Monday, January 21, 2013

Kek Kukus Lapis Coklat Keju


Assalamualaikum... Apa khabar, moga teman-teman sentiasa sihat dan sentiasa berada didalam rahmat Allah.. Aminnn. Lama juga Dapur CT tidak di update, ke mana saja Puan Dapur ni bersembunyi agaknya hehehe. Sebenarnya CT saje merehatkan diri sambil mencuba resipi yang baru. Selain dapat melayan selera tekak ni, dapat juga idea dan bahan baru untuk di kongsikan nanti agar yang singgah ke sini tidak jemu kan.


Untuk resepi hari ini, CT kongsikan resepi Kek Kukus Lapis Coklat Keju yang CT tertarik setelah melihatnya di blog Just Try & Taste setelah meronda-ronda di Google. Melihat pada adunan dan bahan-bahannya yang mudah untuk disediakan, terus CT simpan dulu resipinya. Esoknya dengan gigih CT mencuba dan hasilnya seperti yang CT kongsikan di sini.


Resipi asalnya mengunakan loaf pan 20 x 10 x 8 cm, tapi CT membuat 2 adunan dari resipi dibawah dan CT gunakan loyang 4 persegi 6 x 6 x 3 inci. Adunan tersebut CT bahagi kepada dua, kemudian setiap satu adunan tu CT bahagikan lagi kepada 2 bahagian. Tu yang jadi 4 lapisan. Tapi kalau teman-teman rajin, nak buat lebih dari 4 lapis pun boleh.


Tips bila nak buat kek yang dikukus begini, kawalan apinya mestilah dijaga. Apinya jangan terlalu besar sebab jika api nya besar, adunan kek akan berombak-ombak dan menyebabkan bentuk kejadiannya jadi tidak rata. Untuk mengelakkan kek kita dari berombak begitu, gunakan api yang kecil. Dan pastikan air dalam kukusan sentiasa penuh. Selalunya jika CT nak buat kek kukus, CT dah bersedia dengan air yang di didih dalam cerek. Bilamana air kukusan berkurangan, CT terus aje tambahkan dalam kukusan tu. cepat dan cekap kan. Maklumlah, kukusan CT tak besar, jadi kenalah berinovasi sedikit untuk memudahkan tugas.


Okeylah, CT berhenti sampai di sini dulu ye. Terima kasih CT ucapkan pada penyumbang resipi asal kek ini yang dapat pula CT kongsikan resepi kek ini di Dapur CT pula hari ini. Pada yang berminat untuk mencuba, bolehlah semak terus resipi dibawah ya. Dan terima kasih juga sebab sudi singgah DDCT dan meninggalkan komen juga. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....


Kek Kukus Lapis Coklat Keju
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 sudu teh emulsifier /ovelatte
125 gram gula kastar
60 gram tepung gandum
15 gram tepung jagung
4 keping keju Kraft

Bahan I:
35 gram mentega #
50 gram coklat masakan # - Cairkan cara double boiler dan sejukkan

Bahan II:
35 gram margarin - dicairkan
50 gram keju cheddar - diparut

Cara-cara :
1. Sediakan loyang dan gris dengan mentega hingga rata, alas dasarnya dengan kertas minyak dan lebihkan dibahagian tepi agar mudah untuk keluarkan kek nanti. Dan gris lagi atasnya dan tabur sedikit tepung pada permukanya. Ketepikan.
2. Didihkan air kukusan dengan dengan api sederhana. Tutup penutup kukusan dengan kain bersih yang menyerap air. Tutup rapat.
3. Sediakan mangkuk adunan, masukkan telur, gula kastor dan emulsifier/ovelatte, pukul dengan kelajuan rendah agar sebati.  Kemudian naikkan kelajuan tinggi dan pukul hingga kembang dan gebu lebih kurang 5 minit. Matikan mixer.
4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang diayak kedalam adunan telur. Kaup bailk menggunakan spatula getah sehingga tercampur rata.
5. Bagi adunan kepada dua bahagian sama banyak. Satu bahagian dicampur dengan coklat cair, gaul rata. Dan satu bahagian lagi dicampur mentega cair gaul rata kemudian masukkan keju cheddar dan gaul rata lagi.
6. Tuang adunan putih dalam loyang dan kukus adunan 20 minit dengan api sedang hingga masak. Keluarkan loyang dari kukusan.
7. Menggunakan penekan kek yang disapu sedikit mentega, ratakan permukaan kek. Susun keju Kraf diatasnya, kemudian tuangkan adunan coklat ratakan. Pastikan air dalam kukusan sentiasa cukup, jika kurang tambahkan lagi dengan air panas sebelum meneruskan kukusan.
8. Masukkan loyang dalam kukusan, kukus semula kek selama 20 minit atau hingga masak, uji dengan mencucuk dengan lidi, jika keluar bersih kek dah masak.
9. Keluarkan kek dari kukusan dan sejukkan sebentar sebelum kek dikeluarkan dari loyang. Jika kek sedikit melekat, sisir tepi loyang dengan pisau agar mudah untuk dikeluarkan. Tunggu kek hingga sejuk baru dipotong.


19 comments:

  1. Salam kak ct...morning...sedap ni kak..rajin kak ct melpis...sury baru niat nk melapis kek kukus jgk..lama dh buat..n mkn kek kukus..heee

    ReplyDelete
  2. salam kak ct sedapnye mai sepotong..sama la macam suri, zila ni pun suami dok tnya bila nk jadi kek lapis masam manis..tunggu mood xdatang2 kak..hehehe

    ReplyDelete
  3. Cntiknya kuih.....setiap lapisan tu nmpk hebat jer....msti sedap ni...

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi Che Ct... cantiknya kek kukus lapis coklat keju! Nampak sedap sangat... patut dicuba ni...

    ReplyDelete
  5. salam kak ct....
    ya Allah... sgt cantik kek lapis ni...
    tiba2 rasa nak mencuba, semua bhn ada, kecuali cheddar cheese pulak tak de. tertus terbantut.
    kak ct, keju kraf tu keju slice2 tu la kan?

    ReplyDelete
  6. Kak Ct, minta sepotong dong....
    saya jadi ngiler ni kak....

    ReplyDelete
  7. Salam Ct, lama Gee tak membaking...terpesona tgk kek Ct tu...

    ReplyDelete
  8. kek coklat cheese memang tak jemu2 dimakan kan kak..
    anak2 mas suka sangat...

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Ct Delima,
    Nampak sedap sgt kek tu...cuma tak tau bila la rajin nak buat..hehe

    ReplyDelete
  10. cntik & sdp nampak Ct.....klu dpt mkn lg sedap kan hehehe, rasa2 mcm nak try tp bila ye.....

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Ct...
    Kemana aje menghilang? Tetiba muncul dengan kek kukus lapis yang cantek kemas gitu...sure enak banget....mintak sikit la...

    ReplyDelete
  12. salam...

    coklt & keju x dpt dpisahkn...
    mmmm... msti sdp nihh...

    ReplyDelete
  13. assalam CT...
    pasti sedap & lazat kek lapis tu kan CT.. keju digandingkan dgn coklat tak siapa akan menolaknya.. hmm.. 2 adunan pun dpt seloyang kecil ye CT.. mesti ada yang tak cukup tu nanti.. hehe...

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kak ct...
    rindu lah dgn kak ct....^_^
    saia jg suka ke blog mb endang ... lengkap dengan step2 ...
    cake ni pun pasti sedap kan kak....
    masuk list...
    thanks for sharing kak ...:)

    ReplyDelete
  15. Asslmkum Kak CT
    Sedapnyalah..Salin dulu masuk list. Bila lah mood rajin tu nak mariii...He3

    ReplyDelete
  16. cantiknya kek kukus lapis coklat keju ni.....Yatie mmng suka kalau kek yg kukus mcm ni...terasa moist je..leh cuba ni..tq kak CT berkongsi resepi...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum CT.. nampak sungguh sedap cake ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...