Assalamualaikum... Salam sayang buat teman-teman semua. CT harap teman-teman semua sihat walafiat ye. Nampaknya minggu ni seperti minggu kek untuk dapur CT ni sebab hari ni pun CT kongsikan resepi kek juga. Rasanya agak lama juga CT tak kongsikan resipi kuih-muih pulak. Sebab belum jumpa resepi baru untuk di cuba lagi. kalau kongsikan resepi ulang tayang tak bestlah kan hehehe. Kelmarin pun CT ada juga buat donat kentang yang CT rasa pernah juga CT kongsikan resepinya di sini dulu tapi yang ni resipinya dari blog Nor Secubit garam. Tapi tak sempat pun nak ambik gambarnya sebab CT buat cuma 1 adunan saja, sekali ngadap aje dek kami 6 beranak habis terus hehehe.
Kali ini CT berkenan pula nak mencuba satu resipi iaitu Black Bottom Cupcake yang telah CT olahnya kepada Red Velvet Cream Cheese Cupcake. Menurut kata yang empunya resipi dari Italy ni, resipi ni tidak begitu manis tapi sedap dimakan ketika masih hangat. CT pun cubalah buat sebab ingin tahu rasanya, melihat dari adunannya yang dilapis-lapis dengan cream cheese pasti sedap agaknya. Sesekali mencuba sesuatu resipi yang berlainan dan baru bagus jugakan, jadi kita tahu bagaimana rasanya.
Mula-mulanya CT buat dalam cawan kek yang bersaiz kecil, banyak jugalah dapatnya dalam 20 biji gitu. Bila CT buat lagi dalam acuan muffin yang besar, CT dapat dalam 14 biji. Waktu pembakaran tu mula-mula CT bakar selama 25 minit, jadi macam perang sedikit cream cheese atas tu. Untuk yang kali keduanya, CT kurangkan masa pembakaran kepada 20 minit, cantik molek kejadiannya. Tapi itupun bergantung pada oven masing-masing jugalah ya.
Macam biasa bila dah siap dibakar CT minta anak CT yang bongsu Haqim tu rasa dulu tapi banyak sangat pulak songelnya. Jadinya CT mintak pendapat anak-anak yang lain dan Suami pula. Dan jawapan dari anak-anak dan Suami... Sedaplahhh! hehehe. Suami CT suka sangat-sangat dan bertambah makannya, Alhamdulillah. Memang sedap cukcake ni, teksturnya lembut dan jika dimakan semasa masih hangat lebih sedap lagi rasanya pada CT. Untuk adunan filling cream cheese tu, adunan asal untuk gula kastor hanya menggunakan 2 sudu besar, tapi CT tambah kepada 4 sudu besar sebab CT rasakan 2 sudu besar terlalu sedikit untuk jumlah adunan yang digunakan. Dan untuk batter pula, adunan asal menggunakan sour cream sebanyak 3 sudu besar tapi CT gantikannya dengan 4 sudu besar buttermilk.
Penyediaan resepi ini sangat ringkas dengan hanya mengunakan whisk saja, tak payah gunakan mixer jadi sangat mudah dan cepat. Tapi kalau nak guna mixer juga pun apa salahnya ye tak. Sekiranya ada teman-teman yang tertarik untuk mencuba atau teringin merasa kesedapan cupcake ini sendiri, silalah semak resipi kat bawah tu ye. Resepi asalnya adalah dalam bahasa Italy, tapi CT dah translate kan kepada bahasa melayu.
Seperti yang CT beritahu pada hari Isnin lepas, hujung minggu ni CT akan bercuti-cuti Malaysia sekejap iaitu dari Ahad hingga Selasa, jadi Dapur CT akan ditutup buat sementara waktu sepanjang minggu tu rasanya, sebab bila dah balik bercuti pasti penat dan banyak kerja menunggu kan. Jadi CT ambik masa untuk berehat lagi. Tapi seminggu selepas tu nanti kita berjumpa lagi ye. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....
Red Velvet Cream Cheese Cupcake
Resepi olahan Che CT
Bahan-bahan (batter) :
1 cawan + 2 sudu besar tepung gandum
2 sudu teh serbuk koko
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan minyak sayuran / minyak jagung
2/3 cawan gula kastor
1 sudu teh cuka masakan
1 biji telur gred A
1 sudu besar pewarna merah
3/4 sudu teh esen vanila
4 sudu besar buttermilk /sour cream
Filling (cream chese) :
125 gram cream cheese - dilembutkan
4 sudu besar gula kastor
2 sudu besar telur - pukul lembut dan bahagikan
1/4 sudu teh esen vanila
Cara-cara :
1. Panaskan oven 175' C. Susun muffin cup dalam loyang dan ketepikan.
2. Pukul cream cheese dan gula dengan whisk hingga licin (smooth). Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati. Ketepikan.
3. Kacau minyak sayuran/jagung, gula kastor, cuka, telur, pewarna merah, buttermilk/sour cream dan esen vanila dengan whisk sehingga sebati.
4. Tambahkan tepung dan kacau lagi sehingga sebati saja. Jangan overmix.
5. Sudukan adunan merah anggaran 1 1/2 sudu besar kedalam acuan muffin. Tambah pula 1 sudu besar adunan cream cheese atasnya. Kemudian sudukan 1 sudu besar adunan merah lagi. Dan tambah lagi 1/2 sudu besar adunan cream chese lagi atasnya.
6. Ulang hingga semua adunan habis. Bakar kira-kira 20 - 22 minit atau hingga masak. Biarkan dalam loyang muffin selama 5 minit dan sejukkan atas rak dawai sepenuhnya. Enak juga dihidang semasa hangat bersama secawan kopi.
3. Kacau minyak sayuran/jagung, gula kastor, cuka, telur, pewarna merah, buttermilk/sour cream dan esen vanila dengan whisk sehingga sebati.
4. Tambahkan tepung dan kacau lagi sehingga sebati saja. Jangan overmix.
5. Sudukan adunan merah anggaran 1 1/2 sudu besar kedalam acuan muffin. Tambah pula 1 sudu besar adunan cream cheese atasnya. Kemudian sudukan 1 sudu besar adunan merah lagi. Dan tambah lagi 1/2 sudu besar adunan cream chese lagi atasnya.
6. Ulang hingga semua adunan habis. Bakar kira-kira 20 - 22 minit atau hingga masak. Biarkan dalam loyang muffin selama 5 minit dan sejukkan atas rak dawai sepenuhnya. Enak juga dihidang semasa hangat bersama secawan kopi.
Salam CT, nampak sedap dan mudah menyediakannya...saya ambil dulu resepi nya ya..
ReplyDeleteAssalamualaikum salam sejahtera di pagi jumaat..pehh pg2 masuk sini..mmg kenyang dibuatnya...nakkkkk 4 ketul VCCC dgn air sekali...bila nak buat ni....akk kalu kukus rasanya ok tak cas oven saya mcm buat hal lah....
ReplyDeletehmm.. nampak sungguh menarik Che CT..
ReplyDeletesungguh menggiurkan ditambah foto yang sangat memikat kak CT...
ReplyDeleteowhhh.. letak cheese camtu jadinye ye.. tapi still nampak menggiurkan.. :D
ReplyDeleteSelamat bercuti kak CT & family...nanti update blog ye...Sedap nampak sebab ada cheese...
ReplyDeleteWah wah wahhh ....!! Kak CT kita breakfast menu omputeh lah hari nie.
ReplyDeleteMenarik sungguh! Picture pun mengancam! Nina paling suka resepi yg simple gini
Nina masuk list ehh.... nanti one day Nina nak try~
Nak gi coti-coti Malaysia ehh...?
Happy Holiday to kak CT & Family
adoii cantik nya cake,, pasti enak juga yah.. selamat bercuti kak Ct, melly tunggu oleh oleh nya yah.. ;)
ReplyDeleteseksi gile cuppies nih!
ReplyDeleteSalam Kak CT,
ReplyDeleteCheese lagi nampaknya... tapi, kali ni digandingkan dengan red velvet pulak... very d creative gitu... I likeeeeee..
Salam Kak CT...dtg sini x pernah puas menjelajah..semuanya cantik belaka!!..
ReplyDeletewow.....'menggodalah' cuppies ni....saya nk try lah ye.....
ReplyDeleteAkak boleh nampak tak mcm mana I tengah drooling kat sini??? Hehehe...mengancam sungguh kek ni...lagi2 ngan cream cheese tu! Huwaaa sedap :)
ReplyDeletecomelnye cup cake redvelvet...macam ni lagi senang nk makan...Selamat bercuti kak..
ReplyDeletekecik2 senang masuk mulut kak..ada cheese lg...uittss sedapnyaa..pastu duduk depan tv..berapa ketul abis pun x sedar nie..:)..slamat brcuti kak ct..:))
ReplyDeleteResepi yg mudah...bila2 masa blh godek ni...tpi......buttermilk pulak xde stok ni...adoiii..simpn dulu ye kak ct siti..
ReplyDeleteSelamat bercuti...:-)
Salam CT,
ReplyDeletesooo cantek lah cute lagi... n sedap nye..... minta izen nak simpan ye nanti ada masa
mummy nak cuba pula..... TQ :-)D
Mesti sedap kan kak ct, sebab black bottom cupcake tu memang sedap rasanya, gud idea utk jadikan versi red velvet cc pula : )
ReplyDeleteaslmualaikum CT.. baru ada kesempatan BW.. mmg kagum tgok hasil fotografi CT.. taraf pic dalam buku2 masakan luar negara.. tak jemu memandang nya.. mmg rasa nak mencapai cup cake yg sedap tu..
ReplyDelete