Assalamualaikum.... Salam manis buat semua teman-teman dan pengunjung setia yang bertamu menceriakan Dapur CT. Sekejap saja rasanya kita sudah melepasi pertengahan bulan November, maknanya sudah dua minggu juga anak-anak bercuti. Memang tidak terasa masa yang berlalu bila sehari-suntuk mengadap pelbagai kerenah anak-anak dirumah. Dalam keriuhan anak-anak yang bercuti ni, aktiviti yang terlebih buat dari hari biasa adalah aktiviti memasak. Maklumlah anak-anak ni bukannya reti mulut tu nak duduk diam. Ada aje yang dimintanya jadi mamanya pun turut sama lah kena tempiasnya. Cuma kadang-kadang tu hasil yang di masak tak sempat nak di posing masuk blog dah habis di makan anak-anak hehehe.
Tanpa bercerita lebih panjang, kita berbalik kepada resipi yang CT kongsikan hari ini iaitu hasil perkongsian dari geng masak-masak yang menetap di Jepun kerana tugasan suami. Begitulah pengorbanan murni seorang Isteri dan juga ibu yang tidak berbelah bagi demi kebahagiaan suami dan anak-anak yang tercinta. Apapun CT ucapkan terima kasih buat Ros Jintanmanis untuk perkongsian resipi yang sedap ini.
Bercerita bab kek cheese ni, CT memang dah lama juga nak membuatnya sebab suami CT memang suka dengan cheese cake tak kira cheese cake macamanapun. Ditambah lagi kalau dapat buat Cotton Soft Japanese Cheesecake tu lagilah sedap. Tapi selalunya bila dah beli cream cheese tu, hasilnya jadi ke lain pulak. Tapi untuk resepi ni, kebetulan ada lebihan cream cheese dalam peti sejuk tu, jadi CT habiskan lah semuanya untuk resepi ini. Dalam resipi asal mengunakan 100 gram cream cheese saja, tapi oleh kerana CT sayang nak tinggalkan lebihan tu, CT masukkan kesemuanya 125 gram tu. Untuk bahannya pula, CT gantikan tepung gandum kepada tepung kek. Untuk loyangnya pula, jika tidak ada loyang springfoam, boleh juga gunakan loyang biasa.
Dalam resipi asal, Ros ada buat lorekan coklat di atas adunan kek tu, tapi CT tidak buat. Sebab plan asal memang nak letak Blueberry Topping. Jadinya CT gantikan lorekan coklat tu dengan blueberry topping. Tapi kalau ada yang nak buat cara Ros boleh juga, klik saja link Ros kat atas tu ye. Selalunya kek yang melibatkan cream cheese ni lebih sedap dimakan setelah disimpan dingin dalam peti sejuk terlebih dahulu. Sejuk aje terasa cheese tu masuk ke tekak wallahhhh! memang sedap hehehe.
Bagi penggemar cheese kek, jangan tunggu lama-lama ya. Kalau nak mencuba, sila semak resipi yang CT kongsikan dibawah ni ye.Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa............
Yogurt Cheese Cake With Blueberry Topping
Resepi olahan Che CT
Bahan A :
125 gram cream cheese
30 gram mentega
20 gram gula kastor
3 biji kuning telur gred A
2 sudu besar plain yogurt
Bahan B :
40 gram tepung jagung
20 gram tepung kek
20 gram susu tepung /skim milk
Bahan meringue :
3 biji putih telur gred A
40 gram gula kastor
1 penutup esen vanila
Topping :
Blueberry topping
Cara-cara :
1. Alas dasar loyang springform 18 cm dengan baking sheet dan sapukan mentega di keliling loyang dan bakar guna kaedah water bath. Letakkan air pada loyang yang besar sedikit dan panaskan pada suhu 160 - 170' C. Bergantung pada oven masing-masing.
2. Bahan A : Putar cream cheese bersama gula kastor dan mentega hingga lembut. Masukkan pula kuning telur dan pukul hingga agak kembang, selepas itu masukkan plain yogurt dan sebatikan dalam adunan.
3. Satukan semua bahan B dan kacau menggunakan sudu, pastikan sebati. Masukkan adunan tepung ke dalam Bahan A dan kacau sebati, ketepikan.
2. Untuk meringue: pukul putih telur hingga berbuih, baru masukkan gula sedikit-sedikit. Pukul hingga betul-betul kental dan menjadi meringue, cara nak tau putih telur tu dah betul kembang, bila kita terbalikkan bekas adunan, putih telur tu elok terletak dan tidak jatuh.
3. Bahagi adunan meringue pada 3 bahagian dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi sedikit demi sedikit dengan menggunakan kaedah kaup balik. Jangan terlalu lama mengacau meringue, takut overmix. Pastikan meringue betul-betul sebati dalam adunan kek dan jangan gunakan mixer, gunakan senduk kayu atau spatula. Akhir sekali masukkan esen vanila dan sebatikan dalam adunan.
4. Tuang adunan dalam loyang kek springfoam. Balut bahagian bawah loyang hingga separuh ketinggan loyang dengan alumunium foil supaya air tidak termasuk dalam loyang.
5. Bakar selama 40 ke 45 minit atau sehingga permukaan kek menjadi perang. Sejukkan atas rak dawai dan sapukan dengan topping blueberry, setelah sejuk baru masukkan ke dalam peti ais selama 2 hingga 4 jam baru dipotong. Hidangkan sejuk baru sedap dimakan.
Sedap ye! Topping dia menggoda
ReplyDeletePepagi tayang kek cis ni......:-)mmmg wala lh kak ct...dh lh topping tu melimpah ruah je....makin lh menguda....heee...acuan tu sz brape ek cam tinggi je kek tu...
ReplyDeleteOwhhh 18 cm rupe nyerr...terlepas baca pulakkk....hihi
ReplyDeletesungguh menggoda...lg pulak guna sikit je krim cis... best nye
ReplyDeleteSalam kenal CT.... suka resepi ni... insyallah nak cuba...dh beberapa resepi dari blog CT saya cuba..alhamdullilah..berhasil dengan baik. TQ.
ReplyDeletesalam kak ct. sedapnyer nampak kek ni. gonna try it soon. salam perkenalan
ReplyDeletesalam kak ct.. ada lagi tak?bak sini sepotong hihi
ReplyDeletesalam & morning kak ct
ReplyDeletepepagi udah bikin tina terliur kikiki, nampak sangat lah menarik, adunan ni tak banyak kan kak ct, sebab tgk cheese dia separuh je
cantik gambar kak ct, mcm web omputeh =)
meleleh air liur tengok ciskek kak ct,,,,, ^_^
ReplyDeleteAsslmkum kakakku yang amnisss..
ReplyDeleteChese cake...Pejam mata jaa la..Telan air liur..huhuhu..
amboiii ct.. sedapnya yugurt cheese kek ni.. terliur tengok topping dia..
ReplyDeleteassalam CT..
ReplyDeletemeleleh2 blueberry filling tu buatkan airliur ku pun meleleh sama... mujur meleleh takde isi mcm jassnani tu.. kalau tak harus kena buat.. takpun kena pegi carik kat umah CT jap lagi.. hehehe...
salam kak siti,
ReplyDeleteTerliur tengok cheese kek tu.
Susu skim tu sama ke ngan susu kotak biasa tu...
walaikumusalam Hilmirda, susu skim milk tu susu segar dalam kotak.
Deletesalam kak ct...
ReplyDeleteaduh kak... sy pantang nampak kek yg ada cheese2 ni... comfirm teringin! simpan resepi In Sya Allah ada masa nak buat la... :)
Tak tahannnn...1
ReplyDeleteSalam Kak CT,
ReplyDeleteKemarin saya tinggalkan komen tapi tak muncul ternyata. Saya izin halal resepnya ya kak kebetulan di rumah masih ada creamcheese dan yogurt jadi mau langsung dibuat, yang saya tanyakan apakah sendok besar sama ukurannya dengan sendok makan? makasih sebelumnya kak CT sayang...
walaikumusalam Hesti..maaf lambat reply komen disini. silakan dicoba Hesti, moga resep ni dipanjangkan2 lagi ya.
Deleteuntuk senduk besar tu memang sama dengan senduk makan atau di sini panggil sudu makan.
salam super sahabat,
ReplyDeletetetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)
wah...dasyat skill foodographynyer...cantik gambar2 u amik...cantik sgt..kite blogging amik gambar pakai ipad jer..huhu...
ReplyDeletekunjungan gan , bagi-bagi motivasi
ReplyDeletesemoga menjadi semangat .. :)
Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.
salam... sedap dan cukup menarik
ReplyDelete