Monday, March 11, 2013

CT bersama RASA - Edisi April 2013


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua teman-teman dan pengunjung setia dapur CT. Alhamdulillah bersua kita kembali di hari pertama minggu kedua bulan April. CT harap teman-teman semuanya sihat dan ceria selalu ye. Untuk entri pertama minggu ini CT tidak berkongsi resepi tapi CT sekadar berkongsi sedikit kisah kegembiraan CT saja ye.


Buat kali yang kedua, Majalah RASA telah sekali lagi memaparkan 5 resepi dari CT untuk Majalah RASA keluaran bulan April 2013. Untuk keluaran bulan April ini, pihak RASA meminta dari CT resepi lauk-pauk berserta pembuka selera dan pemanis mulut berkonsepkan desa dan tradisional. Namun demikian, pihak RASA mahukan penampilan yang ceria dan colourful. CT termenung sejenak nak mencari idea dan setelah membelek sana belek sini buku nota resepi CT akhirnya lahirlah idea untuk berkongsi 5 resepi seperti yang telah dipaparkan.

   

   

Pada keluaran ini juga, resepi CT telah sekali lagi menjadi penghias kulit depan majalah. Cabaran terbesar bila diminta untuk menghasilkan gambar untuk menghiasi kulit majalah adalah kesemua hidangannya mesti disediakan serentak untuk membolehkan kesemua hidangan diambil gambarnya secara berkumpulan. Cabaran tersebut pastinya ialah masa untuk menyediakannya. Masa CT buat kesemua hidangan ni, lepas subuh aje CT dah mulakan kerja di dapur. Lepas tu, bila dah siap habis penat memasak, kena kerjakan sesi mengambil gambarnya pulak. Memang mencabar. Nasib baiklah masa CT buat tugasan ni, CT buat masa suami cuti. Kalau tak memang pengsan jadinya. Mana taknya. Kebiasaannya CT menghabiskan masa lebih kurang 2 jam lebih untuk sesi foto untuk setiap masakan, jadi kalau dah 5 resepi bayangkanlah masa yang CT perlukan. Nasib baik hubby ada sama untuk tolong bagi idea tentang susun-atur dan penggayaannya jadi cepatlah sikit kerja CT. Alhamdulillah.


Selesai tugasan untuk bulan April ini, telah siap menunggu tugasan untuk bulan yang lain pula nanti. Harap-harapnya CT diberi kesihatan yang baik. Kalau tidak, memang tak menjadilah semua yang dirancang. Sebelum CT mengundur diri, CT ingin mengucapkan ribuan terima-kasih buat semua teman-teman yang telah memberi sokongan buat CT selama ini. Tak lupa juga rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan maya yang sealiran dalam food blogging ini yang mana ada diantara resepinya memberikan idea dan inspirasi kepada resepi inovasi CT. Akhir kata, semoga kita semua mendapat manfaat yang terbaik darinya, insyaAllah.

Salam sayang,

22 comments:

  1. selamat kak ct....
    turut senang dan bangga kak ct sering masuk majalah....
    semoga tetap berjaya ya kak, aamiin...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Suka negok gambar2 yg can dan deci gidangan yg menarik...nak puas menatap mmg kena beli juga ni ..Tahniak Kak CT....

    ReplyDelete
  3. tahniah Ct, akak dah cari majalah Rasa kat sini tapi belum kuar lagi, insyaallah pasti akak beli bila dah ada nak simpan buat koleksi sedap semua nya tu

    ReplyDelete
  4. Amboiii.... cepatnya dh masuk bulan April yer... hehehe... Anywy tahniah CT...

    ReplyDelete
  5. tahniah..:) kejap lagi nak cari majalah rasa

    ReplyDelete
  6. Tahniah CT...

    nampak gayanya.. kena beli lagilah majalah Rasa April pula... hihihi... seronok bila rakan blogger yang MaDiHaA kagum masuk majalah ni... sebagai sokongannya.. pasti tak lupa MaDiHaA dapatkan senaskah untuk simpanan & kenangan sendiri.. tahniah sekali lagi ye CT.. MaDiHaA doakan moga CT sentiasa diberikan idea & karya2 anggun utk tatapan peminat2 semua...

    ReplyDelete
  7. tahniah kak ct, bestnya

    ReplyDelete
  8. wah..jadi cover magazine ooo.. so proud of u kak CT.. congrat yah kak.. take care.. :D

    ReplyDelete
  9. tahniah kak ct...suka sgt pic2 kak ct...semoga terus maju jaya..:-)

    ReplyDelete
  10. k.ct, cantik susun atur dishes tu! and gambar pun lawa! suka tengok alas mengkuang tu :D

    ReplyDelete
  11. Tahniah Ct, semoga terus mengorak langkah..

    Nak kena dapatkan ni.. kalau lambat nanti habis pulak!

    ^____^

    ReplyDelete
  12. Salam kak CT..TAHNIAH dr atie.Mmg masakan & gambar2 masakan kat blog ni TRBAEK!!!

    ReplyDelete
  13. Tahniah..sy baru je beli majalah td..ni semua dek tpikat pd apam laaa...cantik sungguh....semoga terus bjaya..amin
    Drp sy sitiazahar.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Tahniah Ct! Memang berbaloi hasil fotografi tu sebab sampai 2 jam ambil gambar.... tak dapat nak ditandingi kehandalan Ct berbanding hasil gambar kita... tak sampai 2 minit ambil, asal tangkap muat aje he he ehhh. Nampak sungguh ceria paparan resepinya tu... nanti kalau majalah dah sampai ke Lahad Datu pasti Amie cari juga, cuba lewat sikitlah, apalagi keadaan huru hara di sini, memang banyak benda lambat sampai!

    ReplyDelete
  15. taniah kak.... ^_^
    so proud of you.... :)

    ReplyDelete
  16. juadah tu buat sy lapar....Tahniah kak CT...Kak CT mmg best...teruskan berkongsi resepi ye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...