
As'salamualaikum... Salam manis dan salam sayang buat semua pengunjung setia Dapur CT. Walau pun puan dapur ni jarang bersiaran di dapurnya sejak kebelakangan ni, namun masih ada juga yang sudi singgah bertamu dan meninggalkan komen yang membina untuk CT. Terima kasih juga CT ucapkan kepada yang telah sudi mencuba resipi yang CT kongsikan, Alhamdulillah semoga apa yang telah CT kongsikan memberi manfaat kepada sesiapa juga yang telah mencubanya.

Sebenarnya dua tiga hari ni, badan CT rasa tak berapa sihat sangat. Bukan tak sihat apa. Cuma CT kena selsema yang agak teruk sikit. Hidung ni asyik sok sek sok sek dan rasa nak bersin aje. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang agak basah dan sejuk kebelakangan ni agaknya. Maklumlah sekarang musim tengkujuh dah bermula. Disebabkan selsema itulah CT rasa tak selesa sangat dan mood untuk ber"gangnam" di dapur pun tak datang. Harapnya supaya selsema ni hilang cepatlah hendaknya.

Hari ini CT kongsikan resepi Brownies yang CT beri nama Wafer Cubes Brownies With Raisin yang CT olah dan ubahsuai dari resepi asalnya yang bernama Peanut Butter Snickers Brownies. Brownies ni boleh tahan juga sedapnya, ditambah pula dengan kerak-kerak diatas brownies tu yang menjadikan rasanya lebih istimewa. Asalnya resipi ni mengunakan coklat snickers, tapi CT gantikannya dengan Muzic Wafer Cubes berperisa Chocolate Hazelnut sebab wafer ni memang sedap rasanya dan disukai oleh kesemua anak-anak CT.

Kebiasaannya brownies rasa agak manis kadang-kadang tu terlalu manis hingga rasa manisnya tu boleh rasa hingga ke akar gigi. Tapi resepi yang CT buat ni CT telah kurangkan sukatan gulanya supaya rasa manisnya tu sedang-sedang aje. Bersesuaianlah rasa manisnya tu dengan selera CT dan family yang tak berapa gemar rasa yang terlalu manis. Seperkara lagi, CT juga tambahkan kismis hitam didalamnya dan oleh kerana kismis yang CT beli agak besar saiznya, jadi CT potong-potongnya menjadi ketulan-ketulan yang kecil. Bila digigit brownies ni dan tergigit kismis didalam tu terasa kombinasi rasa yang sedap tauu!! This brownies touch crispy on the top but soft, chewy, and richly chocolaty when you bite them... hehehe.. promote dengan speaking london sikit hehehe.

Okeylah jika ada yang berminat untuk merasa kesedapan brownies ni dan ingin mencubanya sendiri silalah semak resipi di bawah tu ya. Dan satu lagi, kalau nak gantikan wafer cubes tu dengan coklat snicker seperti resepi yang asal pun boleh juga. Pendek kata, tepuk mixer tanya selera hehehe. Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa....
Wafer Cubes Brownies With Raisin
Resepi olahan Che CT
Bahan-bahan :
125 gm coklat masakan tanpa gula - potong dadu kecil
3/4 cawan mentega
1 ½ cawan gula kastor
3 biji telur - dipukul perlahan
1 sudu teh vanila ekstrak
1 cawan all purpose flour / tepung gandum
50 gm kismis hitam
80 gm wafer cubes cohocolat hazelnut - kerat kepada 2
Cara-cara :
1. Panaskan oven kepada 180' C. Alas loyang 8 × 8 inci dengan kertas minyak dan ketepikan.
2. Cairkan coklat dan mentega dalam mangkuk besar dan kacau selama 3-4 minit atau sehingga mentega dan coklat cair.
3. Tambah gula kastor, telur dan vanila ekstrak dalam coklat dan kacau rata sehingga gula sebati. Secara beransur-ansur tambahkan tepung dan kismis hitam. Kacau sehingga rata.
4. Tuang ½ adunan ke dalam loyang dan taburkan wafer cube chocolate hazelnut dan tutup dengan ½ baki adunan brownies. Bakar selama 30-35 minit. Jangan terlebih bakar (OVERBAKE).
5. Pindahkan ke rak dawai dan biar sejuk sepenuhnya baru dipotong dan hidang.


As salam kak ct,
ReplyDeleteMenarik nmpk brownies akak nie....nmpk plak rekahan2 tang atasnya tu.....mmg cun lah....rasa pun msti sedap nie kan....:-)
walaikumusalam..yang rekah2 tu yang sedap Asyifa :)
Deletewah Ct atas brownies ada wafer lagi ni mmg best, dah lah brownies tu sedap tambah wafer lagi best ni mesti di cuba rugi ni kalau tak try...
ReplyDeleteBagi pengemar wafer boleh cuba ni kak Noor, nak letak coklat snikers pun boleh juga. ikut seleralah nak letak apa..
DeleteSalam CT, walaa...nak try ke tak nak try ke tak?
ReplyDeletewalaikumusalam Masita, jika suka dan minat bolehlah cuba :)
DeleteMorning kak ct....dapp nyer...pagi2 nmpak brownies ni....lme x buat...:-)
ReplyDeleteSalam pagi Sury, sesekali bf macam ni, sedap ler hihi
Deleteassalammualaikum kak ct....
ReplyDeletebrownies kesukaan semua orang di rumah mimie...
tp mimie tak pernah buat brownies yang gunakan raisin,,,
nak try jg nanti...
syukran sdh bagi resepi... ^_^
walaikumusalam Mimie, ikut citarasa nak perbagaikan resipi. Alhadulillah..moga diberkati hendaknya.
DeleteSalam Ct...wah kelas lah brownie nie ...hehe kaya dengan coklat ..i like it..
ReplyDeletewalaikumusalam Noor, kalau peminat coklat pasti suka kan :)
DeleteWaaa... menggoda jiwa dan raga...
ReplyDeleteHehehe...itu yang nak dengar tu Gee :D
Deleteresep ini patut dicoba kak
ReplyDeletejika ada waktu Insya Allah saya akan buat..
Rina, jika berkesempatan boleh dicoba juga nanti ya :)
Deletelooks really yummy!!!!
ReplyDeletethanks Nabila :D
Deletesemoga akk segera sembuh...bykkn rehat ye :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah beransur sihat. Terima kasih Mas :D
Deletemoga cepat smbuh kak Ct,kita ni pun tgh dilanda selsema, kepala rasa berat N hangat je, hidung berair tu toksah cakaplah...mmg tak selesa.
ReplyDeletesedap nye brownies...(pssstt!!,kita selalu makan je, tp tak pernah buat lagi..hehe)
Sedapnya Brownies tu.. mesti cuba! :D
ReplyDeleteAssalamualaikum Che Ct,
ReplyDeletelama tak jengok rupanya dia selsema... Alhamdulillah 2-3 tahun belakangan ini Amie jarang sangat selsema (boleh katakan tidak kena selsema), Amie tak perasan tentang selsema ni sejak Amie minum Inner Shine, selepas 2 minggu minum, rasa sangat selesa, tak sakit kepala dan yang hairannya tidak bersin. Amie pun minumlah setiap hari, tapi dibantu pula oleh anak-anak ha ha ha hah kos pun melambung naik 3-4ratus sebulan! Oleh sebab seronok sangat tak kena selsema dan sakit kepala, Amie pun mula minum air panas suam, dan syukur setelah tak minum Inner Shine lagi, Amie tak ambil makanan / minuman sejuk selsema tak pernah datang sampai hari ini walaupun cuaca sejuk, dan lagi Amie tidur malam memang guna air-cond.
as salam..., wah, nampak sedap sbb mcm nyum3x.....kena cuba ni... thnx sharing ^_^
ReplyDelete