Assalamualaikum. Salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah kita dapat bersua kembali di hari Rabu ini, hari terakhir untuk bulan Oktober 2012. Sekejap aje, esok kita dah masuk ke bulan November. Tinggal dua bulan aje lagi tahun 2012 pula akan berlalu dan meninggalkan kita. Bila dah masuk bulan November ni maknanya banyak musim yang akan bermula. Inilah bulan permulaan untuk musim cuti sekolah, musim cuti-cuti Malaysia, musim orang kahwin dan termasuk juga musim tengkujuh dan banjir. Macam-macam musim yang bakal menjelang bermula bulan depan nanti kan.. hehehe..
Kita lupakan pasal musim-musim tu dulu, kita balik kepada resepi yang CT kongsikan hari ini ye. Seperti yang CT janjikan pada Isnin lepas, inilah resepi yang telah dipaparkan dalam Open Kitchen Magazine Italy keluaran bulan Oktober 2012. Resepi ni diinspirasikan dari permintaan pihak editor yang mahukan resepi yang bersesuaian dengan konsep majalah pada bulan tersebut iaitu hidangan sedap untuk disediakan dan dinikmati selepas penat seharian bekerja. Pada mulanya beliau mencadangkan resepi yang berasaskan Risotto. Hujung minggu tersebut, CT terus ke Carrefour untuk mencari Risotto tetapi tak jumpa. Lepas tu CT pergi pula ke pasaraya di Pavillion dengan sangkaan pasti Risotto ada terjual di sana tetapi meleset juga. Bila CT maklumkan kepada pihak editor beliau meminta CT menyediakan apa sahaja resepi lain yang bersesuaian.
Bila CT maklumkan kepada suami CT tentang kebuntuan CT untuk mencari resepi lain yang sesuai, suami CT mencadangkan Spaghetti tetapi bukan dihidangkan dengan sos spaghetti yang biasa seperti lazimnya tetapi digantikan dengan sos lada hitam. Tak menunggu lama terus CT mencari bahan dan memulakan projek didapur dan setelah siap, CT hidangkan pada suami untuk merasa hasilnya terlebih dahulu, dan ternyata hasilnya sama seperti yang suami CT bayangkan. Bila CT telah siap mengambil gambarnya dan menunjukkan hasil resepi ini kepada pihak editor, beliau merasa gembira dan teruja menerima resepi tersebut untuk disiarkan. Alhamdulillah.
Kepada teman-teman yang berminat untuk menikmati kelainan dalam hidangan spaghetti bolehlah mencuba resepi yang CT kongsikan ini ye. CT jamin hasilnya pasti tak menghampakan. Okeylah, CT mohon berundur diri dulu, InsyaAllah kita berjumpa lagi dengan resepi yang lain pula nanti ye. Salam sayang dari CT... daaaaaa..
Spaghetti in Black Pepper Sauce
Ingredient :
1 pack of spaghetti
200 gm chicken meat - cut into small cubes
1 and 1/2 cups of chicken stock
1/2 cup fresh milk
3 tsp ground black pepper
2 cm of salary stem - minced
1/2 large onion - minced
2 tablespoons dark soy sauce
1 tablespoon of oyster sauce
1 tablespoon butter
1/2 can of button mushrooms - thinly sliced
2 tablespoons of wheat flour - mixed with a little water
salt and sugar - if necessary
Method (Spaghetti):
Boil water together with a pinch of salt and 1 spoon of olive oil.
Then, put in the spaghetti and boil for 13 minutes.
Drain out the water when the spaghetti has become tender.
Method (Black Pepper Sauce):
1. Boil chicken with 2 cups of water until it become tender, then remove out the chicken.
2. Use the chicken stock for about 1 and 1/2 cups and add in the fresh milk, minced onion and salary. Continue boiling.
3. After it has boiled, put in the chicken, black pepper powder, dark soy sauce, butter, oyster sauce and button mushrooms. Add in pinch of salt and sugar if necessary.
4. Finally add in the flour mixture to obtain the desired thickness.
salam ct. Musim makan-makan je yang takde surutnya. Asek pasang je haha..
ReplyDeletemabeles la spageti ct ni..
wa'salam Ibundo, betul tu guruh dilangit pun ada berhentinya, makan jer tidak hehehe
DeleteOh I remember this delicious recipe!!!! Your photos are amazing!!!!! ciao!!!
ReplyDeletethank you dear xxx
Deletehmmm.. nampak sungguh menyelerakan Che CT..
ReplyDeletebetul Shiela, resipi ringkas tapi menyelerakan..
Deleteyummy..awsomee.:))
ReplyDeletethanks dear Zila :D
Deletewaalaikum salam kak ct sayang....
ReplyDeletessttttt....mimie seumur2 belum pernah makan spageti2 ni kak...
hihihi.....malu saia..... ^_^
resepi akak ni masuk daftar mimie.... thaks for sharing.... ^_^
hehehe..Mimie lepas ni boleh cuba mesti Mimie dan anak2 akan suka :)
DeleteSalam CT selamat pagi, tengok gambar dah selera apa tah lagi merasanya pasti sedap.......:)
ReplyDeletewa'salam Leah, gambar memainkan peranan, tu yang nampak sedappppp! tapi memang sedap tau hihi
DeleteSalam, kak CT. Tak pernah lagi sy cuba buat sos black pepper utk spaghetti, lain kali boleh cuba ni..
ReplyDeletewa'salam Sari, haa..lepas ni boleh cuba ya :)
DeleteAs salam. Saya follower baru Kak CT. Err, itu batang celery kan kak? Puas saya pk apa benda salary stem tu.
ReplyDeletewa'salam Aziela, terima kasih. ya batang salary, kompius ya hehehe
DeleteAs'salamualaikum kak CT cayangg.....
ReplyDeleteAduhai~ terliur dibuatnya! Kalau lah hubby nina a.k.a. 'my gang' nampak mau bertambah2 makannya sampai kena rebus lagi spaghetti >>>>>
hehee
walaikumusalam Nina, ohhh geng yang boleh masuk juga lah ni ya hehehe. okey lain kali boleh buat :D
DeleteTerliur kak ct....kt sini risotto tp xtau nk masak apeeee uwaaaa
ReplyDeleteSabar...tulah jenuh mencari, akhirnya jumpa gak. nanti ada resipi risotto kongsi ler...
Deletekelas ko CT....
ReplyDeleteterima kasih Gee :D
DeleteSalam sis....
ReplyDeleteYummy, nanti nak try menu ni...sure best sebab mmg suka spagetthi...
Nice picture sis.......
wa'salam Lily, sis tahu Lily mesti buat dah faham dahhh hehehe
Deletemmg mantop...magazine ni mmg mintak makanan depa aje ke...CT tak leh lah nak tayang resepi kita yerk?
ReplyDeleteMarsita..dah namanya blog Minah Saleh..mana tahu nanti depa mintak resipi kita. akan ct kongsikan bersama :)
Deletesalam kak ct
ReplyDeletesedapnya, tina mmg suka pasta masta ni
wa'salam Tina, sama lah kita ^__^
Deletesalam, ya allah kak ct.. nmpk sedap n pekat je sos ni. nnti blh la jue nk mcuba..hehe. k.ct nk tanya sos ni blh mkn ngan daging atau ayam x sbg sos bbq n tkasih ye resepi ni..
ReplyDeletewa'salam Jujue..memang kenalah pekat baru ada umppp! boleh juga cecah dengan ayam bakar atau daging, cubalah :)
Deleteemm..nampak sedap x pernah cuba masak mcm ni..t/kasih ct lain kali nak cuba sos lada hitam pulak..:)
ReplyDeleteMak Jah..sedap sos macam ni, ct kalau buat memang banyak sebab anak2 dan suami suka :)
DeleteHey ... my Blogger : http://design-24h.blogspot.com/ . plz visit
ReplyDelete