Assalamualaikum ... Bersua kembali di pagi hari rabu yang ceria semoga hari ini membawa kebahagiaan sepanjang hari buat kita semua. Sebagai kesinambungan kepada entri CT pada hari Isnin lepas, hari ini dan empat hari lagi yang berikutnya nanti, CT akan kongsikan secara marathon kesemua 5 resepi yang telah disiarkan dalam Majalah RASA keluaran bulan April 2013 tersebut ye.
Sebelum CT berbicara lebih jauh, CT ingin merakamkan ucapan terima-kasih buat dua individu yang telah memberi kepercayaan penuh kepada CT untuk terus menyumbang nukilan resepi CT kepada pihak penerbitannya. Dua individu tersebut yang CT maksudkan itu ialah Siti Nani Saudiar dan Nur Seda Abdul Rani yang merupakan wartawan kepada Majalah RASA. Harapan CT, semoga kerjasama CT bersama pihak Kumpulan Karangkraf am nya dan Majalah RASA khususnya akan terus berpanjangan.
Untuk entri pertama daripada 5 entri yang CT akan kongsikan seperti tajuknya hari ini ialah Apam Beras gaya tradisional. Al maklumlah sekarang ni apam beras sudah banyak yang di inovasikan rupa dan gaya penampilannya dari yang berbelang-belang hinggalah kepada polkadot dan sebagainya. Apam yang CT kongsikan ni merupakan versi tradisional cuma warnanya agak terang sedikit. Kalau apam yang betul-betul tradisional, warnanya lebih kepada warna pastel. CT buatkan apam ni warnanya lebih menyerlah di atas permintaan pihak editor yang mahukan resepi keseluruhan yang meriah warna. Jadinya CT turutkan lah permintaan tersebut.
Kuih apam beras ni merupakan salah satu kuih tradisional kegemaran keluarga CT dan sudah berulang-ulang kali CT membuatnya. Selain dari pembuatannya yang mudah, kuih ini juga sedap dinikmati samada sebagai hidangan sarapan pagi ataupun dinikmati bersama secawan teh atau kopi panas untuk minum petang. Kepada yang belum pernah membuatnya tentu menyangka yang cara membuatnya agak susah tetapi hakikatnya kuih ini adalah antara kuih tradisional yang mudah untuk disediakan. Jadi pada yang belum pernah mencuba tu, CT sarankan supaya mencubanya. Tak cuba pasti tak tahukan.
Okeylah, untuk tidak berbicara lebih panjang lagi, CT akhiri bicara CT sampai di sini dahulu. Lagi pun fikiran CT agak serabut sedikit disebabkan musibah yang menimpa kakak yang paling rapat dengan CT kerana suaminya ditimpa stroke dan masih tidak sedarkan diri di ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. CT doakan semoga kakak CT, kak Jamaliah tabah menghadapi dugaan ini dan semoga suaminya yang tersayang, abang Hamzah pulih seperti sediakala hendaknya, InsyaAllah.. aminnnnn.
Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam manisss buat teman-teman yang sudi singgah di blog Dapur CT. Salam sayang untuk semua... daaaa....
Apam Beras Tradisional
Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering - mauripan
pewarna makanan
Kelapa parut putih dikukus - gaul dengan sedikit garam
Cara-cara :
1. Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.
4. Masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Ambil sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata-rata.
9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.
Asslmkm Kak Ct.
ReplyDeleteMemang meriah tengok apam ni. Sampai kawan sue lalu kat tepi pun tegur bila tgk apam akk ni..Wahh!!! Sedapnya nampak apam tu sue..Heee..
sampai skrg kuih apam2 ni tak penah buat lagi...padahal mmg suka makan apam2..lagi2 kalau apam gula hangus.
ReplyDeleteAs salam adik ku Che CT,
ReplyDeleteCantik dan berwarna warni membuatkan siapa memandang jadi tertawan
Akakkkk.. mis u bebeh.. hehehehe
ReplyDeleteAla comelnya apam beras mcm ahkakk jugak.
Akak congrats n slamat maju jaya
Eh dah lama tak ngomen mcm xreti nak buat ayat plak kak
Hehe
As'salam kak CT,
ReplyDeleteamboi .... cantik nyer colour! Pepagi singgah sini dulu
manalah tahu kot-kot dapat breakfast seketul dua :)
hehehe . . .
Take care kak
Cantik apam nya, jadi menarik liat nya dan mau comot nya... semoga abang ipar nya cepat sembuh yah kak.. Take care
ReplyDeleteas-salam kak siti
ReplyDeletecantik warna apam tu kak siti..suka warna warni mcm tu..
biutipul sangat apam tu kak.......
ReplyDeletekaler2.... ^_^
dan semoga abang ipar kak ct di beri kesembuhan oleh allah ...aminnn....
aaaw.. cute, rainbow apam.. Congratulations to you,Siti.. No doubt, you can cook, bake and take a eautiful pictures ! When you gonna publish a cook book? I love to have one..
ReplyDeletecantik apam Ct berkaler2 mmg the best lah gambar pun menariksss lagi, yg tak best tak dpt rasa itu je yg nak marah ni haha
ReplyDeletesaya memang suka makan apam..tenkiu kak ct..akanku cuba resepi ini nanti..i like..(^_^)
ReplyDeletecantik kali kak ct... warna-warni rainbow... menggodaa... sluurrpphhh...
ReplyDeleteKak Ct, kita nak kelapa lebih!!!
ReplyDeletesalam kak CT.. alycia dh tgk resepi ni dlm majalah RASA.. wow, kaler dia yg menarik tu ;)
ReplyDeletecomel dan cantik sangat apam kak CT ni, ceria yg amat...mcm petang ni gak nak wat apam...kuih kegemaranku..
ReplyDeleteapam beras ni memang sedap kan CT..
ReplyDeletewalaupun ia kuih tradisi tp tetap enak disaji pd bila2 masa...
tak salah kita ceriakan meja mkn kita dgn kuih yg berwarna ceria... moga2 dpt memikat hati anak2 untuk menikmati hidangan yg kita sajikan buat mereka..
tahniah sekali lagi ye CT.. mmg pun CT layak menyumbangkan karya utk majalah sbb karya2 CT semuanya sangat2 menarik..
Salam Kak CT,
ReplyDeleteSemoga abang ipar Kak CT diberi kesembuhan oleh Allah.
Cantik kuih apamnya Kak, unik menggunakan nasi. Semoga kalau ada waktu bisa dicoba ^^
Salam kak ct...baru sempat ke sini...busyyy wooo...hari2 bz..hihi...petang2 baru blh dulu ngadap lappy...pastu bw selaju2 nya..hihi...lama dh x buat ni...simpan dulu ye resepi nya...nasi ada tu..:-)
ReplyDeleteAssalam ct, memang cantik gamabr 2 ct..patutler selalu dilamar majalah..suka kita tengok..very refreshing to the eyes..congrats ct..:)
ReplyDeletecomel2nya apam nih....
ReplyDeletekalaulah boleh diawet ye ct haha.. sayang nak makan sebab cantik sangat.
ReplyDeletei like ur kaler la kak :)) cantik+sedap :)
ReplyDeletesemoga abang Kak CT segera diberi kesembuhan ya kak...
ReplyDeletemelihat warna yang cantik dan ceria, terasa meriah jika dinikmati....
Adui cantik betul apam beras akak tu...colorful betul...cun!!!!
ReplyDeletePersembahan paling menarik..spam beras mmg chek suka..
ReplyDeleteColourfull ...comet sangt,blom cuba lg nnt senang nk cuba lah...
ReplyDeletesalam,,bahaya pengunaan warna terlau bnyk dlm masakan..semua bahan pewarna mengandungi carcinogenic
ReplyDeleteSedapnya. Sy nak cuba esok. Terima kasih share resepi
ReplyDeletemohon share ye kak..
ReplyDeleteAslmlkm..tumpang tanya..ada sesiapa tahu mana saya boleh beli pengukus kayu mcm dalam gambar tu ye?
ReplyDeleteGreat things you’ve always shared with us. Just keep writing this kind of posts.The time which was wasted in traveling for tuition now it can be used for studies. the un-official subreddit for Pikdo- Share your posts, ask questions and get feedback on your account. Come join our great page.Thanks.
ReplyDeletePelanggan yang dihormati,
ReplyDeleteKumpulan pendanaan pakar menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar memulakannya kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.
Kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami dan menolong mereka berjaya dari segi kewangan. Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.
Kadar faedah rendah 2%
Tempoh 1 hingga 15 tahun
Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com