Monday, December 10, 2012

Chocolate cake & Happy B'day Haqim


This was for my son's 9th Birthday. He wished for a very simple cake with colorful M&Ms so Mama think of something and tadaa.. here's the result. Anyway, hoped that he enjoyed it and love from Mama forever muahhh!


Assalamualaikum... salam rindu dan salam keceriaan buat semua teman-teman. Rinduuuuuu sangat-sangat untuk bersiaran di laman blog ini. Alhamdulillah, syukur sebab diberi kekuatan untuk update blog pada hari ini. Kalau masih juga gagal untuk di update hari ini, ada kemungkinan yang CT akan buat keputusan untuk bercuti selamanya nanti hehehe. Maklumlah dah seminggu lebih Che CT bercuti-cuti bermalas-malasan sakan. Nak mulakan balik tulah yang malas sangat rasanya hehehe. CT harap penyakit 'M' ni tak berulang kerap kerap sangatlah hendaknya. Dan lain kali kalau nak berehat pun tak boleh berehat lama-lama sangat supaya momentum nak bermula semula tu masih teguh.


Seperti yang CT ucapkan mula-mula di atas tu, sebenarnya kek ni CT buat untuk anak bongsu CT, Haqim, sempena ulangtahun hari lahirnya pada 4hb Dec yang lepas, menginjakkan usia anak manjaku ini genap 9 tahun. Biasanya Haqim ni banyak sangat permintaannya. Tapi kali ini dia cakap awal-awal tak nak susah-susahkan mama katanya. Dia cuma minta dibuatkan kek coklat yang lembut dan deco yang simple aje. CT pun buatkan lah kek coklat biasa aje seperti permintaannya dengan deco yang simple. Malahan topping coklat atas tu pun Haqim sendiri yang menaburnya hehehe.


Topping coklat tu, CT gunakan coklat M&M yang bersaiz kecil supaya nampak lebih padat warna-warninya dan nampak lebih ceria walaupun simple. Ye lah, si pemintanya nak yang simple, jadi CT buat yang simple ajelahkan hehehe. Resipi ini CT cuba dari buku "Barefoot Contessa at home" dari - Ina Garten. Siapa tidak mengenali Ina Garten dalam rancangan masakan AFC kan. Cuma CT ubah buttercream tu daripada resipi asalnya chocolate buttercream kepada blue buttercream. Sesuailah warna biru untuk Haqim tu kan. Asal jangan Pink sudah hehehe


Okeylah CT berhenti di sini dulu. Kepada yang berminat untuk mencuba resepi kek coklat ini silalah semak resepinya dibawah tu ye. Bukan saja sesuai untuk majlis tapi kalau nak buat untuk dihidangkan pada tetamu yang dirancang pun boleh juga. Sampai jumpa lagi nanti, salam sayang dari CT.. daaaaa..


Chocolate cake

Bahan-bahan :
1 3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kaster
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil baking powder
1 cawan buttermilk
1/2 cawan minyak sayuran/jagung
2 biji telur gred A
1 sudu teh vanila ekstrak
1 cawan segar kopi panas (nescafe)

1 cawan gula-gula coklat untuk hiasan

Cara-cara :
1. Dalam mangkuk besar ayak bersama tepung, gula kaster, serbuk koko, baking soda dan baking powder. Ketepikan
2. Dalam mangkuk besar masukkan buttermilk, minyak jagung, telur dan vanila. Pukul bahan-bahan menggunakan Mixer pada kelajuan rendah supaya bahan-bahannya jadi sebati sahaja.
3. Tambah bahan-bahan kering dan kacau sebentar lagi. Perlahan-lahan tuangkan kopi panas dan kacau rata.
4. Gris loyang 23 cm dengan butter dan lapik dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180° C selama kira-kira 35 - 40 minit sehingga masak. Cucuk dengan lidi sate, jika lidi keluar bersih tandanya kek dah masak. 
5. Sejukkan kek di atas redai kemudian hiaskan dengan buttercream dan toppingnya.


Buttercream :
250 gm mentega - lembutkan
3 cawan gula aising - ayak
2 sudu kecil esen vanila

Cara membuatnya:  Putar mentega hingga lembut, kemudian masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan putar lagi. Masukkan esen vanila dan putar lagi sehingga berkrim dan licin.


Note: The cake recipe comes from the book "Barefoot Contessa at home" the author - Ina Garten.



32 comments:

  1. as salam kak ct..cantik..sedap eh...rajin kak ct deko..leh bukak kedai nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam Norzila, belum boleh bukak kedai lg masih kena study lagi hehehe

      Delete
  2. Selamat ulang tahun Haqim. Kek coklat mmg sedap kan..bukan anak2 aje suka, yg tukang godak kek pun tak sabar nak makan....hu..hu...hu...sy la tu orangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fazian, a'ah kek coklat semuanya suka tapi tak boleh selalu jemu nanti hehehe

      Delete
  3. salam kak ct ku sorang nih, cantik bangat kek tu ye.. hehe akak ni mmg rajin dan kreatifkn suka jue tgk hasil pembuatan akak ni.. (ceewahh).. Mmg serius cantik sgt dan mesti sdp kn kn.. nk tanya akak ni topping yg berwarna-warni tu nama apa ye.. beli kt mana ye.. bila tgk kek dan deconya skali teringin sgt nk mencuba.. xsbr ni.. mintak copy resepi ye.. tkasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam..amboi puji ada makna tu ya hehehe. kak ct beli kat Jusco nama tak pasti tapi kalau cari kat bahagian timbang2 coklat tu ada Jujue. silakan mencuba ya :)

      Delete
  4. Happy birthday Haqim....semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  5. Cantik nyer. I have tried this recipe. Memang sangat moist

    ReplyDelete
    Replies
    1. you kena cuba Azie, memang mois tambah bila makan esoknya.

      Delete
  6. Salam rindu CT... cantiknya kek Haqim... Hepi b'day to you...!

    ReplyDelete
  7. happy birthday Haqim... moga jadi anak yang soleh ye cayang...
    tapi CT mana besday boy nya... tak nampak pun? hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... mudah2an termakbul doa dari Ratna, terima kasih ya. b'day boy segan tak nak keluar muka kat blog hehehe

      Delete
  8. Siang kak Ct.cantik cake nya..eh jangan lah mau cuti untuk selamanya.melly penggemar berat akak loh..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melly, In Sya Allah jika diberi kesihatan yang baik kak ct akan teruskan disini. Makasih Melly :)

      Delete
  9. Assalam CT cayang....hiasan kek yang simple....cantik, menarik, tertarik...tgk tekstur kek tu mmg moist jek eh...kena wat ni...lama dah x makan kek cokelaatttt...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam kak Ummi, memang kek ni mois kak, tambah lagi kalau makan esoknya :)

      Delete
  10. As'salamualaikum kak CT cayangg...

    amboii~~ cantiknya cake B'day Haqim :)
    Walaupun simple but sangat menarik. paling suka tang kak CT kata
    deco colour 'BIRU' tuuuu (jangan PINK sudah lah ehh...)
    Ooopsss..! terasa lak~~ sebab kan hari tuu Bday Hubby Nina deco
    colour PINK
    HEHEEE . . . . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam Nina, budak lelaki kenalah biru, kalau pink buat mama dia lah hehehe

      Delete
  11. Salam Kak Ct...cantek kek ni..
    Selamat Hari Jadi Haqim..

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Lahir untuk anak Kak CT......tengok kek tu yang tk tahan...wpun simple tapi....nice je!!!!. Sentuhan Kak CT memang terbaik!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Uda, jka buat dengan penuh kasih sayang pasti menjadi dengan baik, In Sya Allah

      Delete
  13. slmt hari buat Haqim..moga jdi anak yg soleh..

    btuahnya dpt mak yg pndai buat kek ni..cantik sggh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima aksih Qasey, nasib baik Mak dia boleh buat kek, kalau tidak main beli aje hehehe

      Delete
  14. Happy b'day haqim..... keknya cantik ilove blue....

    ReplyDelete
  15. Happy b'day haqim..... keknya cantik ilove blue....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makasih Tati, sesuai dengan jiwa anak lelaki biru kan :)

      Delete
  16. Dah lama betul tak dapat jalan jalan.. windu weii.. memang betul kata KCT.. kalau dah rehat dari berblogging.. nak start balik punya lah malas.. lately nak take pic i also malas.. tak tahu kenapa.. not much time to play huhu

    Happy belated bday to Haqim! dah 9yrs old ruper nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rima memang betul kan, kalau dah cuti nak gerakkan tangan pegang mixer macam malas sangat. tapi bila dah mula payah nak stop hahaha

      yalah Haqim dah 9tahun kak ct pun dah semakin old auwww!! seram dengar hahaha

      Delete
  17. salam CT Delima, sy baru disini.. salam perkenalan. kek cantik sgt lebih2 lagi i like the blue colour. Boleh tanya sikit? tentu nya cake coklat di belah dua terlebih dahulu kan? boleh saya tahu krim putih di tengah tu krim ape? adakah butterkirm juga yang belum letak pewarna biru? maaf byk tanya, sbb nk cuba buat kek ni.. terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...