi giant banyak pisang, tak pun kat tugu batu caves tu ada orang tanam pokok pisang free aje hahaha. gurau aje Nina..

      Delete
  9. asslm Kak CT cygg...dh sihat ker??

    mmg sedap kek ni...QH dh penah buat dulu..tp resepi dr sumber yg lain...QH rasa lebih kurang aje bahan2nya tu...

    kek ni makcik QH siap buat bisnes dah skrg...ramai yng menempah sbb sedap...

    Kak nak tnye boleh...kt mne yer akak beli tripod kamera kecik mcm kt header tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Qaseh, Alhamdulillah ada kurangnya, kekadang tu macam duk atas bot pun ada hehehe.

      Betul kek ni sangat sedap, kalau nak makan esok baru terasa moisnya. Nanti nak cuba lagi tapi akan diubah lagi hehehe. Oh tripot tu suami yang beli, k.ct tumpang tayang aje :)

      Delete
  10. Salam Kak Ct...
    aduh...teringin makan coklat banana ni...ngences banget...tengok kek tu lembut dan gebu...sedap banget..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Ct,

    Betul tu Ct, bila dh masuk angka 4...mesti nk jaga pemakanan...apa2 pun jaga diri baik2...ikut nasihat doc.

    Nanti tinggalkan kita sikit hidangan yg kat atas tu ya.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum CT...
    sedap nampak kek ni... sama la.. nani pun suka kek pisang.. teringat dulu masa mak rajin dok membaking.. selalu dia wat kek pisang.. time tu tak sabar2 nak tunggu kek masak.. sedap sangat.. :) wangi je time adunan tengah berkembang.. perghhh.. :)

    ReplyDelete
  13. Salam CT,
    terbau wanginya sampai Ipoh ni. Ada pisang lecek dalam freezer tapi tak tahu nak buat apa. Kalau rajin boleh cuba..

    ReplyDelete
  14. Asslmkum Kak CT
    Emmm...Bau wangiii la..(Tipuuu)...Suka tau buat kita terguda...:)

    ReplyDelete
  15. kena cari pisang juga nanti...
    terliur nengoknya kak....he3

    ReplyDelete
  16. memang sedap ni CT.. kita dah pernah buat sekali dulu.. tambah sedap bila tabur choc chip tu.. yummy! samalah kita CT.. umur dah meningkat ni.. mmg kena jaga kesihatan.. pemakanan & tidur nak kena kawal... dulu boleh stay & bereksperimen kat dpur sampai kul 2 pagi & bangun awal utk ke tempat kerja... now dah tak larat.. kalau tak cukup tidor mesti kepala pusing.. nak berjalan hoyong hayang.. mmg now under medication.. sabar jelah.. dah tak boleh nak elak.. faktor umur & gen mmg takleh nak lari.. hihi.. moga kesihatan CT terkawal ye...

    ReplyDelete
  17. Salam kak ct...alahaii dh lame x mbaking kek bananannan ni..heee...esok kite g pasar pagi crik pisang....stok cekelet n cc..ade tu..:-D
    Happy weekend dan selamat beristirehattt....:-)

    ReplyDelete
  18. wah kak Ct..mabeles gitu..cantekk mbanget..

    ReplyDelete
  19. nak tanya boleh?

    macam mana nak baking kek 2 layer ni...dah try wat tapi dua adunan tu bercampur la, macam mana ye kak...hehe baru belajar wat kek

    ReplyDelete
  20. assalam CT,
    i dah buat kek ni semalam, 2 adunan skali gus. memang gebus n mabeles. tq for sharing.

    ReplyDelete
  21. nak tanya sket, macamana nak terbalikkan kek tu supaya side choc chip still kat atas. i terbalikkan sekali then trbalikkan sekali lagi tp dia macam nak pecah/patah. mb kek i tu besar kut? coz i buat 2 adunan, guna loyang besar n nipis kut or sbb i terbalikkan samasa masih panas?
    pls advise, tqvm dear...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...