Wednesday, January 9, 2013

Telur Gulai Pedas


Assalamualaikum... Salam ceria buat teman-teman semua. Jangan ditanya kenapa CT tayang lauk pulak pagi-pagi hari bukan kuih atau kek seperti biasa hehehe. Tapi bolehlah dibuat idea lauk apa untuk dimasak untuk makan tengahari atau malam nanti. Ye lah, kot-kot ada yang teringin mencuba resepi lauk ni tengahari nanti bolehlah semak resepi dibawah tu nanti ye.


Sebelum CT berceloteh lebih panjang, terlebih dulu CT nak ingatkan jangan diminta lauk ni sebab semalam lagi dah habis dah hehe. CT teringin untuk mencuba resepi ni sebab nampak lain sikit. Tambah lagi lauk yang berasaskan telur memang dah lama juga CT tak masak. Dan kebetulan pula stok telur ada berlebih, jadi terus aje CT cuba dan olah sedikit mana-mana bahan yang dirasakan perlu. Kiranya CT masak ni simple-simple aje sebab dah petang baru nak memasak hehehe. Alhamdulillah, ianya mendapat sambutan kami sekeluarga.


Resipi asal lauk ini adalah Telur Kari Pedas dari SajianSedap dan telah dicuba oleh Ummu Fatimah - Simply Cooking and Baking. Dan untuk yang CT kongsikan di sini, CT telah olah nya mengikut selera CT. Macam biasalah kan kalau memasak ni kadang-kadang kita ubah mana-mana yang kita rasa perlu mengikut citarasa kita. Apa pun CT ucapkan terima kasih buat kedua-dua penyumbang resipi ini, semoga diberi keberkatan di atas perkongsian tersebut. CT panjangkan lagi resipi ini disini untuk rujukan semua dan diri CT juga di lain kali.


Satu kebiasaan CT bila memasak telur yang di rebus, CT akan membuat kelar 4 pada permukaan telur tu kemudian baru digoreng berkulit supaya bila masaknya nanti rempahnya akan meresap dalam telur tu. Perlu diingatkan, bila digoreng janganlah goreng telur tu terlalu lama. Jangan sampai garing, goreng lembab-lembab aje gitu. Kalau masak telur kicap berempah pun CT akan buat cara yang sama. Tapi kalau masak kicap, CT tambah pulak dengan tauhu yang digoreng berserta su'hun. Hmmm bertambah lagi sedapnya hehe.


CT rasa lauk macam ni sedap dimakan stail bujang iaitu cukup sekadar dengan nasi putih aje. Walau bagaimanapun, kalau CT nak ulang masak lagi lauk ni pada masa depan, CT nak buat kuahnya jadi lebih pekat dan bahannya pula CT nak gunakan ikan atau ayam pula. Bila dah cuba nanti, CT kongsikan resipinya di sini nanti ye, InsyaAllah.


Okeylah, CT berundur sampai di sini dulu. Jika ada yang berminat untuk mencuba resepi ni, silakan semak resepi di bawah tu ye. Sampai berjumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa....


Telur Gulai Pedas
Resepi Olahan Che CT

Bahan-bahan:
8 biji telur rebus - goreng berkulit
2 ulas bawang putih - iris halus
1/2 biji bawang besar - iris kasar
1 batang serai - diketuk
2 cm lengkuas - diketuk
2 helai daun limau purut - buang tulangnya
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar gula merah atau gula pasir
2 batang lada merah - belah dua tak putus
2 batang lada hijau - belah dua tak putus
3 cawan air
100 ml santan pekat KARA
4 biji tomato - potong dua
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan rempah :
1 batang kayu manis
2 biji buah pala - diketuk
1 sudu teh ketumbar biji - ditumbuk kasar
1/2 sudu teh kunyit serbuk

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar, serai, lengkuas, daun limau purut, serta bahan rempah hingga harum.
2. Tambah cili kisar dan kacau rata biarkan naik minyak kemudian masukkan gula merah dan kunyit serbuk kacau rata.
3. Masukkan telur yang telah digoreng dan kacau rata hingga bersalut rempah. Tambahkan air dan santan serta lada merah dan hijau. Masak hingga mendidih. Tambah tomato dan perasakan dengan garam. Angkat dan hidang bersama nasi hangat.

21 comments:

  1. sedap sedap;))
    makan sampai tambah nasi...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..makan dengan nasi hangat lagi sedap ada sambal belacan pun masuk hihi

      Delete
  2. Salam CT, apa maksudnya goreng berkulit tu? Goreng ngan kulitnya sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Marsita..goreng berkulit tu maksudnya. telur yang telah dikupas digoreng sekejap hingga sedikit perang kulitnya.

      Delete
  3. lama tak makan gulai telur.bole la masak utk menu esok.tq

    ReplyDelete
  4. dah lama tak masak gulai telur, uniknya resepi ni sbb ada daun limau purut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Resipi dari seberang Rohah, diubah suai sedikit mengikut citarasa :)

      Delete
  5. sedapnya kak..selalu masak letak lengkuas je-lemak kuning-..tp suami sebab dia org utara suka yg tumis2 mcm kari gitu..boleh suri try tengah hari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakan pertama pada kak ct okeylah sedap juga ditambah rempah yang lain, menaikkan seri dan aromanya Sury.

      Delete
  6. nampak sedap sangat ....
    emak mimie pun selalu masak macam ni kak.... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ct rasa masakan ni bukan asing lagilah kan..lain kali nak ganti ayam pulak hihi

      Delete
  7. salam kak ct,
    zila pun dah lama x buat la..rasa mcm teringin plk tgok..sedapp :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Zila

      Oh pernah masak juga ya..ramainya yang dah tahu, alhamdulillah :)

      Delete
  8. Salam kak ct...sedap gulai...kalau masak gini mesti ank2 suka..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Sury, bukan anak2 aje kak ct pun suka sebab nak masak ringkas penyediaannya kan :)

      Delete
  9. adoiii..lapar lah kak tengoknya..liat photonya pun dah konfirm nih kalo sedapp..gleekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..Melly, ya pic pun memainkan peranan juga. Hidangkan dengan bahan2 lain lagi sedap kann hihi

      Delete
  10. Mama lily
    Nice la blog acik... sy suke sbb sy blaja masak gne resepi dr tenet.. hehe.. btw.. nk gtw t gmba2 bt copyright tw.. acik wat tagline ke cm lily wat tu
    Org skrg suke curi2 gmba jgk
    Huhu...just lgkh bberjga2 :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...