Monday, March 4, 2013

Daging Masak Beriani


Assalamualaikum... Selamat bertemu kembali buat semua teman-teman dan pengunjung setia Dapur CT. Alhamdulillah, semoga semuanya sihat-sihat dan tak ada yang sakit atau pening ye. Maklumlah cuaca sekarang ni panas semacam! Kesian pada yang alah dengan cuaca macam ni. Tapi tak tahulah kalau itu cuma kat KL aje tapi kat tempat lain tak panas sebenarnya. Yang pasti kat KL ni memang panas betul. Semoga dua tiga hari nanti diturunkan hujan buat menyejukkan bumi KL ini hendaknya.


Hari ini CT kongsikan resepi tertinggal keretapi hehehe. Yang CT maksudkan ialah resepi kelima yang disiarkan dalam Majalah RASA keluaran bulan Mac 2013. Empat resepi yang lain telah CT kongsikan pada 2 minggu yang telah lepas. Resepi Daging Masak Beriani ni pulak yang ketinggalan keretapi. Baru hari ni dapat tiket untuk berlepas hehe. Tapi bagi yang lebih menggemari ayam, boleh juga digantikan daging tu dengan ayam. Sebab anak-anak CT pun macam tu, lebih gemarkan ayam. Tapi bagus juga macam tu, taklah berebut hidangan dengan ayah dan mamanya kan hehe.


Resipi Daging Beriani ni lebih enak jika digandingkan dengan nasi beriani. Maklumlah, namanya pun beriani kan. Tapi kalau teman-teman nak gandingkan dengan nasi lain pun apa salahnya ye tak. Ikutlah selera tekak masing-masing. Resepi ini pernah CT cuba sekali dulu bersumberkan resepi dari blog Mat Gebu. Kalau tak silap CT, resipi asalnya ialah dari Kak Hanieliza. Tapi kalau CT silap, CT mintak maaflah ye. Apa pun, CT ucapkan terima kasih pada penyumbang resipi asal. 

Jika ada yang teringin untuk mencuba resepi ini, sila sila lah ye. Kita panjangkan keenakan hidangan ini di dapur teman-teman pula. Okeylah, CT berhenti di sini dulu ye. Sampai kita berjumpa lagi nanti, salam manisss dari CT. Daaa....


Daging Masak Beriani

Bahan-bahan :
600 gm daging lembut
4 sudu besar rempah beriani - bancuh dengan sedikit air
1 cawan yogurt plain
2 sudu besar tomato puree
3 biji kentang - potong kecil
3 biji buah tomato - mesinkan dengan 2 cawan air
8 biji buah tomato ceri
2 batang lada merah - belah dua
2 batang lada hijau - belah dua
2 labu bawang besar - hiris bulat
1 pokok daun ketumbar - hiris kasar
garam secukup rasa

Bahan kisar halus :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan tumis :
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari

sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara :
1. Daging dibersihkan, potong kiub dan tos airnya. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan kisar dan rempah berani yang  dibancuh dengan sedikit air serta daging tadi. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yang telah dimesin dengan air dan juga tomato puree. Biarkan sehingga daging empuk.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masak sehingga kuah pekat dan naik minyak. Kacau sekali sekala.
6. Masukkan buah tomato ceri, lada merah dan lada hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Perasakan garamnya dan angkat.
7. Hidangkan dengan nasi beriani atau nasi kegemaran yang lain.



18 comments:

  1. ooh my, what a delicious dish just need a plate of warm white rice or flat bread ..!! *I'm starving already LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Nisa, ya resep ni sesuai diganding dengan apa saja sebagai hidangan keluarga. pic ct sering buat kamu kelaparan ya LOL

      makasih Nisa menceriakan Dapur CT :D

      Delete
  2. salam n morning kak ct....dh lama jugak x masak lauk ni..kalau teringin nk makan boli je..hhihi
    nnti blh lh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'salam Sury, biasanya kak ct suka masak ayam aje. Oleh kerana inginkan kelainan tu yang ganti daging, boleh aje dicuba :)

      Delete
  3. assalammualaikum kak ct...
    di dumai pun dah beberapa hari ni panas sangat...
    dan tengok daging masak briani tu jadi laparlah... ehehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Mimie, ya di KL jarang turun hujan. apa pun syukur Alhamdulillah kan. Hehehe..biasa masak beriani ker Mimie :)

      Delete
  4. Assalam
    Salam singgah. Sedap menu2 di dapur Ct ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam Mama sara nur, terima kasih sudi singgah dan tinggal komen yang manisdi Dapur CT ^__^

      Delete
  5. lapar tina tgk lauk kak ct ni hihi

    haa mmg sekarang panas betul, hujung minggu mmg tak keluar lah, sebab panas betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tina selalunya macam tulah. cuaca yang panas ni nak buat apa tak selesa kan. Tapi lauk ni dah habis pun hehehe

      Delete
  6. Kak ct kite da tgh masak lauk ni versi ayam...da rase2 sikit fuhhh mengancammmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar... wahh ni yang macam nak bawak nasi ke sana ni hehehe, tak apalah dapat cium bau jadilah kan LOL

      Delete
  7. Kak Ct..Melly mau makan ,pakai nasi beriani yah sama krupuk nya juga,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melly, ya gandingan yang mantop gitukan. nasi beriani sama lauknya sedap2 hehehe

      Delete
  8. Assalamualaikum ka ct, trima kasih sudah berkunjung k blog saya. Foto-foto d blog kk cantik-cantik smua sy suka lihatnya.

    ReplyDelete
  9. Wa'salam Lavender. Terma kasih kembali sudi meluangkan masa singgah blog Dapur CT. di blognya juga resepnya juga menarik, nanti akan dicoba ya :)

    ReplyDelete
  10. salam kak ct, mmg guna telur 1 biji je ye, jimat kan...nnt Liza pun nk try jugak la muffin pisang ni, maklumlah hantu pisang...hihihi

    ReplyDelete
  11. best-best resepinya..boleh cuba ni..rajin siti memasak ya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...