Thursday, October 11, 2012

Rainbow Pudding


Assalamualaikum... Salam penuh keceriaan dan salam manisss dari CT buat pengunjung setia Dapur CT. Syukur Alhamdulillah dapat juga CT mengupdate blog hari ni walaupun masa senggang CT minggu ni agak ketat sedikit. Ditambah pula dengan cuaca yang panas dua tiga hari yang lepas lagilah bertambah ketat CT nak duduk mengupdate entri hehe. Nasib baiklah petang semalam hujan lebat turun membasahi bumi Kuala Lumpur. Alhamdulillah.. Lega sungguh rasanya.


Bercerita tentang resepi yang CT kongsikan pada hari ini, resepi ini adalah hasil perkongsian seorang teman dari seberang Indonesia, Ricke Indriani. CT ternampak resepi ini di Facebook beliau kelmarin. Merasa agak tertarik, tanpa bertangguh terus CT salin resipi yang dikongsikan. Menurut kata beliau, resipi diambil dari Mbak Enno Alura Kurniawan. Alhamdulillah... akhirnya sampai pula giliran CT untuk mencubanya pula kali ini. Terima kasih kepada kedua-kedua penyumbang resipi. Semoga mendapat limpahan keberkatan dariNYA.. Insya'Allah.


Sebenarnya CT dah lama ingin mencuba pudding yang sebegini, selepas ternampak Melly mencubanya. Tapi masih tak berani disebabkan takut tak cukup kesabaran untuk proses melapisnya. Tapi dengan keinginan yang kuat, akhirnya gesa untuk mencubanya datang juga dan akhirnya...Tadaaaa! Alhamdulillah berjaya juga menghasilkannya. Walaupun hasil kejadiannya nampak seperti masih tak cukup sifat disebabkan lapisan warnanya hanya sekadar enam warna kerana sepatutnya Puding Rainbow ni dilapiskan menjadi 7 warna disebabkan acuan yg CT gunakan tak cukup tinggi. Tapi tak mengapalah ye. Kiranya ini pelangi versi CT lah ni hehehe.


Tampak menarik pulak bila melihat hasil puding yang berlapis penuh warni-warni begini. Ibarat warna warni kehidupan kita yang penuh seri dan harmoni, bersatu di dalam rumpun masyarakat 1 Malaysia yang berbilang kaum dengan suasana penuh keharmonian dan aman damai. Semoga kehidupan kita akan sentiasa ceria dan berseri seperti cerianya warna-warni Puding Pelangi ni ye. Jika ada yang ingin mencuba nanti, gunakan loyang yang agak tinggi sedikit ye. Jika tidak nanti tak cukup untuk melapis kesemua warna yang diperlukan seperti CT. Tapiii... yang lebih penting lagi, penyediaan puding ni memerlukan tahap kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Walaubagaimanapun, kesabaran dan ketelitian yang tinggi memang perlu kita terapkan dalam setiap kerja dan usaha yang kita lakukan jika kita mahukan hasil yang terbaik dan memuaskan hati, betul kan.


Okeylah CT berhenti sampai di sini dulu. Sampai kita berjumpa lagi, jika ada yang ingin mencuba resepi ini, dipersilakan ye. Kita panjang-panjangkan lagi resipi ini didapur yang lain pula. Salam manisss dari CT, sampai jumpa lagi. Daaa....


Rainbow Pudding
Di Olah : Che CT

Bahan pudding plain :
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter air - 4 1/2 cawan

Bahan pudding susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter susu cair - 4 1/2 cawan
1 sudu teh esen vanilla

Pewarna makanan:
merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu. Cukup sekadar 1-2 titik setiap lapisan atau sesuai keperluan.

Cara-cara :
1. Masak pudding plain dan pudding susu didalam periuk berasingan hingga mendidih, kemudian kecilkan api hingga yang paling kecil, cukup sekadar pudding sentiasa panas.
2. Siapkan loyang/acuan pudding pilihan, basahkan dahulu dengan air.
3. Ambil 150 ml pudding plain, titik kan pewarna merah secukupnya. Tuang ke loyang /acuan. biarkan hingga bahagian atas pudding seperti ada lapisan, jika disentuh dengan jari sudah tidak melekat tapi pudding masih belum beku. 
4. Kemudian ambil 150 ml pudding susu pula, titik kan pewarna merah secukupnya. Tuang di atas pudding merah tadi secara perlahan-lahan sesudu demi sesudu dengan jarak dekat dari permukaan pudding sebelumnya agar lapisan pudding di bawahnya tidak bocor.
5. Ulang proses tersebut berulang-kali dengan warna yang berlainan hinggalah warna yang terakhir dengan cara yang sama. Sejukkan dalam peti sejuk. Keluarkan dari loyang/acuan. Dan sajikan ketika sejuk.

NOTA : Proses melapis mesti dilakukan dengan perlahan-lahan dan cermat untuk mendapat lapisan yang cantik.


47 comments:

  1. Replies
    1. wa'salam Pn Ros, terima kasih dalam kesibukkan di tadika sempat lagi singgah DDCT :)

      Delete
  2. Salam n good morning...wahhh....berseri pagi2 ni tgok ade pelangi kat dapur kak ct....cantek lh...sweet sgt gabungan rona dia walaupun x cukup sifat tpi dh sempurna dh tu kn...janji sodappp...hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Sury, A'ah indah pelangi diluar tu, gi cepat tengok Sury hehehe.

      Delete
  3. Salam kak!...Hadoiiiiiii...Cantikkknya...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Ayu..memang sedap ada rasa2 susu pada pudding tu, cubalah :)

      Delete
  5. salam kak ct...cantiknyer puding rainbow...sedapnyer makan sejuk2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Ijan, memang sedap, k.ct sarankan mencuba mesti Ijan suka.

      Delete
  6. Cutenye......sya klu buat dlm loyang 4 segi. Puding ni mmng best dan cantik je kejadiannye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uda, ingat nak buat dalam loyang juga, tp berubah hati buat acuan kecik2 aje senang nak makan :)

      Delete
    2. orang yg sabar je leh buat puding ni dlm acuan kecik2.....hahaha

      Delete
  7. cantik sudu akakk.. hehehe... lawa.. biasa guna pandan kan..yang ni sempoi resepi dia ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jah..ko tengok sudu wat per, penat k.ct tayang pudding tu hehehe. lawo eh terima kasih Izah :)

      Delete
  8. Salam Sis,
    Cantik sungguh..kena sabar nak melapis ni pun..kalau tak mesti tak cantik
    Lebih laju memakannya daripada membuatnya hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Kniedaz, memang kena belajar jadi orang yang sentiasa sabar nak buat macam ni kan :D

      Delete
  9. Selamat pagi Kak Ct...betul2 segar mata tengok rainbow pepagi ni...semestinya nyaman bah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pagi Rahel, sesegar mentari pagi ni, nasib baik rainbow nya dah sorok sebab kepanasan hehehe

      Delete
  10. SUATU TAHAP KESABARAN YANG TINGGI DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT PUDING PELANGI NIE...CANTIKNYA....I MUST TRY......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sukma, you mesti cuba memang sedap dan sesuai dihidang sejuk.

      Delete
  11. assalam k.ct...cantiknyer...klu saya buat maunya keras semua sebab kena teliti n sabar nih. tgah2 buat anak kacau trus hancuss hehehe.mmmm cantik3 hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Hanim, belum cuba belum tahu. jadi cubalah mesti lembut macam puannya juga hihi

      Delete
  12. salam Ct..
    tak tau nak ckp apa dah kalau menu dari Ct mmg menawan jiwa dan raga macam sayang sangat nk makan takut rosak tingkat2 tu heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Kak Noor, amboi kak..tingginya memuji hehehe. dah dimakan hilang dah tingkat2 yang cantik tu kak Noor hehehe

      Delete
  13. salam kak ct,
    cantiknya puding kak ct....klu saya tak leh makan lawa sgt puding tu,berlayer pulak tu...sedapnya kak ct

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Masitah, hehehe. sayang dah buat tak makan. nanti bila dah buat kasi k.ct ajelah ya :)

      Delete
  14. slm Kak Ct cyg...

    lama dh kak QH cri resepi puding ni...jumpa jugak akhirnya...

    resepi pon agak simple juga tu...xbyk bhn yg digunakan...tp kalau susu cair tu kalau digantikan dgn santan boleh x kak..

    nk try nti...QH amik resepi yer...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Qasey, umpama pucuk dicipta ulam mendatang lah ya. sila2 salin resipi cuba jangan tak cuba. bab santan tu k.ct rasa boleh kot. tapi susu lagi sedap dan tahan lama sikit dari santan.

      Delete
  15. Assalam CT..
    aduh cantiknya! takde ke yang dah berpotong CT? kalau ada td ingat nak mintak sepotong.. hehehe... terliurnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Ratna, semua main amik sorang satu sebab ct buat kecik2 senang hehehe. potong2 ni kena buat dalam loyang besar malas pulak hehehe

      Delete
  16. salam syg kak ct,
    cute miut mcm tuanya kak..he heee..sudu lawo..cepat la potong kak nk rasa nie:)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Zila, oh sorang lagi kenan dengan sudu tu ya, nanti k.ct kasi sewa eh hehehe. dah habis dah last anak bujang makan tadi Zila :)

      Delete
  17. cantiiiikkkk sekali Rainbow Puddingnya Kak....

    ReplyDelete
  18. salam kak ct, wowww, speechless...cantik sangat

    ReplyDelete
  19. Salam CT,

    Cantikkkk..sayang nak potong kan...!

    ReplyDelete
  20. salam kak ct

    cantiknya, tina ada tgk dulu org buat tapi tulah, jenuh tu nak layerkan satu2 agar2 ni

    ReplyDelete
  21. Cantik kak pudding nya, apapun kalo kak Ct yang buat mah pasti menarik jadi nya. ini fav dessert di keluarga melly, kalo ada pot luck party pasti melly dapat tugas buat pudding ini. cukup melatih kesabaran buat nya .. hehe

    ReplyDelete
  22. cantik banget, berlayer2...indah sangat dipandang..

    ReplyDelete
  23. salam ct.. kak ilah guna google crome mmg tak boleh masuk komen.. kali nie kak cuba mozilla f.fox pula.. pintu ke 2 ni jarng guna hehe harap2 boleh ..sama dgn kes blog2 yg lain yg kak tak boleh komen kak masuk ikut pintu mozilla baru ok..huhuuu nasib boleh dari sini.. dah lama duk guna google crome tup2 tak boleh komen dr situ huhuuu testing testing

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum.. kak ct, sy nk tanya.. susu cair tu susu pe ea? Susu segar macam HL or dutchlady ea? Ke susu masakan macam susu carnation tu? Mana 1 ye? Terima kasih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...