Wednesday, March 6, 2013

Moist Banana Muffin


Assalamualaikum ... Salam mesra dan salam penuh keceriaan dari CT buat teman-teman semua. Mulakanlah hari kita dengan senyuman agar hari yang dilalui kekal ceria berpanjangan. Tak lupa juga ucapan syukur dan terima-kasih pada yang esa, semoga dilimpah rahmat kehidupan kita. Begitu juga, CT ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kesudian teman-teman yang setia berkunjung dan meninggalkan komen yang manis di blog Dapur CT, Alhamdulillah.


Rasanya sudah agak lama juga CT tidak berkongsi hidangan muffin di Dapur CT. Kebanyakan masa CT buat tak banyak jumlahnya. Dan bila CT membuatnya pada malam hari untuk sarapan esok pagi buat suami dan anak-anak, pastilah tak sempat untuk CT abadikan gambar-gambarnya untuk dikongsikan di sini sebab dah habis. Tapi kali ni, CT ulang buat dua kali jadi dapatlah banyak sikit hasilnya.


Muffin pisang yang CT kongsikan resepinya ini hasil yang dibakar kali keduanya. Yang pertama dibakar waktu petang mengikut resipi asal, dan yang kali keduanya pula CT bakar awal pagi setelah diolah sikit bahannya mengikut selera kami sekeluarga. Muffin pisang ni walaupun dibiarkan seharian tapi ianya tetap lembut. Bila CT tanyakan pada anak-anak tentang rasanya, komen anak-anak ringkas aje.. "sedap!". Maknanya betullah sedap tu.. hehehe.


Keinginan nak membuat muffin pisang ni mulanya kerana terpandang pisang kat dapur tu yang dibeli hujung minggu lepas yang kulitnya sudah mula bertukar gelap. Jadi sebelum ianya rosak, tu yang CT  terus cari resipi di Google dan terjumpa resipi banana cake. Tapi nak senangkan kerja, CT tukar jadi muffin. Senang sikit nak makan, tak payah nak dipotong-potong. Tapi kalau nak buat versi kek, gunakan loyang 6 inci dan bakar selama 40 minit.


Untuk resipi yang CT olah ni, CT tambah badam cincang, coklat masakan yang dipotong dadu besar serta 1 sudu besar madu didalam adunannya untuk menambahkan perisa. Untuk minyaknya pula, CT gunakan minyak jagung. Tapi kalau teman-teman nak gunakan minyak masak biasa pun boleh juga.


Kejadian muffin ni memang tidak menghampakan dan rasanya menepati selera kami sekeluarga. CT ucapkan terima kasih pada penyumbang asalnya, minah saleh yang sudi berbagi ilmu untuk CT mencubanya pula dan dipanjangkan lagi disenarai Dapur CT. Bagi yang mengemari hidangan yang berasaskan pisang bolehlah mencuba ya. CT mohon berundur diri dulu, sampai kita berjumpa lagi nanti. Salam manisss dari CT. Daaa....


Muffin Pisang Lembut / Moist Banana Muffin

Bahan basah :
1 biji telur gred A - suhu bilik
75 gram gula kastor
1 sudu besar madu
1 sudu besar susu segar
1 sudu kecil esen vanila / pisang
90 ml minyak jagung / minyak masak
3 biji pisang masak (150 gram) - dilecek halus

Bahan kering :
125 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
3 sudu besar badam cincang - dipanggang dalam oven 5 minit

30 gram coklat masakan - dadu besar

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 175' C susun kertas muffin dalam loyang muffin dan ketepikan.
2. Pukul gula dan telur sehingga ringan dan berkrim dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan-bahan basah dan putar pada kelajuan perlahan hingga rata.
3. Tambah bahan-bahan kering yang telah diayak kedalam bahan basah dan kaup balik rata dengan spatula. Tidak perlu lama cukup sekadar sebati sahaja.
4. Scoopkan adunan 1/3 dalam kertas muffin masukkan coklat masakan ditengahnya dan scoopkan adunan lagi untuk menutupnya.
5. Bakar selama 25 minit atau sehingga diuji lidi keluar bersih. Biarkan sejuk diatas rak dawai sepenuhnya. Ayakkan gula aising sebelum dihidangkan.



23 comments:

  1. Salam sejahtera CT... canteek betul mufin nie ... saya buat muffin ..mesti senget sebelah... hehehe...

    ReplyDelete
  2. salam Ct mmg nampak moist dan sedap muffin tu macam nak try jugak kena cari pisang je ni yg lain dah ready

    ReplyDelete
  3. I do love every recipe with 'old banana' :) I don't know why I always buy banana, and end up some of them become too old - LOL ; thank you sharing Siti - for long time I never make muffin, this gonna be an easy baking and easy for my hubby and kid to eat

    ReplyDelete
  4. hmm..cantik gebu mapin tu kak..
    nampak mabelesss sangat..

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum kak ct...
    mimie paling suka olahan pisang kak...
    harus di coba nih.... ^_^

    ReplyDelete
  6. Adoii enak bangat.....pisang byk tergolek ni...kang ade buat skg gakk

    ReplyDelete
  7. nampak moist nya kak.. pasti sedap nih buat minum petang nanti.. simpan recipe yah lain kali mau coba kalo ada pisang yang kulitnya dah mulai gelap.. hihihi

    ReplyDelete
  8. aawww...nampak sedap mufin pisangnya kak ct...
    hari ini kita berdua sehati rupanya karena saya bikin Marble Banana Bread...

    ReplyDelete
  9. salam kak ct..nnti blh try mapin ni pulak...;-)

    ReplyDelete
  10. Salam Kak CT..em, mufin ni nampak menarik..lepas ni nak try buat la..tq for sharing recipe with us..

    ReplyDelete
  11. Kak Siti Delima,
    Senyum...tak perlu kata apa2

    ReplyDelete
  12. k.ct,

    cantiknya gambar!! really love the lighting, the angle and how fluffy the banana muffins look!

    ReplyDelete
  13. Salam Kak CT.. kalau ada kat dapur saya abis diet saya ni...

    ReplyDelete
  14. dah lama tak buat muffin,keinginan tu melonjak sikit..tp tak tahu bila nak buat..

    ReplyDelete
  15. waduh cttt..tgkkan kejadian mafin mu itew..betapa gebus gebasnye..aduhh mmg menjejes ayaqliuq pn doc tau..huhu!

    ReplyDelete
  16. selalu suka dengan foto2 dan resep2 Kak CT....:))))

    ReplyDelete
  17. kat rumah pun ada pisang yg dah lebu (ranum)... kot rajin boleh try resepi ni... itupun kalau rajinla.. hehe.. bz banget lately ni... hinggakan nak eksperimen di dapur pun masa tak mengizinkan..

    ReplyDelete
  18. Baru tengok mencari resepi Banana Muffin, dah ternampak CT menayangnya. Dengan gambar yg berseni, apa yg disentuh CT pasti nampak sgt sedap.

    ReplyDelete
  19. Semalam saya baru sahaja mencuba resepi Muffin ni..memang sedap..lembut dan gebu.Anak2 & suami pun suka makan.Terima Kasih Siti..

    ReplyDelete
  20. Dah try..mmg sgt sdp n menggebuuuu..tq atas respi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...