Monday, January 7, 2013

Talam Tepung Beras


Assalamualaikum... Salam tahun baru dari CT buat teman-teman semua. Walaupun hari ini sudah masuk hari yg ketujuh, namun CT harap masih tidak terlambat lagi untuk CT membuat ucapan ye. Semoga Semoga tahun baru ini kita diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia bersama insan-insan tersayang, InsyaAllah... Amin Ya Rabbal Alamin. Agak terlewat sedikit untuk mengupdate resipi diawal tahun 2013 hehehe. Banyak kerja yang CT harus selesaikan demi memenuhi permintaan yang bertambah-tambah. Namun Syukur Alhamdulillah jika kita lakukan dengan tenang dan sabar, pasti ianya akan berakhir dengan baik.


Untuk tirai pertama diawal tahun ni, CT mencuba satu resipi kuih tradisional lagi. Kalau cerita bab kuih-kuih talam ni, memang menjadi kegemaran suami CT lah. Memang suami suka sangat-sangat kuih jenis talam-talam ni, cuma CT aje yang tak menang tangan nak membuatnya hehehe. Kalau search di Google tu macam-macam kuih ada dan berbagai nama yang diberi. Nak buat dengan tidak aje, apa lagi terus klik resipi Kuih Talam Tepung Beras. Ingin mencuba dan belum pernah buat lagi sebelum ni. Dan, Percaya atau tidak, memang CT belum pernah makan pun kuih talam tepung beras ni hehehe. Kiranya, ini yang pertama kalinya CT membuatnya. Hasil kejadiannya, adunan putih tu kurang sikit rasa lemak garamnya. Tapi okey lah jaga kesihatan kalau dah termasin lagi tak dapat makan betul tak. Lagi satu, CT dah kacau pelan-pelan adunan tu tapi masih ada juga lubang-lubang pada kuih ni, kenapa agaknya ye. Itu tandanya kena cuba lagilah tu, betul tak Mat Gebu hehehe.


Cerita bab kuih talam ni, teringat masa CT duduk di Johor dulu. Bila bulan Ramadhan aje, kuih pertama yang akan CT dan suami cari adalah kuih talam. Tak kisahlah kuih talam apa semuanya bedal. Tapi sebab dulu CT tak pandai buat kuih talam, bila beli tu kena campur-campurlah jenis-jenisnya sebab nak merasa itu sikit ini sikit. Tapi kuih talam pertama yang CT dan suami beli waktu itu ialah kuih talam keladi dan kuih talam suji. Memang sedap sangat-sangat dan esoknya CT beli lagi sampailah CT dan suami rasa jemu hehehe. Tapi sekarang Alhamdulillah, sebab kalau nak mencubanya segalanya sudah ada dihujung jari hanya klik cari dan terus boleh mencuba. Dan pastinya rasa puas sebab dapat buat sendiri kannn.


Resipi kuih ini dah ramai juga yang membuatnya. Tapi CT ambil dari blog Mat Gebu aje sebagai rujukan kali ni. Kalau nak cuba buat kuih talam ni macam-macam ingin CT buat. Tapi memandangan anak-anak dan suami hanya makan waktu pagi sebagai sarapan, rasanya CT akan buat 1/2 adunan saja kot lain kali. Sebab bila anak-anak dah balik sekolah masing-masing akan makan nasi lepas tu dah kenyang. Kuih-kuih dah tak pandang pun hehehe. Kecuali bila CT buat time cuti atau hujung minggu baru boleh habis jika dibuat satu adunan. Bergantung juga pada kuihlah. Tapi Kuih tepung beras ni CT suka sebab ia lembut dan manisnya sedang-sedang aje.


Terima kasih pada semua teman-teman yang telah berkongsi resipi Kuih Talam Tepung Beras ni. Mintak maaf ya tuan punya resipi sebab CT ada tokok tambah sikit-sikit pada resipinya dan ubah mengikut selera CT. Izinkan CT memanjangkan lagi di Senarai Dapur CT semoga dapat dibuat rujukan untuk semua dimasa-masa akan datang. Sampai jumpa lagi, salam manisss dari CT. Daaa....


Talam Tepung Beras
Resepi Di Olah : Che CT

Bahan lapisan bawah:
150 gram tepung beras
250 ml santan pekat kotak KARA
400 ml air
1/2 sudu teh garam

Bahan lapisan atas:
250 ml air *
75 gram gula melaka, potong kecil *
10 gram gula pasir*
2 helai daun pandan - disimpul * - bahan diatas dimasak hingga gula larut, sejukkan dan tapis

250 ml santan
30 gram tepung beras
30 gram tepung gandum
2 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh coklat emulco
Secubit garam

Cara-cara:
1. Panaskan air dalam kukusan hingga mendidih, balut tutup kukus dengan tuala bersih. Alas loyang bulat 8 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada permukaan plastik. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, satukan bahan untuk lapisan bawah kecuali garam, kacau rata dengan senduk kayu atau whisk, tambah garam secukup rasa dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Masak atas air mendidih secara double boiler dan kacau sentiasa hingga bancuhan pekat sedikit. Tuang ke dalam loyang, ratakan dan kukus 20 minit dengan api sederhana.
3. Sementara itu, sediakan untuk lapisan atas pula. Satukan semua bahan lapisan atas kecuali telur dan garam dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan dengan garfu, jangan kacau laju-laju nanti akan menyebabkan atas kuih berlobang-lobang. Kemudian masukkan secubit garam, kacau perlahan-lahan lagi dan tapis.
4. Angkat kukus yang berisi loyang tadi, kemudian sendukkan lapisan atas perlahan-lahan, pastikan anda kacau dulu sebelum dituang. Kemudian kukus lagi selama 45 minit dengan api sederhana. Biar kuih betul-betul sejuk, baru dipotong dengan pisau plastik atau pisau yang dilapis dengan plastik cling. Hidangkan.



23 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Selamat tahun baru Kak CT sayang, saya suka sangat kue talam ini. Kalau di Sulawesi ada juga kue tradisional macam ini. Ada yang menggunakan ketan lapisan bawahnya(katri sala) atau menggunakan tepung (pa'boneang talang). JAdi ingin buat juga lihat kue akak yang cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Hesti, selamat juga buat Hesti. Kue2 tradisional ni berbagai cara pembuatannya. kita kena rajin menyelongkar resep dan harus mencoba pasti enak ya Hesti..Maksih sudi mampir xxx

      Delete
  2. Assalamualaikum K.Ct....

    Geram plak sy tgk kuih talam akak pepagi nie......rasa lapar plak nie.....sarapan pun blom nie......
    Bookmark dulubresepi nie....nak try la.....nmpk best.....

    Dulu2 penah mkn.....arwah nenek mmg terer buat talam nie.....lama dah x rasa....tu teringin nak buat tu.....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Asyifa, kak ct pun pertama kali mencuba ni, memang sedap rugi dulu tak buat hehehe. Silakan ya Asyifa :)

      Delete
  3. Wah! cantik betul kejadian kuih talam CT ni... telan air liur sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik macam CT ker Gee..hahaha. Terima kasih Gee sudi singgah :D

      Delete
  4. Ohhh lalaaa.. My fav kini Dan selamanya.. Hehehe.. Memang btl.. Nak buat kuih harus time ramai rakyat if not memang susah nak abis.. Budak budak will eat one pc n the rest yg tua kena habis kan.. Usually I will do kuih if I go to my moms cos can share share with my aunty n uncle yg tinggal satu area..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tulah...Rima selalunya anak2 ni ikut mood gak kalau nak makan. buat kuih sikit kurang pulak kalau banyak terlebih sampai 2 hari baru habis :)

      Delete
  5. Walaaaa, persembahan yang sangat tradisional..menarik sekali

    ReplyDelete
  6. salam Ct, akak pun macam nak try jugak ni sbb fav tepung talam ni tapi tak pernah buat pun sbb budak2 tak mintak kalau dia orang minta mmg laju,tkpe skrg resepi dah ada di ujung jari kan mesti akak nak try yg Ct punya ni nnt copy ya resep nya buk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam kak Noor..selera anak2 ni memang tak sama kak. kalau ct teringin nak makan ct buat aje. Silakan ya kak Noor ct tunggu hihi

      Delete
  7. Salam CT. Adatlah kuih talam kalau berlobang2 tu. Rasanya kalau ada campuran telur yang jadi macam tu. Tapi tetap cantik! Kira menjadi dan sedap lah tu!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumusalam Ita Rossi..pernah juga buat talam, tapi yang ni kejadiannya sama macam kuih yang Ayu buat ada macam ni sikit2 ..tapi okeylah tetap sedap.

      Delete
  8. Salam kak ct...cop! Kite pun suka bangat kuih talam...nnti nk try jgk lh..:-)

    ReplyDelete
  9. Rajin nya kak ct ni..umi malas skit kuih talam sbb kurang sabar tp kuih talam mmg sedap kan?

    ReplyDelete
  10. salam kak ct...Tq berkongsi resepi.. pelbagai resepi akak sya dh cuba...semuanya mmg sedap2.♡♡♡

    ReplyDelete
  11. Ni uang lelaki nk tanya..mcm mana nak bagi permukaan atas nya licin.

    ReplyDelete
  12. Mcm teringin tapi malas..cantik potongan tu kak..

    ReplyDelete
  13. Mcm teringin tapi malas..cantik potongan tu kak..

    ReplyDelete
  14. Kebiasaannya lapisan bawah tu warna gula melaka. Tp sis punye lapisan santan dibawah. Cantik melekat pulak tu. Saya buat bercerai 2, tak melekat. Len kali saya nak terbalikkan ikut cara sis buat ni.

    ReplyDelete
  15. Cantik kuih CT...dengan warna yg terang..lihat sha berselera. Trimakasih kerana sedekah ilmu CT pada yg lain.

    ReplyDelete
  16. Kue ni belum sya cuba. Ingin nak cuba...mcm cantik dan teliti. Saya akan cuba buat kue ni. Trima kasih krana share resepi kue ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...