Wednesday, February 6, 2013

Ayam Masak Sambal Selasih


Assalamualaikum ... Salam manis buat teman-teman semua yang setia berkunjung ke Dapur CT. Semoga kunjungan kali ini memberikan sedikit inspirasi untuk menambahkan lagi variasi resepi yang ingin dicuba pada hari ini ye. Isnin lepas CT kongsikan menu sarapan pagi jadi hari ini CT kongsikan menu untuk lunch atau dinner pula.


Alhamdulillah, untuk resepi hari ni CT kongsikan satu hidangan yang sedap. Pertama kali CT mencuba masakan ini terus CT suka. Dengan penggunaan daun limau purut, serai dan juga daun selasih, terdapat 3 aroma berlainan dalam hidangan kali ini. Dalam masakan, jika ada daun limau purut memang membangkitkan aroma makanan tersebut. Ditambah pula dengan serai yang dititik, menambahkan lagi kesegaran aromanya. Tapi pengunaan daun selasih seakan baru dalam hidangan CT ini. Tambahan pula memang CT jarang menggunakan daun selasih dalam masakan CT. Bimbang juga jika selera anak-anak akan terbantut dengan aromanya. Tapi sangkaan CT meleset sebab anak-anak suka dan berselera dengan hidangan ini.


Dalam resipi asal yang CT ambil dari blog seorang wanita India, resepinya menggunakan daun limau purut yang agak banyak iaitu sebanyak 8 helai. Bimbang suami tidak suka dengan baunya yang terlalu kuat nanti, CT kurangkan bilangan daun limau purut tu kepada 2 helai saja. Untuk bahan pedasnya pula, resepi asal menggunakan cili serbuk yang agak banyak. CT tak berapa suka akan rasa cili serbuk jadi CT gantikan dengan 1/2 cawan cili kisar. Maklumlah tekak kita yang nak makan jadi hasilnya mestilah mengikut selera tekak kita sendiri kan hehehe.


Antara masakan yang CT tahu menggunakan daun selasih dalam bahannya adalah sayur bening betik dicampur lada hitam. Mat Gebu pernah masak lauk tu, sedap sungguh kalau dihirup kuahnya semasa panas. Mahu berpeluh satu badan hehehe. Selain dari lauk tu CT tak pernah lagi memasak dengan menggunakan daun selasih ni dalam bahannya. Maklumlah benda-benda baru ni takut bila dimasak, anak-anak tak suka. Tapi kalau nak merasa kenalah mencuba ya tak. Kalau tak cuba pastinya tak tahu.


Jika ada yang nak mencuba resipi ni, silakan ye. Kita panjang-panjangkan lagi resepi ni supaya resepi yang CT kongsikan dapat dimanfaatkan oleh sesiapa saja yang ingin mencubanya. Okeylah, sampai kita berjumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa....


Ayam Masak Sambal Selasih
Resepi Olahan Che CT

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong 12
2 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut - dikoyak
3 biji tomato saiz sederhana - dibelah 4
1 kiub ayam
3 tangkai daun selasih - ambil daun sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan kisar :
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cawan cili kisar

Cara-cara :
1. Ayam dibersihkan dan tos airnya. Letak garam dan serbuk kunyit. Perap 5 minit dan goreng ayam 1/2 masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan kacau rata. Biarkan hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam yang digoreng tadi, serai yang dititik serta daun limau purut, kacau rata. 4. Tambahkan air anggaran 2 cawan serta kiub ayam, kacau rata dan biarkan sebentar.
5. Masukkan tomato dan daun selasih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan sehingga kuah jadi sedikit pekat. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan ketika panas bersama nasi kegemaran.


18 comments:

  1. Salam Kak CT.. Sure wangi gilass ayam selasih ni.. suka kat nasi kaler hijau tu.. sweet aje kalernya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Ogyep ..3 kombinasi serai, daun limau putur dan daun selasih..emm memang harum baunya. Cubalah buat tu nasi ketumbar :)

      Delete
  2. Salam ct. pokok selasih bundo leba betul daunnya. Bolehlah cubo resepi ni. Nampak sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Ibundo sukanya dengar bundo ingin mencuba. memang berbaloi pokok selasih ditanamkan bundo ada gunanya hehehe . Terima kasih Bundo :)

      Delete
  3. ooh wow, what a delicious food ! I think in US, we call that basil leaves *hope I'm not wrong .. thank you for sharing your recipe, I always enjoy to see your pictures, mouth watering... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nisa..yup basil leaves. hahaha... pagi2 I dah buat you kecur ya. terima kasih sudi ingin mencuba :)

      Delete
  4. Salam ct. pokok selasih bundo leba betul daunnya. Bolehlah cubo resepi ni. Nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  5. akak pun banyak selasih kat u mah ni Ct boleh try jugak mesti wangi sangat masakan ni kan anak2 akak suka yg merah2 hari2 pun ok je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua anak2 kak Noor memang kuat pedas gitu ya kak, terima kasih kak sudi nak mencuba :)

      Delete
  6. salam ct... sedap betul nmpk lauk tu.. timakasih berkongsi... nk salin resepi..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Mori, silakan ya. pada kak ct memang sedap :)

      Delete
  7. Betul tu CT, kdg2 selera anak2 ni tak sama selera org tua... tp mujurlah anak2 Ct boleh terima aroma daun selasih... resipi pon nmpk sedap... nk try lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 ct ni kalau lauk yang tak pernah masak, kadang2 tu okey. bergantung pada selera jugalah Gee hihi. silakan Gee :)

      Delete
  8. sedapnye kak....
    tambah lapar mimie....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ker hihi. tengok kaler ayam tu merah kot.

      Delete
  9. as salam ct

    wah nampak sedap aa

    tahniah hasil kerja kamu masuk dalam majallah rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Kak Ina .. Alhamdulillah, terima kasih kak :)

      Delete
  10. Sedap nya, jadi lapar nih kak lihat nya..nyam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...