Friday, November 2, 2012

Cornflakes Chocolate Chip Cookies


Assalamualaikum... Salam manisss dan salam penuh keceriaan buat semua teman-teman dan juga follower yang rajin singgah ke blog Dapur CT. Alhamdulillah hanya tinggal berapa hari saja lagi sekolah akan mula bercuti. Anak-anak pun sudah diberi surat cuti persekolahan dari pihak sekolah. Buat anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM pula inilah masanya untuk membuktikan kepada ibu-bapa yang mereka semuanya BOLEH. Dan inilah juga penentu hala tuju untuk hidup mereka. Setelah berhempas pulas selama sebelas tahun belajar bermula dari darjah satu, keputusan SPM lah yang akan menentukan ke mana akan mereka tuju selepas ini. Che CT doakan semoga dipermudahkan segalanya dan dilapangkan fikiran buat anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tersebut. Perbanyakkan berdoa dan memohon restu daripada kedua ibubapa agar ditenangkan hati dan dapat menjawab soalan dengan baik hendaknya... Aminnn.


Berbalik cerita pada resipi CT kali ini Cornflakes Chocolate Chip Cookies. Biskut yang CT buat ni pastinya tidak akan bertahan lama. Rasanya cuma akan berada dalam balang biskut untuk 2-3 hari saja. Itu pun CT sorokkan sikit sebab kalau tak disorokkan sikit, satu hari saja nanti dah bersih dimakan anak-anak semuanya sebab biskut ni sedap sangat. Masa CT buat, bila aje biskut coklat ni mengeras 2-3 ketul terus masuk dalam mulut CT...  yummy !!. Kebetulan anak-anak pun ada dirumah ketika CT membuatnya jadi diaorang pun turut sama merasa juga. Bagus juga dapat mintak pendapat anak-anak untuk merasa terus samada biskut ni sedap atau pun sebaliknya. Seperti yang CT jangka, jawapan anak-anak.. "Sedap betulll... Mama buat banyak ker, nak lagi Mama..." alahai hehehe. Haa...CT tak tipu memang sedap, jadi teman-teman harus mencubanya juga okey.


Biskut ini penyediaannya amatlah mudah, tak perlu nak dibakar seperti biskut yang lain. CT memang suka mencuba sesuatu resipi yang mudah untuk dikongsikan bersama teman-teman diluar sana. Jadi apa tunggu lagi, silakan lah mencuba nanti ye. Tapi sebelum tu semak resipi yang telah CT berikan itu betul-betul ya, sebab kalau tak semak dengan teliti takut tersalah faham pula nanti dan tak menjadi seperti yang diharapkan.


Resipi asal biskut ini mengunakan Oatmeal sebagai bahan asasnya tapi yang CT buat ni CT olahnya dengan menggunakan Cornflakes sebab CT sukakan kerangupan Cornflakes yang CT rasa sesuai untuk bahan asas biskut. Dan satu lagi resepi asal juga menggunakan sukatan gula yang agak banyak iaitu 1.5 cawan jadi CT juga kurangkannya kepada 1 cawan saja, itupun CT terasa yang ia masih lagi manis. Ditambah lagi penggunaan susu pekat dalam resipi ni sudah semestinya lah bertambah maniskan. Jadi kepada teman-teman yang tak berapa suka manis bolehlah kurangkan lagi sukatan gulanya tu ya. Biskut ni mengeras selepas beberapa minit dan selepas tu terus simpan dalam bekas kedap udara dan CT simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kerangupannya.


Buat teman-teman yang berminat mencuba, jangan tunggu lama-lama untuk mencuba resepi ini ye. Dan setelah mencubanya nanti, sila berikan komen pada CT nanti okey. Sampai kita berjumpa lagi nanti, Salam manisss dari CT. Daaa......

Cornflakes Chocolate Chip Cookies
Resipi Olahan Che CT

Bahan-bahan:
1/2 cawan mentega -  suhu bilik
1.5 cawan gula kaster - kurangkan jika perlu
3 sudu besar serbuk koko
140 gm susu pekat manis
4 cawan cornflakes - diramas sedikit
3 sudu besar mentega kacang - 'crunchy'

Cara-cara:
1. Alas dulang dengan kertas baking dan ketepikan.
2. Tuangkan cornflakes ke dalam mangkuk besar, tambah mentega kacang dan ketepikan.
3. Masukkan mentega, serbuk koko, susu pekat manis kedalam periuk kecil. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa. Masak selama satu minit atau hingga butter dan gula mencair.
4. Matikan api dan angkat, tuangkan ke dalam mangkuk bijirin dan campurkan segala-galanya dengan rata.
5. Sudukan bijirin tadi keatas kertas baking dan buat hingga habis. Jika ingin dihias dengan coklat putih pun boleh atau dibiar begitu saja. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam bekas kedap udara.



16 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Ct.....heeee salah satu kudap2 yg boleh di buat masa cuti sklh...dari mereka x buat ape..leh juga surh buat projek cookies Kan?..ider baik ni...resepi yg mudah sangat, tq kak sharing...:-0

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumusalam Sheila, betul tu seronok buat bersama anak2, selamat mencuba :)

    ReplyDelete
  3. Salam CT Delima,
    Kebetulan isteri dan anak ke-3 (lelaki) sedang mencuba-cuba resepi cookies 2 hari lepas. Resepi CT nampak menguja juga dan saya akan rekomen kepada mereka nanti. TQ

    ReplyDelete
  4. Wa'salam Dr Sam, I recommend you to make this cookies.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum kak ...

    rajinnya kak ct buat biskut.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Mimie, nak makan kenalah rajin kedapur. kalau tak laparlah perut hehehe

      Delete
  6. Salam CT..resepi yang simple but semesti anak anak suka..nak cuba hujung minggu nie..bahan bahan semua dah ada..thanks CT

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Hanim, memang mudah penyediaan nya. buat bersama anak2 pasti menyeronokkan, silakan mencuba :)

      Delete
  7. alahai Ct sayang nampak biskut ni lepas raya haji kalau tak boleh gak try utk raya mmg lariss kalau cornflakes boh coklat macam ni...tkpa utk jajan harian pun boleh ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, tak apa kak. walaupun lepas raya boleh juga buat biskut ni :)

      Delete
  8. mudah sekali kak cara membuatnya...

    fotonya juga cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Rina, cookies ni amat mudah membuatnya. Makasih ya :D

      Delete
  9. slm Kak Ct cyggg...
    sedap nmpknye cookies tu kak..leh simpan resepi ni utk kuih raya thn dpn...simpan dlu yea resepinya...tq

    ReplyDelete
  10. Assallamualaikum kak Ct..

    Kak, dah bookmark dah ni. Sebab tukar pada cornfalkes tu yg teringin nak cuba..hehehee.. Menarik ni dan confirm crup..krap masa makan ni kan..

    ReplyDelete
  11. Da cube ari ni ct, mmg terbaek, cik jah ganti chunky peanut butter dgn gajus, tq for the nice recipe

    ReplyDelete
  12. mmg sedappp....delicious!!!!!! yum yum............

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...