Monday, November 19, 2012

Rainbow Steamed Cake


Assalamualaikum... Salam manis dan salam rindu buat teman-teman semua. Mungkin ada yang tertanya-tanya, ke mana menghilang Che CT seminggu lamanya blog sunyi senyap tidak berupdate. Jawapannya ialah cuti sekolah hehehe. Maklumlah, walaupun yang bercuti adalah anak-anak, tapi bila anak-anak bercuti, mama dia pun turut terikut sama dijangkiti mood bercuti hehehe.


Bila cakap pasal cuti persekolahan, CT pasti ada di antara teman-teman semua yang sudah pun berjalan-jalan cuti-cuti dengan famili semua. CT pulak masih lagi belum ke mana-mana. Hujung minggu ni baru nak bawak anak-anak ke destinasi cuti-cuti Malaysia. Itupun tak cuti panjang, cuma 3 hari 2 malam aje. Tapi sebelum tu, minggu lepas CT sekeluarga pergi ke Hutan Lipur Kanching untuk mendapatkan mood bercuti sambil merehatkan minda sebab khabarnya kat sana air terjunnya sangat menarik dengan kedamaian rimba yang terpelihara. Lagipun anak-anak CT tak pernah lagi pergi ke tempat macam tu (termasuklah CT juga) jadinya Suami bawaklah kami kesana supaya anak-anak tahu macamana keadaannya air terjun yang mengalir turun ke sungai dalam suasana rimba yang hijau dan bebas. Ternyata suasananya memang mendamaikan cuma sedikit terganggu dengan 'tetamu diatas pokok' yang sering mengendap dan ada ketika dengan beraninya merampas makanan dari tangan pengunjung. Insiden paling lucu ialah bila seekor monyet mencuri sebungkus kerepek pedas dari salah seorang pengunjung dan dibawa lari ke atas pokok untuk dimakan tapi kemudiannya si monyet kepedasan dan berlari turun semula kesungai mencari air hehehe.


Okeylah, balik cerita kepada resepi yang CT kongsikan hari ini. Alhamdulillah... Sebenarnya CT dah lama ingin belajar membuat kek lapis kukus. Kiranya, ini kali pertama CT mencuba dan hasilnya masih kurang kemas dan ketebalannnya nampak tak sekata.  Mungkin juga lapisannya jadi kurang kemas disebabkan api dapur CT sekejap besar sekejap kecil sebab ditiup angin kot. Maklumlah CT buat kek ni guna dapur belakang dan masa buat kek ni pun cuaca hujan dengan angin yang kuat. Jadi susahlah nak kawal api yang kejap besar kejap kecik hehehe. Apapun, nampaknya harus belajar dan mencuba lagi sampai jadi.


Rainbow Steamed Cake ini diilhamkan oleh Bolu Kukus Mambo dari Bunda Fatmah Bahalwan. Bagaimanapun, resepi bolu kukus tersebut hanya 4 lapis saja tapi resepi yang CT buat ni CT olahnya menjadi 7 lapisan. Maklumlah CT ni kan suka melihat warna pelangi. Kebetulan pula anak dara CT teringin sangat nak makan Rainbow Cake. Haa... kebetulanlah kan, CT pun experiment lah resipi Bolu Kukus Mambo ini menjadi Rainbow Steamed Cake hehehe. Apapun resipinya masih seperti resepi asal cuma namanya CT ubah untuk disesuaikan dengan penampilannya. Terima kasih CT ucapkan kepada Bunda Fatmah di atas perkongsian resepi ini yang CT ambil resipinya dari blog Dapur Solia (Shirley Theresia).


Pada pendapat CT, kek kukus ni lebih sedap dimakan jika dibiarkan dulu semalaman. Kelembutannya terasa dan kemanisanya juga sedang-sedang bagi CT. Cuma CT kena berlatih banyak kali lagi untuk mengelokkan lagi rupa penampilannya. Maklumlah tangan masih keras lagi jadi kalau nak dapatkan hasil yang cantik kenalah berlatih banyak kali hehehe. Resepi yang CT buat ni, CT kukusnya menggunakan loyang berukuran 6 x 6 x 4 inci sebab loyang yang disyorkan dalam resepi asal tu CT tak ada.


Okeylah kita terus pada resipi ya, jika ada yang berminat untuk mencuba bolehlah semak resipi dibawah. Sampai berjumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa...


Rainbow Steamed Cake
Resipi olahan Che CT

Bahan-bahan:
6 biji telur
2 biji kuning telur
250 gram gula kastor
½ sudu teh esen vanila
½ sudu teh garam
1 sudu teh ovalette
175 ml santan KARA - ditambah dengan sedikit air
200 gram tepung kek

Pewarna:
Ungu, biru gelap, biru laut, hijau, kuning, orange, merah.

Loyang 22 x 22 x 8 cm yang digris dengan mentega dan alas dengan kertas minyak dan gris lagi. Taburkan dengan sedikit tepung nipis-nipis.
Panaskan periuk kukusan hingga air mendidih.

Cara-cara :
1. Pukul telur, kuning telur, gula kastor, garam, ovelette dan esen vanila hingga kembang dan gebu kira-kira 5-6 minit. Masukkan tepung kek sambil diayak secara sedikit-sedikit dan kacau rata.
2. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
3. Bahagikan adunan menjadi 7 bahagian. Dan setiap bahagian lebih kurang 130gm dan diletak pewarna yang berbeza. 
4. Tuang adunan pertama warna ungu ke dalam loyang, dengan api perlahan kukus selama 10 minit. Tuang adunan kedua warna biru gelap kukus selama 10 minit. Buat hingga adunan seterusnya dan kukus yang akhir selama 20 minit hingga masak. Angkat.
5. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang.


73 comments:

  1. very nice!! love it!!
    send some rainbow over here, it's so grey and gloomy kat sini :(
    xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Muna, kalau dekat I dah hulur sepinggan rainbow cake ni buat you hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih Faiz, kena cuba sebab cantik hihi

      Delete
  3. cantiknya kak ct..sha amik resepinya yer..

    ReplyDelete
  4. salam kak ct..santan ditambah sedikit air tu agak2 banyak mana air yang ditambah tu yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Sha, silakan. santan tu letak dalam 160ml dah tambah sedikit air jadikan 175ml-180ml.

      Delete
  5. wallaaaa.... rasa sayang nak makan sbb cantik sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah siap masak kenalah makan, kalau rosak lagi sayang tu :)

      Delete
  6. salam kak ct..
    cantikkknya kek tu kak...
    berseri2...
    halus gebu jerk nengoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Mas, seganlah tokey kek memuji kek kita hehehe

      Delete
  7. salam kak ct nak tnya..ape jenis@brand colouring yg akak gune yer..boleh share x

    ReplyDelete
  8. As'salamualaikum kak CT Cayangg...

    menarik sungguh kek yer! Tiup-tiup sikit aura rainbow tuu kat Nina kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam Nina, dah tiup semalam tapi kena tolak balik dengan hujan tak sampailah tu hehehe

      Delete
  9. Salam rindu CT... meriahnya kek rainbow.. kalau dapat sepotong dua, alangkah bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Gee, rindu yang sama. dah habis tak dapat nak hulurlah :)

      Delete
  10. bila ler nak try ....cantik color pelangi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata hujung minggu ni cuba buat ya Sukma :D

      Delete
  11. Cantik kek pelangi kak ct. Kelakar jugak cerita akak pasal monyet kepedasan tu yek...saper suruh gi curik orang punya kerepek..."aku nak itu...aku nak itu...aku nak itu jugak"...teringat cerita teladan kat tv masa kecik2 dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fazian..betul2 cerita dongeng kisah monyet yang tamak hehehe. weekend ni bolehlah cuba ya :)

      Delete
  12. aduhh..jatuh cinta lihat kek pelangi,rasa beri keceriaan,wajib cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah berkenan ya Cik Imie, blehlah cuba pasti keluarga suka :)

      Delete
  13. salam kak ct

    nampak sangat menarik ye, teringin pulak lah tina nak melapis ni hihi, tapi bab kukus ni selalu fail, dia selalu berlubang2 pastu mcm lembab tang bawah kek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Tina, mula2 kak ct pun tak yakin boleh buat, tapi kuatkan hati akhirnya menjadi.

      Delete
  14. Assalamualaikum CT, apa khabar? Blog makin mantops....akak bercuti lama lg rasanya...x tau bila kembali...apapun semoga kalian terus sukses...salam ingatan dr akak.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam kak Hajjah Ummi, Alhamdulillah.. sokongan dari suami yang tak pernah ada penghujungnya dan teman2 juga blog DDCT masih lagi bernyawa kak hehehe.

      Tak apa rehat2 dulu kak, bila dah selesa dan tenang sambung masak2 lagi ya :)

      Delete
  15. akak ni phobia ngan monyet...sebb tu memang akak tak perglah kalau bercuti kat air terjun, hutan ke hapa!!
    chantik kek layer rainbow karer tuh..bak mai sehiris!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nik Ja..hehehe usah pegi kak kalau takut, ct pegang kayu aje hehehe. habis dahh kak nik.

      Delete
  16. cantiknya...
    gebuu dgn color2 pelangi yg sungguh menawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah dia laskar pelangi yang indah Iza Akma :D

      Delete
  17. Replies
    1. Kniedaz, ya sedap bila sudah keesokkan harinya ya lembab dan lembut.

      Delete
  18. salam kak CT, akhirnya bersiaran lagi ya kak. Alhamdulillah...
    cake di foto atas memang benar-benar cantik kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam Rina, Alhamdulillah.. diberi kekuatan diri dan dapat berbagi ilmu buat teman2 lain nya. terima kasih ya Rina :)

      Delete
  19. Salam Kak CT..wahhh betul2 terpesona kek ni..Tadi masa tgk kat fb mati2 ingatkan puding,kek rupanya..Nice colour...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam Sue Nenie, oh ya.. dua kali baca baru kek ya hehe

      Delete
  20. salam,

    saya tumpang ambil resepi ya....

    cantek betul kek ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam Cik Puan Lawa, silakan menucuba.

      Delete
  21. Replies
    1. hai Anonymous.. thank you for stopping by DDCT :)

      Delete
  22. Salam Kak Ct...
    waw...cantek sangat kek ni...klu dekat2 leh tumpang mkn kan?..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam Rahel, ya lain kali datang awal sedikit ya boleh tolong makan juga hehehe

      Delete
  23. pelangi yg cukup 7 kaler.. perfecto!! & cun sgt layer tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nasib baik 7 lapis aje Nor kalau lebih pengsannn! hehehe

      Delete
  24. salam lama tak jalan2 kat cini suka dengan wajah baru CT ni cantek dan nampak pro

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam kak Paty, nampak ceria lagi ya :D

      Delete
  25. Salam Kak CT,

    Lama tak mampir, kangen kak CT, terutama dengan cake cake cantiknya. Warnanya indah sekali. Very vibrant! love it...

    ReplyDelete
  26. salam kak Ct.., cantiknya rainbow kek kak ct.. mesti sedap kan... bila baca cerita pasal monyet tu teringat kenangan saya pegi kat sg kanching tu tahun lepas.., sampai2 je terus beli mkanan konon2 nak mkan kat tepi air terjun., belum smpai air terjun ada monyet 3 ekor dok ikut kat blakang.., masa tu dah kecut perut.., dah la monyet2 tu besar blaka., encik hubby kata monyet tu ikut sebab kita bawa mkanan.., pastu saya letak je mkanan tu kat atas tanah monyet tu pun terus sambar mkanan tu bawa lari... alhamdulillah slamat... hehe... ^__*

    ReplyDelete
  27. wow..cantiknye, mesti sedap kan kak. huih terliur da nie... hihihi

    ReplyDelete
  28. Tgk.gambar jer dah.tau srdap.....insyaallah.nak.kena.cuba.bikin.ni. nak tanya ct pewarna tu beli.kedai.bakery yaakedai biasa susH dapat kot.tq.akak sudsh salin resipi ni.tw

    ReplyDelete
  29. Pada pendapatan akak yang tak seberapa ni..tak yah tunggu semalaman terus ngap aje...ni nak masuk patyskitchen nak test..entah macam mana lah rupenya ekkk

    ReplyDelete
  30. salam kak Ct....saya dah cuba resepi akak nie... Alhamdulillah menjadi. Saya biarkan semlman dalam peti ais n memang nampak padat.

    ReplyDelete
  31. klu pkai tepung gadung boleh ke..

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum warah matullah hiwabarokatuuh... first tanx to ct sbb bg resepi yg santiikkk ringkass n senang... hasil i buatpuas hati lah bg org yg tak pandai aper ni hehe anyway tannxxxx a lot kerana share ilmu ni...

    ReplyDelete
  33. salam kak ct..
    yg 6 biji telur tu ambil putihnya shj ke?

    ReplyDelete
  34. Salam Kak CT...

    Cantik sangat kek pelangi akak!! saya nak cuba terima kasih!!

    ReplyDelete
  35. Ya Allah..cantik sangat2 kek pelangi kak ct nie...sayang je kalau nk mkn..hihi..salam kenal ye kak Ct..Reen singgah dan follow sini ye..^_^

    ReplyDelete
  36. Ya Allah..cantik sangat2 kek pelangi kak ct nie...sayang je kalau nk mkn..hihi..salam kenal ye kak Ct..Reen singgah dan follow sini ye..^_^

    ReplyDelete
  37. salam sis..fisrt time nk buat kek pelangi ni..sis boleh x klo santan tu tkr pkai susu cair...

    ReplyDelete
  38. Kek ini nmpk kemas je,,cantik n msti sedapkan,,nak trsy buat juga..

    ReplyDelete
  39. tq for the recipe 😁 nak try ni hehehe

    ReplyDelete
  40. cantiknyaa....saya mohon share resepi ya puan ...tqvm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...