Assalamualaikum... Salam kesejahteraan dan salam ceria buat pengunjung setia Dari Dapur CT. Nampaknya bersua kita kembali pada hari Isnin ini dengan menu kuih melayu pulak hari ni ya. Dah agak lama juga CT tidak berkongsi resipi kuih muih melayu buat tatapan teman-teman kan. Tambah lagi Suami CT juga memang dah lama mintak CT buatkan kuih muih tradisional jadi dengan rajinnya CT membuatnya dan dapatlah untuk dikongsikan resipi Kuih Cek Mek Molek dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini tetapi dengan inti yang CT ubahsuaikan dengan selera CT.
Sebenarnya sebelum membuatnya CT search terlebih dulu di Google untuk mendapatkan maklumat tentang kuih ni sebab CT tak pernah membuatnya lagi. Dan dari maklumat yang dipaparkan, kuih ini menggunakan gula pasir sebagai intinya. Tapi bila CT baca komen-komen yang dibuat oleh mereka yang pernah mencuba membuat kuih ini dulu, nampak macam payah pulak nak letak inti gula tu. Kalau tidak diletak betul-betul akan terkeluar gula tu bila kita menggorengnya. Jadi memandangkan CT ada menyimpan stok inti serunding, CT pun gantikan lah dengan inti serunding saja didalamnya, Alhamdulillah selamat akhirnya dan boleh tahan juga rasanya.
Sebelum ni CT dan family tak pernah cuba merasa lagi kuih ni. Tapi macam pernah ternampak orang menjualnya, tapi masa tu CT cuma pandang aje dan tak tahu pun nama kuih tu kuih Cek Mek Molek hehehe. Kiranya ini baru pertama kali CT membuat dan makan kuih ni, jakunnya kan hehehe. Hasil percubaan membuat kuih ini dengan menggunakan inti serunding, rasa kuih ni seakan-akan kuih cucur badak. Mungkin di lain kali CT akan cuba menggunakan inti yang asal iaitu gula. Tapi yang inti serunding ni pun boleh tahan sedap juga rasanya. Anak-anak dan suami pun suka juga akan rasanya... Alhamdulillah.
Nanti CT nak cuba cari resipi kuih muih tradisional dari negeri lain pulak, dan bila dah berhasil nanti bolehlah CT panjangkan pula resepinya di sini untuk manfaat teman-teman semua dan boleh juga digunakan untuk rujukan CT sendiri juga nanti. Dan mungkin juga anak-anak CT boleh turut sama mencubanya juga satu hari nanti.
Okeylah CT mohon berundur diri dulu, kita terus pada resipi Kuih Cek Mek Molek berinti Serunding di bawah ya. Sampai jumpa lagi nanti, InsyaAllah. Salam manisss dari CT. Daaa.....
Kuih Cek Mek Molek Berinti Serunding
Resepi Olahan Che CTBahan-bahan :
3 ketul keledek sederhana besar
1 ½ cawan tepung gandum (adjust sukatan jika perlu)
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Bersihkan kulit keledek, cuci bersih dan potong 4 bahagian. Rebus dengan sedikit garam sehingga keledek empuk.
2. Bila dah empuk, toskan airnya. Lecek keledek semasa panas sehingga halus dan ketepikan.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga mendapat kelembutan doh yang diinginkan.
4. Ambil adunan anggaran 40 gm dan bentukkan bulat. Kemudian leperkan sedikit dan bubuh inti serunding ditengahnya. Tutup adunan dengan kemas dan bentukkan bujur sedikit. Buat hingga habis adunan keledek tadi.
5. Goreng dengan api sederhana hingga masak dan perang keemasan. Angkat dan toskan minyaknya dengan napkin kertas (paper towel).
Serunding Kelapa
Bahan-bahan:
½ biji kelapa parut
sedikit garam
50 gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis
Bahan Kisar :
2 batang serai
2 sudu besar cili kisar
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit kunyit hidup, lengkuas dan halia
sedikit ketumbar, jintan putih dan jintan manis
2 susu besar udang kering atau ikan bilis
2 helai daun limau purut - buang urat tengah.
Cara-cara :
1. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan wangi.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Jangan guna api besar, sederhana saje. Tunggu sehingga agak pekat sedikit.
4. Akhir sekali masukkan kelapa. kemudian terus dikacau sehingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa kemudian bolehlah diangkat.
Salam Kak Ct, macam tak percaya Kak Ct tak pernah makan dah buat kuih Cek Mek Molek ni. Sayangnya bila Kak Ct tukar dengan inti serunding dah hilang keaslian kuih ni. Memang dah jadi kuih cucur badak ni, hehehe. Lain kali taruk gula kak, tak susah pun lagilah kalau dibuat oleh org yg pakar mcm Kak Ct ni :-))))
ReplyDeleteWa'salam Seri Kandi..hehehe. Kannn.. tapi tulah kenyataan memang tak pernah makan pun. maaf juga pada orang kelate sebab dah diubah suai inti tu juga hehehe. In Sya Allah nanti cuba letak inti gula pulak ya :)
DeleteNgay lúc đi ngang qua, hắn hạ giọng nói:
Delete- Mạc Lệ Hải không dám xuất chiến, ta sẽ giết ngươi cho hả giận!
Vương Lâm cũng không nhìn đến người này, thần sắc như thường.
Nam tử mặc giáp vàng tay phải chỉ vào Vương Lâm, nói:
- Ngươi, bước ra khỏi hàng!
Vương Lâm thần sắc ung dung, đi ra đứng giữa quảng trường.
- Trong mười nhịp thở, nếu không có người ra khiêu chiến, tự ta sẽ chỉ định!
dong tam mu lậu cho thuê phòng trọ cho thuê phòng trọ nhac san cuc manh tư vấn pháp luật qua điện thoại công ty luật hà nội số điện thoại tư vấn luật dịch vụ thành lập doanh nghiệp
Nam tử mặc giáp vàng nói xong, nhắm hai mắt lại.
Gió mát thổi trên quảng trường, từng trận gió quét ngang qua, vô số y phục bị gió thổi vào, phát ra những tiếng phần phật.
Áo trắng trên người Vương Lâm theo gió thổi hướng về phía sau thân người, tóc dài trên đầu hắn phất phơ phiêu dật.
Đứng ở giữa quảng trường, Vương Lâm ngẩng đầu nhìn lên không trung, thần
Hai kak....aslmkm...ni cik mek molek dtg nk bekpes ni haa..hihi...aah mcm cucur badak kan..cuma lbh comel
ReplyDeleteWa'salam Anna Qawina..jom kita sarap sama2 cek mek molek@cucur badak, janji kenyang hehehe
DeleteComey lote cek mek molek mu CT... bak sepiring
ReplyDeleteGee.. sepiring cukup ker? tukar dengan kek marble ya..
Deletecantiknya pic2 ni... pasti sedap...
ReplyDeleteAyu Azmir, kalau yang asal letak gula pasir tapi ni letak inti serunding, sedap jugalah :)
DeleteSalam Ct...comel la cek mek molek ..saya pun tak pernah makan lagi kuih nie.
ReplyDeletemorning kak ct
ReplyDeletetina pun tak penah makan kuih ni, jadi mcm jakun pulak hehe, tapi tulah biasa jugak dgr org letak gula dlmnya
singgah sini nak rasa kuih cek mek molek serunding....mcm cucur badaklah rasanya kan...kalau mcm ni lagi senang nak makan sbb lonjong2...mmng nmpk sedap sngt..
ReplyDeleteSalam kak...mmg molek2 je kuih tu...mesti sedap ni kn...tak pernh rasa lh kuih ni..ada lg tak nk rasa sikit ni...heee...save resepi dulu nnti nk try jgk...:-)
ReplyDeletesalam CT..
ReplyDeletebetul tu kalau cekmek molek intinya gula pasir.. takdelah susah sgt nak letakkan intinya tu... cuma perlu betul2 kemas barulah gulanya tak keluar.. hehe.. CT letak inti serunding mcm ni akak teringat kat cucur badaklah pulak CT.. hehe..
salam kak CT, bila baca entry dan baca resepi memang sama mcm kuih cek mek molek tp bila akak letak inti serunding dah bertukar jadi cucur badak. hehe. Takpe jue tetap suka resepi akak sekurang2nya boleh tukar rasa sebenar kuih tu asyik letak gula je kan. Nanti jue nak mencuba la resepi akak ni. Pepehal akak tgk kat blog jue ye..
ReplyDeleteorang kelantn pun dah lama tak buat kih ni kak CT...selalu buat kat kedai aje. idea yang menarik juga tu guna serunding sebagai inti
ReplyDeleteassalamuualaikum kak ct
ReplyDeletebaru kali ni mimie tau kledek di buat kue macam ni.
biasa ubi kayu je..
ujung minggu ni nak cuba buat pulak....
terimakasih kak.... barakallah ilmunya.....^_^
Pernah makan kuih cek mek molek ni masa kecil2 dulu di kelantan.. tapi inti gula..
ReplyDeleteMungkin nak cuba resipi ini yang berinti di dalamnya. Apa-apa pon suka baca blog ni cara diam-diam dan dah follow...
ReplyDeleteBlog Qashmere
Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion
Take Care Sis
mesti sedap ni...
ReplyDeletesedapnya nampak ada inti serunding lagi mesti kena try jugak ni Ct resepi sedap ni rugi tau kalau tk try
DeleteNice blog :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....