Assalamualaikum... Salam pagi Isnin buat teman-teman semua. CT harap semoga hari ini, hari permulaan untuk minggu ini bermula dengan ceria. Dan semoga keceriaan hari ini berpanjangan untuk sepanjang minggu ye. Kalau terasa seperti ada Monday Blues awal-awal pagi ni, cepat-cepatlah pulihkan mood blues tu ye. Jangan sampai berlarat sepanjang hari, nanti berlarat sepanjang minggu pulak hehehe
Entri permulaan untuk minggu ini, CT kongsikan resepi ketiga dari lima resepi yang telah disiarkan dalam Majalah RASA keluaran bulan April 2013, hidangan yang bersesuaian sebagai desert atau pemanis mulut iaitu Bubur Sum-sum. Nama bubur sum-sum ini adalah nama tradisionalnya. Tapi mengikut peredaran zaman, selain dari bahan-bahan asalnya yang turut diolah serba-sedikit, namanya pun sudah turut dikomersialkan sedikit. Kini, selain dipanggil bubur sum-sum, ada juga yang memanggilnya puding sum-sum. Agaknya kalau dipanggil puding tu nampak macam glamor sikit kot.
Pada asalnya, bubur sum-sum hanya mengunakan adunan tepung beras yang dicampur santan cair dan sedikit garam. Dengan bahan yang asas begini, hasilnya adalah bubur sum-sum yang agak pejal. Jika mahukan tekstur yang lebih lembut, sukatan santannya dipekatkan sedikit. Selain dari itu, bubur sum-sum yang asal dinikmati bersama air gula jernih yang dicampurkan sedikit bunga cengkih. Namun kini, ada yang menghidangkannya bersama air gula melaka. Kepelbagaian begini berlaku bilamana sesuatu hidangan tersebut divariasikan mengikut citarasa masing-masing.
Masa zaman dulu-dulu, bubur sum-sum ni adalah salah satu pemanis mulut yang paling mudah dan ringkas untuk disediakan dan dinikmati. Adunannya ringkas dan setelah siap diadun terus saja dituang kedalam loyang. Untuk hidangan pula, tak perlu dipotong-potong tetapi diceduk saja samada menggunakan sudu atau senduk kedalam mangkuk. Tapi sekarang ni penampilannya dah berubah sedikit. Ada sesetengah orang yang membuatnya dalam acuan-acuan yang comel dan cantik untuk membuatnya nampak lebih menyelerakan. Orang-orang tu termasuklah diri CT juga hehehe.
Biasanya bila CT buat bubur sum-sum ni, CT akan buat banyak-banyak, kemudian stok kan dalam peti sejuk. Itu yang anak-anak tak henti-henti asyik bukak tutup peti sejuk tu sepanjang hari. Tau-tau aje bila CT tengok sebab CT nak makan, dah habis dah. Sabar ajelah. Kepada sesiapa yang sedang tercari-cari idea untuk membuat desert yang senang untuk dibuat, semoga resepi yang CT kongsikan ini memberikan idea untuk mencubanya ye.
Okeylah CT berhenti setakat di sini dulu. Sampai bertemu lagi nanti, salam manisss dari CT. Sampai berjumpa lagi nanti, salam manis dari CT... daaaa....
Bubur Sum-Sum
Bahan-bahan :
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
300 ml santan Pekat
500 ml air
1 cawan susu cair
1/2 sudu kecil garam halus
7 helai daun pandan - perah ambil jusnya
Sedikit pewarna hijau
Bahan Sirap Gula :
1 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan - disiat dan simpul
3 kuntum bunga cengkih
Cara-cara :
1. Masak sirap gula hingga gula larut sengan api sederhana. Sejukkan.
2. Satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk dan gaul rata. Tapiskan adunan dan kacau sentiasa dengan senduk kayu hingga pekat dan kilat. Hingga adunan meletup-letup.
3. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang dibasahkan dahulu dan sejukkan.
4. Hidang sejuk bersama sirap gula.
Assalamualaikum ct...slmt pg, memang sejak akhir2 ni sy asyik teringat je nak mkn bubur sum-sum ni...tgl rajin dan x rajin je nak membuatnya.
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeletecantiknye Bubur Sum-Sum tu kak ct...sedap ni mkn sejuk2..
alahaiiiii comel dan cantik je bubur sum2 akak, wat bertambah2 selera kalau di hidangkan mcm ni...lama tak makan, nak buatlah...
ReplyDeleteAduhhhhai...dahlah cantik menyelerakan sungguh...!!
ReplyDeletesalam senin kak ct...
ReplyDeletecantiknya kak...
istimewa kalau mimie tengok...biasa tu emak mimie buat pakai kuah gula merah .dan tuang langsung kat pinggan,hihihi
thanks untuk inspirasinya kak,,,,,barakallah...^_^
cantikanyaa bubur sum sum ini kak ct...
ReplyDeletedengan sirup gula seperti itu terlihat lebih segar kak...
Morning kak CT..cantik nya bubur sum sum tuh.. kalo di tempat melly kuah nya pakai gula melaka.. hmm..lama tak makan bubur sum sum.. *kasih pinggan kat Kak Ct.. ;)
ReplyDeletealahai..lama tak jamah bubur ni,teringin je rasanya..
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeletebole minta ka itu bubur sum2?...
sedapnya nampak som som tu Ct sayang nya nak makan tengok lawa sangat tu..
ReplyDeleteboleh try bila2 senggang ni mesti sedap ni kegemaran makcik2 ni
Nampak special betul bubur sumsum tu Ct! Menyelerakan!!!!
ReplyDeletesalam kak CT,
ReplyDeletecantiknya bubur sumsum tu dicetak bunga :)
cantiknya bubur tu kak CT..tak sampai hati nak makan..huhu
ReplyDeleteFirst time saw this dessert, looks delicious! Oh, and the Apam Beras looks wonderful too!
ReplyDeletebesnye kak ct musim panas ni kan..slurppp masuk hehehe
ReplyDeleteerrrrmm nampak sodap tu cik ct...wallahhh
ReplyDeleteSeminole Hard Rock Hotel and Casino - MapyRO
ReplyDeleteFind 오산 출장샵 hotels, motels, 천안 출장안마 and other lodging near Seminole Hard Rock Hotel and Casino in Robinsonville, AL with MapyR's free 1. Seminole Hard 공주 출장안마 Rock Hotel 용인 출장안마 & Casino 포천 출장샵