Wednesday, December 12, 2012

Jelly Milky Pudding


Assalamualaikum... Salam ceria, salam manis dan selamat bertemu kembali dari Che CT buat teman-teman semuanya. Apa khabar teman-teman? CT doa kan semoga kita semua sentiasa sihat sejahtera hendaknya ye. Kalau rasa tak sedap badan dan seperti nak demam-demam tu cepat-cepatlah berjumpa doktor. Cepat-cepat makan ubat sebelum melarat. Kalau jadi teruk nanti yang susahnya siapa. kitaaaa juga ye tak hehehe.


Hari ini CT nak berkongsi satu resipi pudding yang CT olah dan eksperimen kan sendiri. Kiranya resepi ni hasil bermain-main dengan minda dan kreativiti sendiri lah ni. Bukan apa, sebenarnya CT terpandang gambar pudding yang menarik hati CT dalam blog Aunty Yochana masa CT meng google mencari resipi jelly. Tapi kat situ tidak disertakan resipinya. Tapi macam biasalah, jika kita telitikan pada gambarnya pasti kita boleh cuba mencipta sendiri resipinya ber asaskan dari apa yang kita lihat dan bayangkan. Gambar pudding yang CT nampak tu namanya Red Ruby Jelly, tapi resepi yang CT buat hasil olahan CT ni, CT namakannya sebagai Jelly Milky Pudding. Puding macam ni memang enak dan sesuai kalau dinikmati dikala cuaca panas. Tapi kalau nak makan waktu cuaca sejuk-sejuk pun boleh juga kan, tidak ada salahnya pun hehehe.


Pada mulanya, CT nak guna serbuk agar-agar sebagai kiub dalamnya. Tapi macam tak kena pulak dengan jodol resipi yang CT nak beri tu. Jadi CT cari dan selongkar pantry dan terjumpa dua bungkus jelly seperti yang CT mahukan, Alhamdulillah dipermudahkan untuk CT mencuba projek ni betul tak. Dan tak payah bersusah-susah berfikir, CT ikut aje cara nak menyediakan jelly tu mengikut pada cara-cara yang tertulis pada bungkusannya tu dan hasilnya okey menjadi cuma jelly tu seperti sedikit kenyal. Mengikut hasil yang CT dapat tu, CT sarankan supaya dikurangkan sedikit sukatan serbuk jelly daripada sukatan seperti yang disarankan pada bungkusannya tu supaya kekenyalannya tu berkurangan sedikit.


Tapi seperti biasa bab melapisnya tu perlukan sedikit kesabaran dan ketelitian lah ye, supaya susunan jelly tu nampak elok sedikit. Tidaklah semuanya nampak berkumpul setempat dibawah nanti. Mula-mula letak sebahagian jelly kiub tu dalam acuannya, kemudian sendukkan adunan puding susu kedalamnya. Tunggu sebentar supaya adunan tu mengeras sedikit (berkulit) sebelum meletak susunan jelly yang seterusnya dan tuangkan lagi adunan puding susunya. Sementara nak tunggu puding susu mengeras sedikit  sebelum dituangkan lapisan yang lain di atasnya, kita kacau-kacaulah perlahan puding susu yang dipanaskan dalam periuk tu supaya tidak mengeras. Kemudian kita ulang lagi proses seperti yang mula-mula tadi sampailah selesai. Bila dah siap, biar dulu supaya panasnya turun menjadi suam-suam, baru masukkan dalam peti sejuk untuk di dinginkan sebelum dihidangkan buat keluarga tersayang.


Dari cara penyediaannya seperti yang CT terangkan kat atas tu, nampak senang dan mudah aje nak membuatnya kan. Jadi kalau ada yang beminat tu bolehlah mencubanya nanti ye. Okeylah CT berhenti di sini dulu dan sampai kita berjumpa lagi nanti, salam sayang dari CT.. daaaaaa


Jelly Milky Pudding
Resipi Olahan Che CT

Bahan Puding Susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
4 cawan susu cair
1/2 cawan air

Bahan Jelly:
1 bungkus jelly serbuk Konnyaku
200 gm gula pasir
1000 ml air
pewarna hijau, oren, ungu dan biru

Cara-cara :
1. Sediakan acuan yang sesuai dan basahkan sedikit dengan air dan ketepikan.
2. Masak jelly serbuk seperti yang disaran dalam bungkusan dan kacau sehingga mendidih. Bahagikan kepada 4 bahagian dan letak pewarna yang digemari. Biarkan sejuk dan dipotong kiub, ketepikan.
3. Masak pula puding susu dengan api sederhana dan kacau sentiasa sehingga mendidih. Angkat.
4. Letak sebahagian potongan jelly kiub didalam acuan, sendukkan perlahan-lahan adunan puding susu diatasnya, biarkan sekejap hingga permukaan puding susu berkulit sedikit.
5. Letak lagi potongan jelly di atas puding susu dan tuangkan perlahan-lahan lagi puding susu dan ulang proses tersebut sehingga adunan puding susu yang terakhir menutupi keseluruhan jelly. Tunggu hingga pudding suam sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Hidangkan ketika dingin.



33 comments:

  1. saya pernah nampak agar-agar seakan ini di blog Suejoshua cuma Sue guna sumijelly. Bteullah Kak Ct, kalau tak ikut cara Kak Ct tu boleh tenggelam ke bawah semua keli tukan.. sy nak buat entah bila ya, malam nanti kot.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya..tak pasti pulak. tapi jika guna jeli dia kenyal2 manja gitu sedap juga Seri..

      Delete
  2. Replies
    1. comel macam kak ct hehehe. silakan mencuba ya :)

      Delete
  3. wow cantiknyer.. Pandai akak buat nnti Jue nak try la harap2 menjadi.. Nanti jue mintak copy resepi ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika ada kemahuan pasti semuanya boleh jadikan Jujue, copy cepat2 lepas tu boleh cuba :)

      Delete
  4. Sedappp nyer kalau dapat sepotong tu! makan lak sejuk-sejuk~~
    Ada lagi tak kak CT?? hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tinggal sepotong aje lagi Nina hehehe, gi buat sekejap aje dah siap :D

      Delete
  5. As salam CT, I pernah buat puding ni mengikut resepi dlm blog omputih. Entah macam mana silapnya, jelly yg putih tu tak mengeras, jadi satu loyang besar dah masuk ke tong sampah. Ingat nak sambung projek tapi hingga kini tertangguh. Yang ada hanya gambar colourful jelly jer. Bila tengok CT buat, terasa nak menyambung projek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam Azie, ct pun ada ambil resipi dari blog minah saleh tapi dia guna gelatin. sebab tak pasti mana nak beli dan halal ct ganti aje dengan agar2. so you boleh cuba yang ni Azie.

      Delete
  6. Salam..puding Kak Ct tu sungguh menarik..alahai tergoda dibuatnya...pernah gak buat yg macam ni tp sebab excited sgt x tunggu sejuk dulu terus campur akhirnya jelly tu cair he3 lucu dh jadi lain..xpe nanti kita nk cuba resepi Kak Ct dan ikut tips yg diberikan...tahniah akak..so sweet..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam Leen, jika tak sabar mesti akan jadi macam tu kan, tapi tak apa cuba lagi ya :)

      Delete
  7. salam kak ct,
    pic yg last tue sangat cantik..jelly pun nampak sedapp..warna warni lagi..zila suka puding2 mcm nie..tp ank n huby mcm kurang sikit..tue yg agak malas nk buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam ..terbalik pulak kat rumah kak ct semuanya suka, apa saja puding semua layan Zila hehehe

      Delete
  8. akak bekenan lah kat pudding ni boleh lah try nanti CT tu lah kalau orang expert tengok gambar pun dah tau cemana nak buat kan hebat lah Ct

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Noor, meh cuba kak senang banget penyediaannya. Bukan semua ct boleh buat macam tu kak Noor :)

      Delete
  9. Salam kak ct...cantik sgt..mcm lilin kat SSF...hehe..mmg berkenan sudah :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam Asmah, belum pernah jumpa lilin tu, ssf pun tak sampai lagi hehehe

      Delete
  10. Salam kak ct...dulu mmg suka buat puding jelly ni...tpi sury guna cumi jelly yg budak2 suka mkn tu...resepi main cmpak2 je...pndi mgolah cntek lh kejadiannya kan...mcm puding kak ct ni mmg kreatif...cantek...semesti nya sedappp dh larisss...kejap je dh habis kn.....lme dh x ke sini pjg lebar pulak komen....heeee...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam..Sury dah ada rumah baru ya cantik berseri2 lagi. Apa kata serikan dengan puding cantik ni eh hehehe. komen panjang tu mood elok lah kan :)

      Delete
  11. Replies
    1. Hai Sashy, sebab ada warna warni gitu kan :)

      Delete
  12. cantik & menarik... segar dihidang sebagai pencuci mulut kan CT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ratna, pencuci mulut jika dihidang dingin rasa nyaman masuk tekak..lagi cuaca panas :)

      Delete
  13. cantik pudding nya.melly permah buat dulu tapi pakai santan bukan nya susu..lain kali mau coba resepnya kak ct.. ;)

    ReplyDelete
  14. cantiknye puding 2..warne warni lagi..nk try la..

    ReplyDelete
  15. as salam kak CT..wah menarik nie..nak cubalah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...